Apr 14, 2013

CALON BUKAN ISLAM PARTI PAS: APA AGAKNYA KATA AHLI PAS ISLAM DI KAWASAN ITU

1. Semakin hampir tarikh penamaan calon, semakin hangat teka teki siapa akan jadi calon pru 13. PAS antara parti yang kuat bertanding dan selalu kalah, meletakkan beberapa senarai calon pru 13 yang mungkin tidak mencerminkan harapan ahli akar umbi terutama calon yang bukan islam. 

2. setakat ini ada lima calon daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (dengan katanyalain penyokong PAS bukan Islam) yang diletakkan bertanding di bawah naungan logo PAS. Antaranya dua di Johor. 

3. Perkara pertama yang bermain difikiran, apakah PAS ketandusan calon islam di kalangan ahli islam PAS? atau adakah ahli islam PAS tidak sebagus, sehebat, sepintar atau sekaliber ahli bukan islam PAS?

4. Akar umbi PAS yang mengembleng jentera PRU mungkin akan ditanya, apakah rasional melantik bukan islam mewakili islam oleh Parti Islam? Kalau PAS boleh meletakan calon bukan islam bertanding di bawah Parti Islam dengan menidakkan calon islam di kalangan ahlinya maka tentunya PAS juga boleh bertolak ansur dan tunduk kepada Parti bukan Islam atau pemimpin bukan islam dalam Pakatan Haram Rakyat.

5. Maka tidak hairanlah PAS sekarang sudah jauh tersasar daripada matlamat yang dulu. dulu mereka mahu pembangkan yang kuat daripada menjadi pemimpin yang lemah. Kini sangat jelas bahawa mereka sanggup bersengkokol dengan bukan Islam bagi mendapatkan kuasa. Tahniah PAS.

6. Apakah doa yang akan dibacakan oleh jentera PAS apabila berkempen untuk calon bukan Islam PAS? mungkin ini doanya "ya tuhan, kau menangkanlah calon kami ini, kerana dia adalah pemimpin kami yang akan berjuang atas nama mu demi agamamu". Kesian jentera PAS. 

Sekarang masa untuk tinggalkan PAS. Hentikan Salah Laku PAS. Laksanakan Perubahan Untuk PAS yang lebih baik.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: