Apr 20, 2013

MENGAPA LIM KIT SIANG MENANGIS: DAP BOLEH GUAN SIMBOL ROKET UNTUK BERTANDING PRU13

1. LKS menangis apabila mengatakan bahawa DAP tidak akan dapat bertanding atas logo roketnya dalam PRU13 ini. LKS lekas dan pantas menuduh ini adalah tindakan kejam ROS atas arahan BN. [link berita]

2. Itu cerita LKS pada 19 April 2013 semasa sidang medianya di Johor Bahru. Pada 20 April 2013 lain pula ceritanya, Karpal Singh kata DAP boleh bertanding menggunakan logo roket dalam PRU 13. [link berita], Sebenarnya perkara bahawa DAP boleh bertanding atas logo sendiri telah dijelaskan oleh pihak SPR pada 18 April 2013 [link berita 2] dan ini turut disahkan oleh ROS sendiri [link berita 3].

3. Jadi isunya disini, apa kejadahnya LKS buat sidang media tersebut di Johor Bahru pada 19 April 2013 berkenaan isu logo ini sedangkan pihak SPR telah pun memaklumkan bahawa DAP boleh gunakan logo roket dalam PRU13 pada 18 April 2013?. Sebenarnya inilah game yang dimainkan oleh LKS. Dia cuba memancing simpati masyarakat Johor terutama di gelang patah bahawa beliau dan partinya disabotaj oleh BN melalui ROS. 

4. LKS berharap dengan tangisan pura-pura itu maka beliau akan mendapat undi simpati rakyat gelang patah. LKS sudah tua, masanya untuk dia berhenti menjadi Ahli Parlimen. Sudah beberapa penggal Parlimen beliau bertanding dan menjadi wakil rakyat, adakah beliau begitu tamak dan masih berdegil untuk menjadi Ahli Parlimen walaupun diusia senja begini. 

5. Dalam sidang medianya LKS menyatakan bahawa mereka (ahli DAP) yang digugurkan bertanding dalam PRU tidak patut mensabotaj parti atau bertanding menjadi calon bebas melawan Parti. LKS seterusnya berkata bahawa mereka yang digugurkan itu patut berkhidmat dengan cara lain kepada Parti bukannya dengan melawan atau mensabotaj parti. 

6. Sebenarnya apa yang dikatakan oleh LKS itu kena pada batang hidungnya sendiri. Beliau patutnya digugurkan daripada menjadi calon PRU kerana sudah banyak kali benar bertanding dan menjadi wakil rakyat. Peluang patut diberikan kepada calon lain di dalam DAP untuk bertanding. Calon yang lebih muda dan lebih mempunyai idea baru. Tetapi bagi LKS kepentingan peribadi adalah lebih penting daripada Parti dan ini terbukti apabila buat kesekian kalinya beliau menjadi calon PRU. Sepatutnya beliau tidak lagi bertanding kerana beliau boleh memberikan khidmat dengan cara lain kepada Parti.

7. Akhir kata, terbukti, bahawa Dinasti LIM dalam DAP hanya mementingkan diri sendiri dan Kroni. Ini pun masih ada individu yang menyokong DAP. Selagi Dinasti LIM berkuasa selagi itulah akar umbi akan sentiasa menjadi akar yang terperuk didalam tanah, diperah keringat kerja untuk menyalur dana dan tenaga kepada pucuk di atas. Dalam DAP akar adalah hamba yang tidak akan naik ke puncak.

www.rencahmalaysia.blogspot.com 

0 Responses: