Saya tidak mahu jadi seperti Abid dalam kisah kaum Lut yang dilaknat oleh Allah kerana gila dengan seks luar tabie. Allah bertanya pada malaikat apakah masih ada orang yang baik di bumi tempat homoseks dan lesbian bermaharajalela? Malaikat kata ada dihujung bukit, Tuhan suruh benamkan si Abid yang beribadat tapi tak mengamalkan amar makruf nahi mungkar sebelum terbalikkan bumi. Tugas intelektual adalah melanjutkan kewajiban dalam membangun masyarakat dan menerangi masyarakat sampai masyarakat mampu (menghasilkan) menyerlahkan peribadi-peribadi seperti yang diinginkan. Cendekiawan dari satu masyarakat yang terjajah terutamanya, bertanggungjawab mencipta kesedaran kolektif guna melawan penjajah, sehingga bangsanya dapat mengambil sikap tegas melawan kekuatan kolonialis. Sebagai cendekiawan, anda tidak diharapkan sekadar menjadi penonton. Peranan anda adalah membantu masyarakat agar berkembang lebih cepat dengan cara mengenalnya, mempengaruhinya dan memanfaatkannya, serta mengaktifkan organ-organ dan hubungan sosialnya, sehingga ia tidak tertinggal di belakang di dunia moden.As-Shaid Dr. Ali Syariati dalam bukunya 'Tugas cendekiawan Muslim' (tajuk asalnya: Man and Islam). Melihat ramainya para 'intelektual', kaum bijak pandai yang bisu terhadap gejala buruk dalam masyarakat atau tanpa memberi buah fikiran untuk meletakkan keadilan sosial membuka mata kepala mereka yang buta dalam terang akibat tak tahu apa erti pejuang keadilan maka sementara tak ada gading terimalah tanduk sebagai ganti. Kita hidup dalam negara dimana anugerah serta gelaran yang diberikan tidak setimpal dengan pengorbanan mereka. Gelaran tokoh yang dijadikan idola tidak sesuai dengan jasa dan peranannya dalam bidang masing-masing. Tiba-tiba dia dinobatkan menjadi hero dan pahlawan. Sepatutnya si penerima tahu dirinya 'tidak layak' menolak kerana tidak setimpal dengan pengorbanan dan anugerah yang diberikan untuk melambangkan suatu kehebatan, jadilah ianya sekadar anugerah yang tidak bermakna, bernilai serta tidak bermutu. Setinggi mana berilmu dan pengetahuan atau berdarjat tapi jika ianya boleh merosakkan agama, bangsa dan tanah airnya, ia perlu ditentang. Siapa pun tidak dapat menafikan yang Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang sungguh berkarismatik. Anwar memberikan gambaran kononnya dia akan wujudkan satu sistem yang lebih baik daripada apa yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) setiap kali berceramah kepada masyarakat bukan Melayu. Apabila Anwar berceramah kepada orang Melayu pula, dia memberikan janji untuk terus mempertahankan semua keistimewaan yang ada untuk kaum itu. Jadi mungkin masyarakat Cina dan India dibuai janji-janji yang luar biasa dan pada masa yang sama, orang Melayu juga diberikan harapan. Bolehkah dia menepati janji-janjinya? Siapa yang tak tahu betapa hebatnya manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Mereka yang meminati dan 'taksub' kepada Anwar boleh terlopong mulut bila mendengar Anwar bercakap. Pemidato terbaik di Asia. Anwar ada karisma, ada gaya, ada stail dan ada aura yang boleh membuat siapa saja boleh terpukau bila berdepan dengannya. Sebab itu apapun dia cakap, berjuta manusia boleh percaya, inikan pula Saiful anak muda 24 tahun, masakan tak boleh terpesona, terpukau dan tersihir dengannya. Kalau tokoh pemimpin macam Al-Gore, macam Wolofowiths, bekas pemimpin korporat macam Tan Sri Khalid Ibrahim malah terdapat juga ustaz dan tok guru yang percaya bulat-bulat dengan Anwar, masakan budak mentah macam Saiful tak percaya apabila Anwar mahu mengambil dia bekerja menjadi pembuat kopinya di bawa ke mana sahaja Anwar pergi termasuk di luar negara. Bukan dia tak boleh lawan Anwar, dia seperti dalam keadaan 'terpukau' hilang ingatan, lupa diri, lupa segala-galanya ketika berada didalam bilik bersama Anwar. Saiful cuma budak kampung yang baru nak kenal dunia. Saiful ambitious, mana dia boleh sangka Anwar ada dua watak? Bila di bawa ke tempat macam bilik hotel 5 bintang Dusit Tani Hotel di Bangkok, atau macam Royal Executive Suite di Kowloon atau macam di Hotel Hilton di Singapura yang ibarat mahligai, mana dia hendak sedar yang dia boleh di sondol dari belakang. Kalau cerita pun susah orang nak percaya, orang masih beranggapan yang Anwar sakit pinggang. Kenapa Saiful yang bekerja sebagai pembantu peribadi, 'coffee boy' yang di bawa ke mana dia pergi? Kenapa tidak bawa isterinya Wan Azizah? Bukankah Wan Azizah Presiden PKR? Pergi Hong Kong cari pelabur atau melabur setor kunyit? Anwar dan Saiful tinggal berdua-duaan di bilik hotel di tempat-tempat sunyi. Gantung saja 'do not disturb' di pintu, siapa pun tak ganggu jika tengah buat 'projek', 'baik punya projek'. Sebab itu Islam tak galakkan dua orang manusia berada berdua-duaan di tempat tertutup kerana bila berdua-duaan ada syaitan di tengah-tengah. Jadi dalam perkara buntuti ini Anwar dan Saiful tak salah. Yang salah ialah syaitan kerana menghasut Penasihat Parti KeADILan Malaysia supaya membuntuti 'coffee boy'nya. Kesian Anwar dan Saiful sebab kena hasut dengan syaitan. Syaitan memang jahat, kalau tak, tidak dinamakan syaitan. Siapa syaitan sebenarnya? Bukankah dikalangan manusia pun ada syaitan juga? Mula-mula berlaku memanglah tak ada laporan di buat sebab masih terpukau, termakan cakap 'ayat power'. Sama macam perempuan kena rogol. Tak ramai perempuan yang kena rogol oleh bapa, datuk, kawan, jiran yang buat laporan pada mulanya, kenapa? Cuba tanya? Bila ada masalah atau kalau apa yang dijanjikan tak dapat dan akhirnya fade up, barulah buat laporan. Sebab itu banyak kes rogol dan liwat yang macam ini dilaporkan bila dah lama berlaku, dua tiga tahun atau lebih. Anwar mengaku yang dia ada membawa Saiful bersama semasa ke luar negara. Sekadar bertanya, atas belanja siapa Anwar bawa 'coffee boy' ikut bersama, terbang ke sana ke mari, tinggal di hotel lima bintang? Kata dia tak ada duit? Ada peminat Anwar kata dia percaya Anwar 'rasuah' bila melihat cara kehidupan Anwar, kalau macam itu macam mana mahu menghapuskan rasuah, seperti yang dijanjikan oleh Parti Keadilan Rakyat di mana dia menjadi penasihatnya? Nampaknya belum jadi Perdana Menteri sudah hidup seperti 'the rich and famous', bagaimana bila jadi Perdana Menteri nanti? Berapa ramai 'coffee boy' dan 'hareem' dalam istananya nanti? Macam-macam soalan kita boleh tanya. Takut apa hendak tanya? Tanyalah ada tak persamaan antara Anwar dan Salman Rushdi? Ramai yang tak terfikir Anwar sehebat Salman Rushdie yang mendapat sokongan dan perlindungan dari Great Britain akhirnya mendapat darjah kebesaran 'Sir' kerana dia berani merosakkan imej Islam. Bagaimana dengan Anwar yang ada hubungan dengan Amerika, Bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika? Paul Wolfowitz yang diberikan peranan untuk menulis tentang Anwar dalam majalah Times untuk edisi yang menyenaraikan Anwar sebagai 100 tokoh paling berpengaruh, 'The 2008 Time 100'. Cuba perhatikan, ikut firasat adakah persamaan wajah di antara Anwar Ibrahim dan Salman Rushdie? Cuba letak gambar Anwar disebelah gambar Salman, perhatikan kening Anwar dan kening Salman. Cuba selidiki asal usul mereka berdua dan hubungan mereka dengan Yahudi dan Amerika.. "Pemimpin (Anwar) alim Islam ini begitu hebat dan pejuang kuat toleransi, demokrasi dan hak asasi. Jadi kita semua terkejut dengan tangkapan dan perbicaraannya pada tahun 1998 atas tuduhan rasuah dan sodomi. Saya merasakan 'jenayah' besar yang telah dilakukannya ialah kerana mencabar Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad, tokoh yang rekod kecermelangannya akan dikotori dengan cara beliau melayan Anwar. Saya menyertai Senator Sam Nunn and lain-lain untuk bercakap bagi mempertahankan Anwar." Paul Wolfowitz Saya termenung memikirkan macam mana saudara O'Connor, bekas Hakim boleh mengatakan yang Anwar kononnya adalah seorang tokoh yang mempertahankan 'demokrasi Malaysia'. Demokrasi atau anarkisme? Sandra O'Connor dan Abdurrahman Wahid (Gus Dur), bekas Presiden Indonesia sependapat:Kami sangat mengenali Anwar Ibrahim dan sangat menghormati dan memandang tinggi akan beliau. Dengan sebab itu, adalah amat membimbangkan kami apabila melihatkan perkembangan yang terbaharu di Malaysia di mana usaha-usaha menfitnah serta ugutan untuk memenjara beliau mirip seperti apa yang berlaku kepada beliau pada tahun 1998. Adalah sangat sukar bagi kami untuk mempercayai tuduhan-tudahan ini. Kami mengenali Anwar sebagai seorang yang berintegriti. Kami menghargai usaha beliau di dalam hal-hal kebebasan, demokrasi dan hak-hak asasi. Maka, tuduhan-tuduhan tersebut adalah tidak konsisten dengan segala sifat dan karektor Anwar yang kami kenali.Apakah perlunya Al Gore buat kenyataan seperti itu? Siapakah Anwar kepada Amerika? Mengapa Al Gore nak campur urusan dalaman Malaysia? Apa kena mengena kes membuntuti Saiful dengan Amerika Syarikat? Ada apa-apa ke antara Al Gore dengan Anwar? Sebenarnya Anwar ini tak hebat macam mana, 'nasi tambah' saja. Bolehkah kita melabelkan Anwar sebagai seorang intelek? Intelek apa kalau suka bawa 'nasi bungkus' bila duduk di hotel lima bintang? Apakah pula hubungan Anwar dengan Amerika sebenarnya? Bagaimana Bekas Naib Presiden Amerika Al Gore berani mengeluarkan kenyataanya di Nashville, Tennessee mengenai dakwaan Anwar membuntuti Saiful: "Tragedi sebenarnya ialah kerajaan Malaysia menggunakan pembunuhan watak untuk menutup mulut pemimpin pembangkang politik. Sudah dua kali kerajaan (Malaysia) menggunakan taktik yang sama dalam usaha untuk memusnahkan politik Anwar. Bagaimanapun, dalam proses melakukan usaha itu, ia telah merosakkan kredibilitinya di dalan dan di luar negara." Lee Kuan Yew, penyokong kepada pertubuhan Hindraf yang sentiasa berhasrat untuk merosakkan pemuda-pemuda Malaysia merupakan sahabat Anwar Ibrahim. Di India Lee Kuan Yew cuba menekan serta memburuk-burukkan Malaysia dan bakal Perdana Menteri India Atal Advani dari Parti Batriya Javeta berkata akan mengheret Malaysia ke alam kemusnahan itulah rakan karib Anwar Ibrahim. Media republik itu nampak macam menyokong dan menyebelahi Anwar. Apa kita nak pelik tentang perkara macam ini kerana kita tahu Singapura menyokong dasar-dasar Amerika Syarikat atau apa sahaja tindakan Amerika baik yang rasmi atau yang tak rasmi. Yang mereka musuhi adalah Ahmadinejad, dulu Imam Khomeini dengan memburuk-burukkan mazhab Syiah kerana mereka tak boleh takut dan gertak Ahmadinejad yang bermazhab Syiah. Apa mazhab Anwar Ibrahim? Kerana pemandu limousine percaya Saiful dibuntuti Anwar, saya tanya dia sama ada dia tahu tak Bugis Street. Dia kata dia tahu, tapi itu dulu. Sekarang sudah tak seperti dulu. Hari ini mereka yang minat dengan homoseks pergi ke satu lorong di Orchard Road di mana segala macam tabiee seks ada di jual. Saya meminta pemandu limousine melewati jalan tersebut untuk melihat dari jauh tubuh-tubuh yang diperniagakan mengikut cerita Krishnan. Dalam perjalanan ke Hotel Hilton, Orchard Road pemandu limousine yang saya naiki bernama Krishnan, menceritakan Anwar cukup popular di Singapura. Gurauan di kalangan kawan-kawan, "siapa yang menonggeng diingatkan hati-hati, pandang belakang takut-takut ada Anwar." Mungkin Anwar seorang 'anarkisme' yang mempunyai cita-cita mahu menghidupkan kembali 'anarkisme' (anarchisme), iaitu falsafah politik yang menganggap autoriti kerajaan dan undang-undang sebagai "tidak sah", dan dengan itu tidak perlu dipedulikan, harus dilawan dan diketepikan. Mereka mengadakan reformasi jalanan kerana kawan Anwar dari Amerika memberikan sokongan yang kuat. Beberapa insiden politik yang tercetus sejak Anwar di tahan dulu hingga ke akhir-akhir ini yang mengingatkan kita semula kepada peristiwa-peristiwa berdarah di Malaysia dan Indonesia beberapa waktu dulu. Ia memperlihatkan wujud anarkisme di peringkat individu dan diperingkat kolektif dalam kalangan tokoh-tokoh yang rapat dengan Anwar. Tindakan-tindakan yang dibuat oleh mereka begitu melampau hingga terlupa 'kontrak sosial' dengan penuh lagak dan tidak lagi tunduk kepada undang-undang, dari siapa mereka belajar? Siapa mentornya jika bukan Anwar yang mendapat sokongan tenaga luar? Sampai bila orang kita harus berpeluk tubuh dan melihat saja? Arahan polis, perintah mahkamah dan apa sahaja peraturan tidak diendahkan kerana ia dianggap suatu sekatan kepada 'utopia'. Yang mereka fikirkan apa saja tindakan mereka yang tak menghormati hak asasi orang lain, tak hormat perlembagaan dan rapat-rapat umum dianggap sah, dipertahankan dan diterima oleh para pemimpin dan penyokong, sebab itu makin berleluasalah anarkisme. Pelik dan hairan bagaimana 'orang kita' pun boleh terpedaya dengan budaya 'anarkisme' yang boleh menghancurkan kuasa politik yang berada di tangan 'orang kita' dan akhirnya semua ketua-ketua jawatan yang dulunya Melayu akan di ambil alih oleh mereka yang bencikan Melayu dan memusuhi Islam. Bila agaknya kita mahu belajar dari sejarah? Apakah kemerdekaan yang baru kita kecapi selama 51 tahun ini bila sudah hilang kita akan dapat semula? Sampai bila 'orang kita' mesti terpengaruh dengan idealisme dan janji Anwar untuk bergelut mempertahankan rakyat 'marhain' terutama orang Melayu? Padahal kita dilekakan untuk mengangkat dan mendewa-dewakan Anwar selaku personaliti yang tak sepatutnya dijadikan pengikut sekalipun, jangan dikatakan pemimpin, inilah akibat pemujaan yang berlangsung tanpa dapat dikawal oleh teman politik Anwar yang gila kuasa. Ramai yang terpukau, tersihir menjadi 'blind followers'. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak ada gunanya. Muka sudah dikotori najis dari lubang dubur. Pelik… macam mana kita tak nampak bahaya yang datang dan terus terpengaruh dengan budaya 'anarkisme' yang bermula dengan bualan blog media pembangkang dan cakap-cakap kedai kopi? Orang kampung yang tak faham 'high politik' akhirnya jadi mangsa manusia yang mereka dewa-dewakan.Maka apabila Saiful Bukhari Azlan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, orang ramai kagum dengan keberaniannya tampil menuntut keadilan. Walaupun keadilan itu di tuntut daripada orang berpengaruh, dia tidak takut. Keberaniannya menolak segala rasa malu kerana mahu mencari kebenaran.Usaha mencari kebenaran tanpa menghiraukan masa depannya membuatkan orang ramai bertanya-tanya apa akan jadi seterusnya. Jika ada pihak yang mengaku benar, mestilah ada satu lagi tidak benar. Apakah anda tak 'takut' seorang diri berada di Hong Kong. Kes Jalil Bank Bumiputra mati dibunuh senyap macam itu saja. Namun bila terfikir "beribu-ribu ekor kambing mati disembelih setiap hari siapa pun tak peduli. Harimau mati menjadi berita besar, lebih baik mati seperti seekor harimau. Mati syahid seperti Arwah As-shaid Dr. Ali Syariati yang keintelektualannya hidup biarpun dia sudah mati. Rugi tak dokumentasikan betapa hebatnya kisah 'pembacuh kopi' yang sanggup menghadapi segala macam cemuhan, kata nista, fitnah untuk membongkar siapa Anwar Ibrahim yang mahu membela nasib rakyat 'marhain' tapi hidup seperti 'the rich and famous' sebab itu soal penat, soal takut tak boleh ada dalam kamus. Kita sebagai manusia memang boleh buat 'jadual', Manusia merancang Allah juga merancang tapi akhirnya 'jadual' yang Allah buat untuk para hambanya lebih tepat. Seperti pada awal tahun 1990-an Anwar dan para penyokongnya termasuk pemimpin UMNO sendiri sudah merancang dan menentukan jadual bila Anwar patut ambil alih kuasa dari Dr. Mahathir. Anwar lawan Ghafar tapi Ghafar tewas sebelum masuk gelanggang lagi. Tahun 1996 Anwar gunakan orang tertentu untuk membuat persiapan mencabar Mahathir untuk jawatan Presiden UMNO sekiranya jika pada tahun 1998 Mahathir tak turun. Tapi Mahathir tak turun jugak, yang terpaksa turun Anwar sendiri. Jadual dan perancangan Anwar dan penyokongnya tak menjadi dan terpaksa ditangguhkan. Allah yang menentukan segala-galanya maka marilah kita memilih jalan Allah, mengikut perintah Allah, menjadi hamba Allah yang taat kepada perintah Allah dan Rasulnya Muhammad SAW dan menjadi umat Muhammad yang mencintai Nabi Muhammad SAW yang sepatutnya menjadi ikutan. Mari kita akhirnya dengan berselawat. "Allahum ma soli ala Muhammad wa ala Ali Muhammad". "Sekiranya ianya debu, kelangit tinggi menjulang, namun tetap debu juga, tetapi sekiranya ia mutiara ke dalam lumpur tenggelam, namun dirinya tetap mutiara jua." Penyair Parsi Syeikh Saadi
Abad 13 Masehi
Sep 10, 2008
Anwar Ibrahim, Saiful dan Tumbangnya Kerajaan BN 20 September 2008
Perilaku manusia akhir-akhir ini sangat memprihatinkan. Banyak orang yang tampaknya bijaksana tetapi sebenarnya tidak manusiawi. Banyak orang mengaku beragama, tetapi jauh dari agama. Tidak sedikit tokoh yang dikagumi dan menjadi panutan, tetapi suka dengan keculasan. Tak sedikit orang yang dikultuskan tetapi ia tega mengorbankan umat. Ia tega menjadikan orang bodoh sebagai sarana untuk kepentingan peribadi maupun golongannya.
amirrash Sep 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (RSS)
0 Responses:
Post a Comment