Jul 25, 2008

APABILA HAK BUMIPUTERA DIAMBIL: MANA AHLI PERLIMEN PAKATAN RAKYAT?

Seimbangkan pelajar kita

PERSIDANGAN Dewan Rakyat pada Khamis lepas telah menyaksikan satu perbahasan hebat antara penyokong kerajaan dan barisan pembangkang mengenai penstrukturan baru kuota biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam. Hampir pasti, mereka yang terdiri daripada bukan bumiputera merasakan bahawa tindak-tanduk ahli-ahli Parlimen BN sebagai terlalu dis- kriminasi dan berbau perkauman.

Kepada para pembaca bukan bumiputera, sebelum membuat keputusan sama ada hujah ahli-ahli Parlimen BN tersebut berbau perkauman, izinkan saya berkongsi beberapa persoalan asas berhubung perkara sensitif tersebut:-

* Menurut sumber Kementerian Luar, berapakah jumlah pelajar kita di luar negara? Daripada jumlah tersebut, berapa peratuskah merupakan pemegang biasiswa dan berapa pula di atas perbelanjaan sendiri?

* Daripada jumlah atas tanggungan sendiri, berapa peratus pula terdiri daripada bumiputera?

* Seperti yang telah ditunjukkan oleh seorang ahli Parlimen semasa persidangan tersebut, bumiputera merupakan 66 peratus daripada rakyat Malaysia. Tetapi mengapakah jumlah mereka yang belajar atas tajaan sendiri tidak menunjukkan komposisi berikut? Apakah yang menjadi penghalang utama?

* Jika dipersoalkan pula golongan bukan bumiputera miskin yang tidak dapat biasiswa, bukankah kita mempunyai PTPTN? Adakah PTPTN mendiskriminasi kaum atau tertakluk kepada sebarang kuota? Pemohon tabung ini tidak perlu sebarang bentuk cagaran dan satu-satunya syarat memohon ialah tiga kredit sahaja dalam peperiksaan SPM.

Berlainan dengan biasiswa di mana pemegangnya perlu berkhidmat dengan kerajaan selama beberapa tahun, pelajar PTPTN bebas bekerja di mana sahaja. Komitmen yang diperlukan hanyalah pembayaran balik secara ansuran serendah RM150 sebulan selepas enam bulan tamat pengajian (pinjaman dari bank memerlukan pembayaran ansuran dibuat sejurus selepas dana dikeluarkan).

Kenapa tidak boleh melihat PTPTN sebagai satu langkah alternatif yang hampir setaraf dengan biasiswa?

* Dengan melanjutkan pelajaran ke luar negara di institusi ternama, seseorang pelajar itu akan mendapat pengiktirafan dan pendedahan yang tinggi dan dapat bekerja di mana-mana syarikat di serata dunia. Jika mereka pulang ke tanah air, sudah menjadi satu tradisi syarikat ternama dan antarabangsa untuk memilih pelajar ini berbanding rakan-rakan dari universiti atau kolej tempatan. Mereka akan mendapat faedah pekerja, latihan dan pendedahan antarabangsa yang lebih tinggi daripada penjawat perkhidmatan awam dan syarikat sendirian berhad atau enterprise.

Apakah kesan senario ini kepada pegangan ekuiti, jurang pendapatan antara kaum dan kualiti kehidupan? Bagaimana pula kesannya kepada anak-anak mereka dan generasi yang berikutnya?

* Kita tidak boleh menghalang pelajar bukan bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di atas perbelanjaan mereka sendiri. Tetapi apakah tindakan yang kerajaan boleh lakukan untuk memperbetulkan ketidakseimbangan berikut? Bukankah satu-satu caranya adalah dengan menghantar lebih ramai bumiputera ke luar negara?

DR. FAIZAL TAJUDDIN
Kuala Lumpur

Dipetik dari www.utusan.com.my/forum

p.s MANA AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT YANG KONONNYA BERJUANG ATAS DASAR KEADILAN? KALAU BETUL ADIL MENGAPA TIDAK MEMBANTAH HUJAH RAKAN-RAKAN MP ANDA YANG BUKAN BUMIPUTERA? MENGAPA DIAM?

TINDAKAN JPA YANG MENGURANGKAN ANGKA BIASISWA UNTUK BUMIPUTERA ADALAH KERANA PAKATAN RAKYAT (PADA AWAL SIDANG 2008) MEMEKAK MEMINTA HAK LEBIH UNTUK PELAJAR BUKAN BUMIPUTERA.

JADI SIAPA SALAH? PANDAI SANGAT KAMU NI AZMIN (PKR GOMBAK). TERIMA KASIH UNTUK INI!.

0 Responses: