Analisis: Pencerobohan Lanun Sulu Di LahadDatu
1. Siapakah Yang Menceroboh?
Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang
dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira
200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2.
Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’
Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan
‘sultan’ Ismael Kiram II.3 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.
2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?
Tidak.
Ini kerana kerajaan Filipina telah
berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd.
Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang
mengaku sebagai Sultan Sulu:
Pertama, Muedzul Lail
Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan
Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja
Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.
Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.
3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?
‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:
“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.2
4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?
Ya.
Filipina membuat tuntutan terhadap
Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di
Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.
Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar
dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan
kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.5
5.
Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina
Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?
Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.
Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.
Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.
6. Adakah Pihak Di Malaysia Yang Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah?
Wakil The Manila Times di
Mindanao, Al Jacinto, melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja
Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua Pakatan
Rakyat, mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.6
ABS-CBN News melaporkan bahawa kumpulan penceroboh tersebut telah dijemput oleh seorang ahli politik pembangkang:
A Philippine military officer interviewed by Reuters also said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu – an island group off the southern Philippines – who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.7
(Seorang pegawai tentera Filipina yang ditemuramah Reuters juga berkata bahawa kumpulan tersebut merupakan pengikut kepada waris Sultan Sulu – sebuah kepulauan di selatan Filipina – yang diundang ke Sabah oleh seorang ahli politik pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu tanah.)
The Star melaporkan bahawa
Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ditanya samada laporan yang mengatakan
bahawa pihak pembangkang menjemput kumpulan penceroboh tersebut ke Sabah
adalah benar, menjawab:
Who is the one who gave it?8
(Siapa yang beri?)
7. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?
Tidak.
Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.
‘Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:
1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.
2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar.
8. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?
Royal House of Sulu9,
laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah
yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung
Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau
Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak
Kesultanan Sulu.
Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao –
Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan
dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.
9. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?
Tidak.
Kali terakhir kerajaan Filipina
mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina
ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkanMemorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.
Sejak kemangkatan Sultan Mohd.
Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf
mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.
10. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?
Filipina dilaporkan pernah memulakan ‘Operation Merdeka‘
pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando
daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan
ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.
Namun, sebaik sahaja mengetahui
matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang
dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini
telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan
Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines)
dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64
orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagaiJabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre(Pembunuhan Corregidor).
William Larousse10, Michael Leifer11, Andrew T. H. Tan12 dan Alfred W. McCoy13 adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.
11. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?
Tipis.
Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.
Kedua, kerana
Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak
kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.
Geran pajakan yang dijadikan sumber
konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam
dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.
Ketiga, geran pajakan yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.
Sepanyol, yang menguasai
wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani
perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk
melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:
The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.Article 3
(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)14
Keempat, Kesultanan
Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II
menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan
segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.
Kelima, kerajaan
Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi
kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu
mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran
yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah.
Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice),
Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah
diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.
Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk
Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi
menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala
kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan
kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.
Ketujuh, Setiausaha
Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah
“ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan
kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan
bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent
status to an end and to realize their independence through freely chosen
association with other peoples in their region”).15
Kelapan, jika
Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah
konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan
terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat
pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung
Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa
merupakan milik mereka.
Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.
RUJUKAN:
1. “Sulu sultan’s army stakes Sabah claim,” philstar.com, 16 Februari, 2013,http://www.philstar.com/headlines/2013/02/16/909400/sulu-sultans-army-stakes-sabah-claim
2. “Pengikut Sultan Sulu Tidak Akan Tinggalkan Lahad Datu,” mStar Online, 18 Februari, 2013, http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/2/18/mstar_berita/20130218160807&sec=mstar_berita
3. “Salasilah Hubungan Kesultanan Brunei-Suluk,” SMJ-Site,http://www.freewebs.com/julabbi_cairo12/familytree.htm
4. “The true Sultan of Sulu,” http://www.fakesulusultans.com/
5. “Gov’t to assess Sabah claim,” BusinessWorld Online, 21 Februari, 2013,http://www.bworldonline.com/content.php?section=Nation&title=Gov%E2%80%99t-to-assess-Sabah-claim&id=66237
6. “Our Sultan of Sulu and Sabah,” The Manila Times Online, 16 Februari, 2013, http://www.manilatimes.net/index.php/opinion/editorials/41591-our-sultan-of-sulu-and-sabah
7. “‘Royal Sulu Army’ in Malaysia stand-off,” ABS-CBNnews.com, 15 Februari, 2013, http://www.abs-cbnnews.com/nation/02/14/13/royal-sulu-army-malaysia-stand
8. “We did not invite Sulu gunmen, says Anwar,” The Star Online, 22 Februari, 2013, http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/2/22/nation/12745258&sec=nation
9. “Sultan of Sulu,” Sultaniyyah Sin Lupah Sug, http://www.royalsultanateofsulu.org/#!sultan-of-sulu
10. William Larousse, A Local Church Living For Dialogue: Muslim-Christian Relations in Mindanao-Sulu (Philippines), Editrice Pontificia Universita Gregoriana, 2001.
11. Michael Leifer, Michael Leifer: selected works on Southeast Asia, Institute of Southeast Asian Studies, 2005.
12. Andrew T. H. Tan, A Handbook of Terrorism and Insurgency in Southeast Asia, Edward Elgar Publishing Limited, 2007.
13. Alfred W. McCoy, Policing America’s Empire: The United States, The Philippines, and the Rise of the Surveillance State, The University of Wisconsin Press, 2009.
14. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,”International Court of Justice, 17 Disember, 2002, http://www.icj-cij.org/docket/files/102/7714.pdf
15. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,”World Court Digest, 23 Oktober, 2001,http://www.mpil.de/ww/en/pub/research/details/publications/institute/wcd.cfm?fuseaction_wcd=aktdat&aktdat=201010200400.cfm
diambil daripada http://www.1peluru.com/2013/03/analisis-pencerobohan-lanun-sulu-di.html?m=1
diambil daripada
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2013/03/lahad-datu-inilah-dia-kepala-bangsat.html
Lagi berita daripada blog
www.militaryofmalaysia.net
1. Akhirnya pasukan keselamatan negara menggempur tentera Kesultanan
Sulu pagi ini, bersamaan hari Jumaat, hari yang paling mulia dalam
kalender Islam.
2. Tembakan pertama dilepaskan tepat jam 11.10 pagi.
3. Jumlah kematian di kalangan askar Kesultanan Sulu mungkin ramai (10) orang dan dikalangan pasukan keselamatan, dua anggota dari pasukan polis terbunuh
4. Kematian di kalangan polis dan orang-orang Sulu ini saya sambut dengan rasa sedih kerana manusia hilang nyawa dan darah tertumpah.
5. Wajarkan kita menyalahkan pasukan keselamatan negara, sudah tentu tidak kerana mereka telah diberi ruang, dipujuk dan dilayan dengan baik supaya keluar dari kawasan kubu mereka sebelum menghadapi tindakan undang-undang.
6. Walaupun saya sangat patriotik dan bolehlah dikatakan seorang individu yang bersifat militari dalam tindakannya tetapi saya ada manusia yang paling tidak suka pada senjata, peperangan, keganasan dan kekasaran.
7. Tidak perlulah berdebat dengan saya…saya boleh menggunakan senjata api, merupakan penembak yang baik dan ada piala kat rumah tu dalam satu pertandingan menembak anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sungai Besi tetapi gagal tahap kronik dalam penggunaan pistol, semi dan auto dan saya sudah merasa peperangan.
8. Mungkin ramai yang berasa puas hati kerana penceroboh ini sudah diserbu tetapi apa yang mereka tidak nampak, akan ada lebih banyak darah ditumpahkan selepas ini.
UMAT ISLAM HILANG RASIONAL, GILA PADA DARAH
9. Saya sengaja tidak mahu update perkara-perkara yang berlaku semasa kepungan ini kerana banyak perkhabaran yang kebenarannya saya tidak dapat hendak dipastikan.
10. Yang paling saya berasa sedih, majoriti umat Islam dari pembacaan saya dalam Facebook, forum dan blog-blog tempatan mahu penceroboh ini dibunuh.
11.Hanya sedikit yang berdoa supaya penyelesaian ditemukan secara damai dan kegilaan pada darah ini menyebabkan pasukan keselamatan dan kerajaan diherdik, diperkecilkan seperti seolah-olah takut dan lembab dalam mengambil tindakan dan mereka memanggil askar dan polis sebagai “ANJING”.
12.Tetapi berapa ramai pula yang mengkaji isu-isu luar dan bakal berbangkit dari insiden ini?
PEPERANGAN DARI SUDUT ISLAM
13.Berapa ramai pula yang mengkaji hukum dan syarat peperangan dalam Islam?
14.Antara yang saya pelajari…musuh harus diberi amaran supaya mereka mempunyai masa untuk memindahkan anak-anak, orang tua, kaum wanita dan orang sakit ke tempat selamat sebelum sesebuah angkatan tentera (Islam) menyerang.
15.Pesalah atau musuh negara diberi peluang untuk berunding, diberi kata dua untuk berundur atau bertaubat, jika engkar…hukuman yang keras-sekerasnya akan dijatuhkan.
16.Tahanan perang pula diberi layanan yang baik, maruah mereka tidak dijatuhkan dan mayat-mayat yang gugur diberi masa dan ruang untuk disempurnakan.
17.Soal peperangan itu sendiri, adakah ia mendapat sokongan rakyat atau tidak?
18.Yang paling ketara, mereka yang dahaga darah dan beria-ria mengherdik dan memperkecilkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), rata-rata penyokong pembangkang yang selalu mendakwa mereka ini lebih Islam dari yang lain.
19.Kumpulan ini yang mendakwa mahu menegakkan Islam di bumi Islam ini.
20.Hanya sekelip mata kita lihat, bagaimana kumpulan yang mendakwa diri mereka pejuang Islam akhir zaman ini yang kononnya menentang kezaliman, menuntut keadilan dan kebenaran benar-benar nekad mahu melihat orang-orang Sulu ini mati.
21.Bila saya fikir-fikirkan balik…saya nampak satu perkara, umat Islam yang berpegang kepada tali yang dibawa Rasulullah SAW ini semakin mengecil…terlalu sedikit, dan jumlah yang sedikit ini yang mungkin ada 2-3 orang di kalangan pembangkang atau 2-4 orang di kalangan penyokong kerajaan dan 2-3 orang di pihak yang berkecuali dan mereka inilah yang akan berjuang dengan seikhlas hati apabila kelak masanya sampai.
PATUTKAN ORANG-ORANG SULU INI DIPERANGI?
22.Jika ditanya pada saya…sewajarnya memang YA kerana amaran dan nasihat sudah dikeluarkan.
23.Ini juga menjadi jawapan kepada semua tuduhan pembangkang yang kononnya pemerintah kita ini zalim.
24.Sudah jelas kerajaan melalui agensi pasukan keselamatan biasanya akan memberi amaran dan nasihat sebelum tindakan keras dibuat dan ini sudah wujud sejak dari dahulu lagi, bermula dari Memali, Sauk, perhimpunan haram sehinggalah ke insiden di Lahad Datu.
25.Tidak timbul soal polis atau tentera menyerang orang awam secara membabi buta seperti yang selalu difitnah pembangkang dalam insiden di Memali.
SITUASI DI LAHAD DATU SEKARANG INI.
26.Saya tidak pasti jika darurat sudah diistiharkan di Lahad Datu atau tidak.
27.Semua pergerakkan keluar masuk di Lahad Datu ditutup bermula 2 petang hari ini (1 Mac).
28.Semua sekolah dan premis perniagaan ditutup sejak 3 hari lepas.
29.Kawasan ruang udara di situ di beri takrif “NO FLY ZONE”.
30.Lapangan terbang Lahad Datu ditutup sejak Jumaat dan mereka yang hendak menggunakan laluan udara terpaksa pergi ke Tawau.
31.Hospital di Lahad Datu dan kawasan sekitarnya dikuasai pasukan tentera.
32.Berlaku penambahan ubat-ubatan dan peluru untuk kegunaan tentera dan polis sudah bertambah sejak beberapa minggu lepas.
33.Semua sekolah dipantau polis, kemasukkan kembali pelajar-pelajar ke sekolah di kawasan sekitar akan dibuat secara berperingkat.

www.rencahmalaysia.blogspot.com
0 Responses:
Post a Comment