Mar 31, 2008

Khairy Kahwini Cucu Lee Kuan Yew?

Khairy Kahwini Cucu Lee Kuan Yew?
Dipetik dari: www.kuda-kepang.blogspot.com

Ramai pengunjung blog ini agak kurang puas membaca posting saya mengenai Azalina Othman Said yang saya tulis secara lambang-lambang dan kenen-kenen sahaja.

Sebenarnya, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada petang 27 Mac 2007, salah satu kisah yang disorot adalah mengenai perlantikan Menteri Besar Terengganu.

Azalina dikatakan turut bersuara mengenai perkara ini. Blog ini difahamkan, antara perkataan Azalina yang melekat di benak beberapa ahli MT adalah kisah sesetengah raja kononnya hanya tau “naik kuda turun kuda” sahaja. Kalau nak tau kisah selanjutnya, tanyalah pada Azalina sendiri.

Bagaimanapun, berikut ini adalah satu komen kiriman Azam yang baru saya terima sebentar tadi. Kisah ini mengenai Khairy Jamaluddin, sahabat baik Azalina. Komen sepenuhnya adalah seperti berikut:

Lama sudah saya tak muncul di ruang maya. Saya kecewa dengan tindakan Abdullah Badawi yang tak sensitif kepada tuntutan rakyat supaya dia letak jawatan Perdana Menteri Malaysia. Sebab itu saya malas nak bersuara lagi pasal Abdullah.

Ini satu berita pasal menantu Abdullah. Saya nak sahabat-sahabat lain tolong pastikan kebenarannya. Saya dapat info Khairy Jamaluddin dah mengahwini cucu Lee Kuan Yew di Singapura. Adakah ini betul atau fitnah? Kalau betul, bila? Kalau fitnah, mengapa tersebar kisah ini?

Saya suarakan ura-ura di sini kerna kalau betul Khairy kahwin dengan cucu LKY, ini mengesahkan hubungan intim dia dengan Singapura selama ini. Saya rasa ini bahaya bagi kita.

Saya juga diberitahu seorang rakan di Kuala Lumpur, Khairy akan menikahi akres genit yang selama ini digosipkan ada hubungan intim dengan Ahli Parlimen Rembau ini. Kata kawan saya, seorang pereka fesyen di KLCC dengan bangganya memberitahu banyak pihak yang dia sedang menyiapkan beberapa pasang baju perkahwinan aktres itu yang berharga berpuluh ribu. Sekali lagi, ini betul atau fitnah? Kalau betul, bila? Kalau fitnah, mengapa tersebar khabar ini?

Saya minta pengunjung kuda-kepang bantu saya dapatkan kepastian kedua-dua ura-ura di atas. Khairy orang penting negara. Apa terjadi pada dirinya tentu perlu diketahui semua rakyat Malaysia. - AZAM, 10:39 PM

Saya seperti Azam. Saya tak pasti sama ada kisah Khairy ini benar atau sebaliknya. – Ruhanie Ahmad

Raja Petra: control macho?

Raja Petra penulis tersohor untuk http://www.malaysia-today.net/ menulis dalam artikel [klik untuk melihat artikel] menyatakan dengan sombongnya bahawa dia mengtongsampahkan saman dari YBhg. Tan Sri Dr. Nordin Kardi VC dari UUM.

Ini membuktikan bahawa Raja Petra bukan sahaja mengtongsampahkan saman itu tapi intitusi Mahkamah Malaysia. Tindakan sedemikian bukanlah contoh yang patut ditunjukkan oleh seorang yang dikatakan veteran, berhemah tinggi dan idola bagi pejuang kebebasan media.

Tindakan beliau boleh dikira anti Mahkamah dan tentunya boleh dikenakan hukuman contempt of court. Tapi mengenangkan beliau ialah Raja Petra tak mustahil beliau memang anti Mahkamah dan tak peduli akan hukuman mahkamah.

Walau apapun, kita harus nantikan tindakan Raja Petra selepas ini. Adakah beliau akan tetap keras kepala dan angkuh menentang "hukuman" Mahkamah itu. Masa akan menentukan.

p/s

"The court's decision, however, is not based on what I am worth. It is based on what Nordin Kardi and UUM are worth, or rather what their reputations are worth. I was alleged to have smeared Nordin's reputation as well as that of all Malaysian universities plus the intellectuals who are heading them. In a way, Nordin filed a sort of 'class action suit' against me to defend not only his reputation, and not only UUM's reputation, but that of all Malaysian universities and all Malaysian intellectuals who are heading these universities. And the court has valued these combined reputations as a mere RM4 million.

The court has spoken and the court said that all these people's reputations are worth a mere RM4 million. I rest my case." ...dari www.malaysia-today.net

Kenyataan di atas menunjukkan apa? tentu menunjukkan bahawa Raja Petra merasakan diri beliau lebih hebat dari semua cendiakawan di Malaysia ini. Dan seperti biasa Raja Petra akan tetap menyatakan bahawa itu bukan kenyataannya tapi kenyataan Mahkamah secara tersirat (kalau dibaca secara tersirat).

Adakah dalam writ saman itu dinyatakan sedemikian wahai Raja Perta?. Tetapi seperti biasa, Mahkamah yang dipersalahkan.

Memang tabiat Raja Petra tidak mahu mengaku. Baling batu sembunyi tangan.

Raja Petra, mari kita salahkan suara keadilan dan orangnya.



KEMBALIKAN FUNGSI SEBENAR PARLIMEN MALAYSIA

Dipetik dari www.Kulitpisang.com

20 lawan 199, satu keadaan yang cukup tidak adil dan terlalu mudah. Sekarang 82 lawan 140, satu keadaan yang cukup berbeza. Angka ini merujuk kepada perbandingan bilangan ahli parlimen pembangkang dan Barisan Nasional pada tahun 2004 dan 2008.

Pada tahun 2004, pembangkang hanya menguasai sekelompok kecil diruang disudut Dewan Rakyat, tetapi selepas pilihanraya baru-baru ini jelas menunjukkan peningkatan yang cukup ketara.

Pembangkang pada kali ini membentuk sebuah kelompok yang agak besar berbanding tahun 2004 yang lalu. Tidak hanya membentuk kelompok yang lebih besar, malahan beberapa "heavyweight" yang suaranya tidak kedengaran sejak 4 tahun yanag lalu bakal berkumandang didalam dewan rakyat kali ini.

Pada kali ini juga, ahli dewan rakyat Barisan Nasional terpaksa kembali berhadapan dengan beberapa "heavyweight" pembangkang iaitu Hadi Awang, Hassan Ali, Saifudin Nasution, Lim Kit Siang dan anak kepada Karpal Singh yang dikhabarkan lebih singa daripada bapanya iaitu Gobind Singh Deo.

Saya secara ikhlas tidak nampak ini adalah satu kelemahan dan ancaman kepada Barisan Nasional. Setidak-tidaknya kita dipaksa untuk terus bekerja keras dan tidak berada di zon yang selesa.

Pada tahun 2004, ramai diantara ahli parlimen yang gagal menunaikan tanggungjawab menghadirkan diri didalam dewan. Malah ada diantara Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen tidak hadir bagi menjawab soalan-soalan yang diajukan kepada kementerian masing-masing.

Pendek kata, jurucakap-jurucakap Barisan Nasional sering mengambil mudah, hanya hadir didalam pembentangan bajet serta perasmian persidangan oleh DYMM Yang DiPertuan Agong sahaja.

Kita sebenarnya agak jelak dan bosan dengan kualiti perbahasan. Rata-ratanya bersandarkan kepada "common sense" tidak didokongi dengan fakta dan bukti-bukti yang sahih. Malah ada diantara ahli parlimen mengambil kesempatan menunjukkan kehebatan mereka berpidato walaupun isinya tiada ataupun langsung tidak relevan.

Apa yang paling menyedihkan adalah ahli parlimen sanggup menonjolkan sikap kurang sopan dan biadap dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya diungkapkan.

Bagi barisan pembangkang pula, inilah peluang mereka untuk membuktikan kemampuan sebenar "kejaguhan" mereka. Mereka kali ini tidak semata-mata bercakap dipentas ceramah, tetapi mereka bercakap didalam sebuah medium kerajaan, sebuah medium merencana hala tuju sesebuah Negara.

Oleh yang demikian ahli dewan pembangkang perlu mengubah imej hujah mereka. Adalah diharapkan ahli pembangkang perlu melihat angkubah perdebatan dan hujjah daripada aspek untuk menambah baik system yang sedia ada, bukannya berunsurkan fitnah, sabotaj dan pembohongan semata-mata.

Kehebatan bercakap bukanlah ukuran, tetapi keupayaan menterjemahkan masalah rakyat dan pada masa yang sama memberikan langkah penyelesaian yang praktikal dan ikhlas.

Rata-ratanya, sebilangan orang merasa cukup gembira dan tidak sabar-sabar untuk melihat persidangan dewan rakyat pasca pilihanraya umum ke-12.

Mereka juga tidak sabar-sabar untuk melihat suasana cabar-mencabar, herdik, tengking, dan tuduh-menuduh. Bagi saya suasana begini tidak akan membawa kita kemana-mana, malah ianya bakal merugikan rakyat.

Apa yang saya ingin lihat adalah pakatan Kerajaan-Pembangkang yang lebih melihat kepentingan rakyat melebihi kepentingan parti masing-masing.

Jangan jadikan Parlimen sebagai medan perang ataupun medan membuat perhitungan peribadi yang sudah semestinya akan membawa pengakhiran yang akan merugikan rakyat yang telah memilih wakil masing-masing.

Hakikatnya, fungsi parlimen perlu kembali diperbetulkan. Parlimen juga perlu kembali berfungsi sebagai medium untuk melihat kepentingan rakyat dan Negara melebihi segala-galanya.

Mar 29, 2008

Kuda-kepang:Bercerita tentang hukuman melawan SULTAN/YDPA

Kuda-kepang.blogspot merupakan laman web kelolaan YBhg. Datuk Ruhanie Ahmad seorang anak watan neger bersempadan dengan temasik.

Tulisan-tulisan beliau terutama the Toyol Code amat menarik dan sangat mencabar minda. Ternyata beliau merupakan antara mereka yang "vokal" meminta supaya PM berundur. Berdasarkan keupayaan beliau menimbulkan isu dan mengupas isu tersebut jelaslah bahawa beliau memang pakar dalam bidang penulisan (lihat profile beliau) dan seorang yang amat mahir dalam bidang politik Malaysia.

Namun terdapat banyak beza antara seorang pakar penulisan/politik dengan seorang pengamal perundangan. Beza yang dapat dilihat ialah cara persoalan undang-undang dilihat dan dikupas. Beliau, dengan tidak meletakkan apa-apa kelayakkan berkenaan undang-undang, cuba mengupas isu yang bukan bidangnya. Maka pendapat beliau itu agak tersasar.

berikut adalah cerapan dari laman web beliau berkenaan dengan isu Sultan Terengganu:

"Akhir sekali kita bacakan kepada Azalina sekerat daripada posting blogger Ketua Perusuh seperti berikut:Bagi kes MB Terengganu, yang mana Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) bukanlah cuma Sultan bagi Negeri Terengganu Darul Iman, namun Bagindalah juga YDP Agong Malaysia. Oleh yang demikian, bagi tindakan menghina atau menderhaka, bolehlah dikenakan mana-mana satu daripada berikut:

1. Hukuman Mati Mandatori
2. Buang Negeri (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah Pemerintah Negeri Terengganu)
3. Buang Negara (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah YDP Agong Malaysia)"

mari kita mengupas pendapat dari sudut perundangan tentang ke3-tiga butiran yang ditimbulkan oleh YBHg. Datuk Ruhanie.

Yang pertama

1. Hukuman Mati Mandatori

Adakah benar bahawa terdapat hukuman mati untuk menderhaka kepada sultan? jawapannya YA. Hukuman ini wujud walaupun perkataan derhaka tidak dinyatakan dalam Kanun Jenayah aka "Penal Code".

Sebagai panduan kepada mereka yang bukan tidak arif dalam hal Kanun Jenayah, Kanun Jenayah merupakan buku dan panduan lengkap tentang semua kesalahan jenayah diMalaysia. Ia merupakan panduan yang digunakan dalam semua Mahkamah Jenayah (bukan hal kekeluargaan Islam) di Malaysia.

Dengan tiada maksud derhaka dalam Kanun Jenayah maka kita dalam hal ini harus melihat apa yang dimaksudkan dengan Derhaka? Adakah derhaka bermaksud melawan/menghina YDPA /Sultan dengan senjata/perbuatan atau sekadar tidak mengikut kata-kata YDPA?

Lihat peruntukan ini : "CHAPTER VI - OFFENCES AGAINST THE STATE"

Section 121. Waging or attempting to wage war or abetting the waging of war against the Yang di-Pertuan Agong, a Ruler or Yang di-Pertua Negeri. Whoever wages war against the Yang di-Pertuan Agong or against any of the Rulers or Yang di-Pertua Negeri, or attempts to wage such war, or abets the waging of such war, shall be punished with death, or imprisonment for life, and if not sentenced to death shall also be liable to fine.

dan

Section 121A. Offences against the person of the Yang di-Pertuan Agong, Ruler or Yang di-Pertua Negeri. Whoever compasses, imagines, invents, devises or intends the death of or hurt to or imprisonment or restraint of the Yang di-Pertuan Agong or any of the Rulers or Yang di-Pertua Negeri, their heirs or successors, shall be punished with death and shall also be liable to fine.

lihat yang ini juga:

Section 121B. Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Ruler or Yang di-Pertua Negeri. Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.

Seksyen 121 hanya menyebut tentang pemberontakan bersenjata (kes Almaunah) terhadap sultan dan YDPA;

Seksyen 121A hanya menyebutkan kesalahan terus kepada DIRI sultan/YPDA sahaja dan bukan atas personal capacity;

Yang paling hampir menyatakan tentang derhaka kepada YPDA/Sultan dengan secara tidak langsung ialah seksyen 121B.

Maka jelaslah disini bahawa MUNGKIN boleh seseorang yang melawan sultan dihukum mati tetapi bergantung kepada isi penderhakaan itu, kalau setakat menidakkan YPDA/Sultan mungkin payah sedikit hendak di"pukul" dengan peruntukan ini.


Yang Kedua

2. Buang Negeri (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah Pemerintah Negeri Terengganu)

Bagi menjawab persoalan ini, cuba lihat peruntukan dari Perlembagaan Persekutuan ini:

"PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN BAHAGIAN III -
KEWARGANEGARAAN
Bab 2 - Penamatan Kewarganegaraan
Perkara 25. Pelucutan kewarganegaraan melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau melalui penaturalisasian.
(1) Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati—

(a) bahawa orang itu telah menunjukkan dirinya melalui perbuatan atau percakapan sebagai tidak taat atau tidak setia kepada Persekutuan;
(b) bahawa orang itu, dalam masa apa-apa peperangan yang dalamnya Persekutuan sedang atau telah terlibat, telah dengan menyalahi undang-undang berdagang dengan atau menghubungi musuh atau melibatkan diri atau menjadi sekutu dalam apa-apa perniagaan yang pada pengetahuannya telah dijalankan mengikut apa-apa cara sehingga dapat membantu musuh dalam peperangan itu; atau
(c) bahawa orang itu, dalam tempoh lima tahun mulai dari tarikh pendaftaran atau dari tarikh perakuan diberikan, telah dihukum dengan pemenjaraan di mana-mana negara selama tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan atau denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit atau yang senilai dengannya dalam mata wang negara itu, dan telah tidak mendapat pengampunan bebas berkenaan dengan kesalahan yang kerananya dia telah dihukum sedemikian.
(1A) Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati bahawa orang itu, tanpa kelulusan Kerajaan Persekutuan, telah menerima, berkhidmat dalam, atau melaksanakan tugas apa-apa jawatan, perjawatan atau pekerjaan di bawah Kerajaan mana-mana negara di luar Persekutuan atau mana-mana subbahagian politiknya, atau di bawah mana-mana agensi Kerajaan itu, dalam apa-apa hal jika suatu sumpah, ikrar atau akuan setia dikehendaki berkenaan dengan jawatan, perjawatan atau pekerjaan itu:Dengan syarat bahawa seseorang tidaklah boleh dilucutkan kewarganegaraannya di bawah Fasal ini oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya sebelum permulaan bulan Oktober 1962, berhubung dengan suatu negara asing, dan sebelum permulaan bulan Januari 1977, berhubung dengan suatu negara Komanwel, walaupun pada masa itu dia telah menjadi seorang warganegara.
(2) Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati bahawa orang itu biasanya bermastautin di negara-negara di luar Persekutuan bagi tempoh terus-menerus selama lima tahun dan dalam tempoh itu orang itu—

(a) tidak pernah pada bila-bila masa berada dalam perkhidmatan Persekutuan atau dalam perkhidmatan sesuatu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh Kerajaan Persekutuan; dan juga(b) tidak mendaftarkan tiap-tiap tahun di konsulat Persekutuan niatnya hendak mengekalkan kewarganegaraannya:Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi apa-apa tempoh kemastautinan di mana-mana negara Komanwel sebelum permulaan bulan Januari 1977."
.............
dan lihat juga ini:
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
BAHAGIAN IV -
PERSEKUTUAN Bab 1 - Ketua Utama Negara
Perkara 34. Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong, dsb.

(1) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsinya sebagai Raja Negerinya kecuali fungsinya sebagai Ketua agama Islam.
(2) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya ada apa-apa saraan.
(3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perusahaan komersil.
(4) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menerima apa-apa jua jenis emolumen yang kena dibayar atau terakru kepadanya sebagai Raja Negerinya di bawah peruntukan Perlembagaan Negeri itu atau peruntukan mana-mana undang-undang Negeri.
(5) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh, tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja, meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada lima belas hari, kecuali semasa lawatan Negara ke suatu negara lain.
(6) Fasal (2) dan (3) hendaklah juga terpakai bagi Raja Permaisuri Agong.
(7) Jika Timbalan Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh undang-undang menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong selama tempoh melebihi lima belas hari, maka Fasal (1) hingga (5) hendaklah terpakai baginya sepanjang tempoh itu sebagaimana Fasal-Fasal itu terpakai bagi Yang di-Pertuan Agong.
(8) Tiada apa-apa jua dalam Fasal (1) boleh menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada menjalankan apa-apa kuasa yang terletak hak padanya sebagai Raja Negerinya sama ada berseorangan atau bersama-sama dengan mana-mana pihak berkuasa lain—

(a) bagi meminda Perlembagaan Negeri itu; atau
(b) bagi melantik seorang Pemangku Raja atau anggota Majlis Pemangku Raja sebagai ganti mana-mana Pemangku Raja atau anggota Majlis Pemangku Raja, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang telah mati atau yang tidak berupaya kerana apa-apa sebab untuk masing-masing melaksanakan tugas jawatan Pemangku Raja atau anggota Majlis Pemangku Raja.
..............
maka jelaslah bahawa dalam butiran 2 yang diwar-warkan oleh YBhg. Datuk Ruhanie silap sebenarnya. Memandangkan YDPA tidak boleh menjalankan tugas Sultan maka YDPA tidak boleh mengenakan hukuman apa-apa pun di atas kapasiti Sultan. Maka mana kuasa YDPA untuk membuang negeri?
BAHAGIAN KEDUA AKAN MENGUPAS BUTIRAN KETIGA pendapat YBhg. Datuk Ruhanie.

Mar 28, 2008

Kronologi Anwar-Cukup Bersih?;


Artikel ini dipetik dari: www.kulitpisang.com

Kronologi Anwar-Cukup Bersih?


Pelbagai sebab yang boleh diberi kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim, mengapa beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Anwar tidak henti-henti menghentam UMNO/BN, pelbagai isu cuba di hangatkan oleh Anwar, rasuah, penyalahanguna kuasa, kronisme dan macam-macam lagi tuduhan yang dilemparkan Anwar untuk pemimpin UMNO/BN.

Apa sahaja isu yang cuba disensasikan Anwar, ianya seolah-olah diambil dari pengalaman dirinya sendiri ketika beliau dalam organisasi kerajaan UMNO/BN.

Anwar jangan lupa, pada tahun 1974 Anwar Ibrahim pernah memijak dan membakar bendera Malaysia dan UMNO, perkara ini pernah disuarakan oleh Karpal Singh (kini sahabat baiknya) di Parlimen. Karpal Sigh sendiri berkata bagaimana orang yang pernah membakar bendera Malaysia boleh berdiri sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri?

Anwar jangan lupa, dalam kesibukan beliau melemparkan pelbagai tuduhan ke atas kerajaan, beliau harus akur beliau adalah seorang banduan dan pernah merengkok dalam penjara di atas kesalahan salah guna kuasa dan juga rasuah ketika memegang jawatan di dalam kerajaan.

Anwar jangan lupa, ketika berkuasa beliau seakan lupa akan sumpahnya yang berhasrat untuk menggulingkan kerajaan UMNO/BN 10 tahun sebelum beliau menjadi menteri dalam kabinet Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO. Anwar hipokrit!

Anwar jangan lupa, Anwar sering berkata Kerajaan UMNO/BN pentingkan diri sendiri, sedangakan beliau sendiri tamak akan kuasa sehingga sanggup menggulingkan Dato Shuhaimi dan Tun Ghaffar Baba dengan cara yang sangat kotor.

Anwar jangan lupa, Anwar begitu ‘becok’ memfitnah kerajaan UMNO/BN merasuah dan menerima rasuah, tetapi ini sebenarnya yang dilakukan Anwar sendiri ketika berkuasa, Anwar mengayakan kroni-kroninya dalam bidang perniagaan, beliau juga melindungi Marina Yusoff bagi menyiapakan bangunan Marinara dengan penyalahanguanaa wang kerajaan.

Anwar jangan lupa, Anwar sanggup melakukan apa sahaja asalkan beliau terus berkuasa ketika melawan Tun Ghaffar Baba bagi menyokong pencalonan Anwar sehingga beliau tergamak merasuah Ketua-Ketua Bahagian UMNO di Sabah dan juga Semenanjung. Terjawab sudah Anwar menggalakan budaya rasuah ketika di dalam UMNO. Anwar perosak bangsa melayu dan UMNO.

Anwar jangan lupa, Anwar cuba menyembunyikan syarikat-syarikat perniagaannya dengan meletakan nama dan juga kroni-kroninya di dalam syarikat tersebut.

Anwar jangan lupa, bagaimana seorang yang tidak fasih berbahasa arab boleh berlagak kononnya boleh menghafal ayat-ayat AL-Quran sehinggakan Anwar sering kali salah mentafsirkan serta melafazkan

Kencang si angin bayu: Wakil rakyat Sabah belot ke pembangkang?

Komen: lihat perenggan 4- seperti ada sesuatu yang ingin diisyaratkan oleh UMNO Sabah kepada PM.

Terjemahan dari perenggan 4 “kalau faedahnya tidak bagus, rakyat akan meletakkan “nya” di tempat lain’, kata Masidi, sambil menambah bahawa ramai orang dalam negeri tersebut kecewa dengan pewakilan yang sedia ada”.

Adakah ini tanda-tanda bahawa terdapat letupan besar yang akan kita lihat nanti? Apakah benar bahawa terdapat penghijrahan besar-besaran wakil rakyat BN ke Pembangkang?

Hanya masa yang akan menentukan sama ada terdapat wakil rakyat yang menjadi katak, melompat dari suatu lopak ke lopak yang lain.

2 Timbalan Menteri dari Sabah telah pun meletak/menolak jawatan. Yang pertama ialah Ahli parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman yang menolak jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan. Manakala yang terbaru ialah Datuk Abdul Ghapur Salleh yang meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Dipetik dari thestaronline.

Sabah Barisan seeks bigger role

KOTA KINABALU: Sabah’s representation in the Federal Cabinet should reflect the strength of the state Barisan Nasional which delivered 24 of the 25 state's parliamentary seats, said state Umno leaders.

Sabah Umno assistant secretary Datuk Masidi Manjun Masidi said he shared the view of other leaders that the Cabinet representation should be better, following the resignations of two deputy ministers from Sabah.

“We (Sabah) have been dubbed Barisan’s fixed deposit (bastion). At the moment, we feel that we are not getting enough interest from our fixed deposit.

“If the interest is not good, people will put it elsewhere,” said Masidi, adding that many people in the state were disappointed with the current representation.

Masidi, who is state Tourism, Culture and Environment Minister, said Sabah Umno understood the constraints of the Prime Minister in trying to accommodate everybody from Sabah but there was justification for better representation from Sabah after the state Barisan's excellent showing in the general election.

“It is important as it will further strengthen Sabah Barisan as a bastion,” he said, adding that he did not know why Kalabakan MP Datuk Abdul Ghapur Salleh quit as a deputy minister on Tuesday.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi maintained the quota of three ministers from Sabah but increased the deputy ministers from two in the previous Cabinet to four when he named his smaller Cabinet.

Sabah, like Sarawak, had anticipated higher representation of full ministers in the Cabinet. Many felt that less significant posts were given to Sabah.

“I think there is a need to look at the overall picture,” Masidi said, adding that Sabah was not “greedy.”

“What I am saying is Sabah Barisan parties had shown they are dependable and I think it should be appreciated,” he added.

On Ghapur’s resignation itself, he said Ghapur should have rejected the offer immediately instead of after the swearing-in.

Former chief minister Datuk Yong Teck Lee said Ghapur's resignation should be a wake-up call for Kuala Lumpur to look into the appeal of Sabahans appeal for better representation.
“His resignation reiterates the growing view even in Kuala Lumpur and among Umno circles that Sabah deserves more recognition and respect from the national leadership,” the Sabah Progressive Party president said.

“Although it is sad see Ghapur resign, and hence Sabah has lost yet another post in the Federal Government, I hope this latest resignation will be another wake up call to the national leadership to re-look Sabah and also Sarawak,” said Yong.

Mengapa Dato' Seri Shahrizat kalah di Lembah Pantai : Bahagian Ketiga

Main-main wayang: UMNO, MIC dan MCA

UMNO Lembah Pantai memang pandai bermain wayang. Disebabkan kepandaian Abang Yusry bermain wayang maka hilang rasa hormat warga Lembah Pantai kepada UMNO. Jadi, apabila hilang rasa hormat kepada UMNO maka yang menjadi mangsa ialah Dato' Seri Shahrizat.

Dato' Seri Shahrizat telah disogokkan dengan gambaran bahawa orang Lembah Pantai akan mengundi beliau. Cakap-cakap dari orang UMNO mengesahkan bahawa walaupun Dato' Seri Shahrizat agak risau dengan perkembangan pengaruh pembangkang tapi UMNO Lembah Pantai masih menyatakan pengaruh itu sangat kurang. Kurangnya maklumat yang diberikan kepada Dato' Seri Shahrizat membuatkan strategi silap telah digunakan semasa tempoh berkempen. Ini membuatkan kempen Dato' Seri Shahrizat menjadi lesu, lemah, tidak menarik apatah lagi penuh dengan retorik lama.

Setelah beberapa kali membuat ceramah, Dato' Seri Shahrizat dapat melihat kesan pengaruh pembangkang. Ini dapat dilihat pada suatu malam apabila Parti Keadilan membuat ceramah di Kg Haji Abdullah Hukum. Mantan TPM hadir memberikan ceramah. Beribu orang menghadiri ceramah tersebut sampaikan jalan jem dibuatnya. Walaupun hari hujan namun ceramah itu mendapat sambutan yang hangat.

Pada malam yang sama juga suatu ceramah BN sedang diadakan di Bangsar Baru dan yang membuat ceramah tersebut bukan calang-calang orang, TPM datang membantu Dato' Seri Shahrizat berkempen. Namun apa yang dapat dilihat ialah, dalam keheningan rintik-rintik hujan, tidak ramai yang hadir ke ceramah tersebut. Jalan lengang. Orang pun lengang. Yang ada cuma pak polisi yang mengawal lalu lintas. Jelaslah kini Dato' Seri Shahrizat diambang kekalahan.

Dalam hal ini UMNO Lembah Pantai perlu dipersalahkan. Mereka gagal bersatu. Asyik nak berkelahi untuk merebut jawatan dalam UMNO. Sibuk mencari lubang duit. Ada diceritakan bahawa terdapat suatu cawangan UMNO di suatu bukit yang ketuanya sudah 3 tahun tak menjejakkan kaki ke cawangan. Ini lah rupa UMNO di Lembah Pantai. Orang yang mengetahu cerita UMNO ini sibuk menjaja hal itu. Tak hairanlah ada kalangan penyokong UMNO yang mengibarkan bendera Keadilan di rumah masing-masing.

Saling tak tumpah jalan kerja MIC dan MCA. Masing-masing langsung tak membantu. Tiada koordinasi dalam gerak kerja. Mungkin MIC dan MCA menyangka bahawa UMNO tentu akan menang di Lembah Pantai. Tapi mereka silap. Apabila undi siap dikira, saluran Bangsar melihatkan kejutan besar. Saluran ini didominasi oleh pengundi Cina dan India dan selalunya dimenangi oleh BN/UMNO. Tetapi kali ini peti undi kawasan Bangsar menyatakan bahawa pengundi India dan Cina beralih arah ke PKR.

Ini jelas menunjukkan kegagalan MIC dan MCA memainkan peranan dalam membantu UMNO memenangi Lembah Pantai. Jadi disebabkan main wayang inilah maka Dato' Seri Shahrizat kalah.

Ikuti bahagian keempat mengapa Dato' Seri Shahrizat kalah di Lembah Pantai.

PAS-DAP-PKR: Pakatan yang membawa rebah?

Parti pembangkang mula bertukar nada

dipetik dari bharian.online

IPOH: Parti pembangkang terutama Pas dan DAP yang memainkan isu agama serta perkauman secara jelas untuk menawan hati pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kini bertukar nada selepas memenangi pilihan raya serta menubuhkan kerajaan di Perak. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Lumut yang juga Ketua Umno Bahagian Lumut, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata sebelum pilihan raya, Pas mengeksploitasi isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam. Beliau berkata, dua hari sebelum pembuangan undi pada 8 Mac lalu, petugas Pas mengedarkan beribu-ribu risalah di masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang ditandingi calonnya, Mohammad Nizar Jamaluddin.

Katanya, risalah itu memetik fatwa daripada muzakarah ulama yang mengatakan haram bagi orang Islam memilih calon bukan Islam, iaitu Dr S Vasan daripada MIC yang mewakili BN. "Tetapi, bila sudah berjaya menjadi kerajaan, beliau (Mohammad Nizar) mengatakan beliau Menteri Besar untuk semua kaum. Sekarang baru kita nampak wajah sebenar mereka. "Saya ingin bertanya kepada Pas, apa terjadi dengan prinsip mereka untuk menubuhkan negara Islam teokratik seperti kempen mereka sejak bertahun-tahun lalu?" katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohammad Nizar yang memenangi DUN Pasir Panjang yang mempunyai lebih 65 peratus pengundi Melayu, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-10 pada 17 Mac lalu. Dr Zambry berkata, DAP juga memainkan isu perkauman yang ketara sepanjang berkempen dengan mengatakan kepada orang Cina bahawa satu undi kepada MCA bermakna satu undi untuk Umno. Beliau berkata, kempen cara berkenaan menyebabkan pemisahan yang lebih jauh antara orang Cina dengan Melayu. "Kempen Pas dan DAP ini berjaya menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Islam dan bukan Islam hingga pengundi menolak calon BN," katanya.

Dr Zambry berkata, komponen BN juga boleh memainkan isu perkauman untuk meraih undi dengan menjadi juara kaum masing-masing, tetapi tidak menggunakan isu itu kerana mementingkan keharmonian dalam negara. Beliau berkata, kini wujud perpecahan yang jelas di kalangan masyarakat mengikut parti dan kaum akibat permainan politik perkauman oleh Pas serta DAP. "Saya melihat tugas utama kerajaan campuran DAP, Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak sekarang ialah menyatukan semula kaum yang terpisah-pisah mengikut fahaman politik dan agama," katanya.

Mar 27, 2008

RAJA BERPERLEMBAGAAN : nota khas kepada yang bukan lawyer



RAJA BERPERLEMBAGAAN : nota khas kepada yang bukan lawyer

Dipetik daripada Utusan Malaysia

DALAM tahun 1980, Sultan Azlan Shah, ketika itu Ketua Hakim Negara, telah mengingatkan bahawa `mahkota' akan hanya mendapat tempat di muzium kalau institusi raja terkandas dalam menjalankan tugasnya yang sebenar. Seri Paduka Baginda melunaskan pendapat itu dalam titah ucapan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.



Baru-baru ini Raja Dr. Nazrin Shah, putera baginda yang juga Raja Muda Perak, sekali lagi menekankan dalam nada yang seakan-akan sama, bahawa banyak berlaku dalam sejarah, institusi raja tumpas apabila ia tidak direstui oleh rakyat.



Dalam senario tindakan rakyat, tidak ada yang lebih penting daripada melakukan pemilihan wakil rakyat dan kerajaan rakyat dalam pilihan raya.



Inilah aktiviti kemuncak dalam amalan demokrasi. Apabila rakyat telah membuat pilihan, maka pilihan itulah yang menjadi restu rakyat. Tidak ada pihak sewajarnya menafikan restu mereka.



Memandangkan institusi raja di Malaysia kini diasaskan pada institusi Raja Berperlembagaan seperti yang diamalkan di Wesminster, London, maka apa yang berlaku kepada institusi ini di United Kingdom (UK) adalah amat relevan untuk dihayati.



Dalam sejarah Raja Berperlembagaan di UK, tidak pernah berlaku sebarang pelantikan yang dibuat oleh parti yang menang dalam pilihan raya dinafikan oleh raja, baik bergelar king mahupun queen. Raja Berperlembagaan di UK telah banyak melalui pengalaman yang luas dalam sejarah.



Antara episod terpenting dalam sejarah institusi raja UK berlaku pada tahun 1587 apabila Queen Mary dihukum pancung kepala dan tahun 1649 apabila Oliver Cromwell menjadi Lord Protector setelah King Charles I juga mengalami nasib yang sama.



Menurut Richard Buskin, pengarang buku British Royalty, sebab utama pemberontakan Cromwell yang disokong oleh 15,000 orang soldadu ialah semaraknya kemarahan rakyat akibat keengganan King Charles I mengadakan persidangan Parlimen kerana bimbang akan terjejasnya kuasa.



Republik

Kemangkatan Charles I menamatkan institusi raja untuk satu jangka waktu. Sungguhpun Lord Protector Oliver Cromwell pada hakikatnya merupakan seorang presiden yang mengetuai sebuah republik bernama Britain, namun konsep republik ketika itu belum benar-benar timbul dan dihayati, apalagi untuk diamalkan secara menyeluruh.


Oleh itu, keberkesanan pemerintahan Cromwell hanya bergantung semata- mata pada kekuatan peribadinya. Justeru pemerintahan baru yang dikemukakannya tidak menjadi satu alternatif teguh dan berkekalan.


Dalam keadaan begitu, ketika fizikalnya menjadi lemah akibat usia, timbul penentangan sehingga akhirnya beliau terbunuh.


Maka, tanpa pilihan lain, King Charles II diangkat ke takhta. Dengan itu kembalilah institusi raja di UK.


Dunia mengetahui hanya kira-kira 100 tahun kemudian barulah konsep republik dihayati secara mendalam dan menyeluruh apabila anak jajahan UK di Amerika bangkit berperang dengan tentera King George III hingga mencapai kemerdekaan pada tahun 1776, dengan George Washington menjadi Presiden pertamanya.


Tiga belas tahun kemudian, Perancis mengikut jejak langkah Amerika setelah King Louis XVI dipenggal kepala di bawah gallow. Kini sistem republik menjadi satu alternatif kepada sistem beraja. Jumlah negara republik di dunia adalah lebih banyak daripada jumlah negara beraja.


Kemangkatan Charles I dan pulihnya institusi raja di bawah Charles II setelah Cromwell meninggal merupakan satu titik-tolak ke arah wujudnya institusi Raja Berperlembagaan seperti yang diamalkan dengan baik oleh Queen Elizabeth II sekarang ini.


Menurut pakar undang-undang perlembagaan, institusi raja dan Parlimen UK (yang dirujuk sebagai induk kepada segala Parlimen dunia) merupakan sistem Raja Berperlembagaan yang `ideal' dan `realistik' yang harus diikuti sebagai contoh oleh dunia.


Institusi raja di Jepun, Belanda, Sweden, Sepanyol, Norway dan Belgium adalah di kalangan yang mengamalkan sistem institusi raja UK.


Dalam undang-undang perlembagaan European Union, apa yang dipentingkan dalam peruntukannya ialah `teleological' atau maksud asal di sebalik sebarang peruntukan. Apabila timbul keraguan dalam interpretasi sesuatu peruntukan, maka interpretasi akan dibuat menurut apa yang sebenarnya menjadi sebab mengapa peruntukan itu dibuat pada asalnya.


Di UK, peruntukan mengatakan raja berhak melantik Perdana Menteri, sebagai contoh. Namun hak itu bergantung (`subjected to') kepada parti politik yang menang dalam pilihan raya.


Di sinilah letaknya `semantics' (atau `pemerian') bahawa Perdana Menteri hendaklah terdiri daripada ahli (Parlimen atau badan perundangan yang serupa) yang mendapat keyakinan `majoriti' ahli-ahli Parlimen atau badan demikian.


Di peringkat negeri di Malaysia, istilah `Perdana Menteri' dalam ungkapan di atas boleh digantikan dengan `Menteri Besar' atau `Ketua Menteri'.


Pada realiti amalan politik, ketua parti relevan yang menang dalam pilihan raya berhak menamakan siapa menjadi Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.


Menghayati dan menghormati segalanya itu membuatkan `constitutional monarchies' di Jepun dan beberapa buah negara di Eropah itu menjadi begitu stabil dan amat tinggi estemnya. Raja Berperlembagaan di Malaysia tentunya mampu selaras kalaupun tidak melebihi daripada itu.



~ ~

PAK LAH : Perlukah UNDUR?






Dewasa ini melihat kepada perkembangan politik Malaysia selepas pilihan raya 12 ini macam-macam yang telah terjadi.

Kegagalan BN mendapat 2/3 yang juga merupakan kegagalan terbesar mereka semenjak tahun 1969 menjadikan parti Barisan Nasional ini kelihatan seperti kapal yang sedang dilanda ribut dan nakhodanya sedang terkial-kial mengemudi kapal itu ke tempat selamat.

Apabila anak-anak kapal juga mula berpaling tadah. Maka jadilah seperti cerita Singapura diserang Majapahit apabila pintu kota dibuka oleh Datuk Mendaliar kerana anaknya dihukum bunuh oleh Raja. Maka berulanglah jua kisah si pengkhianat Melaka yang bersengkokol dengan Portugis memberitahu kelemahan istana Melaka.

Kegagalan itu juga menyaksikan kokokan ayam-ayam yang tiba-tiba menjadi jantan. Ayam-ayam yang sebelum ini tunduk menikus takut kepada BN kini tiba-tiba berubah menjadi panglima berkeris mengherdik Pak Lah untuk undur. Mengapa ini terjadi? Adakah disebabkan oleh kurang kuasa rakyat yang menyokong BN atau hanya kerana rasa tidak puas hati disebabkan tidak mendapat ruang di kabinet?

Ayam-ayam yang tiba-tiba menjadi jantan ini mula melihatkan taji masing-masing. Sanggup menikam dikala sokongan paling perlu diberikan. Sanggup pula bermain sandiwara dengan pihak pembangkang. Sanggup pula menukar ideologi mereka. Adakah ini golongan yang dipilih rakyat? si ayam memang begitu, cakapnya tidak boleh dipercayai. Sepuluh yang dikata, satu pun tak boleh dipakai. Hari ini bercakap sokong, esok lusa berpaling wajah. Inikah golongan yang perlu disokong? tidak berpendirian. Gagah apabila berada dalam kalangan yang kuat, bacul apabila terasa diri menjadi lemah.

Jadi adakah harus Pak Lah undur? tepuk dada tanya selera. Seharusnya pada ketika ini baik Parti Barisan Nasional atau Pembangkang menumpukan hal pembangunan dan kebajikan rakyat. Bukan cuba mencari peluang mentadbir negara. Menunjukkan siapa yang mampu membuat yang satu lagi jatuh terduduk ke bawah.

Mereka yang menyalak mengherdik supaya si PM meletak jawatan adalah mereka yang kurang akal dan kurang cerdik. pasti mempunyai agenda tersendiri. Baik mencari nama, menyalakan impian yang lama ataupun demi membalas demi dendam.

Sepatutnya pada dan ketika ini Pak Lah harus diberikan pendapat bagaimana untuk meningkatkan semula imej kerajaan bukannya meminta beliau mengundur diri.

Benar, beliau telah banyak membuat silap. Kesilapan yang telah diingatkan oleh rakyat. Tetapi adakah kita sedar bahawa majoriti rakyat mahu beliau menerajui kerajaan? kalau tidak sudah tentu kerajaan BN akan tersungkur pada pilihan raya yang lalu. Bukankah masih ada negeri yang kuat menyokong kerajaan dan negeri yang dibawah pemerintahan Pembangkang mempunyai ramai wakil rakyat BN?. Kalau benar rakyat mahu BN tidak lagi berkuasa sudah tentu tiada wakil BN di negeri-negeri tersebut. Usah disebut tentang SPR dan pengundi hantu, apabila pembangkang menang adakah mereka menang kerana pengundi hantu?

Jadi, daripada kita menyuruh Pak Lah undur diri lebih baik kita memberi beliau peluang untuk memperbetulkan kesilapan beliau. Semua orang wajib diberikan peluang kedua. Oleh itu berikan Pak Lah waktu untuk membuat pembaharuan. Sekiranya Pak Lah dalam masa 2 tahun ini gagal membuat pembaharuan maka haruslah beliau disingkirkan dalam UMNO.

Pada mereka yang menanguk di air keruh, insaflah dan hentikan retorik mimpi itu. Berpolitik dan jawatan anda adalah untuk rakyat. Bukan untuk kepentingan diri. Hanya kerana kalah sekali riuh hendak menukar apa yang ada. Andaikata BN menang dalam PRU12, adakah anda akan tetap menyalak?

Bagi kerajaan PKR-DAP-BN, perikatan anda masih lemah. Tidak diuji betul-betul. Adakah benar perikatan anda kuat atau sekadar sandiwara politik? Rakyat masih menanti tindakan-tindakan anda. Kejayaan anda mendapat undi yang sebegitu banyak pada pilihan raya kali ini tidak menjamin kemenangan anda sekali lagi. Anda harus bekerja lebih keras. Kalau rakyat melihat anda gagal dan lemah dalam menjalankan amanah yang diberi maka pada pilihan raya ke 13 nanti mungkin anda akan disembelih semuanya. Jadi tumpukan perhatian pada kebajikan dan keselesaaan rakyat anda. Berlaku adil dan berhemah dalam pebelanjaan negeri. Jangan membazir.

Pada DSAI, apa yang dilihat pada wakil rakyat BN. Sekiranya mereka ini melompat parti, adakah mereka ini boleh diterima? atas alasan apa pun golongan yang melompat parti adalah ibarat katak yang tidak boleh dipercayai apatah lagi dirai kesetiaan mereka. Bayangkan bertahun-tahun didalam BN tiba-tiba melompat ke pembangkang. Kenapa sekarang? kenapa melompat selepas pilihan raya? mengapa tidak melompat sebelum pilihan raya? jawapanya adalah kerana mereka yakin BN menang dan kuat. Kalau BN menang mereka ini tidak akan melompat parti. DSAI, jangan kerana mengejar jawatan dipuncak anda hilang pedoman. Kalau benar anda bagai dikata, nanti jawatan itu pada PRU13. Lebih budiman mendapat jawatan itu dalam PRU13 dengan restu rakyat daripada mendapat jawatan pada masa ini hanya disebabkan pertelingkahan orang lain.

Kepada BN. Nah, anda sudah melihat betapa anda silap. Jangan berada lagi dalam zon "comfort" anda. Rakyat telah mengigatkan anda. kalau mereka mahu kuasa bertukar tangan tentu PRU12 anda kalah semuanya. Mulai sekarang tekad di hati untuk bekerja demi rakyat. Bukan sebaliknya. Isu-isu mesti ditangani dengan berhemah. Betulkan kesilapan anda. Masih ada peluang dan masa untuk membetulkan kesilapan. Bangun bersama-sama PM anda untuk Malaysia yang lebih gemilang. Inilah masa untuk membuktikan kepada rakyat dan pembangkang bahawa janji-janji BN adalah janji betul. Akan ditunaikan. Inilah masa untuk menunjukkan bahawa kesejahteraan rakyat dan negara mengatasi ideologi politik. Inilah masa untuk bekerjasama dengan pembangkang membawa pembangunan kepada negara. Jadikan anda sebagai contoh tauladan kepada rakyat.


Harus diingat anda tidak kalah, cuma gagal. Banyak beza antara kalah dan gagal. Kalah merujuk kepada tewas. Tidak mampu untuk berjuang dan menyerah kalah. Manakala gagal merujuk kepada silap strategi dan salah anggap kemampuan diri. Nah, anda tidak tewas tetapi gagal sahaja. Anda harus bangkit dari abu-abu kegagalan dan mula membentuk diri anda. Kegagalan merupakan guru terbaik untuk anda. Selami hati rakyat, mula berkenalan dengan rakyat. Mudah-mudahan anda akan sedar kesilapan dan mampu bangkit semula.

kepada si katak dan kodok dengarkan lagu ...."lompat si katak lompat, lompat lah tinggi2, silap-silap lompat boleh kena undi dan terus mati..."

Seorang lagi Timbalan Menteri Letak Jawatan





27 Mac 2008


Lebih kurang seminggu sejak dilantik, Datuk Abdul Ghapur Salleh membuat kegemparan apabila meletak jawatannya sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Surat peletakan jawatan pemimpin Umno itu dikirim semalam kepada Perdana Menteri dan berkuatkuasa serta-merta.

Perkembangan mengejutkan ini satu lagi tamparan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dipersalahkan atas ketewasan besar-besaran BN dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Peletakan jawatan ahli parlimen Kalabakan, yang menang tanpa bertanding dalam pilihanraya umum lalu, mengikut jejak dua lagi ahli parlimen BN yang enggan menerima jawatan timbalan menteri selepas nama mereka diumumkan dalam barisan kabinet pada 18 Mac.

Ahli parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, menolak jawatan timbalan menteri pengangkutan.

Manakala ahli parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, menolak jawatan timbalan menteri luar.

Kedua-duanya dilaporkan menolak, antaranya, dengan alasan telah lama berkhidmat dan sewajarnya diberikan jawatan menteri.

Penolakan seumpama itu dipercayai pertama kali berlaku.

Malaysiakini difahamkan, surat peletakan jawatan Abdul Ghapur dikirim melalui faksimili ke pejabat Perdana Menteri petang semalam.

Malam tadi desas-desus tentangnya mula berkembang melalui mesej SMS dan laman-laman web, termasuk percubaan untuk menekannya agar menarik balik surat tersebut.

Setakat ini belum jelas sebab-sebab beliau berbuat demikian.

Perdana Menteri setakat tengah malam tadi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Selain itu, pemilihan kabinet Abdullah kali ini menyaksikan perasaan kurang senang yang meluas di beberapa negeri dan dalam kalangan beberapa tokoh.

Sehari selepas pengumuman kabinet, ahli parlimen Kangar Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad melepaskan jawatan setiausaha agung Umno dan BN susulan penggugurannya daripada kabinet.

Datuk Seri Rafidah Aziz, wakil Kuala Kangsar, melahirkan rasa terkejut.

Di Sabah, beberapa pemimpin parti komponen BN termasuk Umno berasa tidak dihargai walaupun telah memberi sokongan besar dalam pilihanraya ke-12.

Gara-gara itu, dua ahli parlimen dari Sarawak dilaporkan ingin meninggalkan BN - Datuk Dr Tiki Lafe (Mas Gading) dan Richard Riot (Serian) bagaimanapun menafikannya.

Mar 26, 2008

Mengapa Dato' Seri Shahrizat kalah di Lembah Pantai : Bahagian Kedua






Sebab kalah 2: UMNO Lembah Pantai; tidak menyokong Dato' Shahrizat?


Bukan sesuatu yang rahsia bahawa pada awal-awal lagi apabila Dato’ Shahrizat dicalonkan untuk menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai dalam 1995 beliau memang tidak diterima oleh UMNO Lembah Pantai. mendengar sahaja nama Shahrizat akan ditabalkan sebagai wakil rakyat maka bergegarlah UMNO Lembah Pantai pada ketika itu. Ahli UMNO tidak dapat menerima orang Keramat bertanding di Lembah Pantai. Sebelum Dato’ Shahrizat menjadi wakil rakyat di Lembah Pantai, tugas itu adalah di tangan Dato’ Kamal Hussein seorang anak watan Lembah Pantai.

Diceritakan pada suatu hari ketika Dato’ Shahrizat menghadiri mesyuarat Bahagian UMNO dan cuba diperkenalkan kepada ahli UMNO Lembah Pantai, beliau telah dijerkah dan dibantah pelantikannya. Sehinggakan ada ahli UMNO yang meninggalkan mesyuarat tersebut.

Namun hasil usaha keras Dato’ Kamal Hussein akhirnya ahli UMNO Lembah Pantai menerima Dato’ Shahrizat sebagai calon wakil rakyat Lembah Pantai. Tetapi pelantikan tersebut adalah dengan syarat bahawa beliau harus berundur setelah dua penggal di Lembah Pantai.

Akan tetapi, selepas 3 penggal pilihan raya, Dato’ Shahrizat masih lagi tegal di Lembah Pantai. Diberitakan bahawa UMNO Lembah Pantai pada pilihan raya ke 12 telah menyenaraikan beberapa nama yang diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi untuk dinilai sebagai calon wakil rakyat tetapi senarai itu ditolak bulat-bulat.

Hasil penolakkan itu maka bermulanya kemelut dalam UMNO Lembah Pantai yang mahu anak watan Lembah Pantai dijadikan wakil rakyatnya. Pada ketika itu, ura-ura pemulauan UMNO Lembah Pantai terhadap kepimpinan Dato’ Shahrizat mula kedengaran. Kesetiaan mula berbelah bahagi.

Tiada siapa menyangka kesan pemulauan itu akan mengakibatkan kerosakan yang besar kepada UMNO.

Dikatakan ramai ahli UMNO keluar mengundi pada 8 Mac 2008 tetapi beralih undinya.

Akhirnya tepat jam 8.00 malam 8 Mac 2008, maka kedengaran guruh dilangit dan Dato’ Shahrizat telah tewas dibumi bukan tempat asalnya.

Inilah punca dan sebab kedua mengapa Dato’ Shahrizat kalah di Lembah Pantai.

Koleksi e-mail dari Mangkuk Hayun Group






KESAN DAN “SIGNAL” DALAM PILIHAN RAYA 12


Kepimpinan negara sama ada yang pembangkang atau yang BN faham benar akan hal kita ini. Saya fikir “signal” yang kita berikan kepada BN dan pembangkang akan sentiasa terpahat dalam kotak ingatan mereka. Signal ini mengingatkan mereka supaya jangan main-main dengan rakyat. Sebagaimana kita boleh memberikan mereka kuasa, semacam itu juga kita boleh menarik semula kuasa tersebut. Kita yang meletakkan mereka di atas maka mereka harus faham aspirasi kita.

Namun begitu, adalah menjadi hal yang amat nyata melihatkan kepada siapa yang kita letakkan di atas sana. Benar, mereka yang pernah berkuasa menjadi korop; Mereka menjadi takbur dan ego; Mereka keras kepala dan mula mengabdikan diri mereka kepada duniawi. Tetapi adakah ini bermakna mereka tidak belajar dari kesilapan?. Persoalan disini ialah; haruskah kita memberi mereka-mereka ini satu lagi peluang? tepuk dada tanya selera.

Saya bukan ingin mengajar rakan-rakan sekalian tentang apa yang betul dan apa yang salah tetapi sekadar ingin mengingatkan kita semua supaya lebih peka terhadap sebarang usaha untuk menjahamkan negara ini. Kepimpinan negara ini harus berada ditangan seorang islam melayu. Bukan ditangan orang lain. Pemimpin ini harus kita tatang dengan tangan yang penuh. Tetapi jika dia berpaling tadah, cuba2 menghilangkan maruah dan kedaulatan kita sebagai kaum Melayu maka haruslah kita buang dia ke tanah.

Persoalan tentang sama ada lebih baik duduk di bawah melayu yang korop atau cina yang berintegriti akan di jawab dalam masa 2-3 tahun ini. Pada masa itu nanti akan kita lihat warna sebenar permainan politik ini. Selagi masa itu tidak sampai, kita hanya mampu melihat dan memerhati.

p/s
sekadar imbasan.

PAS bertanding 60 kerusi parlimen. Kurang 62 untuk mendapat majorit mudah. PAS menang 23

PKR bertanding ?? menang 31

DAP bertanding 54 menang 28

UMNO bertanding ?? menang ??

MENARIK : sila lihat laman web ini: http://www.petitiononline.com/2nddpm/petition.html

nota: majoriti mudah ialah 122.


MENGENALI PEMIMPIN BERSIH ATAU TIDAK

Kita memang susah nak tahu kalau seorang pemimpin tu bersih atau tidak. Kadang-kadang yang dikatakan bersih tu rupayanya tidak berapa bersih. Tetapi adat politik, macam ayam jantan berkokok berderau-derau, ekor bergelumang najis.

Korupsi ni satu daripada agenda politik sebenarnya. Tidak ada orang yang bersih dari korupsi. Kenapa? tengok kita sahaja sudah, kalau ada saudara mara yang susah, kita akan bantu kan?, katalah dia itu ada syarikat kecil2, dan kita pula ada la projek kecil2, lebih baik kita bagi pada saudara kita itu kan? senang dia, senang kita, susah dia, susah kita.

Jadi maksud korupsi tu susah sikit hendak dicakap. Kadang2 nampak macam korupsi tapi tidak.

Ambil contoh satu kes di Kg A. Penghulu Kg A terima wang untuk baiki dewan orang ramai. Penghulu ini pulaki sudah tengok bahawa Dewan perlukan pembaikpulih yang ciput, so ada duit lebih, dia patut pulangkan balik pada kerajaan tapi dia ambil sikit wang itu dan bagi pada 4-5 orang orang Kg A yang susah.

BPR dapat tahu, BPR siasat. Betul dan “konfem” Penghulu ni sudah pecah amanah sebab gunakan wang baikpulih untuk benda2 lain. Penghulu kena dakwa. Mahkamah sabitkan salah. Tapi Penghulu kena hukuman sikit pasal mahkamah ambil kira niat murni Penghulu ni tadi. Tapi salah tetap salah. Penghulu dapat penjara 5 hari sebab pecah amanah.

siapa yang korupsi?

Berbalik pada orang politik ni pula, mereka ni ada yang memang tak ada keja lain selain income dari politik (contoh dapat projek catering untuk majlis2 parti), dan kalau ada pun kerje lain tak boleh hendak tumpu sangat pada kerja sebab pengundi kawasan dia memerlukan perhatian dia.

Lainlah macam kita, ada yang keje kerajaan dan ada yang bukan kerajaan, sama ada separa atau sepenuh masa. cukup bulan dapat gaji (patutnya nyer la kan?)

hendak tak hendak, orang politik ni terpaksa lah, kuis sana, kuis sini, hendak dapatkan duit. Kalau tidak ada duit mana lah hendak bertanding kan?. Kalau tidak ditolong rakan2 atau penyokong untuk projek2, “konfem” dah “next round” pilihan raya kena lah YB itu mencari duit sendiri, mana hendak dicekau duit itu?

Tapi itu semua tidak lah bermakna sampai YB2 dan ahli politik ini kena bolot habis projek2. Sikit2 sudahlah. Ini tidak, projek RM300 juta, sampai di tangan dia naik sampai RM 400 juta, amacam boleh naik sampai RM100 juta? Ini yang kita marah sangat.


Pasal wanita itu, memang salah dari segi moral dan agama. Memang tidak patut langsung YB dan ahli politik ini buat semacam itu. Tapi kalau mereka ini hendak kawin satu lagi, isteri mereka beri ke?

Datin2 dan puan seri2 tu mesti tidak mahu "dikacau" gelaran mereka. Ada kabar2 angin menyatakan, tidak tahu betul atau tidak, ada dikalangan mak datin2 dan puan seri2, lebih suka suami makan luar dari suami kawin satu lagi. Tapi lagi sekali ditegaskan, tindakan main kayu tiga ini memang salah dan haram.

Kepada mereka yang mungkin menekankan konsep bersih ni, macam ni lah, kita di dunia ni terutama kat Malaysia

Manusia ini ada kemahuan dan ada keinginan. Sape yang nak buat kerja tapi tiada habuan? hednak hidupkan kereta pun kena ada duit. Kalau cakap pasal perjuangan politik ini memang best. Tapi bila perut dah lapar, anak2 di rumah nak minum susu pun kita tidak mampu hendak beli, adakah perjuangan politik jadi no.1 atau perjuangan hendak hidup jadi pilihan utama?

Jadi sebenarnya, apa yang kita semua nak sampaikan pada pemimpin ini, janganlah buat sesuatu perkara itu main bantai saje. Fikir sikit kebaikan untuk rakyat. Kalau rakyat senang hati, pemimpin pun senang hati. Kalau rakyat senang hati, “confirm next round” pilihan raya dapat la diundi. Sudah dapat undi mesti jadi menteri, sudah jadi menteri jangan lupa pulak kena tabur budi. Yang rakyat pula lepas ni, jangan membuta tuli menghentam lagi. Kita ni kalau kat atas sana silap hari bulan, teruk lagi.

anyway, selamat cuti hari minggu.

p/s yang haram tetap haram. tak kena sekarang, akhirat ada lagi. tunggu je nanti.

APABILA DEB DI”BUBAR”KAN DARI PULAU PINANG

Rakan-rakan,

Saya tidak berniat untuk menidakkan yang benar. Menjadi satu fakta DEB pada masa sekarang hanya menguntungkan 2-3 orang sahaja. Dan menjadi suatu fakta juga bahawa kontrak-kontrak di bawah DEB ini juga akhirnya sampai ke kroni2 yang bukan melayu.


Saya difahamkan pada suatu masa dahulu kala, konsep DEB ini telah dicetuskan dengan nawaitu utama untuk menghasilkan suatu kelompok melayu jutawan/kaya dalam sekelip mata. Dengan itu melayu jutawan ini kemudiannya akan memcetuskan pula melayu lain yang kaya. Ini kerana pada masa itu didapati bahawa adalah terlalu lambat untuk seorang melayu menjadi seorang businessman yang kaya/jutawan. Oleh kerana tekanan yang diberikan oleh kaum lain yang memonopoli kuasa perniagaan. Tindakan tekanan ini sampai ke hari ni boleh di lihat. Pergi ke kawasan majoriti kaum tersebut, lihat, perhatikan ada terlihat kelibat mana-mana kedai yang dipunyai oleh orang Melayu?.

Ada cerita menarik tentang tekanan ini. Diceritakan oleh seorang Melayu tulin ahli perniagaan yang bukan orang orang politik. Beliau menceritakan tentang tempat perniagaannya. Tempat ini memang baik lokasinya. Mudah dikunjungi dan strategik. Cuma sewa agak mahal. Beliau berjaya mendapatkan kedai itu. Apabila sudah dibayar wang pendahuluan lebih kurang RM 6,000. beliau telah dipanggil kembali oleh tuan punya kedai. Kenapa? Tuan punya kedai dengan berat hati (tuan punya ini dari kaum yang memonopoli perniagaan di Malaysia) tuan kedai ini memulangkan duit pendahuluan dengan alasan bahawa pekedai kaum di situ tidak bersetuju seorang Melayu menjalankan perniagaan di tempat mereka.

Ini kisah benar. Mana dasar meritokrasi laungan si Roket. Mana dia? Kalau tiada bantuan kerajaan pada kaum Melayu tentu sampai akhir dunia pun Melayu takkan mampu berniaga di tanah airnya sendiri.

Lihat contoh lain. Pergi ke Midvalley, SOGO, PERTAMA, IOI Mall, PETRONAS TWIN TOWERS dan BERJAYA TIMES SQUARE. Lihat, kaum mana yang memonopoli perniagaan? Di Twin Towers melayu di halau. Di tempat lain sewa untuk Peniaga Melayu lebih tinggi dari peniaga bukan Melayu. Mana adilnya? Mana meritokrasinya? Mana Uncle Lim dan Roketnya? Mana mereka?

Kalau kita pergi bekerja, lihat pula gaji yang diberi. Kalau si Melayu..wahh…bukan main kedekut gaji. Kalau bukan Melayu ..terutama dari kaum tertentu itu, lulusan SPM gaji mengalahkan si Melayu yang ada diploma. Kerja Melayu yang buat. Tetapi yang untung siapa?
Ini adalah fakta. Ini rahsia awam. Kita mengetahuinya tapi tidak bercerita tentangnya.

Berkenaan dengan isu DEB ini, mungkin selepas ini boleh kita "modify" sedikit DEB ini. Kontrak kerajaan mungkin boleh diberikan kepada Melayu tetapi harus di "open tender" kan. Tiada lagi "direct negotiation". Mungkin itu boleh dilaksanakan tanpa mengorbankan dasar itu sendiri.

Harus diingatkan dengan tamatnya riwayat DEB di Pulau Mutiara maka semua kontrak adalah "open". Semua kontraktor boleh mengambil bahagian tanpa sempadan. Tetapi mengikut kata CM Pulau Mutiara "kontraktor Pulau Pinang akan diberikan keutamaan".

Persoalan pertama : berapa ramai kontraktor melayu diPulau Mutiara?.
Dan yang kedua ; adakah kerajaan DAP akan betul2 memberikan konsep sama rata kepada kaum lain di Pulau Pinang selain Cina?.

Persoalan ini akan hanya terjawab dalam masa 2-3 tahun ini.

Sebagai sebuah parti baru yang belum ada pengalaman memerintah. Realiti pemerintahan belum lagi sampai ke meja CM ini. Apabila negeri perlukan belanjawan barulah kita akan lihat corak dan permainan di bekas jajahan Kedah ini.

p/s
ada satu lagi persoalan, semasa Pulau Pinang (seberang perai) diambil oleh inggeris dari tangan Kedah, terdapat "bayaran saguhati" yang diberikan oleh Kerajaan Inggeris kepada Kedah. bayaran ini masih diteruskan hingga kini oleh kerajaan Pusat. Sekarang, selepas Pulau Pinang telah diambil oleh DAP dan Kedah diambil PAS, adakah kerajaan Pusat akan membayar terus membayar bayaran saguhati ini atau ia akan dihentikan? ada sesape yang tahu??





KOMEN AWAL APABILA BN GAGAL MERAIH 2/3 MAJORITI
KOMEN 1

Rakan-rakan MH.

Memang tepat apa yang diutarakan oleh rakan-rakan kita selama ini. Selepas kemenangan besar BN pada tahun 2004 BN menjadi keras kepala dan angkuh. Keangkuhan ini ditambah lagi dengan kemenangan berturut2 yang dicapai oleh BN dalam pilihan raya kecil serata Malaysia yang diadakan selepas tahun keramat tersebut. Disebabkan itu, maka pimpinan BN khususnya UMNO sangat selesa dan mula membuat onar. Hasil negara disapu dan dibahagikan sesama mereka malahan rasuah mula berleluasa. Kita menyaksikan bahawa pemimpin UMNO dan BN mula "membina" duit. Kekayaan yang diambil dari negara mula bertimbun. BN menyangka bahawa kita (rakyat) tidak akan mempedulikan hal ini tetapi mereka silap dan hukuman telah pun kita berikan. Hukuman yang pasti akan membuatkan UMNO terpegun manakala MCA dan MIC terpaku. Ini akan sentiasa terpahat dalam sejarah politik negara.

Namun begitu, selepas semuanya selesai, kita sekarang ini dalam dilema. Dimana kekuatan melayu? ya, memang betul salah UMNO. Silap Pak Lah. sehinggakan mereka menang (kalah teruk) sipi2. Tetapi itu tidak bermakna kedudukan melayu tidak akan tergugat. Kita harus, mulai sekarang, menilai di mana kedudukan kita. Sebagai orang melayu kita harus faham bahawa kita TIDAK ADA KEKUATAN EKONOMI. Itu adalah fakta. Jadi selama ini yang menyelamatkan kita adalah kekuatan politik. Oleh itu kita harus pertahankan yang kuasa itu. Jangan sampai ia hilang. Jangan nanti kita menjadi Pak Kadok..menang sorak, hilang kampung.

Kita harus perhatikan senario politik negara kita dengan teliti untuk tempoh lima tahun ini. Kita harus pastikan walau apa pun dasar yang dilaksanakan oleh pihak BN atau/dan Pembangkang, dasar itu harus tidak melanggar hak-hak kita sebagai orang melayu. Kita telah menunjukkan kepada UMNO akan kuasa kita, dan saya pasti Pembangkang juga faham kuasa kita. Kita tidak teragak2 untuk menghukum sesiapa yang cuba mengangu gugat hak-hak kita.

p/s
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

KOMEN 2

Tahniah pada yang menang. Ini menunjukkan bahawa demokrasi masih di amalkan di Malaysia. Pada BN yang dikurangkan undinya dan kerusi Dewan, inilah masa untuk dikajai kekalahan yang sangat tidak diduga tersebut.

Kepada pembangkang. Jadikan kemenangan ini suatu batu loncatan untuk menjadikan Malaysia suatu negara yang disegani demokrasinya. Tunaikan janji-janjimu.

Kepada kedua-dua pihak, jangan pula didalam Parlimen masing2 mula nak bertikam lidah untuk benda2 yang kurang cerdik. Soal kutuk mengutuk, keje mengeji harus dihentikan. Jangan bertegang leher untuk perkara yang bukan untuk kebaikan negara. Ingat, Parlimen bukan warung kopi. Parlimen ada martabat sendiri. Tonjolkan imej sebenar Parlimen.

Nasihat kepada pengundi pula, parti/calon dah menang. Apa yang kita perlu pastikan ialah calon/parti ini akan mengotakan janji yang diberi. Kalau mereka terkeluar dari landasan yang kita bina untuk mereka, cepat2 ingatkan. Yelah kita semua ni manusia, kekhilafan itu selalu terjadi, kadang2 tanpa kita sedari (kadang2 saja2 kita buat pulak!), jadi kita perlukan orang lain untuk mengigatkan kita.

p/s
kalau mereka2 yang dipilih ini tidak menjalankan tugas dengan baik, next pilihan raya ke 13 kita UBAH BALIK. baru mereka tau sape pengundi Malaysia.

VOTE FOR PEACE. MALAYSIA

Mengapa Dato' Seri Shahrizat kalah di Lembah Pantai : Bahagian Pertama

















PRU ke 12 sudah berakhir. Debu-debu telah pun jatuh ke tanah. Sepanduk sudah diturunkan. YB juga sudah dipilih. Lembah Pantai yang mempunyai populasi penduduk Melayu antara teramai di Lembah Kelang. Kawasan seperti Pantai Dalam, Kampung Haji Abdullah Hukum, Kerinchi dan Bangsar merupakan antara kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk Melayu yang tinggi.

Semenjak dulu kala kawasan ini memang mempunyai sejarah yang menarik untuk Pilihan Raya. Kawasan Lembah Pantai tidak pernah surut dari dijamah kontrovesi apabila tiba musim Pilihan Raya. Dari zaman Tun Salleh Abas bertanding untuk Pembangkang hinggalah ke Zaman Nurul Izzah melawan Dato’ Shahrizat, kawasan Lembah Pantai memang hangat.

Setiap kali pilihan raya, tiap kali juga BN khususnya UMNO menang dalam kawasan Lembah Pantai. Akan tetapi PRU12 ini menyaksikan angin lain. Angin yang boleh menjatuhkan seseorang YB.

Jadi Apabila Dato’ Shahrizat tersungkur di Lembah Pantai soalan yang ditanya adalah mengapa Dato’ Shahrizat boleh tewas? adakah disebabkan oleh faktor "anuarisme"? atau pun kegagalan jentera UMNO/BN di kawasan itu?

Dalam kupasan Bahagian Pertama ini kita akan lihat faktor kejatuhan UMNO/BN di Lembah Pantai dari mata dan pandangan anak watan Lembah Pantai.


BAHAGIAN PERTAMA

Angin perubahan

Pada awal tahun 2008, terdapat desas desus bahawa pilihan raya akan diadakan. Maka angin perubahan mula melanda masyarakat Lembah Pantai. Dari pakcik penjual ikan hinggalah ke pegawai kerajaan yang tinggal di Lembah Pantai. Makcik-makcik yang sebelum ini tidak mempedulikan hal ehwal politik mula menukar tajuk gosip, dari perihal anak si anu yang ditangkap merempit ke isu menantu pak lah yang dikatakan ejen si temasik. Angin perubahan ini juga semakin kencang melanda apabila kelihatan Ahli parti pembangkang sibuk berhimpun di kedai-kedai kopi membincangkan strategi pilihan raya. Ahli UMNO/BN kelihatan sibuk berbincang tentang imbuhan yang akan dicapai untuk projek pasang bendera dan sepanduk.

Angin perubahan ini bukan sahaja melanda kegiatan gosip dan aktiviti melepak di Lembah Pantai tetapi juga melibatkan kecenderungan anak-anak muda yang pertama kali mengundi (first time voter (FTV)). Jika dulu mereka ini tidak berminat melibatkan dalam cakap-cakap politik tetapi kini mereka mula menunjukkan minat. Cyber Cafe mula dipenuhi anak-anak muda ini yang khusyuk melayari laman-laman web untuk mendapatkan maklumat baru tentang pilihan raya. Media perdana tidak lagi dipedulikan.

Menjelang 13 hari bulan Februari, tatkala sehari selepas Perdana Menteri (PM) Malaysia menafikan bahawa beliau akan membubarkan Parlimen, maka secara rasminya PM, tepat jam 12.00 tengah hari mengumumkan pembubaran Parlimen dan bermulanya kempen agresif media perdana untuk Pilihan Raya.

Sebelum itu, lebih tepat sebulan sebelum pengumuman pilihan raya, Lembah Pantai dikejutkan dengan menurapan jalan baru dan yang paling jelas arahan pemindahan rumah panjang DBKL yang membabitkan lebih kurang seribu keluarga ke rumah MTEN PPR kerinci.

Arahan pemindahan ini dilakukan secara tidak teratur dan terburu. dan Bermulalah kisah kekalahan YB Dato’ Shahrizat Abdul Jalil di Lembah Pantai.

Sebab kalah 1 : Pemindahan

Mungkin nampak remeh, tetapi pemindahan yang tidak teratur dan terburu-buru ini merupakan alasan pertama mengapa YB Shahrizat harus kalah.

Sepanjang masa pemindahan dijalankan dan juga acara-acara sebelum pemindahan dijalankan, YB Dato’ Shahrizat gagal menghadirkan diri. Gagal bercampur dengan masyarakat. Gagal menyelami kerunsingan penduduk yang berpindah ini.

Latar belakang rumah panjang

Rumah Panjang Pantai Dalam (rumah panjang) merupakan rumah teres kayu plywood yang disambungkan antara satu sama lain. Terdapat lebih kurang 15 pintu rumah bagi setiap blok. Setiap kawasan rumah panjang dibahagikan antara blok-blok ini. Dan setiap blok mempunyai zon tersendiri. Rumah Panjang mempunyai zon A, B, C, D dan E. Setiap zon mempunyai lebih kurang 32 blok. Rumah ini mempunyai 2 bilik, satu ruang tamu, satu ruangan memasak dan satu bilik air. Sewa rumah panjang amat murah iaitu RM 45.00 sebulan.

Rumah panjang adalah dibawah kelolaan Jabatan Perumahan DBKL. Ia mula dibina pada awal tahun 1990'an. Rumah panjang ini merupakan rumah transit sebelum penduduk diberikan rumah tetap. Penduduk dijanjikan hanya tinggal selama 2 tahun dirumah panjang sebelum ditempatkan dirumah tetap/awam DBKL. Tetapi janji tinggal janji. Ada dikalangan penduduk yang telah tinggal lebih dari 20 tahun. Ada antara penduduk awal rumah panjang ini sudah ke rumah yang akhirat akibat menantikan rumah awam mereka.

Janji untuk perpindahan telah dibuat sebanyak 3 kali iaitu pada pilihan raya 1995, 1999 dan pilihan raya 2004. Semuanya janji tinggal janji. Penduduk yang semakin tidak percaya kepada YB Dato’ Shahrizat mula melihat ke arah pembangkang yang dijangka mampu membawa masalah perumahan ini kepada pihak atasan.

UMNO/BN yang melihatkan hal ini yang boleh membawa rebah kepada mereka, mula menjalankan aktitivi untuk memindahkan penduduk ke PPR kerinci.

Sedikit tentang rumah MTEN PPR kerinci.

Perumahan awam PPR kerinci dibina dibawah seliaan DBKL dengan modal dari MTEN (Majlis Tindakan Ekonom Negara).Ia mempunyai 6 blok dengan setiap blok mempunyai 18 tingkat. Menurut DBKL rumah PPR ini adalah untuk tujuan sewaan sahaja dan bukan untuk di jual. Pada awalnya PPR ini dijangkasa siap setahun selepas Kondo Rakyat dibina tetapi disebabkan oleh kegawatan ekonoi pada 1996 maka pembinaannya dihentikan. Selepas beberapa kali bertukar kontraktor alih-alih pada bulan Januari 2008 maka YB Dato’ Shahrizat berkumandang mencanangkan bahawa PPR ini siap diduduki. Untuk urusan pemindahan, setiap penduduk akan diberikan RM 1000. Itu kata YB Dato’ Shahrizat.

Disebabkan rumah PPR ini hanya untuk disewa, maka UMNO kawasan rumah panjang mula sibuk meminta penduduk rumah panjang bersatu bersama-sama mereka. Slogan UMNO ialah supaya penduduk bersatu meminta rumah tetap bukan rumah sewa. Gimik inilah yang akhirnya memakan diri UMNO.

Walaupun UMNO dengan gimik yang meminta penduduk supaya jangan berpindah ke PPR selagi tidak mendapat status rumah tetap, namun pada awal bulan Februari penduduk diarahkan berpindah. Urusan pemindahan terus dijalankan. Penduduk diminta membayar sewa setengah bulan untuk rumah PPR ini yang berjumlah RM 75. Sewa sebulan adalah RM 124. pada hari cabutan rumah PPR tiada bayang ahli UMNO hadir. Penduduk mula merasakan sesuatu yang lain. Percaturan UMNO rumah panjang mula terlihat. Ada penduduk menyatakan melihat ketua UMNO bahagian rumah panjang terus ke kaunter cabutan menyerahkan borang sewaan. Penduduk masih lagi beratur. masih menunggu borang rumah tetap.

3 hari sebelum pemindahan Persatuan penduduk rumah panjang mengadakan perhimpunan tergempar. Tiada wakil UMNO. cakap-cakap liar mula kedengaran. UMNO menipu penduduk. Janji untuk bersatu hilang. Yang ada cuma cakap bahawa UMNO dan anak beranak telah mendapat seorang satu rumah sewa. UMNO diberikan tingat satu.KRONI kata penduduk. Sentimen anti UMNO kian kebal. Ucapan demi ucapan provokasi kepada kepada UMNO mula terlihat. Penduduk juga dimaklumkan oleh Badan Bertindak Penduduk bahawa rumah PPR ini peruntukan hanya satu bagi setiap keluarga. Jadi kalau satu rumah mempunyai dua kelamin mereka akan tetap menerima satu rumah PPR sahaja. UMNO dan anak beranak juga yang dapat seorang satu rumah.

Hari pemindahan. Penduduk diarahkan pindah pada 5 Mac 2008. Pada hari pemindahan, tiada lori DBKL kelihatan. Penduduk terpaksa mengusung sendiri perabot rumah. Apabila ditagih RM 1000 untuk pemindahan jawapan pejabat kecil DBKL di PPR kerinci, "kami tiada duit, mana ada duit nak beri, itu janji orang politik, mengapa percaya".

Maka inilah “turning point” kepada kekalahan UMNO. Pembelotan UMNO terhadap penduduk. Kegagalan YB shahrizat turun padang melihat kesusahan penduduk. Dan janji yang tidak ditepati. Lebih teruk lagi apabila cerita ini mula tersebar ke merata ceruk Lembah Pantai. Kawasan kerinci yang juga dalam proses pemindahan merasa kecut. Mereka juga bersama-sama penduduk rumah panjang mengatur langkah mengajar si pembelot.

Kempen anti UMNO mula berjalan secara senyap dikalangan penduduk. Pada malam pilihan raya, apabila diketahui bahawa YB Dato’ Shahrizat tersungkur di Lembah Pantai, maka berkibarlah bendera pembangkang buat pertama kali di PPR kerinci.

Ini sebab pertama mengapa YB Dato’ Shahrizat kalah di Lembah Pantai.

Bahagian Kedua akan mengupas tentang sebab-sebab lain YB itu kalah.