Jul 23, 2008

Penasihat PKR dilanda konflik dalaman : Apa sebenarnya ni?

Penasihat PKR dilanda konflik dalaman

Written by Berita Harian

Wednesday, 23 July 2008 01:12

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang dilanda konflik dalaman diri kerana terlalu ghairah menubuhkan kerajaan baru sebelum 16 September depan sehingga sanggup mengambil tindakan yang tidak masuk akal. Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Abdul Rahman Dahalan, berkata setiap hari rakyat dimomokkan dengan hasrat Anwar menggulingkan kerajaan sedia ada, tetapi beliau tidak menyedari hasrat itu adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Anwar harus sedar kerajaan yang ada hari ini bukan satu rejim di hujung tanduk dan tidak mendapat mandat yang besar daripada pengundi. Beliau kena menghormati kerajaan, memang setiap orang politik nak jadi ketua, tapi beliau tiada peranan tersendiri.

“Anwar sebagai pembangkang hanya berkisar kepada bagaimana untuk membuat huru-hara dalam negara dan mengadakan demonstrasi jalanan. Kalaulah beliau jadi Perdana Menteri apakah budaya demonstrasi nak dihalalkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdul Rahman diminta mengulas sama ada menerima panggilan dan menerima kunjungan susulan daripada ‘duta kecil’ pembangkang untuk memujuknya menyertai Pakatan Rakyat dan dijanjikan sejumlah wang serta kedudukan dalam kerajaan.

Pada 15 Mei lalu, akhbar ini dalam laporan muka depannya menyebut, pembangkang yang terdesak untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), sanggup menawarkan ganjaran besar hingga boleh memberi kesenangan hidup kepada dua tiga generasi keluarga Ahli Parlimen yang berpaling tadah. Malah, jumlah wang yang ditawarkan dijangka berlipat ganda dalam masa terdekat bagi merealisasikan impian Anwar untuk membentuk kerajaan sebelum 16 September ini.

Abdul Rahman juga berkata, Penasihat PKR itu lupa pembangkang turut mempunyai tanggungjawab dalam arena politik kerana jika tidak berbuat begitu, kerajaan dan negara ini akan dilihat sebagai negara yang tidak bertamadun. “Pilihan raya umum sudah habis, terimalah keputusan dan cuba lagi pada 2013,” katanya.

dipetik dari : www.kulitpisang.com

p.s

duit-duit di mana kau duit. duit-duit, kalau ada duit tentu ada pendapatannya, duit-duit.
duit-duit, sape yang bagi kau, duit-duit.

kepada mana-mana ahli Pakatan Rakyat (sorry..jap2 aku pun rakyat juga, tapi aku tak berpakat ngan PKR, DAP DAN PAS, kena tukar nama ni..) kalau baca posting ini, tolong jawabkan kepada aku, dalam pilihanraya yang lepas, mana datangnya duit PKR ? kalau setakat derma berapa banyak sangat derma korang leh dapat. tunjuk audit skit. entah-entah ada orang sponsor kot..entah-entah "derma" dari negara luar kot? entah-entah dari negara yang bekalkan maklumat spy bahawa DSAI akan kena terkena? entah la. tapi tolong jawab ye!.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: