Apr 28, 2013

PRU13: PEMBANGKANG SUDAH MULA TERIMA DANA ASING

1. Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa dana asing telah dikesan masuk beberapa minggu lalu. Dana ini masuk kepada parti pembangkang. 

2. Dikhabarkan juga bahawa dana tersebut diberikan oleh beberapa NGO antarabangsa termasuk satiu NGO yang berpusat di Jerman.


3. NGO mana yang bertanggungjawab memasukkan dana tersebut? pada 6 Mac 2012 Blog ini telah mengeluarkan artikel berkenaan lawatan PSC Penambahbaikan Pilihanraya  ke Jerman. Dalam lawatan tersebut PSC telah berjumpa dengan Konrad-Adenauer-Stiftung satu yayasan kristian yang bertanggungjawab dalam menjatuhkan Kerajaan demokrasi negara lain [link berita].


4. Perlu diiingat, dalam PSC itu ada wakil daripada Pembangkang iaitu YB Gombak, YB Kuala Krai dan YB Rasah. YB Gombak Azmin Ali mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Yayasan ini. Jadi, pada masa ini kita sudah boleh meneka NGO jahanam mana yang memberikan duit kepada parti pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan demokrasi Malaysia.


5. Perlu diingat bahawa bahaya menerima dana sebegini daripada pihak asing adalah, "tiada apa yang percuma didunia". Pemberian dana itu mesti datang dengan timbal balik. Sekiranya Pembangkang menang  maka timbal balik tersebut adalah seperti mendapatkan projek Kerajaan (contoh pembelian alatan peperangan daripada Jerman) atau pun timbal balik seperi mencampuri dasar negara. 


6. Inilah sebabnya pemberian dana sebegini kepada parti yang sebegini amat berbahaya. Sekiranya Pembangkang menang PRU kali ini, maka sudah tentu NGO itu yang paling beruntung kerana pelaburan mereka sudah mendapat dividennya.



www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: