1. Selepas PRU13 5.5.05, Anwar makin kehilangan arah dan dikatakan sangat tertekan. Tertekan akibat tiga perkara. Pertama tertekan sebab tidak dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kedua tertekan sebab dipaksa kotakan janjinya untuk berhenti berpolitik sekiranya gagal menjadi Perdana Menteri dan ketiga tertekan kerana desakan dalaman yang mahu menggantikan dia sebagai orang paling berkuasa dalam PKR.
2. Masyarakat umum tahu bahawa Azmin Ali dan Nurul Izzah saling bertentangan di dalam PKR. Azmin dengan ideologinya dan Izzah dengan sokongan mak ayahnya. Ini terbukti dengan beberapa perkara perbalahan antara keduanya yang jelas kelihatan. Berikutan kekalahan PKR dalam PRU13 ini dan berikutan dengan janji-janji Anwar yang akan bersara daripada politik sekiranya PR gagal dalam PRU13 ini, maka Azmin telah menyimpan angan-angan untuk menjadi orang paling berkuasa dalam PKR dan seterusnya dapat memegang kerusi empuk MB Selangor.
3. Hasrat Azmin ini tentunya tidak disenangi oleh Izzah dan mak ayahnya. Oleh itu, seboleh-boleh Anwar mengadakan demo gila di kelana jaya bagi menunjukkan kepada Azmin bahawa Anwar masih kuat berkuasa. Demo di kelana jaya itu bukannya mahu menunjukkan sangat kepada BN bahawa PR masih kuat tetapi lebih kepada menunjukkan kuasa kepada anggota dalam PKR.
4. Walau bagaimanapun, antara kedua makhluk ini, Azmin lebih bagus sedikit daripada Anwar. Azmin lebih rasional walau kadang-kadang cakapnya lebih sudu daripada kuah. Azmin lebih muda dan mempunyai ramai penyokong muda dalam PKR dan tentunya Azmin tidak mempunyai isu sangat yang boleh menjadi punca kejatuhan PKR.
5. Mungkin sudah sampai masa dinasti Anwar dalam PKR dihapuskan dan diganti dengan tenaga muda yang lebih bersemangat. Sudah sampai masa Anwar kotakan janji-janjinya untuk bersara kerana gagal mendapatkan undi Melayu bagi menyokong Pakatan Haram tersebut. Dalam PRU13 ini adalah adalah seorang pemimpin yang gagal!. Itu adala kesimpulannya.
www.rencahmalaysia.blogspot.com
[Hampir 40 ribu bangla di lihat di Selangor semalam malam. Semuanya di Kelana Jaya]
0 Responses:
Post a Comment