May 7, 2013

Pasca PRU13: Tsunami Cina Di Lembah Pantai dan urban tsunami?

1. Semalam terbukti sudah bahawa ramalan sebelum ini bahawa PRU 13 ini akan menyaksikan kemenangan besar calon-calon cina daripada PR terutama daripada DAP. DAP bertanding 51 Kerusi Parlimen dan 103 kerusi DUN yang mana DAP telah memenangi 38 kerusi Parlimen berbanding 28 pada tahun 2008. 

2.  Di Lembah Pantai, Nurul Izzah yang gagal membantu Lembah Pantai  menang lagi. Kemenangan izzah adalah atas ihsan pengundi cina di kawasan PDM Lucky Garden, Bangsar Baru dan Sentosa. Di kawasan PDM Melayu Izzah kalah semuanya. 

3.  Raja Nong Chik telah berusaha sedaya upaya memenangi hati pengundi cina tetapi gagal kerana pengundi cina mengamalkan sentimen asal bukan BN. Terlebih lagi dengan beberapa ceramah PR yang menyentuh dasar Kerajaan yang dikatakan tidak memihak cina. sentimen ini menjadikan pertembungan Melayu dan Cina di Lembah Pantai.

4. Tidak dinafikan bahawa ada kalangan Melayu bodoh yang mengundi Izzah. Tetapi jumlahnya sangat kecil. Hatta pengundi di PDM Universiti pun boleh memangkah Raja Nong Chik, jadi dapatlah kita bayangkan sokongan orang Melayu dan orang muda kepada RNC berbanding Izzah.

5.  Pengundi Cina mengatakan bahawa ini adalah tsunami urban dan bukannya tsunami cina seperti yang dikatakan oleh PM. Dengan mengambil contoh Lembah Pantai, terbukti bahawa ini adalah tsunami cina dan bukan tsunami urban. Mengapa? pertama RNC kalah di semua tempat cina. Kedua, takkan lah RNC tak boleh mendapat 10% pun undi cina. Hampir 99.9% undi cina pergi ke izzah. Ketiga undi Melayu pergi ke RNC hampir 90% daripada jumlahnya.

6. Jadi akhirnya terbukti pengundi cina mengundi untuk PR dan bukannya BN. Dan ini adalah bukti tsunami cina. Jadi mengapa ada urban tsunami? perkataan ini digunakan apabila cina sedar bahawa mereka telah menimbulkan kemarahan Melayu/bumiputera sabah dan sarawak. Dan Cina sedar bahawa mereka sekarang berada di kelompok pembangkang yang mana Kerajaan adalah golongan Melayu/Bumiputera sabah dan sarawak. Sebagai Kerajaan tentunya Melayu/Bumiputera sabah dan sarawak akan membuat dasar pro mereka. Perkara ini sangat membimbangkan cina kerana dasar-dasar Kerajaan ini mampu memberi kesan negatif terhadap kaum cina. Bagi mengimbangi perkara ini maka diwujudkan "urban tsunami" bagi menyatakan kepada kaum Melayu/Bumiputera sabah dan sarawak bahawa bukan cina pun turut mengundi PR.

7. Nah disinilah cina cuba menipu. Melayu bandar (urban Malays) yang dikatakan turut mengundi pr sebenarnya mengundi di tempat lain. Melayu bandar adalah melayu yang balik ke kampung tiap-tiap raya termasuk tiap-tiap pilihanraya. Melayu bandar ini balik ke kampung dan mengundi di kampung-kampung di luar bandar. Walaupun terdapat ramai Melayu di bandar tetapi mereka ini pulang mengundi di luar bandar. Jadi, istilah non chinese turut mengundi PR adalah amat menyeleweng. Sebenarnya cina bandar lah yang mengundi di bandar dan cina jugalah yang menyokong pembangkang. cina jugalah yang memberikan margin undi yang tinggi kepada semua calon-calon DAP dan PR.

8. Secara perbandingan pada tahun 2008 UMNO hanya menang 77 kerusi dan pada 2013 ini UMNO telah menang 107 kerusi pertambahan sebanyak 23%. Ini membuktikan bahawa Melayu sama ada di bandar atau di luar bandar telah kembali ke UMNO. Dan sekali lagi ternyata bahawa urban tsunami itu adalah tsunami cina. 

9. Perlu juga dinyatakan disini bahawa terdapat cubaan media massa bagi to tone down issue racial politic ini. Mungkin takut sejarah 13 Mei berulang. Tetapi fakta adalah fakta. Cina undi Pembangkang sepenuhnya. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: