Feb 17, 2009

Elizabeth Wong Adun Bukit Lanjan Letak Jawatan?

Isu elizabeth ini bukan hanya merupakan masalah politik tetapi juga krisis moraliti ahli YB Malaysia, keselamatan maklumat dan juga isu etika hidup YB Malasyia

Moraliti
Selepas isu Datuk Chua Soi Lek, VIP yang memegang punggung seorang pelayan di sebuah hotel dan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim timbul pula isu Elizibeth Wong ini pula. Ada yang berkata ini mainan politik UMNO/BN yang cuba mencari isu untuk PRK bukit Segantang dan Bukit Selambau. Kalau betul nampak gayanya isu ini sangat berkesan.

Isu moraliti YB adalah lebih menarik dari isu lompat parti. Isu moraliti ini terutama yang membabitkan kaum hawa sangat menarik kerana ia membabitkan hawa nafsu. lust. desire. Ini memberikan satu impak yang lebih besar dari lompat parti.

Bayangkan seorang YB yang belum berkahwin, wanita, membawa lelaki datang kerumah. Tapi ia tak mengapa kerana dia belum berkahwin? adakah itu benar?. Membawa lelaki itu adalah lumrah bagi mereka yang belum berkahwin? mengapa tidak berkahwin? mengapa perlu terus sendirian? tidak kah YB mengiktiraf perkahwinan itu sebagai asas masyarakat? adakah ini bermakna bahawa perkahwinan itu tidak perlu dan seks bebas adalah norma kehidupan sekarang? Adakah begitu murah harga diri seorang YB sehingga boleh dilakkukan sebegitu? ini merupakan persoalan-persoalan yang perlu ditanya kepada seseorang YB.

Moraliti sebagai Yang Berhormat perlu dijaga. YB disanjugi kerana ketokohan beliau dalam memperjuangkan hak dan asas masyarakat. Itu intipati masyarakat Malaysia tidak kira bangsa apa pun dia. Sekiranya asas ini tidak lagi dipegang Yang Berhormat tadi akan hilang hormatnya.

jadi, apakah tindakan beliau itu tepat sebagai seorang YB? bersekedudukan dengan seorang yang bukan suami apatah lagi beliau adalah YB. .

Keselamatan Maklumat
Isu ini juga berkait rapat dengan keselamatan maklumat. Yakni dari segi penyimpanan hal-hal rahsia peribadi, rahsia negeri dan juga ugutan.

Bayangkan dengan beberapa ketika sahaja foto-foto yang amat menghancurkan telah disebarkan kedalam internet untuk tatapan berjuta manusia. Mana keselataman foto-foto peribadi tersebut?

Ini juga berkait rapat dengan hal keselamatan dan kebocoran rahsia negeri dan juga ugutan. Cuba bayangkan, foto-foto yang amat menghancurkan (incriminating) tersebut dijadikan alat ugutan untuk maklumat rahsia negara/negeri. Adakah ini tidak diambil kira?

Etika Hidup
Sudah sampai waktunya YB-YB ini mementingkan etika hidup yang bersandarkan kepada norma masyarakat asia. Kehidupan yang berteraskan nafsu dan kehendak akan membawa kepada hancurnya etika hidup dan membawa kepada isu seperti ini dan juga isu lompat parti. Jadi, apa pegangan YB-YB sekalian?


Kepada YB-YB yang diluar sana, ingatlah bahawa perbuatan anda, 10 tahun lepas pun akan dikorek untuk menjatuhkan anda. Jadi sebelum anda menawarkan diri menjadi YB, fikirkan, apakah anda layak untuk jadi YB?



....................................................
Elizabeth letak jawatan ADUN, Exco

MB Selangor dijadual buat kenyataan rasmi waktu terdekat
Oleh G. MANIMARAN

[DIKEMAS KINI, 12.50 TENGAH HARI] PETALING JAYA: Selepas dua hari didedahkan penyebaran gambar dan video separuh bogel, Elizabeth Wong hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Bukit Lanjan.
Keputusan itu dijangka membuka laluan kepada pilihan raya kecil ketiga tahun ini selepas Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah.

Wong mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media pukul 11.40 pagi tadi di Ibu Pejabat PKR di sini.

"Saya menerima sokongan padu daripada keluarga, pemilih kawasan saya, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, sahabat dan masyarakat umum.

"Bagaimanapun, demi kepentingan parti, saya telah memutuskan untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga ADUN Bukit Lanjan," katanya dengan nada sebak manakala penyokong-penyokongnya pula mendesak beliau menarik balik keputusannya.

"Saya akan berbincang dengan Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) untuk mengaturkan penyerahaan tanggungjawab saya dengan baik.

"Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dan berjuang untuk keadilan di Malaysia," kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor.
Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor dijadual membuat kenyataan rasmi mengenainya dalam beberapa jam lagi.

Wong, berusia 37 tahun dan masih bujang, yang memasuki dewan utama Ibu Pejabat PKR dengan ceria kelihatan sebak ketika membacakan kenyataannya.

Beberapa penyokong beliau membawa sepanduk dan poster menyatakan sokongan moral kepada beliau sambil berulang kali menggesa Wong tidak meletakkan jawatan.

Naib Presiden PKR, R. Sivarasa pula berkata, pihaknya menerima keputusan Wong dengan berat hati tetapi bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil jika diadakan.

"Kami bersedia menghadapi pilihan raya kecil di Perak, di Kedah dan juga di sini di Selangor," kata beliau yang turut hadir pada sedia media itu.

Bagaimanapun Wong yang hanya membacakaan kenyataan satu halaman tidak mengambil sebarang soalan daripada wartawan.

BERITA TERDAHULU

Gambar separuh bogel: Elizabeth letak jawatan?

Terdahulu, pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan dua pertemuan penting - peringkat negeri dan pusat malam tadi - bagi membincangkan nasib Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang menjadi mangsa skandal pengedaran gambar bogel.

Satu mesyuarat diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Shah Alam, dihadiri wakil-wakil rakyat negeri itu manakala pertemuan susulan dipengerusikan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara.

Kenyataan berupa "memikul tanggungjawab" akan dikeluarkan oleh PKR hari ini.
Difahamkan Wong juga hadir dalam pertemuan dengan Anwar dan menjelaskan isu berkenaan.
SMS yang diterima awal pagi ini memaklumkan Wong akan mengadakan sidang media khas di Ibu Pejabat PKR pukul 11 pagi ini.

Susulan kedua-dua pertemuan tersebut, mStar Online difahamkan Wong, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor diberikan opsyen untuk dipertimbangkan termasuk melepaskan kedudukannya itu.

"Mesyuarat mengambil kira bahawa isu tersebut merupakan soal peribadi beliau, tetapi kini ia menjadi isu umum.

"Oleh itu, dan memandangkan beliau mengakui gambar-gambar itu adalah diri beliau, maka pemimpin PKR merasakan beliau wajar mengambil tanggungjawab dari sudut moral.
"Justeru, kepimpinan PKR dijangka akan mengeluarkan kenyataan 'bertanggungjawab' esok (hari ini)," kata sumber itu kepada mStar Online tengah malam tadi.

Pertemuan kedua dipercayai berlarutan hingga awal pagi ini.

Dalam kenyataan satu muka dikeluarkan petang semalam, Wong berkata: "Saya mangsa dalam kejadian ini."

Wakil rakyat penggal pertama itu berkata, di sebalik 'krisis ini' beliau akan terus berkhidmat untuk rakyat negeri Selangor.

Kata Wong, penyebaran dan penerbitan foto atau video yang dimaksudkan itu merupakan "serangan dengki" ke atas personaliti beliau.

Jika melepaskan jawatan beliau tidak boleh bertanding lagi selama lima tahun.
Walaupun menerima tekanan daripada BN agar meletakkan jawatan, Wong juga menerima sokongan agar kekal sebagai ADUN dan Exco.

Bekas MB Selangor mahu Elizabeth letak jawatan
Gambar bogel: PKR tidak kompromi ambil tindakan disiplin

Malah petang semalam, Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor memberitahu bahawa beliau yakin bahawa Wong dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Exco dengan cekap dan berkesan.

Terdahulu Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata, partinya tidak mahu berkompromi dalam soal mengambil tindakan disiplin berhubung isu tersebut.

"Bagaimanapun kami tidak mahu membuat sebarang spekulasi," kata beliau.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Khalid dan Anwar.

"Kedua-dua mereka bersetuju bahawa kami tidak wajar berkompromi berhubung soal mengenakan tindakan disiplin.

"Kami serahkan kepada Menteri Besar untuk memutuskan jika beliau bersalah atau tidak memandangkan beliau merupakan ketua kerajaan negeri," katanya.
Bagaimanapun Azmin menambah, parti itu akan menunggu penjelasan Wong kepada Khalid yang juga Menteri Besar.

"Kami tidak mahu tahu sama ada ia gambar lama atau gambar baru. Beliau mesti menjelaskan kepada kami dan jika benar beliau bertindak sedemikian atau terlibat dalam perakaman gambar sedemikian, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," katanya.
MB Selangor: Semua pihak harus hormati Elizabeth

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong yang menjadi mangsa dalam skandal pengedaran gambar bogel dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Exco dengan cekap dan berkesan.

"Sebagai manusia, YB Elizabeth mempunyai hak untuk menjalani kehidupan persendiriannya dan semua pihak harus menghormatinya.

"Sehubungan itu, ahli mesyuarat kerajaan negeri dan saya akan memberikan sokongan kepada beliau bagi menghadapi saat yang mencabar ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini mengenai penyiaran gambar bogel Wong di Internet yang didakwa dilakukan dalang yang ingin membunuh kerjaya politiknya.

Abdul Khalid berkata, Wong yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, telah memberi penjelasan kepada beliau mengenai perkara itu.

Oleh itu, beliau berharap orang awam tidak membuat kesimpulan atau keputusan sendiri berhubung isu itu sebelum pihak polis mengeluarkan hasil siasatan terhadap laporan yang dibuat oleh Wong.

Dalam pada itu, polis masih belum mengenal pasti dalang di sebalik pengedaran gambar bogel Wong.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, polis bagaimanapun akan merekodkan kenyataan daripada wartawan, yang memaklumkan kepada wakil rakyat itu mengenai pengedaran gambar bogel ahli politik berumur 37 tahun itu.
"Kami juga akan memanggil seorang wartawan, yang memaklumkan mengenai pengedaran gambar bogel itu kepada wakil rakyat Bukit Lanjan itu. Jadi saya harap semua pihak bersabar sehingga kami menyelesaikan siasatan kami," katanya.

Arjunaidi berkata polis masih belum menerima gambar bogel itu dan masih terlalu awal untuk mengesahkan imej siapa yang sebenarnya dalam gambar itu.

Beliau mengesahkan Wong telah membuat laporan polis di Balai Polis Damansara di Petaling Jaya kirakira 11.05 malam kelmarin selepas wartawan itu memaklumkan kepadanya mengenai pengedaran gambar berkenaan.

"Bagaimanapun laporan itu tidak lengkap kerana beliau hanya dimaklumkan oleh pihak ketiga (wartawan) mengenai pengedaran gambar bogel itu. Beliau (Wong) memberitahu polis gambar itu diambil semasa beliau sedang tidur.

"Saya ingin menasihatkan mereka yang menyimpan gambar bogel Wong supaya menyerahkannya kepada polis dan membantu penyiasatan kami," katanya dan menurutnya polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki gambar pornografi.

Sementara itu, Wong berkata pengedaran gambar itu bertujuan berniat jahat.
Dalam satu kenyataan hari ini, katanya, pengedaran gambar bogelnya itu bertujuan mencemarkan maruahnya dan pencerobohan kehidupan peribadinya.

"Ia dilakukan orang tidak bertanggungjawab untuk mengaibkan dan menjatuhkan maruah saya.
"Ia sama seperti menceroboh kesucian hidup peribadi saya.

"Saya adalah mangsa dalam kejadian ini dan semalam saya telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan akan memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan mereka," katanya dan menegaskan beliau tidak akan membuat spekulasi secara terbuka mengenai siapa yang bertanggungjawab menceroboh kehidupan peribadinya itu.

Ahli politik pembangkang itu yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor berkata, anggota keluarga, kawan dan penyokongnya memberikan sokongan padu kepadanya.

"Saya ingin merayu kepada media supaya memberikan ruang kepada saya dan keluarga saya untuk berdepan dengan cabaran ini.

"Bagaimanapun saya akan terus memberikan khidmat kepada rakyat Selangor," katanya.BERNAMA

dipetik dari www.mstar.com.my
www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: