Feb 4, 2009

UPDATE: PERAK DI HUJUNG TANDUK

TERBARU: Najib adakan sidang media jam 4.00 petang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengadakan sidang media jam 4.00 petang ini dipercayai berkaitan dengan perkembangan politik negeri Perak. Beliau yang juga Pengerusi UMNO dan Barisan Nasional Perak, dijangka membuat pengumuman penting berhubung dengan perkembangan semasa di negeri berkenaan. - 4/2/2009

TERBARU: Sidang media MB Perak ditunda Sidang media Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang dijadual jam 1.00 petang ditunda kepada masa yang belum ditentukan. Difahamkan sidang media itu diadakan berkaitan dengan perkembangan politik Perak. Sementara itu Agendadaily difahamkan, sidang media berkenaan ditunda ekoran tiga ADUN Perak, dua dari PKR dan satu dari DAP telah mengisytihar keluar parti. Ini menyebabkan kerajaan campuran Perak tidak lagi mempunyai majoriti ADUN untuk kekal sebagai kerajaan. Malah menurut sumber Agendadaily, ketiga-tiga ADUN terbabit iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering, Osman Jailu dan ADUN DAP kawasan Jelapang yang juga Timbalan Speaker Perak, Hee Yit Fong telah mengutus surat kepada pihak Istana Perak memaklumkan keputusan mereka dan menyatakan sokongan kepada Barisan Naisonal (BN) untuk membentuk kerajaan negeri yang baru. Dengan keputusan tiga ADUN berkenaan, kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS kini mempunyai 29 kerusi, BN 27 kerusi dan Bebas, tiga kerusi. dengan sokongan tiga ADUN Bebas itu, ia menjadikan BN mendapat sokongan 30 ADUN bagi membentuk kerajaan negeri yang baru. - 4/2/2009

0 Responses: