Mar 26, 2008

Koleksi e-mail dari Mangkuk Hayun Group






KESAN DAN “SIGNAL” DALAM PILIHAN RAYA 12


Kepimpinan negara sama ada yang pembangkang atau yang BN faham benar akan hal kita ini. Saya fikir “signal” yang kita berikan kepada BN dan pembangkang akan sentiasa terpahat dalam kotak ingatan mereka. Signal ini mengingatkan mereka supaya jangan main-main dengan rakyat. Sebagaimana kita boleh memberikan mereka kuasa, semacam itu juga kita boleh menarik semula kuasa tersebut. Kita yang meletakkan mereka di atas maka mereka harus faham aspirasi kita.

Namun begitu, adalah menjadi hal yang amat nyata melihatkan kepada siapa yang kita letakkan di atas sana. Benar, mereka yang pernah berkuasa menjadi korop; Mereka menjadi takbur dan ego; Mereka keras kepala dan mula mengabdikan diri mereka kepada duniawi. Tetapi adakah ini bermakna mereka tidak belajar dari kesilapan?. Persoalan disini ialah; haruskah kita memberi mereka-mereka ini satu lagi peluang? tepuk dada tanya selera.

Saya bukan ingin mengajar rakan-rakan sekalian tentang apa yang betul dan apa yang salah tetapi sekadar ingin mengingatkan kita semua supaya lebih peka terhadap sebarang usaha untuk menjahamkan negara ini. Kepimpinan negara ini harus berada ditangan seorang islam melayu. Bukan ditangan orang lain. Pemimpin ini harus kita tatang dengan tangan yang penuh. Tetapi jika dia berpaling tadah, cuba2 menghilangkan maruah dan kedaulatan kita sebagai kaum Melayu maka haruslah kita buang dia ke tanah.

Persoalan tentang sama ada lebih baik duduk di bawah melayu yang korop atau cina yang berintegriti akan di jawab dalam masa 2-3 tahun ini. Pada masa itu nanti akan kita lihat warna sebenar permainan politik ini. Selagi masa itu tidak sampai, kita hanya mampu melihat dan memerhati.

p/s
sekadar imbasan.

PAS bertanding 60 kerusi parlimen. Kurang 62 untuk mendapat majorit mudah. PAS menang 23

PKR bertanding ?? menang 31

DAP bertanding 54 menang 28

UMNO bertanding ?? menang ??

MENARIK : sila lihat laman web ini: http://www.petitiononline.com/2nddpm/petition.html

nota: majoriti mudah ialah 122.


MENGENALI PEMIMPIN BERSIH ATAU TIDAK

Kita memang susah nak tahu kalau seorang pemimpin tu bersih atau tidak. Kadang-kadang yang dikatakan bersih tu rupayanya tidak berapa bersih. Tetapi adat politik, macam ayam jantan berkokok berderau-derau, ekor bergelumang najis.

Korupsi ni satu daripada agenda politik sebenarnya. Tidak ada orang yang bersih dari korupsi. Kenapa? tengok kita sahaja sudah, kalau ada saudara mara yang susah, kita akan bantu kan?, katalah dia itu ada syarikat kecil2, dan kita pula ada la projek kecil2, lebih baik kita bagi pada saudara kita itu kan? senang dia, senang kita, susah dia, susah kita.

Jadi maksud korupsi tu susah sikit hendak dicakap. Kadang2 nampak macam korupsi tapi tidak.

Ambil contoh satu kes di Kg A. Penghulu Kg A terima wang untuk baiki dewan orang ramai. Penghulu ini pulaki sudah tengok bahawa Dewan perlukan pembaikpulih yang ciput, so ada duit lebih, dia patut pulangkan balik pada kerajaan tapi dia ambil sikit wang itu dan bagi pada 4-5 orang orang Kg A yang susah.

BPR dapat tahu, BPR siasat. Betul dan “konfem” Penghulu ni sudah pecah amanah sebab gunakan wang baikpulih untuk benda2 lain. Penghulu kena dakwa. Mahkamah sabitkan salah. Tapi Penghulu kena hukuman sikit pasal mahkamah ambil kira niat murni Penghulu ni tadi. Tapi salah tetap salah. Penghulu dapat penjara 5 hari sebab pecah amanah.

siapa yang korupsi?

Berbalik pada orang politik ni pula, mereka ni ada yang memang tak ada keja lain selain income dari politik (contoh dapat projek catering untuk majlis2 parti), dan kalau ada pun kerje lain tak boleh hendak tumpu sangat pada kerja sebab pengundi kawasan dia memerlukan perhatian dia.

Lainlah macam kita, ada yang keje kerajaan dan ada yang bukan kerajaan, sama ada separa atau sepenuh masa. cukup bulan dapat gaji (patutnya nyer la kan?)

hendak tak hendak, orang politik ni terpaksa lah, kuis sana, kuis sini, hendak dapatkan duit. Kalau tidak ada duit mana lah hendak bertanding kan?. Kalau tidak ditolong rakan2 atau penyokong untuk projek2, “konfem” dah “next round” pilihan raya kena lah YB itu mencari duit sendiri, mana hendak dicekau duit itu?

Tapi itu semua tidak lah bermakna sampai YB2 dan ahli politik ini kena bolot habis projek2. Sikit2 sudahlah. Ini tidak, projek RM300 juta, sampai di tangan dia naik sampai RM 400 juta, amacam boleh naik sampai RM100 juta? Ini yang kita marah sangat.


Pasal wanita itu, memang salah dari segi moral dan agama. Memang tidak patut langsung YB dan ahli politik ini buat semacam itu. Tapi kalau mereka ini hendak kawin satu lagi, isteri mereka beri ke?

Datin2 dan puan seri2 tu mesti tidak mahu "dikacau" gelaran mereka. Ada kabar2 angin menyatakan, tidak tahu betul atau tidak, ada dikalangan mak datin2 dan puan seri2, lebih suka suami makan luar dari suami kawin satu lagi. Tapi lagi sekali ditegaskan, tindakan main kayu tiga ini memang salah dan haram.

Kepada mereka yang mungkin menekankan konsep bersih ni, macam ni lah, kita di dunia ni terutama kat Malaysia

Manusia ini ada kemahuan dan ada keinginan. Sape yang nak buat kerja tapi tiada habuan? hednak hidupkan kereta pun kena ada duit. Kalau cakap pasal perjuangan politik ini memang best. Tapi bila perut dah lapar, anak2 di rumah nak minum susu pun kita tidak mampu hendak beli, adakah perjuangan politik jadi no.1 atau perjuangan hendak hidup jadi pilihan utama?

Jadi sebenarnya, apa yang kita semua nak sampaikan pada pemimpin ini, janganlah buat sesuatu perkara itu main bantai saje. Fikir sikit kebaikan untuk rakyat. Kalau rakyat senang hati, pemimpin pun senang hati. Kalau rakyat senang hati, “confirm next round” pilihan raya dapat la diundi. Sudah dapat undi mesti jadi menteri, sudah jadi menteri jangan lupa pulak kena tabur budi. Yang rakyat pula lepas ni, jangan membuta tuli menghentam lagi. Kita ni kalau kat atas sana silap hari bulan, teruk lagi.

anyway, selamat cuti hari minggu.

p/s yang haram tetap haram. tak kena sekarang, akhirat ada lagi. tunggu je nanti.

APABILA DEB DI”BUBAR”KAN DARI PULAU PINANG

Rakan-rakan,

Saya tidak berniat untuk menidakkan yang benar. Menjadi satu fakta DEB pada masa sekarang hanya menguntungkan 2-3 orang sahaja. Dan menjadi suatu fakta juga bahawa kontrak-kontrak di bawah DEB ini juga akhirnya sampai ke kroni2 yang bukan melayu.


Saya difahamkan pada suatu masa dahulu kala, konsep DEB ini telah dicetuskan dengan nawaitu utama untuk menghasilkan suatu kelompok melayu jutawan/kaya dalam sekelip mata. Dengan itu melayu jutawan ini kemudiannya akan memcetuskan pula melayu lain yang kaya. Ini kerana pada masa itu didapati bahawa adalah terlalu lambat untuk seorang melayu menjadi seorang businessman yang kaya/jutawan. Oleh kerana tekanan yang diberikan oleh kaum lain yang memonopoli kuasa perniagaan. Tindakan tekanan ini sampai ke hari ni boleh di lihat. Pergi ke kawasan majoriti kaum tersebut, lihat, perhatikan ada terlihat kelibat mana-mana kedai yang dipunyai oleh orang Melayu?.

Ada cerita menarik tentang tekanan ini. Diceritakan oleh seorang Melayu tulin ahli perniagaan yang bukan orang orang politik. Beliau menceritakan tentang tempat perniagaannya. Tempat ini memang baik lokasinya. Mudah dikunjungi dan strategik. Cuma sewa agak mahal. Beliau berjaya mendapatkan kedai itu. Apabila sudah dibayar wang pendahuluan lebih kurang RM 6,000. beliau telah dipanggil kembali oleh tuan punya kedai. Kenapa? Tuan punya kedai dengan berat hati (tuan punya ini dari kaum yang memonopoli perniagaan di Malaysia) tuan kedai ini memulangkan duit pendahuluan dengan alasan bahawa pekedai kaum di situ tidak bersetuju seorang Melayu menjalankan perniagaan di tempat mereka.

Ini kisah benar. Mana dasar meritokrasi laungan si Roket. Mana dia? Kalau tiada bantuan kerajaan pada kaum Melayu tentu sampai akhir dunia pun Melayu takkan mampu berniaga di tanah airnya sendiri.

Lihat contoh lain. Pergi ke Midvalley, SOGO, PERTAMA, IOI Mall, PETRONAS TWIN TOWERS dan BERJAYA TIMES SQUARE. Lihat, kaum mana yang memonopoli perniagaan? Di Twin Towers melayu di halau. Di tempat lain sewa untuk Peniaga Melayu lebih tinggi dari peniaga bukan Melayu. Mana adilnya? Mana meritokrasinya? Mana Uncle Lim dan Roketnya? Mana mereka?

Kalau kita pergi bekerja, lihat pula gaji yang diberi. Kalau si Melayu..wahh…bukan main kedekut gaji. Kalau bukan Melayu ..terutama dari kaum tertentu itu, lulusan SPM gaji mengalahkan si Melayu yang ada diploma. Kerja Melayu yang buat. Tetapi yang untung siapa?
Ini adalah fakta. Ini rahsia awam. Kita mengetahuinya tapi tidak bercerita tentangnya.

Berkenaan dengan isu DEB ini, mungkin selepas ini boleh kita "modify" sedikit DEB ini. Kontrak kerajaan mungkin boleh diberikan kepada Melayu tetapi harus di "open tender" kan. Tiada lagi "direct negotiation". Mungkin itu boleh dilaksanakan tanpa mengorbankan dasar itu sendiri.

Harus diingatkan dengan tamatnya riwayat DEB di Pulau Mutiara maka semua kontrak adalah "open". Semua kontraktor boleh mengambil bahagian tanpa sempadan. Tetapi mengikut kata CM Pulau Mutiara "kontraktor Pulau Pinang akan diberikan keutamaan".

Persoalan pertama : berapa ramai kontraktor melayu diPulau Mutiara?.
Dan yang kedua ; adakah kerajaan DAP akan betul2 memberikan konsep sama rata kepada kaum lain di Pulau Pinang selain Cina?.

Persoalan ini akan hanya terjawab dalam masa 2-3 tahun ini.

Sebagai sebuah parti baru yang belum ada pengalaman memerintah. Realiti pemerintahan belum lagi sampai ke meja CM ini. Apabila negeri perlukan belanjawan barulah kita akan lihat corak dan permainan di bekas jajahan Kedah ini.

p/s
ada satu lagi persoalan, semasa Pulau Pinang (seberang perai) diambil oleh inggeris dari tangan Kedah, terdapat "bayaran saguhati" yang diberikan oleh Kerajaan Inggeris kepada Kedah. bayaran ini masih diteruskan hingga kini oleh kerajaan Pusat. Sekarang, selepas Pulau Pinang telah diambil oleh DAP dan Kedah diambil PAS, adakah kerajaan Pusat akan membayar terus membayar bayaran saguhati ini atau ia akan dihentikan? ada sesape yang tahu??





KOMEN AWAL APABILA BN GAGAL MERAIH 2/3 MAJORITI
KOMEN 1

Rakan-rakan MH.

Memang tepat apa yang diutarakan oleh rakan-rakan kita selama ini. Selepas kemenangan besar BN pada tahun 2004 BN menjadi keras kepala dan angkuh. Keangkuhan ini ditambah lagi dengan kemenangan berturut2 yang dicapai oleh BN dalam pilihan raya kecil serata Malaysia yang diadakan selepas tahun keramat tersebut. Disebabkan itu, maka pimpinan BN khususnya UMNO sangat selesa dan mula membuat onar. Hasil negara disapu dan dibahagikan sesama mereka malahan rasuah mula berleluasa. Kita menyaksikan bahawa pemimpin UMNO dan BN mula "membina" duit. Kekayaan yang diambil dari negara mula bertimbun. BN menyangka bahawa kita (rakyat) tidak akan mempedulikan hal ini tetapi mereka silap dan hukuman telah pun kita berikan. Hukuman yang pasti akan membuatkan UMNO terpegun manakala MCA dan MIC terpaku. Ini akan sentiasa terpahat dalam sejarah politik negara.

Namun begitu, selepas semuanya selesai, kita sekarang ini dalam dilema. Dimana kekuatan melayu? ya, memang betul salah UMNO. Silap Pak Lah. sehinggakan mereka menang (kalah teruk) sipi2. Tetapi itu tidak bermakna kedudukan melayu tidak akan tergugat. Kita harus, mulai sekarang, menilai di mana kedudukan kita. Sebagai orang melayu kita harus faham bahawa kita TIDAK ADA KEKUATAN EKONOMI. Itu adalah fakta. Jadi selama ini yang menyelamatkan kita adalah kekuatan politik. Oleh itu kita harus pertahankan yang kuasa itu. Jangan sampai ia hilang. Jangan nanti kita menjadi Pak Kadok..menang sorak, hilang kampung.

Kita harus perhatikan senario politik negara kita dengan teliti untuk tempoh lima tahun ini. Kita harus pastikan walau apa pun dasar yang dilaksanakan oleh pihak BN atau/dan Pembangkang, dasar itu harus tidak melanggar hak-hak kita sebagai orang melayu. Kita telah menunjukkan kepada UMNO akan kuasa kita, dan saya pasti Pembangkang juga faham kuasa kita. Kita tidak teragak2 untuk menghukum sesiapa yang cuba mengangu gugat hak-hak kita.

p/s
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

KOMEN 2

Tahniah pada yang menang. Ini menunjukkan bahawa demokrasi masih di amalkan di Malaysia. Pada BN yang dikurangkan undinya dan kerusi Dewan, inilah masa untuk dikajai kekalahan yang sangat tidak diduga tersebut.

Kepada pembangkang. Jadikan kemenangan ini suatu batu loncatan untuk menjadikan Malaysia suatu negara yang disegani demokrasinya. Tunaikan janji-janjimu.

Kepada kedua-dua pihak, jangan pula didalam Parlimen masing2 mula nak bertikam lidah untuk benda2 yang kurang cerdik. Soal kutuk mengutuk, keje mengeji harus dihentikan. Jangan bertegang leher untuk perkara yang bukan untuk kebaikan negara. Ingat, Parlimen bukan warung kopi. Parlimen ada martabat sendiri. Tonjolkan imej sebenar Parlimen.

Nasihat kepada pengundi pula, parti/calon dah menang. Apa yang kita perlu pastikan ialah calon/parti ini akan mengotakan janji yang diberi. Kalau mereka terkeluar dari landasan yang kita bina untuk mereka, cepat2 ingatkan. Yelah kita semua ni manusia, kekhilafan itu selalu terjadi, kadang2 tanpa kita sedari (kadang2 saja2 kita buat pulak!), jadi kita perlukan orang lain untuk mengigatkan kita.

p/s
kalau mereka2 yang dipilih ini tidak menjalankan tugas dengan baik, next pilihan raya ke 13 kita UBAH BALIK. baru mereka tau sape pengundi Malaysia.

VOTE FOR PEACE. MALAYSIA

0 Responses: