Jun 26, 2008

MENTERI BESAR SELANGOR: PEJABAT YANG HANGAT!

Selepas memecat Pengarah Lembaga Muzium Negeri Selangor pada 9 Jun 2008 dan menggelarkan Maimunah Mohd Said sebagai artifak, pada 23 Jun 2008 Khalid sekali lagi bertindak dengan menggantung jawatan Yahya Shahri iaitu Pegawai Tugas-tugas Khas beliau.

Pegawai Kanan Menteri Besar Selangor yang juga ahli senior dalam Parti Keadilan Rakyat(PKR) itu digantung jawatan sebagai Pegawai Tugas Khas MB Selangor dengan beralasankan bahawa Yahya Shahri menyalahgunakan kuasa dan memonopoli pengagihan kontrak pembuangan sampah di Petaling Jaya. Pada 10 Jun lalu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) memanggil Yahya untuk memberikan keterangan selama empat jam berhubung siasatan kes kelulusan kontrak dan tender pembersihan serta kutipan sampah yang melibatkan kawasan Petaling Jaya.

Tindakan Khalid ternyata mendatangkan perasaan tidak puas hati kepada Yahya. Yahya dikatakan meletakkan jawatannya atas alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Beliau telah menghantar surat perletakan jawatan kepada MB Selangor dan melepaskan jawatannya secara sukarela.

Yahya bukan sahaja melepaskan jawatan yang disandang dalam kerajaan negeri Selangor, malah beliau turut melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Perhubungan PKR Selangor yang mana turut melibatkan Khalid sebagai Ketua Perhubungannya.

Yahya, seorang aktivis lama PKR mengakui beliau mendapat sokongan dan berpengaruh dalam kalangan 70 hingga 80 peratus bahagian di negeri itu. Beliau juga menjelaskan bahawa beliau tidak meluluskan sebarang projek atau tender, tetapi hanya memberikan surat sokongan.

Atau adakah laporan yang dilakukan oleh 4 orang individu mengenai tindakan Yahya ini terdiri daripada golongan yang tidak memperoleh surat sokongan kelulusan tender atau projek yang dimaksudkan? Yahya turut menyatakan Khalid hanya mementingkan kumpulan kroninya yang elit dan korporat. Khalid Ibrahim dikatakan mendapat komisyen dengan memberi projek rumah kedai kepada Lim Kim Hong di Seksyen 7, Shah Alam. Lim Kim Hong(kroni Khalid) adalah bekas pemegang saham Kanzen Berhad dan Dreamland Holdings Bhd. Kini perniagaan Lim kembali stabil dan maju dengan pertolongan Khalid melalui syarikat Sumurwang Sdn Bhd. Lim adalah funder Khalid sejak Khalid berada di Guthrie lagi.

Ezam Mohd Noor pula menuduh Khalid mengutip derma daripada kontraktor-kontraktor yang memohon projek di Selangor untuk sambutan 100 hari Pakatan Rakyat. Menurut Ezam duit yang diderma itu bukan untuk sambutan program sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun PKR. Akaun yang mana satu? Akaun peribadi Khalid, akaun Lim atau akaun PKR?

Belum pun sampai 100 hari PKR berkuasa di Selangor sudah timbul isu penyelewengan dan rasuah. Sudah wujud pergaduhan sesama sendiri hasil bahana suapan dari belakang pintu. Bagaimana dengan janji mereka selama ini yang kononnya mahukan sebuah kerajaan yang bersih sekiranya belum sampai 100 hari pemerintahan lagipun sudah wujud berkerak-kerak rasuah yang dilaporkan?

dipetik dari www.kulitpisang.com

0 Responses: