Kes liwat DS Anwar Ibrahim akan mula didengar semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Februari 2009.
Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01petang dan 4.30 petang 26 Jun lepas.Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan bon peribadi RM20,000. Seluruh rakyat Malaysia dan mungkin seluruh dunia akan mengikuti perbicaraan ini yang akan menentukan hidup dan mati DS Anwar dalam politik.
Ketika saya masih bertugas di Ipoh, saya sering juga mendengar ceramah-ceramah politik anjuran parti-parti pembangkang terutamanya PAS. Seingat saya antara tahun 1997 dan 1998 saya sering menghadiri ceramah-ceramah Sdr.Mohamad Sabu yang memang terkenal sebagai 'ayam laga' atau 'ayam sabung' Parti Islam SeMalaysia itu. Caranya yang bersahaja, cerita-cerita jenaka, selain maklumat-maklumat terkini politik tanah air sentiasa mengamit hati saya untuk mendengarnya.Salah satu maklumat terkini dan paling panas ketika itu yang kurang menyenangkan hati saya ialah gosip-gosip berkenaan Timbalan Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim berhubung dengan salahlaku moralnya, sehingga Sdr Mohamad Sabu menggelarkannya sebagai Sheikh Anwar Ibrahim Al-Juburi.
Saya tidak senang dengan gosip itu kerana saya amat menyanjung tinggi peribadi Anwar bukan setakat jawatan TPM malah pernah menjadi menteri di kementerian saya bertugas. Malah jauh dari itu saya sememangnya antara ribuan peminat politiknya kerana karismanya, visinya, misinya, pidatonya, latarbelakang agamanya dan beliau menjanjikan harapan baru kepada Melayu, Islam dan Malaysia. Saya tetap berpegang kepada prinsip ' seseorang itu tidak boleh didapati bersalah selagi dia tidak disabitkan kesalahannya oleh mahkamah'
11 tahun sudah berlalu, terlalu sarat dengan peristiwa dan cerita-cerita politik. Imbauan 11 tahun dahulu membuat saya tersenyum kerana isu liwat DS Anwar telah saya dengar beberapa bulan sebelum beliau dipecat, bukan melalui saluran-saluran rasmi berita perdana tetapi melalui ceramah-ceramah politik Sdr Mohamad Sabu.
Lebih melucukan lagi Parti Sdr Mohamad Sabu sendiri sekarang sedang bersengkokol dengan parti DS Anwar Ibrahim. Sekarang ini orang yang disebut Sheikh Anwar Ibrahim Al-Juburi menjadi sahabat pula kepada parti Mohamad Sabu dan melantiknya pula sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.
Tulisan saya ini ada sedikit persamaan dengan tulisan seorang penulis yang mengelarkan dirinya pendeta dengan tajuk tulisannya 'Konspirasi Besar DAP, Pas Dalam Kes Liwat Anwar' ditulis pada 16 Julai 2008.
Pendeta menulis :Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh dan Mat Sabu, Naib Presiden Pas sekarang adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur.
Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk.
Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar. Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku lima bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.
Pelik tetapi benar, apabila dua orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar dan hari ini mereka amat menyanjungi Anwar.Tentu sukar untuk mempercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut.
Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama? Tidakkah ini kelihatan seperti “ada udang di sebalik batu”?Lebih menghairankan lagi apabila Anwar sendiri rela diwakili oleh Karpal Singh yang pernah menuduhnya melakukan salahlaku seks. Atau adakah disebabkan dendam Karpal Singh terhadap Tun Dr. Mahathir pada masa itu?
Penulis berpendapat Anwar bersetuju menerima Karpal sebagai sebahagian pasukan peguambelanya kerana beliau tidak perlu malu dan segan untuk dia meluahkan segala rahsia seksnya kerana yakin Karpal sendiri sudah mempunyai maklumat yang sama apabila membuat dakwaan sebelum ini.
Jadi Anwar tidak perlu berselindung dengan Karpal dan memudahkan Karpal Singh mengatur strategi untuk membela Anwar dalam perbicaraan nanti.Pada masa itu, Karpal Singh mengambil peluang ini untuk menawarkan khidmatnya sebagai peguambela Anwar. Karpal sedar bahawa Anwar akan terpaksa mendedah segala maklumat penting bagi membolehkannya membela Anwar.Jadi, boleh disimpulkan bahawa setiap sejarah hidup, perilaku dan tindakan yang pernah diambil oleh Anwar sudah berada di tangannya.
Karpal juga mengambil kesempatan untuk menjadi popular apabila membuat tuduhan bahawa ada konsipirasi untuk membunuh Anwar menggunakan asernik dan sebagainya.Hakikat sebenarnya tuduhan konspirasi ini tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuh badan Anwar.
Malah jika benar dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar disuntik oleh virus HIV, penulis yakin Anwar sudahpun meninggal dunia hari ini kerana penyakit AIDS.Tidakkah Anwar sudah masuk ke perangkap Karpal Singh sehingga beliau bebas melakukan segala bentuk konspirasi selepas ini? Tidakkah Anwar telah dicucuk hidung dan bakal diheret ke mana-mana oleh DAP.Kenapakah sekarang DAP dan Karpal Singh setuju sebulat suara untuk melantik Anwar sebagai PM sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat.Alasannya cukup mudah dan hebat!. Semasa menjadi peguambela Anwar, Karpal telah berjaya mengumpulkan banyak bukti hasil pengakuan Anwar sendiri dalam usaha untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan salahlaku seks.
Penulis yakin Karpal Singh dan DAP masih menyimpan bukti-bukti ini bagi mengawal tindakan Anwar apabila dia menjadi PM nanti. Kita tahu bahawa sememangnya terdapat peruntukan undang-undang yang mewajibkan peguam menyimpan rahsia anak guamnya.DAP dan Karpal Singh mandapat faedah yang besar jika mereka berjaya memastikan Anwar Ibrahim mengikut telunjuk mereka dengan bukti-bukti yang ada pada Karpal.Anwar yang sememangnya gilakan populariti sudah pasti tidak berani untuk melawan kerana bimbang rahsia yang memalukan akan terdedah kepada umum terutama penyokongnya yang setia.Jika ini berlaku, setiap tindakan dan keputusan Anwar tentunya akan memihak kepada Karpal Singh dan DAP.Pada masa itu nanti, orang Melayu hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa tindakan.
Jadi siapa sebenarnya yang melakukan dan mengatur konspirasi, DAP dan Pas ataupun Barisan Nasional?Nasihat kepada Anwar Ibrahim supaya jangan pandai membuat tuduhan melulu kepada kerajaan. Belajarlah dari pengalaman yang lepas siapa yang sebenarnya melakukan konspirasi terhadap anda.Ingat satu jari anda menuding kepada orang lain, empat jari menuding kepada anda kembali.
Tidak hairanlah kalau Karpal Singh menyokong kecaman Amerika terhadap Malaysia untuk menunjukkan sokongannya terhadap Anwar sebagai membalas sokongan Anwar mempertahankannya dalam kes biadapnya terhadap Sultan Perak.Anwar dan Karpal Singh ibarat lagu dan irama yang tak dapat dipisahkan.
Jika kes liwat terbaru ini naik ke mahkamah, adakah Anwar akan melantik Karpal Singh sebagai peguambelanya?
Anwar yang saya sanjung dahulu, yang saya harapkan akan membawa harapan dan sinar baru kepada Melayu, Islam dan Malaysia semakin jauh dari hati saya dan rakan-rakan yang seangkatan.
Dalam keadaan politik Pakatan Rakyat yang semakin carca merba, DS Anwar bukan sahaja jauh dan jauh tetapi akan terus hilang dari sanubari kami walaupun dahulu beliau adalah pemimpin Agong yang diimpikan.Amir HamzahBatu Pahat.
dipetik dari : amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
www.rencahmalaysia.blogspot.com
Jan 22, 2009
kes LIwat Anwar dibicarakan pada 5 dan 6 Februari 2009
amirrash Jan 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (RSS)
0 Responses:
Post a Comment