Jul 28, 2008

KABINET BARU MALAYSIA: SELEPAS 16 SEPTEMBER?


Gambar ini diambil dari http://www.pembelamelayu.com/ ..
www.rencahmalaysia.blogspot.com


DAP- Teresa Kok bantah tulisan Jawi di papan tanda

DAP- Teresa Kok bantah tulisan Jawi di papan tanda

http://www.pembelamelayu.com/
Sumber: http://anginperubahan.blogspot.com(anginperubahan)

Teresa Kok bersama dengan sekumpulan penyokong DAP telah membantah cadangan DBKL untuk menulis jalan jalan di Kuala Lumpur dengan tulisan Bahasa Malaysia dan Jawi pada 14 Februari 2008. Teresa complaint tentang tulisan jawi ini sebelum dia membakar dan memanggang lima ekor Encik B selepas pilihan raya ke-12.

(Gambar 1: Teresa Kok menunjukan rasa tidak puas hati kepada tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh).

Teresa Kok bersama dengan sekumpulan penyokong DAP telah membantah cadangan DBKL untuk menulis jalan jalan di Kuala Lumpur dengan tulisan BahasaMalaysia dan Jawi pada 14 Februari 2008. Teresa complaint tentang tulisan jawi ini sebelum dia membakar dan memanggang lima ekor Encik **** selepas pilihan raya ke-12.

(Gambar 2:Teresa Kok sekali lagi menunjuk pada tulisan jawi di Jalan Taman Tan Yew Lai). Apakah tulisan jawi itu sesuatu yang dianggap racist juga?

(Gambar 3: Teresa Kok bersama dengan tiga orang lagi ahli parlimen DAP menunjukkan cadangan nama jalan dalam Bahasa Malaysia, Cina dan India dan diserahkan kepada En Shaari (PA kepada Datuk Bandar KL).

Tiada lagi tulisan jawi).
Mengapa mereka tidak suka sangat pada tulisan jawi?
Pada 24 Julai, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) berkata kerajaan negeri PKR dan DAP di Pulau Pinang bersedia menunaikan janji melabelkan jalan dengan bahasa tambahan, selain bahasa kebangsaan di Pulau Pinang.

Nama jalan akan dibuat sebagaimana cadangan Teresa Kok pada 14 Februari 2008. Mengapa benci benar DAP pada tulisan jawi? Soal bahasa ini sudah termaktub dalam perlembagaan, jadi mengapa DAP cuba laksanakan perkara ini di Pulau Pinang?.

Sedikit demi sedikit, mereka menghimpit dan cuba menenggelamkan identiti orang Melayu. Mungkin kerana logo UMNO itu bertulisan jawi, sebab itulah agaknya DAP benci benar pada UMNO. Apakah orang Melayu dalam PKR hendak bersekongkol sama dengan tindakan DAP ini? Atau ingin mengikut jejak Dr Mujahid Yusof Rawa membantah tindakan DAP ini.

dipetik dari: http://anginperubahan.blogspot.com
www.rencahmalaysia.blogspot.com

Jul 25, 2008

APABILA HAK BUMIPUTERA DIAMBIL: MANA AHLI PERLIMEN PAKATAN RAKYAT?

Seimbangkan pelajar kita

PERSIDANGAN Dewan Rakyat pada Khamis lepas telah menyaksikan satu perbahasan hebat antara penyokong kerajaan dan barisan pembangkang mengenai penstrukturan baru kuota biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam. Hampir pasti, mereka yang terdiri daripada bukan bumiputera merasakan bahawa tindak-tanduk ahli-ahli Parlimen BN sebagai terlalu dis- kriminasi dan berbau perkauman.

Kepada para pembaca bukan bumiputera, sebelum membuat keputusan sama ada hujah ahli-ahli Parlimen BN tersebut berbau perkauman, izinkan saya berkongsi beberapa persoalan asas berhubung perkara sensitif tersebut:-

* Menurut sumber Kementerian Luar, berapakah jumlah pelajar kita di luar negara? Daripada jumlah tersebut, berapa peratuskah merupakan pemegang biasiswa dan berapa pula di atas perbelanjaan sendiri?

* Daripada jumlah atas tanggungan sendiri, berapa peratus pula terdiri daripada bumiputera?

* Seperti yang telah ditunjukkan oleh seorang ahli Parlimen semasa persidangan tersebut, bumiputera merupakan 66 peratus daripada rakyat Malaysia. Tetapi mengapakah jumlah mereka yang belajar atas tajaan sendiri tidak menunjukkan komposisi berikut? Apakah yang menjadi penghalang utama?

* Jika dipersoalkan pula golongan bukan bumiputera miskin yang tidak dapat biasiswa, bukankah kita mempunyai PTPTN? Adakah PTPTN mendiskriminasi kaum atau tertakluk kepada sebarang kuota? Pemohon tabung ini tidak perlu sebarang bentuk cagaran dan satu-satunya syarat memohon ialah tiga kredit sahaja dalam peperiksaan SPM.

Berlainan dengan biasiswa di mana pemegangnya perlu berkhidmat dengan kerajaan selama beberapa tahun, pelajar PTPTN bebas bekerja di mana sahaja. Komitmen yang diperlukan hanyalah pembayaran balik secara ansuran serendah RM150 sebulan selepas enam bulan tamat pengajian (pinjaman dari bank memerlukan pembayaran ansuran dibuat sejurus selepas dana dikeluarkan).

Kenapa tidak boleh melihat PTPTN sebagai satu langkah alternatif yang hampir setaraf dengan biasiswa?

* Dengan melanjutkan pelajaran ke luar negara di institusi ternama, seseorang pelajar itu akan mendapat pengiktirafan dan pendedahan yang tinggi dan dapat bekerja di mana-mana syarikat di serata dunia. Jika mereka pulang ke tanah air, sudah menjadi satu tradisi syarikat ternama dan antarabangsa untuk memilih pelajar ini berbanding rakan-rakan dari universiti atau kolej tempatan. Mereka akan mendapat faedah pekerja, latihan dan pendedahan antarabangsa yang lebih tinggi daripada penjawat perkhidmatan awam dan syarikat sendirian berhad atau enterprise.

Apakah kesan senario ini kepada pegangan ekuiti, jurang pendapatan antara kaum dan kualiti kehidupan? Bagaimana pula kesannya kepada anak-anak mereka dan generasi yang berikutnya?

* Kita tidak boleh menghalang pelajar bukan bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di atas perbelanjaan mereka sendiri. Tetapi apakah tindakan yang kerajaan boleh lakukan untuk memperbetulkan ketidakseimbangan berikut? Bukankah satu-satu caranya adalah dengan menghantar lebih ramai bumiputera ke luar negara?

DR. FAIZAL TAJUDDIN
Kuala Lumpur

Dipetik dari www.utusan.com.my/forum

p.s MANA AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT YANG KONONNYA BERJUANG ATAS DASAR KEADILAN? KALAU BETUL ADIL MENGAPA TIDAK MEMBANTAH HUJAH RAKAN-RAKAN MP ANDA YANG BUKAN BUMIPUTERA? MENGAPA DIAM?

TINDAKAN JPA YANG MENGURANGKAN ANGKA BIASISWA UNTUK BUMIPUTERA ADALAH KERANA PAKATAN RAKYAT (PADA AWAL SIDANG 2008) MEMEKAK MEMINTA HAK LEBIH UNTUK PELAJAR BUKAN BUMIPUTERA.

JADI SIAPA SALAH? PANDAI SANGAT KAMU NI AZMIN (PKR GOMBAK). TERIMA KASIH UNTUK INI!.

Bahasa Melayu bakal jadi sejarah di P. Pinang?

Bahasa Melayu bakal jadi sejarah di P. Pinang?

SAYA adalah anak jati Pulau Pinang. Dilahir dan dibesarkan di Pulau Pinang dengan persekitaran sebelumnya adalah bahasa Melayu menjadi bahasa utama seluruh negeri.
Selama berdekad, saya belum pernah berjumpa atau mendengar ada orang Cina tempatan mahupun pelancong Cina yang tersesat di negeri ini kerana tidak faham papan tanda yang ditulis menggunakan bahasa Melayu.

Oleh sebab itu, saya benar-benar tidak memahami atas alasan apa lagi bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Dr. Thor Teong Ghee inginkan bahasa Mandarin diletakkan pada papan tanda jalan negeri ini.

Saya menuntut penjelasan Teong Ghee, berikan statistik orang tempatan ataupun pelancong China yang tersesat di Pulau Pinang semasa ketiadaan bahasa Mandarin pada papan tanda jalan negeri ini.

Sayugia diingatkan kepada semua terutamanya orang Melayu, sebelum ini alasan terdapatnya penduduk Cina tempatan tidak tahu bertutur dan memahami bahasa Melayu serta kedatangan pelancong dari China sebagai alasan utama untuk menghalalkan perkara ini.

Sekarang diberikan pula alasan bahawa bahasa Mandarin ini perlu kerana Georgetown telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia. Nampak sangat di sini pembohongan besar yang sedang dilakukan. Apa kena mengena pengiktirafan oleh UNESCO ini dengan keperluan bahasa Mandarin di Pulau Pinang?

Seperkara lagi, rakyat Malaysia apakah ini jika masih tidak faham dan bertutur dalam bahasa Melayu sesudah 50 tahun negara merdeka? Jika berterusan seperti ini, sampai bila kaum Cina Pulau Pinang akan dapat memahami bahasa Melayu?

Sudahlah banyak papan tanda perniagaan serta kain rentang di negeri ini dalam bahasa Mandarin, nama jalan pun hendak diMandarinkan juga?

Kepada pihak yang berkenaan, mohon beringat, jangan difikir kaum Melayu tidak dapat membaca gerak langkah sedemikian.

Saya menyeru semua orang Melayu terutama Melayu Pulau Pinang tanpa mengira fahaman politik bangkit menentang usaha terbaru yang dilakukan di Pulau Pinang sekarang.
Apa hak Teong Ghee serta parti Gerakan untuk meminta semua kaum saling hormat menghormati antara satu sama lain jika mereka sendiri mencampakkan perasaan hormat terhadap kaum lain ke dalam tong sampah?

Adakah kerana majoriti kaum di Pulau Pinang adalah Cina maka apa sahaja perkara yang menyentuh kepentingan kaum terbabit akan dianggap sebagai tidak menghormati kaum lain serta perkauman? Maka apa sahaja yang berkaitan dengan kaum terbabit perlu diutamakan segera?

Dalam hal ini saya melihat nasib orang Melayu umpama mentimun yang dilanyak oleh durian. Sehinggakan bahasa yang ada pun ingin disisihkan.

Ditambah pula perselisihan sesama orang Melayu yang membuatkan kita benar-benar menang sorak kampung tergadai. Jika beginilah keadaannya, bahasa Melayu bakal menjadi sebuah sejarah 50 tahun lagi dan orang Melayu Malaysia akan mengalami nasib yang sama seperti Melayu Singapura.

Saya sekali lagi merayu semua kaum Melayu di Malaysia, bersatulah agar segala kepincangan ini dapat diperbetulkan.

PUTERA TANAH MELAYU
Pulau Pinang

Dipetik dari www.utusan.com.my/forum

p.s : Adakah Pulau Pinang akan jadi Singapura ke 2? : Tepuk Dada Tanya Selera.

Jul 23, 2008

Penasihat PKR dilanda konflik dalaman : Apa sebenarnya ni?

Penasihat PKR dilanda konflik dalaman

Written by Berita Harian

Wednesday, 23 July 2008 01:12

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang dilanda konflik dalaman diri kerana terlalu ghairah menubuhkan kerajaan baru sebelum 16 September depan sehingga sanggup mengambil tindakan yang tidak masuk akal. Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Abdul Rahman Dahalan, berkata setiap hari rakyat dimomokkan dengan hasrat Anwar menggulingkan kerajaan sedia ada, tetapi beliau tidak menyedari hasrat itu adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Anwar harus sedar kerajaan yang ada hari ini bukan satu rejim di hujung tanduk dan tidak mendapat mandat yang besar daripada pengundi. Beliau kena menghormati kerajaan, memang setiap orang politik nak jadi ketua, tapi beliau tiada peranan tersendiri.

“Anwar sebagai pembangkang hanya berkisar kepada bagaimana untuk membuat huru-hara dalam negara dan mengadakan demonstrasi jalanan. Kalaulah beliau jadi Perdana Menteri apakah budaya demonstrasi nak dihalalkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdul Rahman diminta mengulas sama ada menerima panggilan dan menerima kunjungan susulan daripada ‘duta kecil’ pembangkang untuk memujuknya menyertai Pakatan Rakyat dan dijanjikan sejumlah wang serta kedudukan dalam kerajaan.

Pada 15 Mei lalu, akhbar ini dalam laporan muka depannya menyebut, pembangkang yang terdesak untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), sanggup menawarkan ganjaran besar hingga boleh memberi kesenangan hidup kepada dua tiga generasi keluarga Ahli Parlimen yang berpaling tadah. Malah, jumlah wang yang ditawarkan dijangka berlipat ganda dalam masa terdekat bagi merealisasikan impian Anwar untuk membentuk kerajaan sebelum 16 September ini.

Abdul Rahman juga berkata, Penasihat PKR itu lupa pembangkang turut mempunyai tanggungjawab dalam arena politik kerana jika tidak berbuat begitu, kerajaan dan negara ini akan dilihat sebagai negara yang tidak bertamadun. “Pilihan raya umum sudah habis, terimalah keputusan dan cuba lagi pada 2013,” katanya.

dipetik dari : www.kulitpisang.com

p.s

duit-duit di mana kau duit. duit-duit, kalau ada duit tentu ada pendapatannya, duit-duit.
duit-duit, sape yang bagi kau, duit-duit.

kepada mana-mana ahli Pakatan Rakyat (sorry..jap2 aku pun rakyat juga, tapi aku tak berpakat ngan PKR, DAP DAN PAS, kena tukar nama ni..) kalau baca posting ini, tolong jawabkan kepada aku, dalam pilihanraya yang lepas, mana datangnya duit PKR ? kalau setakat derma berapa banyak sangat derma korang leh dapat. tunjuk audit skit. entah-entah ada orang sponsor kot..entah-entah "derma" dari negara luar kot? entah-entah dari negara yang bekalkan maklumat spy bahawa DSAI akan kena terkena? entah la. tapi tolong jawab ye!.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

DNA : Antara untung dan rugi parti pembangkang


DNA : Antara untung dan rugi parti pembangkang

Written by Hassan Md Hussein (Sandakan)


Sunday, 20 July 2008 15:03


ISU sampel DNA nampaknya berpanjangan. Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan membenarkan sampel itu diambil darinya. Katanya, dia berbuat demikian kerana nasihat dari peguam dan pakar luar negara.




Ketika Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mendapat liputan meluas dengan isu Anwar-polis-DNA ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Anwar Ibrahim supaya memberikan sampel DNA untuk membantu siasatan polis berhubung dakwaan meliwat, jika benar dia (Anwar) tidak melakukan perbuatan itu.


Syed Hamid dipetik sebagai berkata; "hanya DNA saja yang boleh membuktikankebenaran Anwar," menyebabkan barisan peguam Anwar amat kurang senang dengan kenyataannya itu yang dianggap sebagai 'mengarah polis bekerja dalam tekanan'.


Kenapa isu DNA ini hingga menyebabkan Pak Lah terpaksa memberikan komennya? Tentu ia sudah menjadi isu umum yang semua orang memperkatakannya. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga dipetik sebagai berkata, dia tidak bersetuju DNA Anwar di ambil untuk tujuan penyiasatan.


Ketika Anwar dan barisan peguamnya sibuk mempertahankan diri, enggan memberikan sampel DNA, MP Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan MP Rembau, Khairy Jamaluddin meminta Anwar jangan berdolak dalih dalam hal ini, sebaliknya menyegerakan memberi kerjasama kepada polis dalam isu DNA ini.


Namun, Anwar yang sudah memulakan penjelajahannya terus menyentuh isu 'dia diarahkan berbogel' sedangkan Pengarah Hospital Kuala Lumpur sudah menafikannya. Anwar juga menyentuh isu sakit pinggang, tidur atas simen dan Datuk Seri Wan Azizah terpaksa menghantar tuala untuk menjadikan alas tempat tidur, isu yang mahu diselesaikan, masih tidak selesai juga.


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula memberitahu, polis sedang menimbangkan mendapat perintah mahkamah untuk mendapatkan sampel DNA Anwar dan dalam masa yang sama, rakyat tertanya-tanya kenapa susah sangat Anwar hendak memberikan sampel DNA nya untuk tujuan penyiasatan?


Anwar, tetap memainkan isu takut DNA nya akan dimanipulasi pihak tertentu. Dalam masa yang sama, satu sumber lain pula memberitahu, Anwar sudah memberitahu polis bahawa tarikh yang disebut bekas pembantunya Mohamad Saiful Bukhari Azlan, ketika kejadian liwat itu berlaku, dia tidak berada di tempat yang disebutkan.


Sejauh mana cerita ini benar, tiada siapa dapat mengesahkannya tetapi banyak pihak yang bersimpati dengan Anwar yakin, Anwar ada bukti-bukti 'alibi' yang memaksa polis mendapatkan maklumat lanjut dari pengadu dalam kes ini.


Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai pula dipetik sebagai berkata, Anwar perlu akur dengan permintaan polis dan pengambilan sampel DNA adalah prosedur biasa dalam satu-satu siasatan kes rogol atau liwat.


Ketika beberapa pemimpin pembangkang macam keliru sama ada mahu mempertahankan Anwar atau tidak isu ini, Anwar nampaknya makin tersisih apabila dia menimbulkan pelbagai prasangka dengan keengganannya untuk memberikan kerjasama kepada polis bagi mendapatkan sampel DNA nya.


Pemimpin-pemimpin pembangkang takut-takut kalau, ketika mereka bermati-matian mempertahankan Anwar, tiba-tiba Anwar disabitkan dengan kesalahan meliwat, akan menjejaskan parti yang mereka dokong. Sebaliknya, jika mereka cuba-cuba menjauhkan diri dari isu ini, dikhuatiri pula, Anwar tidak disabitkan dengan dakwaan melakukan kesalahan liwat, menyebabkan mereka kerugian.


Pak Lah, ketika mengulangi jaminan bahawa tiada sebarang konspirasi atau tindakan untuk menganiayai Anwar. Pak Lah berkata demikian bagi menjawab reaksi Amerika Syarikat dan negara lain yang menyatakan kebimbangan berhubungan siasatan kes terbaru penasihat PKR itu.


"Tak ada…tak ada sebarang konspirasi untuk menganiayai dia. Tak ada. Tak usah percaya," kata Pak Lah. Anwar sebelum ini mendakwa tuduhan terbaru terhadap dia dibuat pihak-pihak tertentu untuk menghalangnya daripada kembali aktif dalam politik.






ANWAR IBRAHIM DAN MCKK?????

Comment PLEASE.

SILA KOMEN

Mr LIM, what is sila komen in mandarin?

LIM KIT SIANG : AND HIS IDEA OF UNITY

Kit Siang: Why Malay unity and not Malaysian unity

PETALING JAYA: The three dialogues between Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and PAS decision makers raise the question why the Prime Minister was focusing on Malay unity rather than on Malaysian unity, DAP national advisor Lim Kit Siang wrote in his blog.
“Has he forgotten another of his pledges, to be the Prime Minister of all Malaysians and not just of any race?” asked Lim.

He was commenting on the three discussions that Abdullah held with PAS leaders, which began right after the general election in March.

Among the PAS leaders Abdullah met were deputy president Nasharuddin Mat Isa, Terengganu commissioner Datuk Mustapha Ali and Shah Alam MP Khalid Abd Samad.

Lim alleged Malaysian nation building had gone backwards and that the Vision 2020 objective of a “Bangsa Malaysia” was increasingly frowned upon as a misplaced target.

taken from : www.thestar.com.my

p.s
of course Mr. Lim Kit Siang would mentioned such as that. "but of course" as a friend of mine would say.

i urge us all to go to his political meeting or his political gathering, demostration or whatever he would call it, and let us listen to him, as he speak in chinese.... oooo..there is nothing wrong to speak in chinese (or intermeddle with some english) except rukun negara provided that we are all malaysian as so our main language should be in MALAY. UNITY come in language too, this should Mr. Lim Kit Siang "terlupa".

Talk about unity!.

Jul 4, 2008

Balasubramaniam : NI baru BETUL-BETUL BALA!

Balasubramaniam tarik balik beberapa perenggan dalam akuan sumpahnya

04/07/2008 11:58am

KUALA LUMPUR 4 Julai - Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam, hari ini menarik balik beberapa perenggan dalam akuan bersumpahnya berkaitan hubungan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Balasubramaniam menarik balik akuannya bahawa Najib telah memperkenalkan Altantuya kepada Abdul Razak Baginda dan Timbalan Perdana Menteri mempunyai hubungan seks dengan wanita Mongolia itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita secara ringkas ketika hadir bersama peguamnya di salah sebuah hotel di sini hari ini.

Sementara itu, peguamnya, M. Arulampalam mendakwa ketika Balasubramaniam membuat kenyataannya semalam di pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau amat marah dengan kerajaan.``Tetapi hari ini, Balasubramaniam telah menyedari kesilapannya,’’ ujarnya.

diperik dari www.utusan.com.my

p/s Bala oh..Bala. Kalau begini memang BALA yang datang. Hari ini cakap sebab marah. Esok cool down cakap lain. Lain kali kalau nak buat perakuan bersumpah mestilah kekal dengan pendirian. Ini bukan boleh main-main dik! ada kene mengena dengan undang-undang. Boleh kena dakwa ini kerana ini telah MEROSAKAN nama baik beberapa orang.

How can you do such a thing? was this motivated due to anger against the Goverment for something that u did not received or due to something which you might received from a prominent figure?

These are the questions that you need to answer. We are waiting for your answer.

Perakuan Bersumpah ali bin abu

Perakuan Bersumpah Saya:

1. nama saya, macam yang bapak saya kata, ali bin abu. betul. saya bersumpah. inilah nama yang saya rasa bapak saya kata saya punya nama.

2. saya tinggal di kuala lumpur.

3. umur saya kalau ikut saya lah, kalau saya punya kiraanlah dalam 33 tahun. betul. saya tak tipu. itu kalau ikut saya.

4. saya bersumpah yang memang saya dengar ahmad kata tina kata dia dengar muthu kata yang lim suka pada minah.

5. saya bersumpah juga yang saya dengar ahmad kata tina kata dia dengar muthu kata yang lim suka pada minah pada 21 haribulan jun di tandas awam kota raya kuala lumpur. 21 jun itu saya betul-betul rasa pada hari tersebutlah ahmad kata tina kata dia dengar muthu kata yang lim suka pada minah.

6. jadi, saya buat akuan bersumpah ini sebab saya betul-betul bersumpah yang sayta betul-betul dengar ahmad kata tina kata dia dengar muthu kata yang lim suka pada minah.

yang betul-betul bersumpah
ali bin abu.

Jul 3, 2008

PKR: kelmarin 30 akan lompat; semalam 4 akan lompat; hari ini siapa yang melompat?; esok apa kata lompat

'Tindakan tidak mengejutkan'

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM

SUBANG 2 Julai - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaitkan tuduhan liwat dengan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil dan dakwaannya mengenai empat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyertai pakatan pembangkang bukan perkara yang mengejutkan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sememangnya diketahui mempunyai kepakaran untuk melakukan propaganda mengenai sesuatu perkara.

"Sewaktu berada dalam kerajaan dulu, jika ada seseorang dinaikkan pangkat, beliau terlebih dahulu akan menelefon orang itu dan memberitahu saya dah lantik awak sedangkan pelantikan itu dibuat orang lain," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pegawai Mara Daerah 2008 di sini hari ini.

Dalam ceramahnya di Shah Alam malam tadi, Anwar berkata, beliau menangguhkan pengumuman untuk menyertai pilihan raya kecil selain mengumumkan empat Ahli Parlimen BN yang akan lompat parti dengan alasan beliau bimbang ada pihak tertentu akan menyekat peluangnya.

Mengulas mengenai tuduhan liwat itu, Noh meminta para penyokong Anwar tidak mempertahankannya bermati-matian kerana tiada siapa yang mengetahui kebenarannya.

Katanya, kebenaran hanya diketahui Allah, malaikat, Anwar dan mangsa sahaja.

"Tak payahlah nak jadi jaguh atau hero untuk mempertahankan perkara yang mereka sendiri tak tahu.

"Kita yang tidak tahu kebenarannya juga usahlah membuat pelbagai tuduhan terhadap beliau, biarlah polis yang siasat," katanya.

Mengenai dakwaan pembangkang yang mengatakan tuduhan liwat itu adalah konspirasi, Noh berkata, terserahlah kepada pihak tersebut untuk membuat dakwaan tetapi beliau percaya maruah diri bukannya boleh dijual beli.

"Saya berasa kalau soal maruah, diberi duit sekalipun takkan sanggup nak buat pengakuan terbuka telah diliwat," katanya.

dipetik dari: www.utusan.com.my

p/s Dulu PKR kata 30 MP BN akan lompat parti. semalam PKR kata 4 orang MP BN akan lompat parti. sekarang ni mana yang lompat parti? gila lompat agaknya semua MP. Apa kata masuk sahaja pertandingan lompat tinggi, lompat galah, lompat pagar di sukan Olimpik. Baru la MP. (Memang Power).

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Jul 2, 2008

ANWAR IBRAHIM : MELIWAT LAGI?

yang di atas merupakan tajuk berita yang patut/tidak patut dikeluarkan oleh berita.

Kisah internet: saiful dan uniten

Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan "era kegemilangan" yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN).Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan "bertanggungjawab" sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang "star" sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Saya masih kekal dengan andaian bahawa Saiful Bukhari ini merupakan agen orang kenamaan yang bimbang kisah Malaysia-Mongolia-nya dibuka media. Kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.Pautan lain:Penafian DSAILaporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwatPKR: Nyawa Anwar dalam bahayaNota: Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti.

http://ainisazreen.wordpress.com/2008/06/29/saiful-bukhari/

dipetik dari email.

nukilan penulis blog www.rencahmalaysia.blogspot.com

pada pendapat saya. tepuk dada. Kenyataan kadang kala datangnya dari sumber yang tidak blh dipercayai terutama dari internet. Bercakap seperti ini boleh direka cipta. diolah secantik bahasa supaya menarik dan menimbulkan tanda tanya. jadi persoalannya, siapa kita untuk menilai orang lain? adakah kita ini 100% betul?

olahan sebegini rupa datangnya dari mereka yang mempunyai kepentingan. Maka dijahit dan dibentuk supaya ia menepati cita mereka. Akan ada suatu olahan lain yang akan memenangkan pula.

kepada si penulis, adakah anda 100% yakin bahawa anda bukan serupa seperti yang dikata? tidakkah anda sedar bahawa mungkin ada yang lain yang jelek terhadap anda? mungkin anda menggunakan peluang ini untuk meluahkan rasa hati yang berbuku ? dendam? PHD mungkin? kerana peristiwa lalu yang terjadi antara penulis dan yang dikata ?

siapa pun kita. peranan perlu betul. sikap dan cara membuktikan diri. hasil olahan boleh menunjukkan rasa benci dan meluat yang teramat sangat lantas membuahkan olahan yang sangat berat sebelah.

walau apa pun, kebenaran akan terserlah akhirnya. mungkin bukan sekarang, mungkin 20 tahun lagi, tetapi ia tetap akan terserlah. tapi adakah kita kebenaran itu? adakah kita yang membentuk kebenaran itu? biarkan pihak berkuasa melaksanakan tugasnya. kalau tidak, siapa lagi? anda, mungkin?

saya juga bertanggungjawab terhadap penulisan saya. adakah selama ini bermaksud saya tidak bertanggungjawab terhadap penulisan saya?