1. Selepas penamaan calon hari sabtu lepas, ternyata memang PAS dan PKR tak sebulu. Masing-masing tak mahu bertolak ansur, masing-masing letak calon di 6 kerusi DUN dan 1 Kerusi Parlimen.
2. Apabila isu ini menjadi panas, PAS keluar cadangan untuk Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor diserah kepada PKR. PKR
pula dicadangkan oleh PAS agar menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu
Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS. Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR. kepada PKR. [link berita] [link berita].
3. Masalahnya adalah ini HANYALAH dan adalah cadangan. Cadangan oleh satu pihak. Dengar sini, itu hanyalah CADANGAN DARI PAS sahaja. Cadangan tak semestinya diterima. Mungkin ada counter offer daripada PKR ataupun cadangan itu langsung tak diterima.
4. Harakah dalam link berita di atas memetik kenyataan Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan isu pertembungan sesama sendiri ini telah selesai. Mungkin Ketua Penerangan PAS ini tidak faham maksud cadangan. Kalau itulah penyelesaiannya, maka Ketua Penerangan PAS perlu letak jawatan, buat malu jadi Ketua Penerangan.
5. Isunya sekarang adalah adakah PKR akan menerima cadangan itu atau menolaknya? dan isu yang kedua adalah, sepatunya isu agihan kerusi ini telah lama diselesaikan sebelum penamaan calon lagi. Kalau sudah penamaan calon baru nak selesai, apa kejadah yang hendak diselesaikan. Bodoh betul pemimpin PR kalau inilah cara mereka menyelesaikan masalah. Buat dulu, berunding lagi sekali kemudian.
6. Jadi isu pertembungan antara PAS dan PKR ini masih belum selesai. Kepada Ketua Penerangan PAS, jangan nak bohong sangat kata hal ini telah selesai. Kamu pun tahu benda ini belum selesai.
www.rencahmalaysia.blogspot.com
0 Responses:
Post a Comment