Tiga ADUN masuk BN, Perak tumbang?
Oleh G. MANIMARAN
[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim hari ini mengumumkan kembali menyertai Barisan Nasional (BN).
Manakala dua lagi, iaitu ADUN bagi kawasan Behrang dan Changkat Jering, Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu turut mengambil keputusan menyertai BN.
"Saya dalam perjalanan ke Putrajaya, tunggu pengumuman dalam masa terdekat," kata Jamaluddin.
Dalam pada itu, ketika ini juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menuju ke Istana Kinta bagi mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Sementara itu, selepas kira-kira tiga jam Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menangguhkan sidang media di pejabatnya tengah hari tadi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengadakan sidang media petang ini.
Pada sidang media berkenaan, Najib dipercayai akan membuat kenyataan berhubung keadaan politik di Perak.
Nizar turut dijadualkan mengadakan sidang media pada petang ini dipercayai akan mengumumkan perkenan Sultan Perak bagi membolehkan pilihan raya tergempar diadakan.
Perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Sulit Menteri Besar, Wan Ahmad Junaidi kepada wartawan yang menunggu di pejabat Menteri Besar selama sejam.
www.rencahmalaysia.blogspot.com
Feb 4, 2009
Kerajaan perak sudah tumbang!
amirrash Feb 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (RSS)
0 Responses:
Post a Comment