Dec 2, 2009

Apabila Melayu Pulau Pinang rerima bantuan faki miskin di Tokong Cina!



Dr Novandri Hasan Basri

Lim Guan Eng memang pandai berlakon. Beliau begitu cepat mengarahkan YB Phee Boon Poh membuat laporan polis kononnya terdapat sms yang berbau fitnah mengenai menyerahan bantuan fakir miskin kepada orang Islam di tokong Cina.

Realitinya, Lim Guan Eng dan rakan-rakan sosialis beliau telah menukar tempat dengan harapan tidak ada lagi yang tahu.


(klik foto untuk lebih jelas)

Tetapi malangnya, isu bertukar tempat itu telah terbongkar dengan kewujudan foto yang menunjukkan beberapa fakir miskin di dalam sebuah tokong Cina bersama sami-sami tokong Cina tersebut!


(klik foto untuk lebih jelas)

Foto di atas menunjukkan beberapa wanita Islam bertudung yang berdiri di sebelah kiri sami-sami tokong cina yang duduk di tengah.

Penulis difahamkan bahawa fakir miskin Islam itu telah menerima gula,beras 5kg,kopi,milo dan angpau RM10 dan terpaksa menerima di tokong Dewa Ling Hean Kong Hwa Kwong ,Telok Air Tawar.

Fakir Islam itu juga terpaksa menunggu upacara sembahyang tokong Cina sehingga selesai sebelum menerima sumbangan tersebut.

Yang menyedihkan ialah bantuan yang disalurkan kepada fakir miskin Islam adalah hasil daripada kutipan jualan tiket loteri yang dianjurkan pada sebelah malam sebelum itu. Untuk yang beragama Islam,wang hasil judi adalah haram. - pisau.net.

Penulis melihat isu ini sebagai sikap tidak prihatin Ketua Menteri Pulau Pinang dan ADUN DAP yang tidak sensitif dengan budaya dan agama Islam. Mereka itu tidak layak menjadi pemimpin kepada rakyat berbilang kaum di negeri Pulau Pinang ini!

Janganlah pula Lim Guan Eng menafikan penglibatan beliau dan kerajaan negeri Pulau Pinang di dalam isu ini kerana nama Phee Boon Poh terpapar di dalam surat JKM negeri dan Phee merupakan exco negeri.


Lim Guan Eng memang pembohong besar!

dipetik dari MIM Blogspot 

0 Responses: