Kuala Lumpur, 5 Jun 2008.
Kesan kenaikan minyak : keluhan Orang Minyak
Kenaikan harga minyak hari ini telah mengusarkan banyak pihak. Kenaikan sebanyak 2.70sen seliter bagi petrol dan 2.58sen seliter bagi diesel menyaksikan orang ramai mula mengeluh.
Dalam temumurah yang dilakukan pada hari ini, wartawan Barubatuapi Sdr. Ali Hilang Tongkat menyatakan bahawa orang ramai mula menunjukkan rasa kurang senang dengan kenaikan harga minyak. Ada yang mula mengaitkan kenaikan harga minyak dengan program angkasa lepas Malaysia yang menggunakan berjuta tong minyak. Ada pula yang mengaitkan kenaikan harga minyak dengan kehilangan spek Sdr. Huseein Lempoyang dan ada pula yang mengaitkan kehilangan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) kepada Singapura.
Walau apa pun alasan yang cuba kita cari namun, tanpa kita sedari ada satu pihak yang sangat tertekan dengan kenaikan harga minyak ini.
Minyak amat berkait rapat dengan hidup beliau. Malahan nama beliau telah pun menjadi household name dalam masyarakat majmuk Malaysia. Sebut sahaja Orang Minyak, berderu wanita-wanita Melayu lari menyelamatkan ...dara (maksud penulis) diri mereka. Malahan ada filem yang dibuat atas nama individu unik ini. Individu tersebut ialah Orang Minyak.
Ikuti temumurah wartawan Barubatuapi dengan Sdr. Orang Minyak.
Tempat temumurah:
Belakang stesen minyak Sdr. Abu Arang, Jalan Temasik (Masih lagi milik orang melayu), Kuala Lumpur, Malaysia.
BBA: Salam sejahtera Sdr. Apa kabar?
OA: Surat kabar.
BBA: Mengapa surat kabar?
OA: Sebab dalam surat kabar ada macam-macam berita. Ada berita sedih, gembira, sensasi, gossip panas gossip sejuk, gohead gostan, lompat parti, lompat sana sini, lompat galah..
BBA: Cukup-cukup. Tak payah lah nak panjang cerita. Saya kan orang surat kabar. Saya lagi tahu dari Sdr. Orang Minyak tentang cerita dalam surat kabar. Pendek cerita, saya dari Barubatuapi ingin temumurah Sdr. Orang Minyak tentang kenaikan harga minyak. Adakah ia akan memberi kesan kepada Sdr. Orang Minyak?
OA: ooo..orang surat kabar la ni. Wartawan gitu? Editor tak marah ke kalau awak buat cerita pasal saya?. Dengar kabar banyak cerita yang editor buang, cantas atau tukar. Almaklumlah takut-takut cerita panas, tak best pulak untuk bos-bos di atas.
BBA: ehh..mana boleh cerita. Itukan public secret. Semua orang tau, tapi takde siapa yang cerita. Jadi adakah kenaikan harga minyak ini menjejaskan anda?
OA: Tentu sekali. Dulu boleh ambil minyak banyak. RM30 boleh dapat 15 liter sekarang ini RM30 dapat 10 liter sahaja rugi besar saya. Mungkin lepas ini saya terpaksa tukar profession dari seorang orang minyak kepada orang air.
BBA: Tapi orang air pun susah. Sekarang ini air pun mungkin naik. Kerajaan PR di Selangor kata nak bagi air percuma 5 hari lepas tapi sampai sekarang bayang pun tak ada. Mungkin takut tariff air naik, pasal kos maintenance naik. Apa kata kalau tukar Sdr. Orang Minyak tukar jadi Orang Laut. Lagi gempak.
OA: Tak boleh. Saya mabuk laut. Pasal tu tak nak jadi sailor. Pernah la try dulu mintak naik kapal scorpion kita kat Perancis tu. Test punya test tak boleh jalan lah, pasal dia punya kapal kecik dah le tu mahal pulak. India dengan Chilie beli kapal yang sama tapi harga berkali ganda murah.
BBA: ooo..ehh..banyak juga ye yang Sdr. Orang Minyak tahu pasal hal ehwal dunia.
OA: Saya ni Orang Minyak. Keje menyelinap masuk rumah orang. Selalu juga dengar orang besar-besar mengingau tengah-tengah malam. Ada yang sebut nak jadi PM , ada yang sebut nak jadi TPM . Ada yang tersasul kutuk-kutuk Raja Melayu, lepas tu tak mengaku kutuk. Macam-macam la saya dengar.
BBA: ooo..ini dah macam spy dalam filem spy Baba keluaran Astro.
OA: Spy baba Astro?
BBA: Kata tau sangat hal dunia. Astro pun tak tahu?
OA: Astro TV tu kan? TV satelit yang bila time hujan je, tak kira la di mana-mana hatta di venezuala pun, siaran tergendala tu ye?, yang mahal tu ye? yang upgrade sendiri akaun pelanggan lepas tu charge bagai nak rak tu ye? .
Sorry la saya tak tengok Astro. Tapi dengar kabar ramai orang Melayu yang tengok Astro terutama Akademi Fantasia. Dengar-dengar juga untung Astro untuk itu masuk jutaan ringgit. Lepas tu, hadiah kemenangan semua tajaan dari luar. Astro hanya taja sijil dan trofi yang harga tak sampai seratus.
BBA: Ye la Astro tu la. Cerita balik pasal spy ni. Best ke jadi Spy?
OA: Saya bukan spy la. Keje saya mencuri dan menakutkan anak dara orang. Spy ni macam yang Ruhanie Ahmad cakap dalam blog dia. Ada SPY Singapura kat Malaysia. Kat tingkat 4 bangunan besar katanya. Saya tak sempat kesana. Nanti ada masa saya nak menyelinap pulak ke situ. Nak dengar SPY tu mengigau apa.
BBA: alahai, hari dah petang ni. Saya nak balik. Tapi sebelum tu nak tanya juga, Filem Sumpahan Orang Minyak tu tak dapat royalty ke? Tu kan pakai nama Sdr.
OA: Tu la yang saya marah sangat. Dah la pakai nama saya, takde pun nak letak link blog atau at least nama saya dalam filem tu. Sakit hati betul la. Terasa macam anak-anak Tan Sri P. Ramlee pulak. Royalti ada, tapi dinafikan hak oleh tauke besar kat Temasik.
BBA: Saya pulang dulu la. Banyak keje lagi ni. Nak ke Jalan Riong. Balik Opis. Nak taip dan nak hantar pada editor. Kalau tak buat hari ni, esok takde cerita sensasi. Takde cerita sensasi takde la rezeki. Soru pun miss.
OA: ooo..sila-silakan. Balik ikut jalan mana?
BBA: Ikut smart tunnel.
OA: Baik-baik ikut sana.
BBA: Kenapa?
OA: Terowong tu di bina untuk laluan air bukan untuk laluan kereta. Jadi faham-faham je la. Kalau air naik, air dapat lalu dulu, lepas tu baru le kereta.
BBA: oo..macam tu ye. terima kasih la kerana sudi ditemumurah hari ini. Lain kali boleh la lagi ye.
OA: Kalau diizinkan tuhan. Perkataan Allah susah nak guna sekarang. Maklumlah Kristian pun nak guna nama tu. Nanti salah orang pulak. Selamat pulang.
Saya pun nak isi minyak kereta ni. Jauh nak berjalan. Maklumlah nak survey-survey jalan. Dengar kabar jalan kat Sungai Siput dah tak best macam dulu. Yang tip top sekarang ni jalan di Parlimen Sepang.
BBA: oo..bye.
OA: Bye.
www.rencahmalaysia.blogspot.com
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
2 days ago
0 Responses:
Post a Comment