Feb 3, 2009

lagi ADUN Pakatan Perak lompat BN?

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Jelapang, Hee Yit Fong menuntut supaya setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng memohon maaf kerana membuat kenyataan bahawa kerusi mana-mana wakil rakyat dari parti itu yang hilang lebih daripada 24 jam tanpa alasan, akan dikosongkan.Hee, 46, memberitahu sidang akhbar di kediamannya malam tadi bahawa beliau kecewa dengan amaran Lim (foto) itu, yang dibuatnya selepas dua Adun PKR dikatakan 'hilang' hujung minggu lalu.Hee yang tidak senang dengan kenyataan tersebut, turut dilaporkan telah 'hilang' sekejab semalam, dan sekaligus mencetuskan spekulasi yang beliau juga akan melompat menyertai Barisan Nasional (BN)."Saya tidak faham bagaimana pandangan beliau mengenai ahli-ahli dewan undangan negeri. Kenyataan itu tidak adil pada saya. Biasanya, masalah dalaman parti akan diselesaikan di kalangan ahli, bukan melalui kenyataan terbuka," kata Hee.

Hee menyifatkan kenyataan Lim itu sebagai "amat mengecewanya", kerana beliau taat kepada DAP sejak 20 tahun lalu.Hee menjelaskan, beliau berada di rumahnya di Ipoh sepanjang hari semalam, dan hanya keluar rumah dari jam 3 petang hingga 6 petang.Katanya, beliau telah menutup telefon bimbitnya kerana 'tidak sihat', yang menurutnya, juga menjadi sebab mengapa beliau tidak dapat menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin."Saya tinggal di Ipoh, tetapi tidak seorang pun orang parti yang datang mencari saya (di rumah). Mereka boleh menghubungi suami saya, tetapi tidak seorangpun yang berbuat demikian. (Jadi) saya fikir semuanya baik," kata Hee yang juga timbalan speaker DUN Perak.

Hee berkata, beliau hanya mendapat tahu mengenai apa yang berlaku ekoran kehadiran wartawan, ketika pulang ke rumahnya.Walaupun mengulangi bahawa beliau tidak pernah berniat untuk melompat menyertai BN atau meninggalkan DAP, tetapi Hee menyuarakan keraguan mengenai masa depannya."Saya mahu kekal, tetapi adakah mereka akan menyingkirkan saya? Ini bukan hari pertama saya dalam DAP, dan saya akan amat keberatan untuk meninggalkan parti," katanya.

Bagaimanapun, cakap-cakap mengenai Hee melompat menyertai MCA, bukanlah sesuatu yang baru. Spekulasi mengenainya bermula sejak Mei lalu, tetapi beliau masih kekal bersama parti itu.Memang menjadi rahsia umum bahawa Hee tidak sehaluan dengan pemimpin-pemimpin DAP Perak, terutama pengerusi DAP negeri, Ngeh Koo Ham dan setiausahanya, Nga Kor Ming.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

nota:
siapa Hee Yit Foong?

Hee Yit Foong

From Wikipedia, the free encyclopedia

Hee Yit Foong is a Malaysian politician from the Democratic Action Party, and the current Deputy Speaker of the Perak State Assembly. Hee, state assemblywoman for Jelapang, was the first disabled woman to become the speaker of a Malaysian legislative body. Hee carries a limp from a case of polio she contracted at the age of 4.[1]

0 Responses: