1. Dinasti LIM dalam DAP hanya mementingkan diri sendiri dan akan menggunakan segala kuasa yang ada bagi mempertahankan kepentingan diri. Ini termasuklah dengan mencantas calon pilhan akar umbi bagi PRU 13 ini dengan meletakkan calon kroni di kawasan yang dirasakan mempunyai peluang yang cerah untuk menang.
2. Baca link ini untuk mendapatkan gambaran sebenar. [link berita]
3. Ada satu lagi perkara yang perlu di ambil kira oleh penyokong DAP. DAP mengatakan bahawa mereka adalah parti berbilang kaum tetapi mengapa hampir semua kawasan yang ditandingi oleh DAP adalah di kawasan majoriti cina? lebih lagi mereka melawan MCA yang turut memperjuangkan hak kaum cina dalam Kerajaan.
4. Penyokong DAP perlu mengambil perhatian bahawa, sekiranya MCA kalah ditempat-tempat cina, maka sudah tentulah wakil cina dalam Kerajaan akan berkurang atau pun tiada langsung. Maka akan ada pertembungan kaum di dalam Parlimen nanti yang mana Kerajaan akan diwakili oleh orang Melayu dan pembangkang diwakili oleh majoriti cina. Adakah ini yang dimahukan oleh pengundi cina?. Suatu Kerajaan yang mempunyai dikuasai satu kaum pasti akan memberikan advantage kepada kaum tersebut. Dan ini yang pasti dilaksanakan oleh Kerajaan BN yang pastinya lebih kuat selepas PRU13 ini nanti disebabkan ketiadaan wakil cina dalam Kerajaan. Segala dasar yang dibuat pasti diutamakan kepada pengundi mereka.
5. Jadi adakah ini yang dimahukan oleh pengundi cina?. DAP adalah parti Kroni dan tidak mendengar akar umbi dan sekirannya mereka menang, pengundi cina akan "kalah" dua kali iaitu yang pertama tiada wakil cina dalam Kerajaan dan kedua "tiada suara" dalam Parti DAP.
www.rencahmalaysia.blogspot.com
0 Responses:
Post a Comment