[dari Bharian.com.my]
Adakah ini satu lagi cara menghalang kemaraan karier politik DSAI atau memang benar kes liwat ini kerja beliau? sama-sama kita nantikan.
dipetik dari Bharian.com.my
Berita 1:
Polis beri amaran penyokong Anwar jangan sebar khabar angin, buat kecoh KUALA LUMPUR: Polis semalam memberi jaminan akan melakukan siasatan dengan adil dan telus berhubung dakwaan terbaru kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin, mengingatkan penyokong Anwar supaya tidak melakukan sebarang kekecohan atau menyebarkan khabar angin yang boleh mengancam ketenteraman awam.
Sejak malam kelmarin, ramai penyokong Anwar dikatakan berkumpul di sebuah hotel di Shah Alam, terutama selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa Penasihat PKR itu akan ditahan kerana dituduh meliwat seorang pembantunya, berusia 23 tahun Khamis lalu. Majlis Tertinggi dan Biro Politik PKR turut mengadakan mesyuarat tergempar malam kelmarin, manakala Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media semalam mempertahankan suaminya dan menyifatkan tuduhan terbaru itu sebagai satu lagi konspirasi politik untuk mengalihkan tumpuan terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Anwar bagaimanapun tidak hadir pada sidang akhbar parti itu kerana berlindung di Kedutaan Turki di sini dan mengeluarkan kenyataan sembilan perenggan pada jam 5.30 petang semalam bagi menjelaskan mengenai dakwaan terbaru terhadapnya itu.
Awal pagi kelmarin, Anwar dalam satu kenyataan yang dibacakan Naib Presiden PKR, R Sivarasa, menyifatkan dakwaan itu 'hanya rekaan semata-mata' dan laporan polis itu dibuat bagi menyekat kebangkitan karier politiknya selepas kemenangan besar pembangkang pada pilihan raya umum lalu. Anwar juga mendakwa ia satu lagi rancangan jahat diatur pihak tertentu sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehnya membabitkan salah guna kuasa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Mohd Bakri pada sidang medianya bagaimanapun menegaskan, semua pihak tidak seharusnya membuat sebarang andaian terhadap kes ini, sebaliknya hendaklah memberi peluang kepada polis melakukan siasatan dengan adil. "Dakwaan Anwar juga satu andaian kerana sehingga kini belum ada sebarang laporan polis dilakukan. Kita akan membuat penyiasatan secara terperinci dalam semua aspek dari segi perundangan.
"Siasatan baru bermula. Kita akan melihat tuduhan yang dilakukan pengadu secara teliti dan mengenal pasti seksyen mana yang mengaitkannya," katanya tetapi enggan mengulas sama ada Anwar akan dipanggil memberi kenyataan dalam masa terdekat. Beliau berkata, pengadu membuat laporan di pondok polis Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 5.45 petang kelmarin dengan mendakwa diliwat Anwar di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun lalu. Mengenai dakwaan penyokong Anwar yang pengadu dipaksa membuat laporan polis, Mohd Bakri berkata, pengadu membuat laporan itu secara sukarela.
Berita 2 :
Anwar gagal hadiri sidang akhbar, Wan Azizah pertahan suaminya
SHAH ALAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal untuk tampil pada sidang akhbar yang disusun oleh parti itu bagi menjelaskan dakwaan meliwat seorang pembantunya, sebaliknya Datin Seri Wan Azizah Wan Azizah tampil mempertahankan suaminya apabila mendakwa tuduhan terbaru itu adalah satu lagi konspirasi politik. Wan Azizah yang juga Presiden PKR mengulangi kenyataan Anwar semalam yang menafikan dakwaan kononnya suaminya itu meliwat seorang lelaki berumur 23 tahun sepertimana yang terkandung dalam laporan polis yang dibuat lelaki itu semalam.
"Ini (tuduhan) adalah hanya rekaan semata-mata dan konspirasi kedua (terhadap Anwar)," katanya pada sidang akhbar itu dengan ditemani oleh anaknya, Nurul Izzah yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, Timbalan Presiden PKR, Datuk Syed Husin Ali dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali di sini.
Semalam, seorang lelaki berumur 23 tahun membuat laporan di balai Polis Travers, di sini dengan mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lalu di sebuah tempat di ibu negara. Azizah berkata polis sehingga ini belum mengambil keterangan daripada suaminya itu berhubung dakwaan itu. Beliau berkata, Anwar juga masih berada dalam negara dan kini berada di "suatu tempat".
Sementara itu Azmin berkata, Anwar kini sedang bersembunyi dan tidak dapat hadir di sidang akhbar itu kerana bimbang dengan keselamatannya berikutan menerima ancaman baru-baru ini yang boleh menggugat nyawanya.
"Keputusan menyembunyikan diri diputuskan oleh mesyuarat pimpinan PKR bagi menjaga keselamatan Datuk Seri Anwar," katanya. Wan Azizah yang ditanya enggan memberikan sebarang komen berhubung dakwaan ancaman yang membahayakan nyawa seperti yang diterima suaminya itu. Malam tadi, Anwar dan pemimpin PKR berkumpul di sini bagi menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu. - Bernama
Berita 3:
Nik Aziz akui tuduhan terhadap Anwar jejas pembangkang
KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui tuduhan terbaru terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mencalarkan imej pembangkang dan polis perlu menyiasatnya secara terperinci. Beliau berkata, tuduhan itu juga boleh dikaitkan dengan konspirasi untuk menjatuhkan seseorang pemimpin parti politik seperti Anwar. “Ye lah (tuduhan) ini boleh mencalarkan imej (pembangkang) dan saya sebagai ketua kampung (Mursyidul Am PAS) sedih kenapa ada tuduhan seperti ini,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan polis di Balai Polis Travers, di sini oleh seorang lelaki berumur 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lalu di sebuah tempat di ibu negara. Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan meliwat pembantunya itu sambil menyifatkan dakwaan terbaru itu “hanya rekaan semata-mata” yang bertujuan untuk menyekat kebangkitan karier politiknya selepas pakatan pembangkang mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum Mac lalu. Nik Aziz berkata, dalam Islam tuduhan berat seperti itu memerlukan saksi bagi mengelakkan tertuduh menerima aib.
“Tuduh menuduh seperti ini kena ada saksi. Liwat ni orang tak buat tengah jalan, dia buat sulit jadi kena ada saksi. “Boleh jadi ini konspirasi juga kerana mereka pemimpin politik. Tetapi tidak tahulah (benar atau tidak),” katanya. Beliau juga kecewa dengan fitnah yang juga banyak dilemparkan di blog tertentu yang membabitkan pemimpin negara. Sementara itu, anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, juga terkejut dengan isu terbaru itu dan meminta polis menyiasatnya secara terperinci dan telus.
“Tunggulah siasatan pihak polis dan mana-mana pihak jangan buat keputusan sendiri,” katanya. - Bernama
Berita 4: (dari thestar.com.my)
Man behind Anwar sodomy report seen posing with Cabinet ministers
SHAH ALAM: PKR has released four sets of pictures showing the man who made a police report alleging sodomy by Datuk Seri Anwar Ibrahim.
The pictures were taken at the office of the Deputy Prime Minister and the accuser was posing with three Cabinet ministers.
One of the pictures showed Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, posing with Khairil Anas Yusof, an aide at the Deputy Prime Minister's office.
“I have a picture actually showing the link to the Deputy Prime Minister,” PKR president Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail told a packed press conference after the PKR supreme council meeting.
“The young man who lodged the police report (against Anwar) was in the Deputy Prime Minister's office. I think that is explanatory.
“Next to the young man is the Deputy Prime Minister's special officer Khairil Anas Yusof,” she said.
Mohd Saiful, a student leader at a local university and Anwar's special assistant during the March general election, made a police report that he was sodomised by Anwar last Thursday.
Asked if she was implying that Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was behind the allegation, Dr Wan Azizah said it was just speculation.
“I mean, the picture is (was taken) at the Deputy Prime Minister's office. That's it,” she said.
Asked whether the allegation was another political conspiracy against Anwar, similar to the one in 1998, she said: “Very much so. This is a second conspiracy, a political murder that has been committed against my husband. An attempted murder politically.”
On whether the allegation had any relevance to the allegation linking Najib to Mongolian Altantuya Shaariibuu's murder, she said: “You can link it because it's another diversion from the issues we are facing in our country. This is a political diversion.”
Dr Wan Azizah, however, could not tell when the pictures were taken and did not disclose who forwarded them to her handphone.
The other pictures were of Mohd Saiful posing with Agriculture and Agro-based Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed, Tourism Minister Datuk Azalina Othman and Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad.
Asked why Anwar was not present at the press conference, Dr Wan Azizah said he received a death threat a few weeks ago.
“He is in a safe place to protect him from danger. We have reason to believe that Anwar's safety is at risk. We received death threats. We were given the advice to take care of Anwar's life,” she said.
On whether Anwar would lodge a police report on the death threats, she said they would discuss the matter with the lawyers.
“We have to protect ourselves at the moment. A lot of Malaysians seek his leadership. Therefore, we have to protect him not only because he is my husband but also because he's the leader of our country,” Wan Azizah said.
When contacted, Shahrir declined to comment on the pictures, saying that he had taken many photos with many people.
www.rencahmalaysia.blogspot.com
0 Responses:
Post a Comment