'Tindakan tidak mengejutkan'
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
SUBANG 2 Julai - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaitkan tuduhan liwat dengan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil dan dakwaannya mengenai empat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyertai pakatan pembangkang bukan perkara yang mengejutkan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sememangnya diketahui mempunyai kepakaran untuk melakukan propaganda mengenai sesuatu perkara.
"Sewaktu berada dalam kerajaan dulu, jika ada seseorang dinaikkan pangkat, beliau terlebih dahulu akan menelefon orang itu dan memberitahu saya dah lantik awak sedangkan pelantikan itu dibuat orang lain," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pegawai Mara Daerah 2008 di sini hari ini.
Dalam ceramahnya di Shah Alam malam tadi, Anwar berkata, beliau menangguhkan pengumuman untuk menyertai pilihan raya kecil selain mengumumkan empat Ahli Parlimen BN yang akan lompat parti dengan alasan beliau bimbang ada pihak tertentu akan menyekat peluangnya.
Mengulas mengenai tuduhan liwat itu, Noh meminta para penyokong Anwar tidak mempertahankannya bermati-matian kerana tiada siapa yang mengetahui kebenarannya.
Katanya, kebenaran hanya diketahui Allah, malaikat, Anwar dan mangsa sahaja.
"Tak payahlah nak jadi jaguh atau hero untuk mempertahankan perkara yang mereka sendiri tak tahu.
"Kita yang tidak tahu kebenarannya juga usahlah membuat pelbagai tuduhan terhadap beliau, biarlah polis yang siasat," katanya.
Mengenai dakwaan pembangkang yang mengatakan tuduhan liwat itu adalah konspirasi, Noh berkata, terserahlah kepada pihak tersebut untuk membuat dakwaan tetapi beliau percaya maruah diri bukannya boleh dijual beli.
"Saya berasa kalau soal maruah, diberi duit sekalipun takkan sanggup nak buat pengakuan terbuka telah diliwat," katanya.
dipetik dari: www.utusan.com.my
p/s Dulu PKR kata 30 MP BN akan lompat parti. semalam PKR kata 4 orang MP BN akan lompat parti. sekarang ni mana yang lompat parti? gila lompat agaknya semua MP. Apa kata masuk sahaja pertandingan lompat tinggi, lompat galah, lompat pagar di sukan Olimpik. Baru la MP. (Memang Power).
www.rencahmalaysia.blogspot.com
Jul 3, 2008
PKR: kelmarin 30 akan lompat; semalam 4 akan lompat; hari ini siapa yang melompat?; esok apa kata lompat
amirrash Jul 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (RSS)
0 Responses:
Post a Comment