Mar 29, 2008

Kuda-kepang:Bercerita tentang hukuman melawan SULTAN/YDPA

Kuda-kepang.blogspot merupakan laman web kelolaan YBhg. Datuk Ruhanie Ahmad seorang anak watan neger bersempadan dengan temasik.

Tulisan-tulisan beliau terutama the Toyol Code amat menarik dan sangat mencabar minda. Ternyata beliau merupakan antara mereka yang "vokal" meminta supaya PM berundur. Berdasarkan keupayaan beliau menimbulkan isu dan mengupas isu tersebut jelaslah bahawa beliau memang pakar dalam bidang penulisan (lihat profile beliau) dan seorang yang amat mahir dalam bidang politik Malaysia.

Namun terdapat banyak beza antara seorang pakar penulisan/politik dengan seorang pengamal perundangan. Beza yang dapat dilihat ialah cara persoalan undang-undang dilihat dan dikupas. Beliau, dengan tidak meletakkan apa-apa kelayakkan berkenaan undang-undang, cuba mengupas isu yang bukan bidangnya. Maka pendapat beliau itu agak tersasar.

berikut adalah cerapan dari laman web beliau berkenaan dengan isu Sultan Terengganu:

"Akhir sekali kita bacakan kepada Azalina sekerat daripada posting blogger Ketua Perusuh seperti berikut:Bagi kes MB Terengganu, yang mana Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) bukanlah cuma Sultan bagi Negeri Terengganu Darul Iman, namun Bagindalah juga YDP Agong Malaysia. Oleh yang demikian, bagi tindakan menghina atau menderhaka, bolehlah dikenakan mana-mana satu daripada berikut:

1. Hukuman Mati Mandatori
2. Buang Negeri (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah Pemerintah Negeri Terengganu)
3. Buang Negara (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah YDP Agong Malaysia)"

mari kita mengupas pendapat dari sudut perundangan tentang ke3-tiga butiran yang ditimbulkan oleh YBHg. Datuk Ruhanie.

Yang pertama

1. Hukuman Mati Mandatori

Adakah benar bahawa terdapat hukuman mati untuk menderhaka kepada sultan? jawapannya YA. Hukuman ini wujud walaupun perkataan derhaka tidak dinyatakan dalam Kanun Jenayah aka "Penal Code".

Sebagai panduan kepada mereka yang bukan tidak arif dalam hal Kanun Jenayah, Kanun Jenayah merupakan buku dan panduan lengkap tentang semua kesalahan jenayah diMalaysia. Ia merupakan panduan yang digunakan dalam semua Mahkamah Jenayah (bukan hal kekeluargaan Islam) di Malaysia.

Dengan tiada maksud derhaka dalam Kanun Jenayah maka kita dalam hal ini harus melihat apa yang dimaksudkan dengan Derhaka? Adakah derhaka bermaksud melawan/menghina YDPA /Sultan dengan senjata/perbuatan atau sekadar tidak mengikut kata-kata YDPA?

Lihat peruntukan ini : "CHAPTER VI - OFFENCES AGAINST THE STATE"

Section 121. Waging or attempting to wage war or abetting the waging of war against the Yang di-Pertuan Agong, a Ruler or Yang di-Pertua Negeri. Whoever wages war against the Yang di-Pertuan Agong or against any of the Rulers or Yang di-Pertua Negeri, or attempts to wage such war, or abets the waging of such war, shall be punished with death, or imprisonment for life, and if not sentenced to death shall also be liable to fine.

dan

Section 121A. Offences against the person of the Yang di-Pertuan Agong, Ruler or Yang di-Pertua Negeri. Whoever compasses, imagines, invents, devises or intends the death of or hurt to or imprisonment or restraint of the Yang di-Pertuan Agong or any of the Rulers or Yang di-Pertua Negeri, their heirs or successors, shall be punished with death and shall also be liable to fine.

lihat yang ini juga:

Section 121B. Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Ruler or Yang di-Pertua Negeri. Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.

Seksyen 121 hanya menyebut tentang pemberontakan bersenjata (kes Almaunah) terhadap sultan dan YDPA;

Seksyen 121A hanya menyebutkan kesalahan terus kepada DIRI sultan/YPDA sahaja dan bukan atas personal capacity;

Yang paling hampir menyatakan tentang derhaka kepada YPDA/Sultan dengan secara tidak langsung ialah seksyen 121B.

Maka jelaslah disini bahawa MUNGKIN boleh seseorang yang melawan sultan dihukum mati tetapi bergantung kepada isi penderhakaan itu, kalau setakat menidakkan YPDA/Sultan mungkin payah sedikit hendak di"pukul" dengan peruntukan ini.


Yang Kedua

2. Buang Negeri (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah Pemerintah Negeri Terengganu)

Bagi menjawab persoalan ini, cuba lihat peruntukan dari Perlembagaan Persekutuan ini:

"PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN BAHAGIAN III -
KEWARGANEGARAAN
Bab 2 - Penamatan Kewarganegaraan
Perkara 25. Pelucutan kewarganegaraan melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau melalui penaturalisasian.
(1) Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati—

(a) bahawa orang itu telah menunjukkan dirinya melalui perbuatan atau percakapan sebagai tidak taat atau tidak setia kepada Persekutuan;
(b) bahawa orang itu, dalam masa apa-apa peperangan yang dalamnya Persekutuan sedang atau telah terlibat, telah dengan menyalahi undang-undang berdagang dengan atau menghubungi musuh atau melibatkan diri atau menjadi sekutu dalam apa-apa perniagaan yang pada pengetahuannya telah dijalankan mengikut apa-apa cara sehingga dapat membantu musuh dalam peperangan itu; atau
(c) bahawa orang itu, dalam tempoh lima tahun mulai dari tarikh pendaftaran atau dari tarikh perakuan diberikan, telah dihukum dengan pemenjaraan di mana-mana negara selama tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan atau denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit atau yang senilai dengannya dalam mata wang negara itu, dan telah tidak mendapat pengampunan bebas berkenaan dengan kesalahan yang kerananya dia telah dihukum sedemikian.
(1A) Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati bahawa orang itu, tanpa kelulusan Kerajaan Persekutuan, telah menerima, berkhidmat dalam, atau melaksanakan tugas apa-apa jawatan, perjawatan atau pekerjaan di bawah Kerajaan mana-mana negara di luar Persekutuan atau mana-mana subbahagian politiknya, atau di bawah mana-mana agensi Kerajaan itu, dalam apa-apa hal jika suatu sumpah, ikrar atau akuan setia dikehendaki berkenaan dengan jawatan, perjawatan atau pekerjaan itu:Dengan syarat bahawa seseorang tidaklah boleh dilucutkan kewarganegaraannya di bawah Fasal ini oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya sebelum permulaan bulan Oktober 1962, berhubung dengan suatu negara asing, dan sebelum permulaan bulan Januari 1977, berhubung dengan suatu negara Komanwel, walaupun pada masa itu dia telah menjadi seorang warganegara.
(2) Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati bahawa orang itu biasanya bermastautin di negara-negara di luar Persekutuan bagi tempoh terus-menerus selama lima tahun dan dalam tempoh itu orang itu—

(a) tidak pernah pada bila-bila masa berada dalam perkhidmatan Persekutuan atau dalam perkhidmatan sesuatu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh Kerajaan Persekutuan; dan juga(b) tidak mendaftarkan tiap-tiap tahun di konsulat Persekutuan niatnya hendak mengekalkan kewarganegaraannya:Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi apa-apa tempoh kemastautinan di mana-mana negara Komanwel sebelum permulaan bulan Januari 1977."
.............
dan lihat juga ini:
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
BAHAGIAN IV -
PERSEKUTUAN Bab 1 - Ketua Utama Negara
Perkara 34. Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong, dsb.

(1) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsinya sebagai Raja Negerinya kecuali fungsinya sebagai Ketua agama Islam.
(2) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya ada apa-apa saraan.
(3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perusahaan komersil.
(4) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menerima apa-apa jua jenis emolumen yang kena dibayar atau terakru kepadanya sebagai Raja Negerinya di bawah peruntukan Perlembagaan Negeri itu atau peruntukan mana-mana undang-undang Negeri.
(5) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh, tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja, meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada lima belas hari, kecuali semasa lawatan Negara ke suatu negara lain.
(6) Fasal (2) dan (3) hendaklah juga terpakai bagi Raja Permaisuri Agong.
(7) Jika Timbalan Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh undang-undang menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong selama tempoh melebihi lima belas hari, maka Fasal (1) hingga (5) hendaklah terpakai baginya sepanjang tempoh itu sebagaimana Fasal-Fasal itu terpakai bagi Yang di-Pertuan Agong.
(8) Tiada apa-apa jua dalam Fasal (1) boleh menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada menjalankan apa-apa kuasa yang terletak hak padanya sebagai Raja Negerinya sama ada berseorangan atau bersama-sama dengan mana-mana pihak berkuasa lain—

(a) bagi meminda Perlembagaan Negeri itu; atau
(b) bagi melantik seorang Pemangku Raja atau anggota Majlis Pemangku Raja sebagai ganti mana-mana Pemangku Raja atau anggota Majlis Pemangku Raja, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang telah mati atau yang tidak berupaya kerana apa-apa sebab untuk masing-masing melaksanakan tugas jawatan Pemangku Raja atau anggota Majlis Pemangku Raja.
..............
maka jelaslah bahawa dalam butiran 2 yang diwar-warkan oleh YBhg. Datuk Ruhanie silap sebenarnya. Memandangkan YDPA tidak boleh menjalankan tugas Sultan maka YDPA tidak boleh mengenakan hukuman apa-apa pun di atas kapasiti Sultan. Maka mana kuasa YDPA untuk membuang negeri?
BAHAGIAN KEDUA AKAN MENGUPAS BUTIRAN KETIGA pendapat YBhg. Datuk Ruhanie.

0 Responses: