Kegemilangan UMNO akan kembali
Banyak isu sudah mula dapat diselesaikan oleh kerajaan BN setelah berusaha untuk membetulkan kesilapan yang lalu. Isu lompat parti oleh ahli parlimen BN sebenarnya bukanlah merupakan isu yang serius , cuma isu ini dimainkan bagi melancarkan perang saraf untuk melemahkan keharmonian dan perpaduan dalam UMNO. Mereka yang memiankan isu ini sebenarnya tahu bahawa perkara ini tidak akan berlaku. Namun tekik yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim ini agak berkesan dan bijak dalam permainan perang saraf sehingga Tun juga terpengaruh dan meniru Anwar memainkan isu lompat parti ini.
Namun kerajaan tidaklah sebodoh dan panik dengan mainan perang saraf Anwar dan Tun ini. Lompat parti hanyalah satu fantasi bagi Anwar dan kini fantasi ini tidak akan menjadi realiti. Pembangkang agak sunyi ketika ini kerana sukar untuk mencari bahan untuk menempelak kerajaan kerana kerajaan telah cuba melakukan yang sebaiknya untuk negara. Karpal Singh juga mengulas bahawa lompat parti tidak mungkin terjadi di Sabah dan ianya lagi akan menjadi mustahil apabila Pak Lah telah menyelesaiakan masalah dan tuntutan rakyat Sabah.
Beliau sebenarnya tidak setuju dengan cara lompat parti ini kerana ianya merupakan satu amalan mengkhianat parti dan mereka yang mengkhianat parti ini sepatutnya tidak boleh diberikan sebarang status. Jelas disini angan dan cita Anwar sebenarnya tidak disetujui oleh parti DAP yang merupakan komponen PR yang sehingga kini tidak lagi berjya menubuhkan PR secara rasmi.
Masalah yang kita hadapi sekarang bukanlah banyak dari pembangkang, tetapi maslah yang kita hadapi sekarang adalah dari dalaman dan juga juak-juak Tun Mahahthir yang tidak berpuas hati selagi dendam kepada Pak Lah tidak dapat ditunaikan oleh keluarga Tun. Dendam ini kini sudah sampai ketahap peribadi dan Tun berazam untuk menjatuhkan Pak lah dengan apa jua cara.
Alhamdulillah, atas berkat kesabaran Pak lah dan meneruskan tugasan beliau untuk memperbaiki UMNO telah mula dirasai oleh rakyat dan segala tekanan yang dibuat oleh juak-juak Tun menjadi sia-sia sahaja. Pak lah berjaya mengaqwal perasaan dan tidak mudfah melenting dengan serangan juak-juak Tun dan Tun sendiri yang kini mula bergabaung dengan bloggers anti kerajaan. Apa-juga serangan dari juak Tun akan akhirnya tenggelam begitu sahaja apabila kerjasama antara pak Lah dan najib menampakkan kekentalan dan sukar digugat.
kita hanya memerlukan beberapa bulan sahaja lagi untuk menyelesaikan maslah ini dan kemudian akan menumpukan sepenuhnya untuk menghadapi pembangkang pula. Sokongan terhadap Pak lah telah mula menyerlah dan ini akan melumpuhkan segala tohmahan dan fitnah yang dileparkan kepada beliau selama ini, sementara parti pembangkang telah mula menunjukkan kesilapan yang kian ketara dan rakyat telah mula melihat kelemahan mereka jika dibandingkan dengan kerajaan yang begitu memahami dan mendengar kehendak rakyat.
Pemimpin yang telah mendesak Pak Lah dahulu kian tertekan kerana tekanan mereka tidak menjadi dan mereka kini terpaksa bersedia untuk menerima hukuman dai ahli UMNO atau mencari jalan keluar untuk menyelamatkan kerier politik mereka .Pemimpin sebegini tidak patut kita biarkan terus menerajui kepimpinan UMNO dan mereka ini perlu kita ketepikan kerana mereka ini yang menyusahkan UMNO ketika UMNO sedang tersepit dan mahu kembali menyokong kita apabila UMNO berada dalam keadaan yang baik. Kita telah mengenal pasti mereka-mereka yang sengaja mahu menyusahkan UMNO ketika parti ini menghadapi kesukaran beberapa bulan yang lalu.
Dari poll yang kami lakukan , jelas pembaca juga telah muak dengan mereka ini dan kedudukan mereka kini kian tertinggal jauh dalam bancian KPMU. Kemasukan Ezam juga akan memberikan nafas yang baru kepada generasi Muda di dalam UMNO.Kita tunggu sahaja waktu dan masa akan memastikan kita akan kembalikan kegemilangan UMNO.
dipetik dari:www.kpmu.net
www.rencahmalaysia.blogspot.com
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
2 days ago
0 Responses:
Post a Comment