Mar 14, 2013

PRU13: Tarikh Sebenar Parlimen Terbubar Secara Automatik: 28 April 2013 atau 30 April 2013?.

1. Pembubaran Parlimen merupakan perkara yang hebat diperkatakan pada masa ini. Ia menjadi topik kegemaran penghuni warung kopi dan juga menjadi tekaan si penjudi nombor. 

2. Azalinya, Pembubaran Parlimen terjadi apabila Yang di-Pertuan Agong (YPDA) membubarkan Parlimen selaras dengan nasihat Perdana Menteri Malaysia. Kuasa YPDA untuk membubarkan Parlimen adalah di bawah Perkara 55(2)  Perlembagaan Persekutuan.

"55
(2 ) The yang di-pertuan Agong may prorogue or dissolve Parliament.".

3.  Mengikut Perkara 55(3), Parlimen hendaklah berjalan selama lima tahun daripada tarikh ia mula-mula bersidang. Mengikut rekod Parlimen, kalau ada rekod di Parlimen, Parlimen kedua belas bersidang pada 28 April 2008 iaitu selepas PRU pada 8 Mac 2008.
"55
(3) Parliament unless sooner dissolved, shall continue for five years from the date of its first meeting and shall then stand dissolved.".
 4.   Jadi kalau diikutkan Perkara 55(2) dan 55(3) Perlembagaan Persekutuan, sekiranya YPDA tidak mengumumkan pembubaran Parlimen lebih awal, tarikh PRU ke 13 adalah pada hari Parlimen terbubar secara automatik iaitu pada 28 April 2013.
5. Namun begitu, Pengerusi SPR berpendapat sebaliknya. Beliau berpendapat bahawa tarikh Parlimen terbubar secara automatik adalah pada 30 April 2013. Ini adalah berdasarkan kepada nasihat Penasihat Undang-Undang SPR yang datangnya daripada Jabatan Peguam Negara.
6.  Alasan mengapa 30 April adalah sangat mudah. Ini kerana walaupun 28 April ialah tarikh sebenar Parlimen bubar secara automatik namun disebabkan 28 April 2013 jatuhnya pada hari ahad maka ia (tarikh bubar) berganjak ke hari bekerja iaitu hari isnin 29 April 2013. Lagi sekali, walaupun (baca dengan nada "akak-akak") 29 April itu patutnya Parlimen terbubar namun pembubaran hanya terjadi pada 30 April 2013. Sekali lagi Pengerusi SPR tidak pula menyatakan adakah Parlimen terbubar pada jam 12.01 minit pagi atau jam 10.00 pagi 30 April 2013. 
7. Nasihat yang diberikan oleh Jabatan Peguam Negara kepada Pengerusi SPR berkenaan tarikh pembubaran Parlimen mungkin datangnya daripada Seksyen 54 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388]. Seksyen 54 menyatakan mengenai pengiraan tempoh masa. Menurut Seksyen tersebut tempoh masa dikira melalui cara yang berikut:

Computation of time

54 (1) In computing time for the purposes of any written law—

 (a)   a period of days from the happening of an event or the doing of any act or thing shall be deemed to be exclusive of the day on which the event happens or the act or thing is done;
(b)   if the last day of the period is a weekly holiday or a public holiday (referred to in this subsection as excluded days) the period shall include the next following day which is not an excluded day;

(c)    where any act or proceeding is directed or allowed to be done or taken on a certain day, then, if that day happens to be an excluded day, the act or proceeding shall be considered as done or taken in due time if it is done or taken on the next following day which is not an excluded day; and
(d)   where any act or proceeding is directed or allowed to be done or taken within any time not exceeding six days, excluded days shall not be reckoned in the computation of the time.

(2) Where no time is prescribed within which anything shall be done, that thing shall be done with all convenient speed and as often as the prescribed occasion arises.

 8. Tafsiran sebegini memang mudah. Mudah sangat. kiraan tempoh masa bermula adalah pada selepas kejadian dan tempoh akhir masa tersebut hendaklah dikira dengan menolak  hari cuti (yang dikatakan excluded day).

9. Kiraan seperti ini adalah merupakan satu kiraan yang sangat pelik. Pening dan silap haribulan tak betul. Parlimen mempunyai tempoh yang tetap. Tempoh masa ialah lima tahun yang dikira daripada hari pertama Dewan Rakyat bersidang. Jadi hari pertama bersidang tersebut boleh dikira hari Lesen Yang Berhormat. Lesen tersebut membolehkan Yang Berhormat mendapat faedah menjadi Ahli Yang Berhormat. 

10. Jadi sekiranya Lesen itu sudah mempunyai tarikh luput (iaitu 5 tahun @ 28 April 2013) maka kalau hari luput lesen itu ialah hari ahad ataupun hari cuti umum tidakkah itu bermakna lesen itu tetap mati pada hari tersebut?. Kalau kiraan SPR diambil kira, maka semua lesen-lesen kenderaan yang mati pada hari Jumaat (bagi negeri-negeri yang cuti mingguannya jatuh pada hari bukan ahad), hari Ahad atau hari cuti peristiwa akan hanya mati pada hari esoknya. 

11. Cuba bayangkan peningnya kiraan sebegini. Perlu diingat juga, tarikh kemalangan juga boleh berubah. Dan yang paling hebat, ulang tahun kemerdekaan juga boleh berubah pada tahun 2014. Malaysia akan merayakan ulang tahun kemerdekaan ke 57  pada tanggal 31 Ogos 2014. Kalau mengikut kiraan SPR, Malaysia akan hanya mencapai kemerdekaan ke 57 pada 1 September 2014 Isnin kerana 31 Ogos 2014 akan jatuh pada hari Ahad.

www.rencahmalaysia.blogspot.com
Rujukan:
 

0 Responses: