Pilihan Raya Kampus: Aspirasi Tidak Kalah di UM
Aspirasi tidak kalah di Universiti Malaya. Di UM, nama Aspirasi tidak digunakan. Tempat Aspirasi digantikan dengan nama "Penggerak Mahasiswa".
Semalam, 19 Januari 2009, adalah proses pengundian di Universiti Malaya. Keputusannya, Penggerak Mahasiswa mendapat 20 kerusi, Pro Mahasiswa mendapat 19 kerusi dan calon bebas (kedua-duanya dari Fakulti Undang-Undang) mendapat 2 kerusi. Persoalannya siapakah yang menguasai tampuk MPP di Universiti Malaya? Penggerak Mahasiswa atau Pro Mahasiswa?
Pada awal keputusan pagi tadi, laman blog yang pro kepada Pro M sudah pun mengisytiharkan bahawa Universiti Malaya dikuasai oleh Pro M.Difahamkan kedua-dua calon Bebas ini tidak mengaku menyokong kepada Pro Mahasiswa (baca sini).
Dua calon bebas tersebut ialah Noor Azween Mohd Iqbal dan Lim Bee San. "Sesungguhnya, sejajar dengan pendirian bebas calon-calon Fakulti Undang-Undang, maka mereka masih mengekalkan posisi mereka sebagai calon bebas tanpa berpihak kepada mana-mana pihak," kata Gary Ong Kah Lon (jurucakap kedua-dua calon Bebas tersebut).
Universiti Malaya menjadi tumpuan utama sepanjang pilihan raya kampus kali ini kerana timbul pelbagai isu yang kontroversi. UM dianggap sebagai universiti rebutan antara 20 IPTA yang lain. Dua calon bebas ini bakal menjadi faktor penentu kepada Pro M dan Penggerak Mahasiswa.
Kedudukan di UM tidak menjadi persoalan besar kepada Aspirasi untuk menguasai IPTA dalam pilihan raya kampus kali ini. Ini kerana Aspirasi sudah menang di UPM dengan 35-13 dan menang di UPNM dengan 13-0. Keseluruhannya, Aspirasi sudah kuasai 17 IPTA, seri dengan Pro M di UNIMAS, meninggalkan tempat di UM kepada Pro M dan Penggerak Mahasiswa dan masih lagi bertembung dengan We Unite For Islam (WUFI) dan PKPIM di UIA. (Gambar: Azlan Zainal, Presiden Parti Mahasiswa Negara yang menjadi orang pertama menjumpai kepala babi di surau Akademi Pengajian Islam pada 16 Januari 2009. Mengapa perlu Azlan yang menjadi orang pertama menemui kepala babi terbabit? Orang lain semuanya kena pukau? Baca sini).
Pihak mana pun yang menjadi MPP di UM perlu melaksanakan manifesto yang telah dijanjikan. Bolehkah UMANY menunaikan janjinya untuk menghapuskan ISA hanya kerana dengan jawatan MPP di kampus? Sudah tentu tidak. Ini menunjukkan bahawa perjuangan Pro M lebih berdasarkan retorik dan emosi semata-mata.
Apakah Faisal Mustafa (Exco Angkatan Muda PKR) menjadi pengurus calon kepada kumpulan Pro M? Kehadiran Zainulfakar Yaacob (bekas aktivis PMIUM, pengasas kepada Parti Mahasiswa Negara) atas tiket Web TV PAS malam tadi semasa pengiraaan calon menyerlahkan siapa sebenarnya di belakang kumpulan Pro M.
Oleh itu, berbanggalah Harakah mengakui bahawa UM sudah jatuh ke tangan Pro Mahasiswa. Apakah Pro M ini juga pro kepada PAS?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
dipetik dari www.anginperubahan.blogspot.com
www.rencahmalaysia.blogspot.com
Jan 21, 2009
Pilihan Raya Kampus: Aspirasi Tidak Kalah di UM
amirrash Jan 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (RSS)
0 Responses:
Post a Comment