May 3, 2013

PRU13: PANDANGAN GENERASI MUDA KAUM CINA - BAH

Dipetik daripada blog merbok times

Forum di bawah dipetik dari blogger Shen Yee Aun (SYA) 1SYA yang menjawab kenyataan siber trooper Amelia Tan yang bertajuk “Untuk Rakan-Rakan Penyokong BN Saya Yang Tersayang” Facebook. Amelia Tan
Forum ini adalah gambaran secebis pemikiran generasi muda masyarakat Cina hari ini di mana ruang ini cuba ditawan oleh DAP. 
Amelia: Pertama sekali, saya percaya bahawa ia adalah hak semua orang untuk mengundi sesiapa yang mereka fikirkan layak dan saya tidak berpendapat bahawa mereka yang menyokong BN sebagai jahat atau korup. Tidak sama sekali. 
Saya kenal anda dengan cukup rapat untuk mengetahui bahawa anda adalah manusia yang baik dan ini adalah mengapa kami bersahabat. Saya juga telah mendengar justifikasi anda tentang mengapa kita perlu memberi BN peluang dan saya benar-benar memahami pendapat anda. 
SYA: Pertama sekali saya merasakan bahawa pendapat individu dan peribadi anda sememangnya mulia dan seharusnya dipuji. Namun begitu, keadaan ini tidak melambangkan persepsi yang cuba dibawa oleh tentera – tentera Red Bean Army (Cyber Trooper DAP) apabila sesiapa sahaja yang menyatakan sokongan mereka kepada Barisan Nasional maka akan terus dilemparkan dengan pelbagai tuduhan , maki–hamun termasuk dilabel sebagai Pengkhianat Cina dan juga Anjing . Kritikan ini adakalanya juga dilanjutkan kepada keluarga , rakan dan ibu bapa sesetengah individu yang menyokong Barisan Nasional. 
Amelia: Ramai yang terus memberi sokongan kepada BN kerana mereka berpendapat bahawa kita harus bersyukur dengan pemberian kerajaan. Kita diberikan akses kepada pendidikan, ekonomi dan ruang untuk perkembangan, negara kita agak selamat berbanding dengan Kemboja atau Filipina, kita mempunyai KWSP, kita diberi BR1M dan BR1M2 dan kita telah menjadi negara yang agak aman selama 56 tahun. Sebelum saya teruskan, marilah kita memahami peranan kerajaan. 
 
Peranan kerajaan pada dasarnya hanyalah untuk mentadbir. Tugasnya untuk menyediakan rakyat dengan pendidikan, penjagaan kesihatan, ekonomi yang sihat, infrastruktur, keselamatan awam dan menjaga keseimbangan dan keharmonian negara. Jelas sekali, untuk menjalankan segala tugasan ini, kerajaan memerlukan wang. 
 
Di manakah datangnya wang ini? Ya, dari kita semua, Rakyat. Jadi, kita membayar wang kepada kerajaan, dalam bentuk cukai setiap bulan, untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan buat “kesyukuran” kami. 
Bagi saya, ia seperti mengatakan yang bos saya harus berterima kasih kerana saya datang ke kerja setiap pagi walaupun saya dibayar untuk melakukannya. 
SYA: Walaupun yang membayar wang itu adalah rakyat melalui cukai kepada kerajaan (bos membayar pekerja) tetapi kredit juga seharusnya diberikan kepada pekerja (kerajaan) yang berkerja bersusah payah untuk menguruskan sesebuah syarikat (Negara). Kita tidak seharusnya merasakan bos adalah segala – galanya iaitu saya yang membayar gaji anda maka saya layak untuk “take things for granted “. Oleh itu persoalan dimanakah datangnya wang kerajaan dan syarikat perlu juga seiring dengan usaha dan peranan yang dimainkan oleh siapakah yang menggerakan, mengguruskan dan berkerja untuk sesebuah syarikat ? 
Amelia: Mari kita memahami satu perkara. Apa yang kita kini ada; pendidikan, penjagaan kesihatan, KWSP dan lain-lain, bukanlah sesuatu hak istimewa yang disajikan khas oleh BN untuk kita. SETIAP negara dengan kerajaan yang kukuh akan mempunyai semua kemudahan ini; jika tidak, mereka akan dianggap sebagai telah gagal. 
 
Persoalannya bukan sama ada kita patut bersyukur; sebaliknya untuk menilai sama ada kerajaan telah melaksanakan tugas dengan sewajarnya untuk rakyat. Jawapannya adalah tidak. 
SYA: Sekiranya kita mengambil tanda aras saudari Amelia yang menyatakan sesebuah negara yang tidak membekalkan KWSP kepada rakyatnya maka Negara itu adalah sebuah negara yang gagal. 
 
Sebaliknya, negara yang membekalkan perkhidmatan sedemikian tidak semestinya tidak berjaya. Oleh itu, sekirannya kerajaan Barisan Nasional sememangnya sudah membekalkan perkhidmatan sedemikan dan sudah mencapai tanda aras saudari Amelia iaitu kerajaan Barisan Nasional bukan merupakan sebuah kerajaan yang gagal maka mengapa lagi rakyat perlu mengundi untuk menolak sesebuah kerajaan yang tidak gagal? 
 
Lebih–lebih lagi cukai yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia adalah antara yang paling murah di dunia (26%). Di negara seperti United Kingdom dan Jepun rakyatnya perlu memberi cukai sebanyak 50%. (Tiada juga pendidikan percuma di kedua–dua buah Negara yang membayar sebanyak cukai pada kadar 50%). 
Amelia: Sistem pendidikan kita telah gagal untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti. Kadar jenayah meningkat begitu teruk sehingga tiada siapa yang berani berjalan berseorangan, walaupun di siang hari. 
 
Infrastruktur tidak cekap dan teruk penyelenggaraannya. Penduduk luar bandar masih tiada akses kepada kemudahan asas dan penjagaan kesihatan yang baik. Nilai mata wang kita telah jatuh mendadak dalam 30 tahun yang lalu. 
 
Kita juga telah kurang berdaya saing dari segi ekonomi (Filipina dan Indonesia dengan pantas mengejar kedudukan kami, dan kita jauh ketinggalan di belakang Singapura, dalam segala aspek.) Dalam 5 tahun yang lepas, ketegangan kaum memuncak dan di luar kawalan dengan ahli-ahli politik (iaitu Ibrahim Ali dan sepertinya) menimbulkan kebencian kaum dan mengeluarkan kenyataan yang menyinggungkan tanpa ditegur. 
SYA: Amelia sendiri juga merupakan seorang yang lahir daripada sistem pendidikan di Malaysia dan sekirannya benar Negara Malaysia tidak menghasilkan pelajar yang berkualiti maka adakah Amelia sendiri juga merasakan artikelnya juga kurang berkualiti disebabkan pendidikan kita yang kurang baik? Hutang GDP kita jauh lebih baik daripada negara Singapore yang hutang mereka mencecah lebih daripada 100% berbanding dengan negara Malaysia yang hanya pada kadar 53 % dan fakta ini juga mampu disebar sebagai fitnah oleh DAP bahawa negara kita akan bankrap ? GDP Negara Malaysia dibawah pemerintahan Perdana Menteri Najib adalah jauh lebih tinggi daripada Negara Singapura , Taiwan dan Indonesia yang disebut oleh saudari sepanjang 3 tahun yang lepas (2010 – 2013 ). 
 
Dari segi ekonomi juga, Malaysia mendapat kedudukan Negara ke–12 paling berdaya saing di dunia oleh Bank Dunia. 17 tahun daripada 30 tahun yang disebut oleh Amelia adalah pada ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga Menteri Kewangan pada ketika itu. 
Kegagalan yang dilaporkan oleh Amelia hanya melambangkan Anwar Ibrahim tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kita kerana telah diberi peluang selama 17 tahun lamanya sebelum ini. 
 
Ibrahim Ali sudahpun dipecat dari UMNO pada tahun 2003 tetapi Pakatan Rakyat yang memberi kembali nyawa politik kepada Ibrahim Ali pada tahun 2008 apabila mereka membenarkan Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS di Pasir Mas. Pada ketika itu, mengapa DAP tidak mempersoalkan Ibrahim Ali?
 
*(Artikel ini adalah 1 bahagian daripada 3 bahagian)

www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: