Sep 19, 2008

LOMPAT PARTI: akhirnya terbukti ejen pembankang kaki rasuah!

Hasan Malek buat laporan kepada BPR

KUALA PILAH 18 Sept. – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasan Malek (gambar) membuat laporan berhubung tawaran lompat parti kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di pejabat agensi itu di Seremban, kelmarin.

Ahli Parlimen Kuala Pilah itu berkata, langkah itu bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan lanjut terhadap kes berkenaan ekoran pendedahan yang dilakukannya sebelum ini.

Menurutnya, beliau tidak boleh berdiam diri mengenai isu tersebut kerana ia melibatkan maruah parti dalam jangka panjang.

''Saya berbuat demikian bukan kerana hendak mengeruhkan keadaan. Adalah menjadi tanggungjawab saya mendedahkan kes tersebut kerana mereka telah melakukan satu perkara tidak bermoral.

''Atas kesedaran ini juga saya mengambil keputusan untuk membuat laporan kepada BPR," ujarnya pada sidang akhbar selepas melancarkan program Hati Kuman Sama Dicicah anjuran Parlimen Kuala Pilah di sini hari ini.

Hasan sebelum ini mendedahkan usaha pihak pembangkang memujuknya meninggalkan UMNO dan menyertai pakatan pembangkang

Ekoran pendedahan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) membuat laporan kepada BPR jika didatangi ejen parti pembangkang supaya melompat parti.

Akhbar hari ini turut melaporkan kenyataan Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bahawa tindakan tegas boleh diambil kepada mana-mana Ahli Parlimen yang tidak melaporkan kepada badan itu jika mereka ditawarkan ganjaran wang tunai untuk melompat parti.

Hasan berkata, wakil-wakil rakyat BN yang lain juga harus melakukan perkara yang sama sekiranya mereka didatangi oleh mana-mana pihak menawarkan lompat parti.

Dipetik dari : www.utusan.com.my

www.rencahmalaysia.blogspot.com


 

usik sedikit:

untuk berkuasa sanggup rasuah. Bagi duit untuk lompat parti. Pasti banyak duit tersebut. Mana pembangkang dapat duit? Siapa yang taja? Amerika? Singapura? Israel? IMF?

Belum pun berkuasa sudah pandai hendak rasuah. Andaikata berkuasa bagaimana agaknya gejala rasuah ini. Mungkin selama ini yang kuat rasuah puak(a) ini.

Akhirnya yang berkokok jantan menentang rasuah rupa-rupanya penyagak utama rasuah. Ibarat ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang najis.


 

0 Responses: