Sejarah Perjanjian Pangkor Berulang?
Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 antara Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Abdullah ibni Sultan Ja'afar Mua'azzam Shah. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak. Dengan perjanjian ini ianya telah membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ditandatangani di atas sebuah kapal yang dinamakan HMS Pluto di Selat Dinding iaitu di kawasan perairan antara Lumut dan Pulau Pangkor.
Setelah perjanjian ditandatangani kemudiannya Gabenor Sir Andrew Clarke dengan berani telah bertindak menurunkan Sultan Ismail yang bersemayam di Tanjong Belanja, Parit dari pangkat Sultan dan membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran "Sultan Muda" sahaja dengan memberi pencen seribu ringgit tiap-tiap bulan. Manakala Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut.
Ini adalah kesan dari Perjanjian Pangkor yang pertama. Bagaimana pula dengan Perjanjian Pangkor Kedua? Setelah UNMO dan Barisan Nasional (BN) tewas di negeri Perak, Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP telah membuat satu perjanjian dengan Pas mengenai perlantikan Menteri Besar. Ianya adalah surat perjanjian antara DAP dan wakil Pas bagi membolehkan Pas menjadi Menteri Besar. Ini adalah disebabkan mengikut adat istiadat negeri Perak, Menteri Besar hendaklah dilantik dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam.
Menurut beberapa orang penyokong Pas, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (MB Perak) telah menandatangani surat ini secara terpaksa. Di kalangan pemimpin Pas yang tahu tentang surat perjanjian ini enggan mengulas lanjut tentang perjanjian ini kerana ianya memalukan pihak Pas sendiri. Kalau Perjanjian Pangkor pertama ditandatangani di atas sebuah kapal Inggeris di perairan Selat Dinding, di mana pula “Perjanjian Pangkor Kedua” ini ditandatangani dan mengambil tempat? Mungkinkah di atas bekas kapal korek lombong bijih yang ada berselerak di Lembah Kinta? Hanya Pas dan DAP sahaja yang tahu.
Perjanjian Pangkor Kedua ini ditandatangani di antara Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dengan Mohd. Nizar Jamaluddin (DUN Pasir Panjang). Walaupun ada wakil Melayu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi mengapa beliau tidak dilantik untuk menjadi Menteri Besar. Adakah disebabkan tidak mendapat perkenan Sultan Perak atau DAP sendiri yang tak berkenan.
Antara isi kandungan “Perjanjian Pangkor 2” ialah :
1 ) Mohd. Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.
2 ) Mohd. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana-mana terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain lain lagi.
3 ) Mohd. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.
4 ) Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 wakil Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil Pas.
DAP juga menuntut Speaker DUN Perak dari wakil DAP. Jika dilihat perkembangan politik di Perak sekarang siapakah yang sebenarnya berkuasa. Menteri Besar atau DAP. Lihatlah apa yang telah berlaku apabila bila Karpal Singh (Pengerusi DAP) telah mula berani mencabar Sultan dan tidak menghiraukan lagi undang-undang.
Sehingga sekarang Karpal Singh masih berdegil untuk memohon maaf kepada Sultan Perak malah mencabar rakyat untuk membuat seberapa banyak laporan polis jika mereka suka. Beliau dengan riak dan bangganya mempertahankan apa yang beliau telah buat. Apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahan kenyataan Karpal Singh membuatkan beliau lebih naik “tocang“. Apa yang Menteri Besar, Mohd. Nizar buat? Hanya berdiam diri kerana sudah terikat dengan perjanjian? Di mana letaknya maruah sebagai Menteri Besar?
Rakyat tahu keris sebagai simbol tanah melayu yang mempunyai kuasa beraja dan sultan. Kalau Datuk Seri Hishammuddin boleh mohon maaf kerana menghunus keris semasa perhimpunan Agong UMNO, mengapa Karpal Singh yang menghina Sultan ini tidak boleh mohon maaf? Bukankah tindakan Karpal ini lebih “racist” dari itu? Adakah Mohd. Nizar sedar yang beliau adalah Menteri Besar boneka dipergunakan oleh DAP demi kepentingan politik mereka.
Contohnya pemberian geran kepada beberapa kampung baru (walaupun dah lama) dilihat satu tindakan proaktif oleh sebuah kerajaan yang baru dibentuk. Tapi hakikatnya, siapa yang memperolehi untung yang lebih. Berapa kerat Melayu yang dapat? Kuota hartanah orang Melayu dirampas adalah yang terbaru. Menteri Besar Perak mengumumkan untuk menjual semua kuota-kuota hartanah Melayu yang tidak terjual di semua kawasan perumahan di Perak. Adakah ini gara-gara dari desakan DAP?
Selepas ini apa lagi. Inilah terjadi apabila kuasa diletak di hadapan, Pas sanggup menggadai perjuangan asal Islam dan sanggup duduk semeja, tidur sebantal dengan DAP, janji boleh kuasa walaupun hanya sebagai boneka. Inilah yg berlaku sekarang. Apakah Pakatan Rakyat terus akan berkuasa dan seterusnya membolehkan DAP bermaharajalela di bumi Dato Maharajalela ini? Tepuk dada tanya selera. Hanya rakyat negeri Perak sahaja yang tahu akan jawapanya.
dipetik dari :www.isuhot.com
www.renchamalaysia.blogspot.com
[nota: ini bukan pendapat www.rencahmalaysia.blogspot.com; pembaca DINASIHATKAN untuk merujuk dan membuat penilaian sebelum menyatakan akan hal ini. Atas alasan perundangan tiada komen untuk artikel ini boleh dibuat]
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
2 days ago
0 Responses:
Post a Comment