Apr 21, 2013

PR YANG TIDAK BERPAKAT: BERTEMBUNG SESAMA SENDIRI DI KERUSI PRU13

1. Pakatan Rakyat (PR) yang dikatakan gabungan ampuh pembangkang di Malaysia rupanya pakatan pembohong. Konon PR ini telah bersatu dan berjanji di antara satu sama lain untuk berjuang bersama-sama di dalam PRU13. PR mengatakan bahawa mereka telah bersatu di bawah menifesto yang sama, mengeluarkan janji-janji yang dipersetujui bersama berlandaskan buku jingga mereka.

2. PR juga dikatakan telah bersetuju untuk melantik siapakah di antara pemimpin PR yang akan menjadi PM sekiranya PR menang dalam PRU13.

3. Tetapi, semua itu indah khabar daripada rupa. Ternyata sumpah setia akur janji bersama yang dilafazkan hanyalah mainan mulut sedangkan hati mereka berkata lain. Suatu pakatan/gagasan/usahasama selalunya apabila dibentuk tentulah bersefakat dalam semua perkara. Semua perkara dirundingankan dan dipersetujui dengan tolak ansur di antara Parti. Namun itu tidak terjadi dalam PR. Link ini akan membuktikan bahawa PR tidak bersatu hati dan sanggup pukul memukul walaupun sesama parti demi sebuah kerusi wakil rakyat [link berita].

4. Dalam PRU 13 ini terdapat 7 tempat di mana pakatan ini bertembung sesama sendiri. Menunjukkan bahawa mereka ini semenangnya tidak boleh berpakat dan tidak bersatu hati. Kerusi tersebut  adalah 6 dun dan 1 Parlimen. Dun- Dun tersebut adalah N2 Kota Putera, Terengganu, N11, Seberang Takir Terengganu, N21 Sungai Acheh Pulau Pinang, N25 Bukit Besi Terengganu, N34 Panti Johor dan P16 Labuan. 

5. Jelas ini membuktikan bahawa Pemimpin mereka gagal menyatukan Parti-Parti dalam Pakatan ini. Inilah dengan nyata menunjukkan bahawa pemimpin PR adalah lemah dan gagal. Mereka lemah dalam memimpin Parti, lemah dalam mendisplinkan parti, lemah dalam mengawal ahli-ahli akar umbi dan gagal mendapat kehormatan daripada akar umbi. Dalam kata lainnya, pemimpin PR tidak mampu memimpin dan tidak dapat bertolak ansur antara satu sama lain.

6. Cuba bayangkan, Pakatan seperti ini yang menyatakan bahawa mereka ini bersatu, menjadi parti yang menang dalam PRU. Bayangkan kekecohan untuk memilih kabinet dan akhirnya PM di kalangan mereka. Kalau kerusi bertanding pun tak mampu mereka membuat kata putus (dan masing-masing sanggup bertempur sesama sendiri untuk kerusi tersebut,) bayangkan pula pertempuran untuk kerusi kabinet dan kerusi PM. 

7. Akhir kata, suatu pakatan yang tidak mampu membentuk parti induk (seperti BN) tidak mampu untuk bertanding di bawah logo yang sama dan tidak mampu untuk mempunyai perlembagaan parti induk yang sama adalah suatu pakatan yang lemah. Mereka tidak mampu bersetuju untuk perkara-perkara dasar apatah lagi bagi memimpin negara.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: