Mar 27, 2013

Video Seks Palsu Menteri Besar dan MP Wanita Pembangkang: Siapa yang untung?

1. Ada khabar video seks seorang pemimpin besar pembangkang sedang disimpan seseorang. Preview video seks tersebut pun ada ditayangkan. Dan macam biasa, ada saman dikeluarkan kepada empunya blog yang entah siapa-siapa itu.

2. Khabarnya pula ada dua video membabitkan seorang Menteri Besar Pembangkang dan seorang Ahli Parlimen Pembangkang wanita akan diterbitkan oleh UMNO. Khabarnya lagi bahawa video seks tersebut adalah rekaan semata-mata. Direka oleh orang-orang UMNO untuk menjatuhkan Menteri Besar Pembangkang dan seorang Ahli Parlimen Pembangkang wanita tersebut. 

3. Ini namanya taktik mengalih (diversion) [rujuk sini untuk makna diversion] daripada isu asal iaitu isu video seks pemimpin tersohor pembangkang. Pandai pakar spin pembangkang membuat cerita. Apa taktiknya? mudah sahaja. Pertama, pembangkang buat dua video seks. Satu untuk MB dan satu lagi untuk MP wanita tersebut. 

4.  Taktik mengalih yang digunakan oleh pembangkang (atau segolongan pembangkang) ada tiga matlamatnya. Kiranya seperti serampang dua-tiga mata. Pertama, alihkan isu video seks pemimpin pembangkang tersohor tersebut, kedua pertikaikan keaslian video  dan ketiga memalukan MB dan MP wanita tersebut. 

5. Matlamat pertama adalah dengan menyatakan kepada dunia bahawa ada lagi dua video seks membabitkan dua orang pemimpin pembangkang dengan harapan bahawa dunia akan bercakap mengenai dua video tersebut dan lupa video seks  pemimpin pembangkang tersohor. Matlamat Kedua, nyatakan kepada dunia bahawa  dua video MB dan MP wanita tersebut adalah palsu dan rekaan. Jadi kalau sudah ada dua video yang direka, tentunya video pemimpin tersohor pembangkang tersebut juga palsu. Matlamat ketiga adalah bagi memalukan kedua-dua MB dan MP wanita pembangkang tersebut yang mana matlamat ketiga ini adalah bagi memenuhi agenda pihak-pihak yang berkepentingan dalam pembangkang.

6. Perlu diingat,  kedua-dua MB dan MP wanita itu yang dipilih adalah bagi memalukan kedua-dua insan tersebut, bukan sebab konspirasi UMNO sangat. Kedua-dua insan terpilih tersebut mempunyai banyak musuh, baik dalam parti atau dalam pembangkang itu sendiri. Dengan adanya video seks tersebut walaupun ia rekaan pasti akan menjatuhkan maruah kedua-dua insan tersebut. 

7. Ini namanya taktik terbaik. Baling batu sembunyi tangan kemudian sambil menyelam minum air. Selesai dua perkara dalam satu masa dan salahkan orang lain atas kerja terkutuk tersebut. Pandai-pandai. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: