Jan 21, 2009

Serban dan topi keledar

Terkini ada disebutkan akan seorang budak yang memakai serban dan disabitkan kesalahan oleh mahkamah majistret. Maka menderulah pihak-pihak berkepentingan mengatakan bahawa undang-undang ini aneh, undang-undang ini tidak islamik dan undang-undang ini diskriminasi.

Aneh bukan. apa yang anehnya ialah apabila soal keselamatan dikaitkan dengan soal politik keagamaan?. Mereka menyamakan turban yang dipakai oleh golongan sikh dengan serban. Untuk pengetahuan semua, dalam kes mahkamah persekutuan yang membenarkan pemakaian turban oleh penunggang motorsikal beragama sikh. [saya akan postkan butiran kesnya disini nanti apabila saya mendapat keselurahan teks tersebut] yang mana ia dinyatakan secara khusus tentang ini.

Undang-undang sangat sayang kepada anak-anak melayu islam. Mereka ini, wajib memakai helmet demi perlindungan kepala jika terjadi kemalangan. Bayangkan nyawa seorang sikh. Ia diberikan kebebasan untuk mati. Mana lebih bagus perlindungan kepala dan nyawa ketika berlaku kemalangan? helmet atau serban atau turban?


Untuk memakai serban seseorang memerlukan beberapa bukti bahawa dia adalah Lebai yakni orang yang mulia. Hanya lebai boleh diberikan keistimewaan ini kerana Malaysia mengiktiraf bahawa ada kepentingan serban dan ia tidak boleh diberikan secara am kepada semua orang. Istimewanya serban ini kepada undang-undang malaysia. hanya berhak sahaja diberikan keistimewaan untuk tidak disaman apabila dia adalah Lebai. Agama lain ada?

Kalau kita memberikan kepada semua orang hak untuk tidak disaman disebabkan hanya memakai serban maka bayangkan anak-anak muda mat rempit (yang hampir semua adalah melayu) tidak memakai helmet. Mereka ini hanya memakai serban. Dan tidak boleh disaman. Apa akan jadi, padahal dengan pemaksaan pemakaian helmet sahaja kadar kematian mat rempit sudah tinggi, banyangkan pula tanpa helmet. Ini merupakan faktor keselamatan. Lagipun apa kepentingan untuk seorang anak remaja memakai serban? untuk berlagak bahawa dia mampu melawan undang-undang?

Ini pada pendapat saya bukan soal agama. INi soal keselamatan yang perlu ditekankan. Soal nyawa anak-anak kita. Benar, mati itu dimana-mana dan datang dalam pelbagai bentuk, tetapi bukankah mengambil langkah keselamatan itu lebih penting?

Pada anda diluar sana, JANGAN POLITIKAN isu yang penting seperti ini. Jangan salahkan kerajaan sekiranya anda gagal memahami kepentingan undang-undang.

Sekiranya anda berfikiran begitu, maka pada saya, anda adalah golongan ibubapa yang tidak sayang nyawa anak. Anda tidak layak mempunyai anak.

0 Responses: