May 3, 2013

PRU13: DAKWAT KEKAL (INDELIBLE INK) SIAPA YANG MAHUKAN DAKWAT KEKAL SEBENARNYA?

1. Nurul Izzah dan Tian Chua si penggigit telinga telah membuat cerita bahawa dakwat kekal yang digunakan dalam PRU 13 ini tidak kekal. Mereka menyatakan bahawa dakwat ini mudah dihilangkan dan berkemungkinan ini akan menjadi modal BN untuk menang dalam PRU ini. [link berita]

2.  Sebenarnya isu dakwat kekal tidak kekal bukan baru. Dakwat kekal ini merupakan cadangan daripada BERSIH yang telah menganjurkan demo ganas di Kuala Lumpur [link berita]. Hasil daripada itu, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihanraya (PSC) telah mencadangkan dalam Penyata PSC kepada Dewan Rakyat bagi menerima dakwat kekal ini [link berita]. Perlu diingatkan bahawa Dakwat Kekal ini hanya digunakan dinegara-negara kelas ketiga [link negara yang gunakan dakwat kekal, Malaysia sama taraf dengan Burkino Faso!].

3. Papagomo telah lama menyatakan bahawa Dakwat Kekal ini boleh dihilangkan dengan menggunakan beberapa bahan kimia yang mudah didapati di farmasi. Dakwaan Papagomo ini dibuat pada tahun 2011 lagi [link berita]. Tetapi tiada siapa yang mengambil tindakan atas dakwaan ini. Pembangkang tetap mahukan Dakwat Kekal digunakan dalam pengundian PRU13. Setelah ia diluluskan untuk digunakan, maka Pembangkang mula menyalak menyatakan bahawa Dakwat Kekal ini tidak kekal. Dulu mahu, sekarang tidak mahu. Inilah penyakit pembangkang.

4.Pembangkang menyatakan bahawa  Dakwat Kekal yang tidak kekal boleh dimanipulasi. Blog ini memang setuju dengan pendapat tersebut. Dan yang boleh memanipulasi Dakwat ini bukan sahaja BN tetapi juga semua parti pembangkang. Ada khabar angin yang menyatakan bahawa pembangkang mula menyalak apabila mendapati bahawa warna Dakwat Kekal tersebut tidak sama seperti Dakwat yang dalam simpanan mereka. Ada tuduhan yang menyatakan bahawa pembangkang telah menyimpan dakwat kekal dalam beberapa warna. Dakwat ini akan digunakan kepada orang-orang kampung sebelum pilihanraya dijalankan. Modus operandi adalah dengan pergi ke rumah -rumah dan kononnya menunjukkan demo bagaimana mencalit Dakwat Kekal di jari. Setelah dicalit mereka akan menyatakan kepada orang-orang kampung ini bahawa dakwat tersebut akan hilang setelah dicuci. Namun demikian, dakwat tersebut tidak akan hilang dan orang tersebut tidak akan dibenarkan mengundi.

5. Jadi akhirnya, kalau tuduhan ini benar, maka sememangnya penggunaan dakwat kekal ini merupakan perancangan jahat pihak pembangkang yang memang daripada awal lagi sudah mengetahui bagaimana memanipulasi dakwat ini. Tetapi akhirnya terbukti bahawa dakwat kekal ini tidak boleh dimanipulasi. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: