Dec 10, 2009

KENAPA TENGKU ABDUL RAHMAN LEPASKAN SINGAPURA KEPADA CINA!

“Pak Engku, saya ni nak tanya sikit. Hal ini agak hal peribdi, boleh?”, kata aku kepadanya.

“Tanyalah Cikgu kalau hendak tanya.”, jawabnya.

“Sampai hari ini orang Melayu kita rasa kesal Pak Engku lepaskan saja Singapore tu ke tangan Lee Kuan Yew sampai dapat pula orang Cina sebuah negara lagi di dunia ini dengan percuma saja... Jadi kenapa Pak Engku mudah saja melepaskan Singapore tu dulu?”, aku akhirnya tanya Tunku. Risau juga hati aku sekiranya soalan aku itu seperti mempertikai dirinya.

“Itu bukan Cikgu tanya hal peribadi tu... Saya ingat tadi Cikgu nak tanya saya ni kenapa saya ni tak kahwin seorang lagi.”, kata Tunku lalu dia gelak agak kuat juga. Aku jadi rasa tidak selesa bila dia gelak begitu sebab di atas rumah jenazah Allahyarham Mansur sedang terbujur kaku.

“Saya ni faham, bukan saya tak faham itu semua... Kalau ikut, memanglah orang Melayu kita memang tak setuju.. Tapi saya pada masa itu saya ni melihat realiti yang bangsa kita orang Melayu kena hadapi kalau Singapore terus berada dalam Malaysia. Nanti lebih banyak masalahnya kepada orang Melayu kalau Singapore ada dalam Malaysia. Sebab apa, sebab di Singapore sudah ada berapa juta penduduk bangsa Cina? Maknanya, kalau Singapore tu kekal dalam Malaysia, depa pun warganegara Malaysia juga. Bangsa depa di sana kaya raya belaka kalau dibandingkan dengan bangsa kita orang Melayu. Kita hendak halang macam mana kalau di Johor itu penuh dengan depa dari Singapore? Depa banyak duit, depa boleh beli habis tanah di Johor tu..Yang kita orang Melayu pulak senang-senang boleh pajak ka jual ka pada bangsa depa.... Itulah kelemahan orang kita Melayu......

“Sudahlah di Penang ni bangsa depa dok ramai... Dah macam depa punya pun Penang ni.... Orang Melayu dah terpinggir dah. Orang Melayu Umno boleh buat apa?.... Nanti di Johor juga depa dok lebih ramai dari Melayu kalau Singapore dok dalam Malaysia.... Kita orang Melayu boleh kata apa? Depa warganegara Malaysia juga walaupun depa dok di Singapore kalau Singapore tu dalam Malaysia.”, kata Tunku memberi tahu aku.

“Tapi Pak Engku, di Johor tu dia orang tak boleh beli tanah kepunyaan Melayu, sebab tanah kepunyaan orang Melayu sudah Malay Reserved, kan Pak Engku?”, kata aku.

“Malay reserved tu on paper saja, Cikgu ooi... Depa boleh sewa. Kalau depa sewa, kemudian depa pelihara pula kerbau pendek tu, h'aaa, itu pun dah cukup orang Malyu boleh pi lari, tak payah depa guna senjata halau orang Melayu boleh pi pindah.”, kata Tunku, ketawa. “Malay Reserves tu on paper saja Cikgu. Lawyer boleh buat surat agreement depa boleh sewa... depa boleh bina rumah; depa boleh buat ladang atas nama sewa. Orang Melayu kita ni dapat duit sewa sikit pun dah puas hati, bagi habis tanah.”, kata Tunku kepada aku.

“Tun Razak dulu, macam mana, dia juga setuju?”, aku tanya lagi.

“Mula-mula dia tak setuju. Tapi bila saya jelaskan, kalau kekalkan Singapore dalam Malaysia, jumlah orang orang Melayu dengan bangsa depa Cina, sudah sama ramai dengan bangsa kita, mungkin jadi lebih. Nanti negeri Pahang tu pun bangsa depa yang lebih ramai, kita hendak kata apa? ... Tu la hari tu saya ada dok sebut pada Cikgu dengan Mansor yang saya ni tak suka bangsa kita Melayu ni merancang keluarga. Cikgu ingat tak saya ada kata.?”, kata Tunku kepada aku.

“Saya ingat, Pak Engku.”, jawab aku.

“Kalau dah ingat tu baguslah... Jangan merancang keluarga. Cikgu bagi tahulah kawan-kawan, jangan. Negara kita ni pakai sistem demokrasi, tapi kalau dah merancang keluarga, nanti jadi kurang pengundi Melayu. Nak boleh dapat suara majoriti macam mana? Kalaulah Singapore dok ada lagi dalam Malaysia, bangsa depa lebih ramai dari bangsa kita semua.”, kata Tunku, dan dia terus ketawa.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

p.s
dalam tawa ada betulnya. 

0 Responses: