May 24, 2013

HARI HARI SEL:EPAS PRU 13: AKHIRNYA PAS SETUJU GST BAGUS DAN KALAU PR BERKUASA MUNGKIN GST AKAN DILAKSANAKAN JUGA

1. Petikan yang di bawah adalah tulisan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad yang kalah dalam PRU13 yang lepas. 

2. Dia mengupas isu gst dan juga kesan 28% kepada rakyat. Bagus "kupas"sannya itu walaupun banyak yang boleh dipertikaikan sebagai contoh kesan 28% yang dinyatakan dalam perenggan 16 artikel dia itu. Dia kata "Ada yang menganggap bahawa rakyat atau pengguna akan dikenakan cukai sebanyak 28% kalau kita mula dengan pengenalan 7%, kerana cukai yang dibayar pengimpot, pengilang, pemborong dan peruncit akhirnya akan dibebankan kepada pengguna.". Jelas bahawa kenyataan ini dibuat berdasarkan andaian. Hebat betul.

3. Walau apa pun, yang paling menarik sekali ialah kenyataan pada perenggan 10 yang menyatakan bahawa PR tidak tolak cukai jenis ini. Jelas bahawa PR tahu keberkesanan cukai ini dan tahu bahawa banyak negara didunia telah menggunakan idea ini. Artikel dia mengakui bahawa perkara yang hendak dibuat Kerajaan ini bagus cuma mungkin ia perlu dibuat dengan nilai yang lebih rendah iaitu bermula dengan 3%. 

4.  Menariknya artikel ini ialah, akhirnya PR akui bahawa cukai GST ini bagus dan ia perlu dilaksanakan demi kemampanan ekonomi negara dengan mengambil kira hanya 1% daripada 29 juta rakyat Malaysia yang membayar cukai.

5. Apa yang lebih bagus tentang GST ialah pengenaan cukai sekarang adalah serata terhadap semua pekerja asing dan penduduk asing (cth Bangla, PRC, Siam, Nepal, Mat Salleh, Mat Afrika) yang berada di Malaysia. Pada masa ini, cukai yang dikenakan hanya terhad terhadap sekelompok individi pekerja dan penduduk asing di Malaysia. Dengan adanya cukai GST ini maka si pekerja buruh kontrak Indonesia, tukang cuci Bangla, Jaga Nepal, pelajar Afrika dan Manager Jepun di Malaysia akan terpaksa bayar cukai pada Kerajaan Malaysia. Sudah terlalu lama mereka ini dibiarkan menikmati subsidi air, minyak, gula, tepung, beras, tol, elektrik dan penjagaan kesihatan di hospital Kerajaan. Bayangkan tax yang dapat dikutip daripada 10 juta pekerja dan penduduk asing di Malaysia.

6. Akhirnya GST bukan hanya untuk orang Malaysia tetapi mengambil semula hak orang Malaysia yang selama ini digunakan oleh pekerja dan penduduk asing di Malaysia. Penduduk Malaysia beruntung kerana tax ini akan digunakan semula untuk pembangunan negara manakala pekerja dan penduduk asing di Malaysia akan bersama-sama membayar cukai untuk kemajuan rakyat Malaysia. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

 ....................................................................

 http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/19421--gst-kerajaan-najib-tamatkan-tempoh-berpantang-mereka

KUALA LUMPUR: Rakyat dijangka akan dibebankan dengan cukai sehingga 28 peratus untuk setiap barangan yang dibeli apabila cukai GST diperkenalkan nanti, kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.
"Ada yang menganggap bahawa rakyat atau pengguna akan dikenakan cukai sebanyak 28% kalau kita mula dengan pengenalan 7%, kerana cukai yang dibayar pengimpot, pengilang, pemborong dan peruncit akhirnya akan dibebankan kepada pengguna," kata Dr Dzulkefly dalam tulisannya untuk Harakahdaily.

Bagi beliau, kerajaan BN yang baru dibentuk Datuk Seri Najib ini tidak sabar-sabar untuk membalas dendam mereka kepada rakyat yang banyak menolak mereka.

"Lepas dia tibai etnik Cina dengan serangan ‘Tsunami Cina’ dan pelbagai kata kesat hulubalangnya yang dihamburkan ke arah rakyat termasuk kenyataan kurang cerdik menteri dalam negeri itu, kini giliran menteri di jabatan perdana menteri pula untuk ‘mendera’ rakyat dengan pengumuman sistem cukai baru," tulis beliau.


Ikuti tulisan beliau sepenuhnya di bawah ini

GST dulu ke atau Gaji Minima dulu Najib?!


Telah berakhir tempoh PM Datuk Seri Najib Razak dan pentadbiran Umno-Barisan Nasional (UBN) untuk ‘berpantang’ menahan nafsu amarah mereka utuk ‘menggasak’ rakyat negara ini.

2. Lepas dia tibai etnik Cina dengan serangan ‘Tsunami Cina’ dan pelbagai kata kesat hulubalangnya yang dihamburkan ke arah rakyat termasuk kenyataan kurang cerdik menteri dalam negeri itu, kini giliran menteri di jabatan perdana menteri pula untuk ‘mendera’ rakyat dengan pengumuman sistem cukai baru.

3. Setelah memenangi kembali Putrajaya, dengan pilihanraya yang sangat dipertikaikan pelbagai pihak kerana sarat dengan penipuan, Najib sudah tidak segan-silu lagi untuk melakukan apa yang dianggapnya ‘agenda tertangguhnya’.

4. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bakal dilaksanakan oleh kerajaan Najib dalam tahun 2013 ini dan telah diwar-war oleh Datuk Seri Idris Jala kononnya akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun. Apa tidaknya kalau mereka sanggup mencekik rakyat dengan kadar 7% cukai!

5. Najib dan Idris Jala juga perlu terangkan kepada rakyat kerana yang akan membayar cukai ini adalah rakyat bahkan semua lapisan rakyat termasuk yang kaya dan juga yang miskin atau berpendapatan rendah. Apabila mereka membeli barangan atau menggunakan perkhidmatan tersebut selagi barangan itu bukan dalam kategori ‘sifar cukai’ atau ‘zero-rated’, bermaksud GST tetap dikenakan.

6. Kadar GST sebanyak 7% adalah sangat tinggi dan ini jelasnya adalah ‘janji Najib yang tidak ditepati’ kerana kadar 4% adalah angka yang disebut-sebut sejak awal GST diperkenalkan. Mungkin Najib telah kemaruk kerana baru sedar hutang kerajaan pusat dah terlalu membengkak hampir 55% KDNK kerana dirinya sendiri.

7. Ataukah Najib mahu sahaja ‘mendera’ rakyat yang tidak mengizinkannya untuk mendapat 2/3 majoriti di parlimen dan menawan kembali Selangor, negeri terkaya di Persekutuan Malaysia?

8. Singapura, yang rakyatnya mempunyai pendapatan per kapita hampir dua kali ganda dari kita pun memulakan kadar GST mereka pada kadar 3%. Kerana kos perlaksanaan cukai baru ini adalah sangat tinggi, yang dianggarkan berbilion RM. Contohnya Australia A$ 4 bilion ketika memperkenalkan GST di negara itu, maka tekanan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yakni inflasi, adalah tidak dapat dielakkan ekoran sebab faktor kos permulaan sistem GST.

9. Singapura, contohnya mengalami inflasi sebanyak 3% untuk selama 3 tahun akibat dari perlaksanaan GST dan begitu juga di kesemua negara-negara yang melaksanakannya juga turut mengalami tekanan inflasi untuk beberapa tahun.

10. Pakatan Rakyat secara prinsip tidak menolak sistem cukai penggunaan ini atau ‘consumption tax’ tetapi mahukan beberapa syarat penting mesti dilaksanakan oleh kerajaan terlebih dahulu. Pakatan Rakyat mahukan rakyat teramai mempunyai pendapatan yang menasabah bagi mampu menjalani kehidupan yang lebih bermaruah atau ‘a dignified life’.

11. Bank Dunia sendiri telah mengisytiharkan bahawa gaji sebenar (real wage) rakyat Malaysia dengan mengambil kira faktor inflasi, hanya naik 2.8% dalam satu dekad yang lalu.

12. Gaji minima adalah satu kaedah memecah hambatan atau ‘bottleneck’ peningkatan pendapatan rakyat. Sudah terlalu lama perlaksanaan ‘Gaji Minima’ ditangguhkan Najib. Ini satu pengkhianatan! Najib masih berdolak-dalik seperti dulu juga. Memang Najib tak ada tulang belakang atau ‘spineless’ dalam banyak hal.

13. Pakatan Rakyat menuntut supaya dengan pembenterasan amalan rasuah, kronisme dan sesetengah jenis monopoli, oligopoli dan kartel, negara akan dapat meningkatkan pendapatan dari sumber penjimatan.

14. Sekaligus kos saraan hidup rakyat akan dapat dikawal dan diperturunkan serentak mengizinkan rakyat meningkatan pendapatan dan ‘pendapatan boleh berbelanja’ (disposable income).

15. Pakatan Rakyat bercadang GST hanya dilaksanakan ketika pedapatan rakyat adalah pada paras yang lebih munasabah dan tidak seperti hari ini di mana 60% dari isirumah mempunyai pendapatan kurang dari RM3000 sebulan. Hari ini hanya 10% sahaja mereka yang dalam pasaran kerja yang dikenakan cukai pendapatan kerana pendapatan yang rendah-sederhana.

16. Kerajaan Najib juga mestilah mendidik rakyat tentang konsep dan perlaksanaan GST ini kerana sememangnya sistem cukai ini rumit dan tidak mudah difahami. Ada yang menganggap bahawa rakyat atau pengguna akan dikenakan cukai sebanyak 28% kalau kita mula dengan pengenalan 7%, kerana cukai yang dibayar pengimpot, pengilang, pemborong dan peruncit akhirnya akan dibebankan kepada pengguna.

17. Fahaman ini adalah silap kerana GST adalah menggunakan sistem nilai-tambah atau ‘Value-Added Tax’ ( VAT) seperti digunakan di beberapa negara seperti United Kingdom. Rakyat keliru bahkan ada akauntan juga tidak faham. Rakyat perlu difahamkan dengan betul.

18. Meskipun GST, sebagai sistem cukai baru yang bakal menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 5% itu adalah satu sistem yang lebih efisien dari segi pungutannya serta dapat mengurangkan ‘pengelakan cukai’ (tax evasion), namun ianya perlu mengambil kira syarat-syarat yang lain termasuk menurunkan cukai pendapatan dan cukai korporat supaya ianya tidak terlalu membebankan rakyat dan lebih menasabah.

19. Terpaling penting ialah GST ini tidak dilaksanakan selagi sumber-sumber kebocoran dan pembaziran yang menelan berbilion RM setahun tidak ditangani.

20. Tegasnya, Kerajaan Najib jangan paksa dan dera rakyat dengan GST setelah rakyat ditipu untuk memberikan mereka kelebihan kerusi diparlimen sekali lagi dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu.

21. PM Najib, kalau anda mahu madunya, jangan jolok sarangnya ya!

May 15, 2013

KABINET BARU MALAYSIA 2013

THE NEW LINE-UP OF MINISTERS AND DEPUTY MINISTERS

Prime Minister
Najib Tun Razak (Umno)

Deputy Prime Minister
Muhyiddin Yassin (Umno)Prime Minister’s Department:

Ministers:
Jamil Khir Baharom (Umno)
Abdul Wahid Omar (Senator)
Idris Jala (Senator)
Joseph Kurup (PBRS)
Shahidan KAssim (Umno)
Nancy Shukri (PBB)
Paul Low Seng Kwan (Senator)
Joseph Entulu Belaun (PRS)
Deputy Ministers:
Razali Ibrahim (Umno)
Waythamoorthy Ponnusamy (Senator)

Ministry of Finance

Minister of Finance 1: Najib Razak (Umno)
Minister of Finance 2: Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (Umno)

Deputy Minister of Finance
Ahmad Maslan (Umno)

Ministry of Transport
Minister: (Acting - post being held open pending MCA decision)
Hishammuddin Hussein (Umno)
 

Deputy Minister: Ab Aziz Kaprawi (Umno)

Ministry of Defence
Minister: Hishammuddin Hussein (Umno)
Deputy Minister: Abdul Rahim Bakri (Umno)

Ministry of Home AffairsMinister: Ahmad Zahid Hamidi (Umno)
Deputy Minister: Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB)

Ministry of Education & Higher Learning
Minister 1: Muhyiddin Yassin (Umno)
Minister 2: Idris Jusoh (Umno)

Deputy Minister 1: Mary Yap Kain Ching (PBS)
Deputy Minister 2: P Kamalanathan (MIC)

Ministry of Works
Minister: Fadillah Yusof (PBB)
Deputy Minister: Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Umno)

Ministry of International Trade & Industry
Minister: Mustapa Mohamed (Umno)
Deputy Minister: Hamim Samuri (Umno)

Ministry of Foreign Affairs
Minister: Anifah Aman (Umno)
Deputy Minister: Hamzah Zainuddin (Umno)

Ministry of Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism
Minister: Hasan Malek (Umno)
Deputy Minister: Ahmad Bashah Mohamad Hanipah (Senator)

Ministry of Communication & Multimedia
Minister: Ahmad Shabery Cheek (Umno)
Deputy Minister: Jailani Johari (Umno)Ministry of Human Resources

Minister: Richard Riot Jaem (SUPP)
Deputy Minister: Ismail Abdul Muttalib (Umno)

Ministry of Rural & Regional Development
Minister: Shafie Apdal (Umno)
Deputy Minister: Alexander Nanta Linggi (PBB)

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Anwar dapat menteri. Menteri luar. Menteri luar tabiee. keh keh keh

May 11, 2013

PASCA PRu13: APABILA PENIAGA HARAM JADAH NaIKKAN HARGA BARANG DAN SALAHKAN KERAJAAN


[gambar diambil daripada blog ipoh malay]

1.  Selepas PRU13 nampaknya penyokong PR makin menggila. Terbaru terdapat tuduhan bahawa para peniaga yang sepet telah menaikkan harga barang sesuka hati. Taktik ini dibuat bagi menimbulkan kegusaran kepada rakyat bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah menaikkan harga barang. 

2. Jika anda terjumpa peniaga seperti di atas, anda boleh terus hubungi talian pengguna KPDNKK di nombor 1 800 886 800 bagi melaporkan kejahatan peniaga tadi.

website bagi mengadu kenaikan harga barang

3. Kepada pihak Kerajaan, susah sampai masa Kedai 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia dikembangkan dan ditambah diseluruh Malaysia terutama di kawasan luar bandar kerana taktik PR sekarang adalah untuk menyusahkan penduduk luar bandar yang banyak mengundi Kerajaan BN. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

May 10, 2013

TERKINI: AZMIN TAK JADI KUAR PARTI HARI INI TETAPI AKAN KELUAR LEPAS MB SELANGOR DIPILIH NANTI



1. Hari ini Azmin Ali telah mengumumkan melalui sidang akhbar jam 12.20pm bahawa dia tidak akan keluar parti PKR dan akan kekal menyokong pakatan. 

2.  Macam biasa, Azmin Ali takut nak kata dia tegur bos dia. Dan macam biasa, UMNO dipersalahkan atas sebab mengeluarkan rumors berkenaan dia keluar PKR.

3. Tapi Azmin Ali ada juga hint bahawa kalau MB itu tidak dipilih berdasarkan persetujuan bersama dalam Parti maka kemungkinan dia akan juga keluar parti. 

4. Akhirnya kesimpulan, kalau Azmin dipilih jadi MB Selangor, Azmin and the Gang akan stay dalam PKR. Kalau tidak, Azmin and the Gang akan keluar. Kalau Azmin dipilih jadi MB tentu Khalid akan terasa dan Nurul Izzah akan merajuk. Kalau Azmin dipilih tentu ini menunjukkan bahawa hasrat DAP dan PAS tidak dipersetujui oleh PKR. Kalau Azmin dipilih tentu ini juga menunjukkan bahawa kuasa Anwar telah terhakis. 

5. Akhir kata, surat mempersembahkan nama-nama mereka yang layak jadi MB telah dihantar ke Sultan Selangor tengah hari semalam. Azmin tak sebut sama ada nama dia ada. Tapi rasanya nama dia ada tu, kalau tak tentu dia dah umum untuk berambus daripada PKR. 


keh keh keh....ada berani nak keluar? hauhauahua....

www.rencahmalaysia.blogspot.com

May 9, 2013

PASCA PRU13: AZMIN ALI MAHU JADI PRESIDENT PKR SINDIR ANWAR




1. Selepas PRU13 5.5.05, Anwar makin kehilangan arah dan dikatakan sangat tertekan. Tertekan akibat tiga perkara. Pertama tertekan sebab tidak dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kedua tertekan sebab dipaksa kotakan janjinya untuk berhenti berpolitik sekiranya gagal menjadi Perdana Menteri dan ketiga tertekan kerana desakan dalaman yang mahu menggantikan dia sebagai orang paling berkuasa dalam PKR. 

2. Masyarakat umum tahu bahawa Azmin Ali dan Nurul Izzah saling bertentangan di dalam PKR. Azmin dengan ideologinya dan Izzah dengan sokongan mak ayahnya. Ini terbukti dengan beberapa perkara perbalahan antara keduanya yang jelas kelihatan. Berikutan kekalahan PKR dalam PRU13 ini dan berikutan dengan janji-janji Anwar yang akan bersara daripada politik sekiranya PR gagal dalam PRU13 ini, maka Azmin telah menyimpan angan-angan untuk menjadi orang paling berkuasa dalam PKR dan seterusnya dapat memegang kerusi empuk MB Selangor. 

3. Hasrat Azmin ini tentunya tidak disenangi oleh Izzah dan mak ayahnya. Oleh itu, seboleh-boleh Anwar mengadakan demo gila di kelana jaya bagi menunjukkan kepada Azmin bahawa Anwar masih kuat berkuasa. Demo di kelana jaya itu bukannya mahu menunjukkan sangat kepada BN bahawa PR masih kuat tetapi lebih kepada menunjukkan kuasa kepada anggota dalam PKR. 

4.  Walau bagaimanapun, antara kedua makhluk ini, Azmin lebih bagus sedikit daripada Anwar. Azmin lebih rasional walau kadang-kadang cakapnya lebih sudu daripada kuah. Azmin lebih muda dan mempunyai ramai penyokong muda dalam PKR dan tentunya Azmin tidak mempunyai isu sangat yang boleh menjadi punca kejatuhan PKR. 


5. Mungkin sudah sampai masa dinasti Anwar dalam PKR dihapuskan dan diganti dengan tenaga muda yang lebih bersemangat. Sudah sampai masa Anwar kotakan janji-janjinya untuk bersara kerana gagal mendapatkan undi Melayu bagi menyokong Pakatan Haram tersebut. Dalam PRU13 ini adalah adalah seorang pemimpin yang gagal!. Itu adala kesimpulannya. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

[Hampir 40 ribu bangla di lihat di Selangor semalam malam. Semuanya di Kelana Jaya]

May 8, 2013

PASCA PRU13: Bila Melayu Sebut Perpaduan Melayu Terus Kena Sumbat Masuk Penjara

"appeaser" - someone who tries to bring peace by acceding to demands; "An appeaser is one who feeds a crocodile--hoping it will eat him last"--Winston Churchill 


1. Hari ini Blogger Papagomo dan Surat Khabar Melayu Utusan Malaysia ditahan dan disiasat polis berhubung artikel yang menyentuh dan memohon Melayu Bersatu.

2. Kalau hal Melayu cepat betul PDRM menangkap. Bagaimana pula dengan cina-cina yang juga menyebarkan idea yang sama? 

3. Mana pemimpin UMNO yang telah diberi mandat oleh orang Melayu untuk mempertahankan maruah Melayu? Mana mereka? inilah masa YB - YB UMNO ini membalas jasa orang Melayu dengan bersama-sama mempertahankan Melayu.

4. Pedulikan PM yang terlalu apologetik dan cuba menjadi #appeaser kepada bangsa Cina. Kalau PM masih tunduk kepada kehendak cina maka tak tahulah apa yang hendak dikata lagi. Mungkin PM kena letak jawatan. 

5. Pedulikan juga media masa terutama RTM/TV3/ASTRO dan Berita Harian yang tak habis-habis memancing orang Melayu supaya menerima kenyataan bahawa cina sebenarnya di tipu oleh PR dan oleh itu perpaduan antara Melayu dan cina perlu dibuat semula. Itu semua tipu! penipuan yang sengaja dibuat bagi memadamkan api yang membara dalam jiwa Melayu. Cina tidak ditipu. Mereka sangat sedar akan perbuatan mereka. Perbuatan ini telah dirancang sebegitu lama untuk menjatuhkan Kerajaan. Kalau tidak, takkan satu negara menyaksikan cina mengundi PR.  

6. Kalau perpaduan yang dilaungkan maka perpaduan perlu dibuat oleh orang cina bukan orang Melayu. Panggillah aktivis cina dan bercakap dalam bahasa cina bagi memancing masyarakat cina untuk kembali bersatu dengan Melayu. Hei! kalau yang bercakap itu dalam bahasa Melayu serupa tak payah. Ajaklah cina untuk bercakap dengan cina. Berani kah?

7. Kenyataannya adalah walaupun pedih, adalah pembelotan cina. Susu yang diberi tuba yang dibalas. Kita tidak mengharap keseluruhan cina akan membantu Kerajaan. Tetapi kita sangat terkejut dan kecewa apabila keseluruhan cina (lupakan 10% tu) mengundi PR seolah-olah jasa Kerajaan tidak ada. Sekiranya keadaan pada 2008 berulang iaitu lebih kurang 25% undi cina pergi ke  BN maka BN akan dapat membentuk 2/3 kerusi dalam Parlimen. Tetapi disebabkan cina telah membuat keputusan untuk menentang Kerajaan maka sudah tentu TIDAK PERLU lagi pewakilan cina dalam Kerajaan!.

8. Cina bercakap tentang rasuah, bercakap tentang penipuan, bercakap tentang keadilan sama rata. Meh sini aku cakap pada kamu semua. Rasuah? siapa yang beri rasuah? bukan kah cina? siapa yang memanipulasi keputusan pilihan raya dalam CEC DAP sehingga berlaku penipuan terancang? UMNO kah? itu semua kerja DAP. DAP adalah pakar dalam penipuan. Tetap juga orang menyokong cina DAP penipu ini.  Mereka berani bercakap tentang rasuah? Parti dan orang yang bercakap tentang rasuah adalah orang yang mengamalkan rasuah!. Keadilan sama rata? pergi ke mana-mana kedai cina dan kamu semua orang Melayu (ya! semua orang Melayu termasuk PAS dan PKR dan juga melayu totok dalam DAP) akan mendapat harga "istimewa" iaitu harga lebih tinggi harga daripada harga cina. Mahu bukti? pergi ke mana-mana kedai tayar yang dimiliki cina dan beli tayar, minta pula kawan cina anda yang beli. Lihat perbezaan harga. Gaji? lagilah jangan dikata. Gaji pekerja Melayu dan bukan melayu sangat berbeza. Sebodoh mana cina itu, tak pandai buat kerja, tak mampu buat kerja, gajinya tetap tinggi daripada Melayu. Nak bukti? pergi ke mana-mana syarikat cina dan tanyalah pekerja Melayu di sana. Kerja?kalau tak pandai cakap mandarin jangan harap dapat kerja di syarikat cina. Kalau meritokrasi yang cina mahukan (keadilan berdasarkan merit [daya usaha seseorang]) maka cina lah bangsa paling penipu. Ramai tokoh BN sebagai contoh Raja Nong Chik, Ali Rustam, Ghani Othman, Datuk Seri Chor Chee Heung antara tokoh-tokoh yang telah bekerja keras demi pengundi mereka. Berdasarkan meritokrasi, mereka ini layak diundi TETAPI mereka ini jelas ditolak cina dengan mengundi orang yang langsung tak buat kerja!. Adakah ini meritokrasi? ya meritokrasi kalau bermanfaat pada cina. 

9.Cina ini sudah lama rasis, bila Melayu cuba untuk memperjuangkan hak, Melayu ditekan macam keadaan sekarang yang mana blogger dan surat khabar Melayu ditahan dan disiasat pihak polis sedangkan cina-cina termasuk surat khabar cina langsung tiada tindakan dibuat.

http://www.mysinchew.com/files/preview/292x300..13050301.png

[gambar kartoon daripada surat khabar cina sin chew jit poh]

10. Dalam berita hari ini, Lim Kit Siang kata Utusan Malaysia rasis sebab menyatakan perpaduan Melayu. Cina ini, disebabkan dah tua maka dia telah lupa bahawa DAP lah yang memulakan seruan rasis ini dengan memainkan sentimen perkauman cina. Nak bukti? google je youtube. Dia sendiri juga dikatakan menyemarakkan semangat cina ini dikalangan orang cina. 

DAP memainkan isu perkauman: 
http://pilihan-anda.blogspot.com/2013/05/rasis-melayu-terlalu-berbudi-bahasa.html  
  
11. KINI cina SUDAH TAKUT!, mereka gentar melihat lambungan ombak Melayu. Mereka takut akan backlash daripada Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak yang kini menguasai Kerajaan. Cina takut akan dasar Kerajaan yang mungkin menekan mereka dan memihak Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak. Sepatutnya itulah yang terjadi, Kerajaan patut memberikan segenap fokus dan memformulasi dasar yang pro Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak kerana Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak inilah yang mengundi Kerajaan. Tetapi adakah Kerajaan akan membuat dasar yang memihak kepada Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak yang menyokong Kerajaan?. Kita tunggu dan lihat. 

12. Jadi, sebagai orang Melayu, sementara menanti dasar baru Kerajaan, Maka kali ini, bagi menunjukkan dan mengurangkan kuasa ekonomi cina eloklah digunakan perkhidmatan dan barang produk halal. Layari http://listings.allhalal.net/ untuk melihat senarai produk halal melayu.

PEMBELOTAN CINA!

http://malaysiaheaven.blogspot.com/2013/05/orang-melayu-perlu-bangkit-dan-berjuang.html

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Melayu...Melayu...Layu di tanah Sendiri!


Undi Popular vs Undi Elektoral; Apa yang anda perlu tahu!

Undi Popular vs Undi Elektoral

Perjuangan bangsa bukan soal populariti tanpa sebarang sandaran kriteria. Sebab isu kebajikan rakyat tidak boleh di-akademifantasia-kan. Perjuangan bangsa adalah usaha menguasai ceruk yang pelbagai; dan menjuarai suara rakyat secara setara dari Perlis sampai ke Sabah. [Rem Dambul, Mei 2013]

i
Ada rakan bertanya: “Apa bah konsep Undi Popular yang tiba-tiba jadi popular di Malaysia?” Kemudian dia mengusulkan: “Buatlah satu entri pasal ini.”

Sebenarnya saya malas mau layan sebab nanti terkait cerita politik. Dalam situasi sekarang, bagus kurangkan sembang hal-hal meletop begini. Supaya iklim siber Malaysia yang sedang panas tidak bertambah terbakar.

Tapi dia balik-balik menyuruh. Hingga saya yang asalnya sangat malas mau melayan; akhirnya termakan pujuk. Moralnya di sini: saya ini lelaki yang mudah tunduk pada bujukan. Tidak sesuai jadi politikus. Nanti senang-senang digoda untuk dedahkan rahsia negara.

ii
Majoriti kerajaan di dunia menggunakan sistem undi kerusi (atau elektoral) bagi membentuk kerajaan. Bukan undi popular. Sistem undi elektoral inilah juga yang dipraktis di Malaysia. Konsep undi popular hanya dicanang sebagai bahan penenang psikologi. Sesuai diguna oleh aktivis politik yang sedang mengalami kemurungan jiwa; kerana gagal mencapai impian yang pernah diletak setinggi bulan.

Nanti bolehlah memujuk hati sendiri: sungguhpun partiku tidak membentuk kerajaan negara ini, yang penting popularitiku gempar satu negara!

Dalam konteks Malaysia, kerajaan persekutuan mahupun negeri dibentuk mengikut majoriti undi elektoral (iaitu kiraan jumlah kerusi parlimen atau DUN). Amalan ini sudah digunapakai sejak pertama kali pilihanraya dianjur. Sistem ini bukan baru dibuat. Atau tiba-tiba digubal oleh SPR pada hari Isnin minggu lepas.

Sebab itu kita tidak perlu teruja sangat dengan konsep ‘Undi Popular’, sampai semangat kepohnya mencanak-canak. Sikit-sikit bolehlah.

iii
Apa beza Undi Popular dan Undi Elektoral?

Undi Popular berpaksikan konsep ‘samarata’. Ia mengira undi individu secara keseluruhan tanpa pertimbangkan segmen komuniti yang diwakili. Prinsip ini dipanggil sebagai keadilan kuantitatif. Undi Elektoral berteraskan konsep ‘saksama’. Ia mengira undi kolektif komuniti yang mewakili kerencaman demografi dan geografi. Pendekatan ini dinamakan keadilan kualitatif.

Manakah gambaran yang lebih representatif bagi mengukur tahap kekuatan sokongan sesebuah parti? Terpulang kepada bagaimana kita mahu definisikan keadilan dan kebajikan penduduk.

Undi Popular mudah dicemari dengan sisihan piawai sosio-budaya kerana matematik kiraannya yang sangat individualistik. Jika Undi Popular diguna untuk mengangkat kerajaan, maka kuasa di Parlimen akan terherot kepada wilayah-wilayah urban yang menjadi tumpuan penduduk. Maksudnya, sesebuah kerajaan boleh dibentuk, secara teorinya, hanya dengan suara tunggal satu segmen mana-mana komuniti tertentu yang menguasai kepadatan penduduk.

Sarjana sains politik, Rathbun (2007), ada membuat deduksi bahawa: penerapan konsep Undi Popular dalam sistem pilihanraya mencetuskan dua kegagalan demokratik. Yang pertama, dari aspek perundangan (tuntutan perlembagaan/tatanegara); dan yang kedua adalah aspek sosiologi (keperluan masyarakat).

iv
Apa sebenarnya isu dasar kepincangan Undi Popular sebagai satu representatif keputusan pilihanraya? Sangat jelas. Ia menggalakkan peminggiran dan pengabaian. Khususnya kelompok-kelompok komuniti minoriti yang lemah dan kecil.

Sebagai contoh. Sekalipun Pakatan Rakyat tidak berjaya memenangi undi rakyat pedalaman dan masyarakat desa; serta gagal teruk menarik sokongan penduduk Sabah/Sarawak (kurang 17%): undi popular parti ini di peringkat nasional masih mengatasi BN. Seolah-olah Sabah dan Sarawak (yang mewakili 2/3 asas keutamaan dalam pembentukan Malaysia) sudah tidak relevan lagi. Ini juga membawa konotasi bahawa: jika pun suara penduduk Borneo diabaikan sepenuhnya, pihak pengabai itu masih boleh menjuarai undi popular kebangsaan.

Tapi nasib baik. Kerajaan kita dibentuk bersandarkan perwakilan undi elektoral, bukan undi popular ini. Sistem elektoral ini melindungi kepentingan komuniti terpencil; mereka yang berada di pedalaman dan tidak ada sebarang akses kepada proses ‘decision making’. Sistem elektoral ini juga memberi signal kepada semua parti politik yang ada; jika mahu memerintah federal, maka haruslah mendekati segmen-segmen komuniti – yang merentas kerencaman wilayah, demografi, sosio-geografi dan sosio-ekonomi.

v
Kenapa Pakatan Rakyat memenangi Undi Popular walaupun gagal agak teruk dalam Undi Elektoral? Itu adalah tanda selektiviti – sama ada secara terancang atau kebetulan. Daya tarikan Pakatan Rakyat bersifat populist. Ia dirumus khusus untuk appeal kepada satu kumpulan penduduk tertentu, yang kebetulan membina puak tertinggi dalam strata penduduk Malaysia.

Contoh tarikan populist?

Ok, ini yang paling mudah. Lihat pada saripati manifesto yang paling tersebar luas: harga kereta dan petrol yang murah, penghapusan bayaran tol dan pendidikan percuma.

Kemudian penjimatan belanja hasil dari manifesto PR ini; dibanding pula dengan penjimatan hasil pemberian wang bantuan 1Malaysia oleh BN. Akhirnya terolah analisis akhir: bahawa penjimatan BN hanya sekitar RM500++ setahun (wang bantuan yang diberi). Padahal penjimatan PR melangkau RM2000 ++ (dari kos petrol, harga kereta, tol, pinjaman pendidikan, etc).

Hanya ORANG GILA yang tidak mahu semua ini: kata para promoter PR ketika menjual manifesto ini. Ya, tiga perkara ini memang positif. Tapi ada tapinya.

vi
Apa isu di sini? Promosi manifesto yang kurang empati. Mereka lupa pertimbangkan bahawa: penduduk Malaysia datang dari pelbagai latabelakang. Sekecil mana pun saiz komuniti itu, keperluan unik dan spesifik penduduk tersebut harus diberi perhatian. Kerana itu adalah tanggungjawab moral.

Jangan anggap semua penduduk di Malaysia ini ada kereta; dan pengguna tegar lebuhraya bertol. Jangan anggap bahawa ‘masuk ke universiti’ itu adalah perkara natural dalam semua keluarga di Malaysia. Pergelutan hidup penduduk Malaysia cirinya pelbagai. Setiap satu pergelutan itu unik dan penting. Sebab itu kita memberi satu undi elektoral parlimen kepada Kalabakan dan Kinabatangan – walaupun penduduknya jauh lebih rendah dan kurang metropolis berbanding Shah Alam dan Pantai Dalam.

Berapa ramai penduduk Penangah yang ada kereta? Berapa ramai penduduk Pensiangan yang pernah ke KL, dan menggunakan lebuhraya bertol? Paling penting: berapa ramai anak komuniti di Pulau Banggi yang pernah masuk universiti atau yang akan ke menara gading dalam tempoh 5 tahun mendatang? Bagi kumpulan komuniti ini: barangkali tidak ada sebarang penjimatan yang boleh diperoleh dari tawaran manifesto PR itu. Penjimatan langsung RM500 daripada BN – mungkin itu jauh lebih bermakna. Sekadar contoh.

Ini bukan membandingkan manifesto siapa lebih baik. Bukan.

vii
Poin di sini: bahawa sekecil mana pun komuniti yang terpinggir di Malaysia, keperluan unik mereka harus difahami dan diselami. Mereka tidak boleh dibiar terabai dan menjadi tidak relevan – justeru ditenggelami oleh jutaan undi popular komuniti urban.

Keadilan itu adalah saksama mengikut prioriti dan keperluan, pada level komuniti. Bukan semestinya samarata untuk semua orang, pada level individu.

Dipetik daripada Rem Dambul

PRU13: BUKTI BANGLA MENGUNDI DI BUKIT RIMAU SHAH ALAM!

 
 
Video ini terjadi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau, Shah Alam, Selangor semasa proses pengundian 05 May yang lepas. Seorang Rakyat Malaysia yang dituduh oleh pihak pihak tidak bertanggungjawab, dipercayai wakil petugas pemantau dari DAP mengatakan bahawa Rakyat Malaysia ini adalah warga Bangladesh dan dituduh bahawa ini semua agenda Barisan Nasional. 

Sendiri buat sendiri tanggung. Cukupkah peghinaan yang dibuat ke atas Rakyat Malaysia ini hanya melalui permohonan maaf? Video ini dirakam dengan menggunkan telefon Blackberry Curve oleh saksi kejadian yang berada di situ dan telah dimuatnaikkan ke laman
 
Dipetik daripada 
 
http://khairulryezal.blogspot.com/2013/05/bukti-petugas-dap-menangkap-bangla.html

May 7, 2013

Rumah Kita - By hujan



Lirik Lagu Rumah Kita - Hujan
Kita tempur wooo
Barisan hadapan berkorban jeritan
Tempur wooo
Ini kebangkitan satu perjuangan
Tempur wooo
Barisan hadapan berkorban jeritan
Tempur wooo
Ini kebangkitan satu perjuangan
Kita serang semua penjuru
Biar berdarah kerana ini
Rumah kita ku kan sedia
Kta tempur wooo
Barisan hadapan berkorban jeritan
Tempur woo
Ini kebangkitan satu perjuangan
Kami melawan biar sampai mati
Mempertahankan ini rumah kita
Ku kan sedia
Kta tempur wooo
Barisan hadapan berkorban jeritan
Tempur wooo
Ini kebangkitan satu perjuangan
Rumah kita ku kan sedia
Kita tempur wooo
Barisan hadapan berkorban jeritan
Tempur wooo
Ini kebangkitan satu perjuangan
Tempur wooo
Barisan hadapan berkorban jeritan
Tempur wooo
Ini kebangkitan satu perjuangan

Pasca PRU13: Tsunami Cina lawan Benteng Melayu/Bumiputera Sabah/Sarawak


VIDEO YANG ORANG MELAYU PATUT TENGOK!


Pasca PRU13: Tsunami Cina Di Lembah Pantai dan urban tsunami?

1. Semalam terbukti sudah bahawa ramalan sebelum ini bahawa PRU 13 ini akan menyaksikan kemenangan besar calon-calon cina daripada PR terutama daripada DAP. DAP bertanding 51 Kerusi Parlimen dan 103 kerusi DUN yang mana DAP telah memenangi 38 kerusi Parlimen berbanding 28 pada tahun 2008. 

2.  Di Lembah Pantai, Nurul Izzah yang gagal membantu Lembah Pantai  menang lagi. Kemenangan izzah adalah atas ihsan pengundi cina di kawasan PDM Lucky Garden, Bangsar Baru dan Sentosa. Di kawasan PDM Melayu Izzah kalah semuanya. 

3.  Raja Nong Chik telah berusaha sedaya upaya memenangi hati pengundi cina tetapi gagal kerana pengundi cina mengamalkan sentimen asal bukan BN. Terlebih lagi dengan beberapa ceramah PR yang menyentuh dasar Kerajaan yang dikatakan tidak memihak cina. sentimen ini menjadikan pertembungan Melayu dan Cina di Lembah Pantai.

4. Tidak dinafikan bahawa ada kalangan Melayu bodoh yang mengundi Izzah. Tetapi jumlahnya sangat kecil. Hatta pengundi di PDM Universiti pun boleh memangkah Raja Nong Chik, jadi dapatlah kita bayangkan sokongan orang Melayu dan orang muda kepada RNC berbanding Izzah.

5.  Pengundi Cina mengatakan bahawa ini adalah tsunami urban dan bukannya tsunami cina seperti yang dikatakan oleh PM. Dengan mengambil contoh Lembah Pantai, terbukti bahawa ini adalah tsunami cina dan bukan tsunami urban. Mengapa? pertama RNC kalah di semua tempat cina. Kedua, takkan lah RNC tak boleh mendapat 10% pun undi cina. Hampir 99.9% undi cina pergi ke izzah. Ketiga undi Melayu pergi ke RNC hampir 90% daripada jumlahnya.

6. Jadi akhirnya terbukti pengundi cina mengundi untuk PR dan bukannya BN. Dan ini adalah bukti tsunami cina. Jadi mengapa ada urban tsunami? perkataan ini digunakan apabila cina sedar bahawa mereka telah menimbulkan kemarahan Melayu/bumiputera sabah dan sarawak. Dan Cina sedar bahawa mereka sekarang berada di kelompok pembangkang yang mana Kerajaan adalah golongan Melayu/Bumiputera sabah dan sarawak. Sebagai Kerajaan tentunya Melayu/Bumiputera sabah dan sarawak akan membuat dasar pro mereka. Perkara ini sangat membimbangkan cina kerana dasar-dasar Kerajaan ini mampu memberi kesan negatif terhadap kaum cina. Bagi mengimbangi perkara ini maka diwujudkan "urban tsunami" bagi menyatakan kepada kaum Melayu/Bumiputera sabah dan sarawak bahawa bukan cina pun turut mengundi PR.

7. Nah disinilah cina cuba menipu. Melayu bandar (urban Malays) yang dikatakan turut mengundi pr sebenarnya mengundi di tempat lain. Melayu bandar adalah melayu yang balik ke kampung tiap-tiap raya termasuk tiap-tiap pilihanraya. Melayu bandar ini balik ke kampung dan mengundi di kampung-kampung di luar bandar. Walaupun terdapat ramai Melayu di bandar tetapi mereka ini pulang mengundi di luar bandar. Jadi, istilah non chinese turut mengundi PR adalah amat menyeleweng. Sebenarnya cina bandar lah yang mengundi di bandar dan cina jugalah yang menyokong pembangkang. cina jugalah yang memberikan margin undi yang tinggi kepada semua calon-calon DAP dan PR.

8. Secara perbandingan pada tahun 2008 UMNO hanya menang 77 kerusi dan pada 2013 ini UMNO telah menang 107 kerusi pertambahan sebanyak 23%. Ini membuktikan bahawa Melayu sama ada di bandar atau di luar bandar telah kembali ke UMNO. Dan sekali lagi ternyata bahawa urban tsunami itu adalah tsunami cina. 

9. Perlu juga dinyatakan disini bahawa terdapat cubaan media massa bagi to tone down issue racial politic ini. Mungkin takut sejarah 13 Mei berulang. Tetapi fakta adalah fakta. Cina undi Pembangkang sepenuhnya. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

May 6, 2013

Pasca PRU13: Inikalilah? podaahhh

BN Menang lagi. Tahniah BN. Ini adalah PRU terakhir untuk Menteri Besar Kelantan, YB Permatang Pauh dan YB Gelang Patah. keh keh keh...

BN 133 Kerusi Parlimen. Tahniah BN. 


www.rencahmalaysia.blogspot.com

Pasca PRU13: Pengundi Melayu Tolak Nurul Izzah Menang di Lembah Pantai

1. Hari ini sejarah terbukti. BN masih kukuh sebagai Kerajaan Persekutuan. BN kekal di semua negeri dan menang negeri Kedah.

2. Ya, BN kalah di beberapa tempat yang tak disangka. Dan ya, pengundi cina macam biasa tak mengenang budi, mengundi PR. 

3. BN kalah di Lembah Pantai dengan majoriti seribu lebih. Raja Nong Chik yang telah berjuang habis-habisan akhirnya kalah kepada undi cina. Undi cina daripada sentosa dan bangsar baru. 

4. Sebenarnya, Nurul Izzah kalah di semua tempat di saluran Melayu. Yang memenangkan Nurul Izzah adalah cina. Pengundi Melayu telah bersuara. Mereka menolak nurul izzah. Tetapi pengundi cina telah menerima nurul izzah. 

5. Tahniah Raja Nong Chik, andalah pejuang melayu. Teruskan usaha. Menang kalah adat berlawan. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

May 5, 2013

Pasca PRU13: Pengundi Hantu Bangla Rupanya Macai PR


Jom Kenali Pengundi Hantu Yang Mereka Tangkap

Ini kononnya pengundi hantu yang mereka tangkap hari ini...

Orang yang dah sah warganegara dan layak mengundi mereka kata pengundi hantu....

Anak china campur india, guna nama china....mereka kata pengundi hantu....

Sekarang biar semua cina-cina yang tukang komen dan beri penjelasan tentang lelaki itu tahu betapa despradonya puak-puak mereka nak cemarkan perjalanan pilihan raya....


#PRU13 : RAHSIA BOCOR: PENGUNDI HANTU BANGLA MYNMAR INDON DISEDIAKAN OLEH PKR SENDIRI | MyMassa |

PKR UPAH BANGLA INI KEMUDIAN DIA JUGA PURA-PURA TANGKAP BANGLA INI SEMULA, KEMUDIAN TUDUH BN,

Sana-sini media trooper Pakatan terutama PKR memomokkan kononnya BN memberikan IC palsu untuk mengundi hari ini. Pihak kami berjaya mengesan modus operandi PKR di Kota Kemuning Shah Alam dan Pantai Dalam sebentar tadi.
PKR UPAH BANGLA INI DAN BERI IC PALSU KEMUDIAN HANTAR KE PUSAT MENGUNDI  KEMUDIAN PURA-PURA TANGKAP
Rupa-rupanya Anwar telah mengarahkan jentera PKR supaya mencari seramai mungkin orang-orang Bangla, Mynmar dan Indonesia yang baru sampai di Malaysia.Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya telah mencetak beribu-ribu Kad Pengenalan Palsu dan menyerahkan kepada mereka dan wang sejumlah RM500 seorang.

Mereka yang diupah PKR akan pergi ke Pusat-Pusat Daerah Mengundi hari ini, berbaris dan kemudian orang-orang PKR tadi pura-pura menangkap mereka kononnya mereka berjaya menangkap pengundi hantu. Padahal mereka yang sediakan pelakon-pelakon pengundi hantu itu. Rakyat Malaysia ditipu dan tertipu!
PROPAGANDA JAHAT= DIA UPAH BANGLA, DIA KASI IC PALSU, DIA BAWA KE PDM,  KEMUDIAN DEPAN ORANG RAMAI DIA PURA-PURA TANGKAP
Ulasan kita:

Puak pembangkang ini ingat Rakyat Malaysia bodohkah nak percaya modus operandi mereka. Bangla-bangla ini yang baru sampai 2-3 hari atau 2-3 minggu lalu, bagaimana mereka hendak mengundi jika nama tiada dalam pendaftaran?  Propaganda Anwar dan Pakatan ini betul-betul Third Class punya propaganda!

Mereka semua desperate dan tak dapat menerima hakikat bakal kalah besar, maka Anwar mengarahkan cipta propaganda murahan ini.

SPR kena alert di PDM kerana PKR sedang menghantar Bangla, Mynmar dan Indon dengan memberikan IC Palsu dan wang RM500. Mereka akan salahkan SPR!

*** Bangla-Bangla, Mynmar dan Indon yang terpedaya dengan tipu helah PKR kini berada di Balai Polis Briecfield, Ibu Pejabat Polis Shah Alam dan dua orang di Ibu Pejabat Polis, Putrajaya.

*** Pihak SPR telah dimaklumkan hal ini dan Press Conference akan diadakan tidak lama lagi.

Dipetik daripada http://www.penembak-tepat.com/2013/05/pru13-rahsia-bocor-pengundi-hantu.html

May 3, 2013

PRU13: Penyandang Kerusi P121 Lembah Pantai Nurul Izzah Menjadi Fofular

1. Nurul Izzah menjadi fofular lagi 2-3 menjak ini. Pertama, pasal kes dakwat kekal. kedua kes si Izzah sabotaj kempen DUN Azmin Ali dan yang ketiga kes video lucah yang dikatakan macam dia. 

2. Mengapa Izzah fofular sekarang? kalau kes yang pertama itu memang semua sudah tahu bahawa itu kerja dia dan si pengigit telinga Tian Chua. Kalau kes yang kedua pun orang sudah tahu [link berita].

3. Mungkin kes yang ketiga berkait rapat dengan kes yang kedua [link berita]. Video itu mungkin dikeluarkan oleh golongan yang setia kepada Azmin. Belum habis PRU sudah PKR sudah bergaduh sesama sendiri. Belum menang dah bergaduh. Kalau menang entah apa lah yang akan jadi pada Parti Kroni Retis ini.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

PRU13: PANDANGAN GENERASI MUDA KAUM CINA - BAH

Dipetik daripada blog merbok times

Forum di bawah dipetik dari blogger Shen Yee Aun (SYA) 1SYA yang menjawab kenyataan siber trooper Amelia Tan yang bertajuk “Untuk Rakan-Rakan Penyokong BN Saya Yang Tersayang” Facebook. Amelia Tan
Forum ini adalah gambaran secebis pemikiran generasi muda masyarakat Cina hari ini di mana ruang ini cuba ditawan oleh DAP. 
Amelia: Pertama sekali, saya percaya bahawa ia adalah hak semua orang untuk mengundi sesiapa yang mereka fikirkan layak dan saya tidak berpendapat bahawa mereka yang menyokong BN sebagai jahat atau korup. Tidak sama sekali. 
Saya kenal anda dengan cukup rapat untuk mengetahui bahawa anda adalah manusia yang baik dan ini adalah mengapa kami bersahabat. Saya juga telah mendengar justifikasi anda tentang mengapa kita perlu memberi BN peluang dan saya benar-benar memahami pendapat anda. 
SYA: Pertama sekali saya merasakan bahawa pendapat individu dan peribadi anda sememangnya mulia dan seharusnya dipuji. Namun begitu, keadaan ini tidak melambangkan persepsi yang cuba dibawa oleh tentera – tentera Red Bean Army (Cyber Trooper DAP) apabila sesiapa sahaja yang menyatakan sokongan mereka kepada Barisan Nasional maka akan terus dilemparkan dengan pelbagai tuduhan , maki–hamun termasuk dilabel sebagai Pengkhianat Cina dan juga Anjing . Kritikan ini adakalanya juga dilanjutkan kepada keluarga , rakan dan ibu bapa sesetengah individu yang menyokong Barisan Nasional. 
Amelia: Ramai yang terus memberi sokongan kepada BN kerana mereka berpendapat bahawa kita harus bersyukur dengan pemberian kerajaan. Kita diberikan akses kepada pendidikan, ekonomi dan ruang untuk perkembangan, negara kita agak selamat berbanding dengan Kemboja atau Filipina, kita mempunyai KWSP, kita diberi BR1M dan BR1M2 dan kita telah menjadi negara yang agak aman selama 56 tahun. Sebelum saya teruskan, marilah kita memahami peranan kerajaan. 
 
Peranan kerajaan pada dasarnya hanyalah untuk mentadbir. Tugasnya untuk menyediakan rakyat dengan pendidikan, penjagaan kesihatan, ekonomi yang sihat, infrastruktur, keselamatan awam dan menjaga keseimbangan dan keharmonian negara. Jelas sekali, untuk menjalankan segala tugasan ini, kerajaan memerlukan wang. 
 
Di manakah datangnya wang ini? Ya, dari kita semua, Rakyat. Jadi, kita membayar wang kepada kerajaan, dalam bentuk cukai setiap bulan, untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan buat “kesyukuran” kami. 
Bagi saya, ia seperti mengatakan yang bos saya harus berterima kasih kerana saya datang ke kerja setiap pagi walaupun saya dibayar untuk melakukannya. 
SYA: Walaupun yang membayar wang itu adalah rakyat melalui cukai kepada kerajaan (bos membayar pekerja) tetapi kredit juga seharusnya diberikan kepada pekerja (kerajaan) yang berkerja bersusah payah untuk menguruskan sesebuah syarikat (Negara). Kita tidak seharusnya merasakan bos adalah segala – galanya iaitu saya yang membayar gaji anda maka saya layak untuk “take things for granted “. Oleh itu persoalan dimanakah datangnya wang kerajaan dan syarikat perlu juga seiring dengan usaha dan peranan yang dimainkan oleh siapakah yang menggerakan, mengguruskan dan berkerja untuk sesebuah syarikat ? 
Amelia: Mari kita memahami satu perkara. Apa yang kita kini ada; pendidikan, penjagaan kesihatan, KWSP dan lain-lain, bukanlah sesuatu hak istimewa yang disajikan khas oleh BN untuk kita. SETIAP negara dengan kerajaan yang kukuh akan mempunyai semua kemudahan ini; jika tidak, mereka akan dianggap sebagai telah gagal. 
 
Persoalannya bukan sama ada kita patut bersyukur; sebaliknya untuk menilai sama ada kerajaan telah melaksanakan tugas dengan sewajarnya untuk rakyat. Jawapannya adalah tidak. 
SYA: Sekiranya kita mengambil tanda aras saudari Amelia yang menyatakan sesebuah negara yang tidak membekalkan KWSP kepada rakyatnya maka Negara itu adalah sebuah negara yang gagal. 
 
Sebaliknya, negara yang membekalkan perkhidmatan sedemikian tidak semestinya tidak berjaya. Oleh itu, sekirannya kerajaan Barisan Nasional sememangnya sudah membekalkan perkhidmatan sedemikan dan sudah mencapai tanda aras saudari Amelia iaitu kerajaan Barisan Nasional bukan merupakan sebuah kerajaan yang gagal maka mengapa lagi rakyat perlu mengundi untuk menolak sesebuah kerajaan yang tidak gagal? 
 
Lebih–lebih lagi cukai yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia adalah antara yang paling murah di dunia (26%). Di negara seperti United Kingdom dan Jepun rakyatnya perlu memberi cukai sebanyak 50%. (Tiada juga pendidikan percuma di kedua–dua buah Negara yang membayar sebanyak cukai pada kadar 50%). 
Amelia: Sistem pendidikan kita telah gagal untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti. Kadar jenayah meningkat begitu teruk sehingga tiada siapa yang berani berjalan berseorangan, walaupun di siang hari. 
 
Infrastruktur tidak cekap dan teruk penyelenggaraannya. Penduduk luar bandar masih tiada akses kepada kemudahan asas dan penjagaan kesihatan yang baik. Nilai mata wang kita telah jatuh mendadak dalam 30 tahun yang lalu. 
 
Kita juga telah kurang berdaya saing dari segi ekonomi (Filipina dan Indonesia dengan pantas mengejar kedudukan kami, dan kita jauh ketinggalan di belakang Singapura, dalam segala aspek.) Dalam 5 tahun yang lepas, ketegangan kaum memuncak dan di luar kawalan dengan ahli-ahli politik (iaitu Ibrahim Ali dan sepertinya) menimbulkan kebencian kaum dan mengeluarkan kenyataan yang menyinggungkan tanpa ditegur. 
SYA: Amelia sendiri juga merupakan seorang yang lahir daripada sistem pendidikan di Malaysia dan sekirannya benar Negara Malaysia tidak menghasilkan pelajar yang berkualiti maka adakah Amelia sendiri juga merasakan artikelnya juga kurang berkualiti disebabkan pendidikan kita yang kurang baik? Hutang GDP kita jauh lebih baik daripada negara Singapore yang hutang mereka mencecah lebih daripada 100% berbanding dengan negara Malaysia yang hanya pada kadar 53 % dan fakta ini juga mampu disebar sebagai fitnah oleh DAP bahawa negara kita akan bankrap ? GDP Negara Malaysia dibawah pemerintahan Perdana Menteri Najib adalah jauh lebih tinggi daripada Negara Singapura , Taiwan dan Indonesia yang disebut oleh saudari sepanjang 3 tahun yang lepas (2010 – 2013 ). 
 
Dari segi ekonomi juga, Malaysia mendapat kedudukan Negara ke–12 paling berdaya saing di dunia oleh Bank Dunia. 17 tahun daripada 30 tahun yang disebut oleh Amelia adalah pada ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga Menteri Kewangan pada ketika itu. 
Kegagalan yang dilaporkan oleh Amelia hanya melambangkan Anwar Ibrahim tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kita kerana telah diberi peluang selama 17 tahun lamanya sebelum ini. 
 
Ibrahim Ali sudahpun dipecat dari UMNO pada tahun 2003 tetapi Pakatan Rakyat yang memberi kembali nyawa politik kepada Ibrahim Ali pada tahun 2008 apabila mereka membenarkan Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS di Pasir Mas. Pada ketika itu, mengapa DAP tidak mempersoalkan Ibrahim Ali?
 
*(Artikel ini adalah 1 bahagian daripada 3 bahagian)

www.rencahmalaysia.blogspot.com