Jan 22, 2009

PKM : Pejuang kemerdekaan?




Secara tiba-tiba banyak cerita zaman komunis yang naik baru-baru ini.


Hal RPK yang mengatakan Chin Peng pejuang kemerdekaan, kes perjuangan DAP dan MCA menuntut duit dari British tentang apa yang dikenali sebagai Batang Kali massacre, dan sudah tentu ulasan-ulasan dalam berbagai blog pasal hal ini. Benda ni bukan baru, malahan sesetengah orang macam bekas MP Kampar James Wong Wing-On dari DAP yang bekerja dengan Malaysiakini memang dari dulu sudah beria-ia memperjuangkan komunis dan bermati-matian mempertahankan Parti Komunis Malaya yang banyak membunuh Melayu Perak termasuk Melayu di kawasan Kampar sendiri.




Aku sebenarnya tak mahu masuk campur sangat kalau tiba-tiba ramai pulak bebudak Cina dengan India mahupun Melayu sekalipun yang tiba-tiba mahu memperherokan Chin Peng dan geng-geng komunisnya yang di tangan mereka bermandi darah Melayu di samping darah Cina dan India, sambil memperlekehkan dan membaruakan beribu pahlawan negara yang berjuang menjaga keamanan bangsa dan negara dalam pasukan polis dan tentera.Nak buat macam mana, dah depa nak jadi macam tu, walaupun aku nak sangat tengok budak-budak ni buat pementasan macam ni dalam Bahasa Kebangsaan pulak kat kampung-kampung Melayu kat Sungai Manik ke, Batu Pahat ke, Gerik ke. Mesti orang-orang kampung suka dan teruja tengok show depa. Mesti orang-orang kampung turut menangis kasihan kepada komunis-komunis ini atas kesusahan dan perjuangan mereka.

Apa patutnya tindakan anak cucu mangsa komunis kepada bangsat-bangsat ini?Amacam FiveArtsCentre, Wong Tay Sy, Grey Yeoh, Norman Teh, Fahmi Fadzil, Janet Moo Tein Ni, Lim Chung Wei, Mislina Mustaffa, Mohammad Hariry, Fahmi Reza, Hari Azizan, chi too, David Xavier, Lau Mengq Yek, Renita Che Wan, Tan Zi Hao, Mark Teh, Amir Muhammad, Azmyl Yunor, Chu Chu Yuan, Hardesh Singh, Imri Nasution, Jerome Kugan, Leow Puay Tin, Azmi Sharom, Mavis Puthucheary, Tricia Yeoh, Marion D'Cruz, Elaine Pedley, Seng Yu Jin, Koh Nguang How, Amanda Low, Anne James, Bryan Chang, Faiqsyazwan Kuhiri, Jo Kukathas, Lew Chee Seong, Kee Thuan Chye, Malik Imtiaz Sarwar, Mislina Mustaffa, Yasmin Ahmad dan geng-geng lain, takkan tak berani kot? Tak pun buat kat dalam kem RAMD ke, PPH ke, Renjer ke.Baru Berani! Baru Revolusi! Setakat main Bangsar, Brickfield, Bangsar, Brickfield je tak payah la.


Memang sebenarnya aku tak nak masuk campur, walaupun nak kata aku tak kesah tu tipu la. Tapi apa yang aku kesah adalah mana dia penentangan atau penjelasan dari ahli-politik Melayu pasal hal-hal berkaitan penjenamaan semula komunis ni. Yang ada cuma dari bloggers saja. Tahniah kepada Datuk Ron, Jebat Must Die dan Dari Kacamata Melayu kerana memberi penjelasan alternatif anda.


.................................................................


Sebelum apapun, elok kita mengimbau semula sejarah tanah air kita ini.Satu kekeliruan yang sering ditimbulkan secara sengaja oleh banyak pihak ialah percubaan memaparkan bahawa sejarah tanah air kita ini bermula dari tahun-tahun kemerdekaan sahaja, seolah-olah sengaja mahu membuat anak-anak dan cucu kita malah generasi kita sendiri supaya mempunyai tanggapan bahawa hak kita di bumi ini hanya bermula baru-baru ini sahaja.


Satu lagi kekeliruan yang suka ditimbulkan oleh pengacau-pengacau keamanan dan pengkhianat moden berbagai bangsa ini ialah bahawa komunis seperti Chin Peng itu ialah pejuang kebangsaan dan kemerdekaan.


Sebenarnya bumi ini telah lebih seribu tahun dihuni dan diperintah oleh bangsa nusantara, dan selama itu juga-lah telah dikenali sebagai bumi Melayu - Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).


Penjajah British hanya datang sebagai sebuah kuasa politik di tanah ini agak lewat iaitu pada tahun 1786, itupun di Pulau Pinang. Di negeri seperti Johor, penjajah British tidak pernah pun memerintah mahupun menguasai tanah itu. Manakala di banyak negeri lain, kehadiran kuasa asing hanyalah terhad kepada beberapa aspek tertentu sahaja. Hanya di negeri-negeri Selat sahaja penguasaan politik oleh British boleh dikatakan mutlak.


Orang Cina dan India pula hanya datang beramai-ramai pada awal abad ke 20, itupun atas kemahuan penjajah British untuk bekerja dalam syarikat perlombongan dan estet mereka dan bukannya atas kemahuan dan jemputan pemilik sebenar tanah air ini, iaitu orang-orang Melayu melalui Raja-Raja Melayu.Walaupun di awal abad ke-20 ini, jumlah kaum Cina sangat ramai, hingga di sesetengah tanah Melayu seperti di Singapura, Pulau Pinang, Ampang, Taiping dan Lembah Kinta jumlah mereka melampaui rakyat negara ini sendiri iaitu orang Melayu, kaum Cina ini tidak pernah sebenarnya mempunyai apa-apa hak di negara ini.


Kedudukan mereka sebenarnya lebih bawah dari kedudukan pendatang-pendatang asing Bangladesh dan Myanmar yang bekerja sebagai buruh binaan dan pelayan restoran dan security guard masa ini.


Ini kerana pendatang asing hari ini dijemput oleh tuan tanah dan kerajaan yang berhak, sedangkan orang Cina dan India masa itu dibawa masuk oleh penjajah.


Sebaliknya Orang-orang Cina pendatang ini, yang kebanyakannya dari Wilayah-wilayah Kwangtung dan Fukien, hidup dalam dunia mereka sendiri sebagai sebahagian dari diaspora besar negara asal mereka, iaitu China. Di awal abad ke-20, isu paling besar bagi kaum Cina pendatang ini ialah berkaitan menggulingkan pemerintahan Dinasti Qing (kerajaan Manchu) di negeri China di bawah pimpinan Dr Sun Yat Sen. Dr Sun Yat Sen disokong kuat oleh kumpulan Liga Hung (Hung League) atau juga dikenali sebagai Heaven and Earth Society di China (yang selalu kita tengok dalam filem-filem kung fu lama China).


Di Tanah Melayu, Heaven and Earth Society ini dikenali sebagai Ghee Hin, satu nama yang tidak asing lagi bagi mereka yang belajar sejarah.


Apabila Dr Sun Yat Sen berjaya menghancurkan Dinasti Qing pada 1912 dan menubuhkan Kuomintang (KMT), ramai daripada mereka ini juga terlibat menubuhkan cawangan Kuomintang di Tanah Melayu pada 1913 dan bergerak sebagai sebahagian daripada politik tanah Besar China.


Apabila komunis mula kuat di China mulai awal tahun 1920-an, ramai kaum Cina di Malaysia juga mula memegang idea komunisme dan menyusup masuk dalam KMT Tanah Melayu di samping bergerak cergas melalui kesatuan-kesatuan sekerja. Pada tahun 1931, iaitu tiga tahun selepas tertubuhnya perang saudara di China antara KMT dan komunis, Parti Komunis Malaya pula ditubuhkan.


Di awal penubuhan rasminya, PKM ini beroperasi memperjuangkan apa yang diarahkan oleh dasar Comintern pada masa itu, iaitu menegakkan negara komunis di negara tempat tinggal masing-masing, walaupun negara itu negara orang dan bukan negara mereka sendiri. Atas sebab ini dan di bawah bimbingan Biro Timur Jauh Parti Komunis Rusia yang beroperasi di Shanghai, PKM menentang British kerana British itu golongan kuasa paksi (Axis) dan bertentangan dengan ideologi mereka.


Apabila Perang Jepun-Cina meletus pada tahun 1937, seluruh diaspora Cina bersatu membenci dan menentang Jepun. Lalu apabila Jepun menyerang Tanah Melayu pada 1941, PKM menentang Jepun secara bawah tanah. Oleh kerana objektif mereka sama dengan British, iaitu ingin menewaskan Jepun, sudah tentu sekali kumpulan Cina ini yang pada masa ini mula dikenali sebagai MPAJA, menerima bantuan British melalui bantuan senjata dan askar Force 136, bak kata pepatah “The enemy of my enemy is my friend”.Dan apabila Jepun menyerah kalah akibat peristiwa bom atom Hiroshima dan Nagasaki, kaum Cina ini mula keluar dari hutan dan menunjukkan belang sebenar mereka. Tanpa memperdulikan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu, mereka mengisytiharkan bahawa Tanah Melayu ini sekarang milik mereka. Di bandar-bandar kecil yang telahpun ditinggalkan sepenuhnya oleh askar Jepun, mereka diarak dan diraikan. Orang-orang Cina membina pintu gerbang dan sepanduk melaungkan kejayaan komunis. Pada masa yang sama mereka mula membunuh ramai orang Melayu. Beribu-ribu orang Melayu dibunuh oleh komunis, hinggalah kedatangan semula British di bawah BMA (British Military Administration).


Apabila British masuk kembali dan enggan menyerahkan Tanah Melayu ke bawah pentadbiran MPAJA, kumpulan Cina ini kembali semula masuk ke hutan dan berperang pula dengan pentadbiran British. Kumpulan KMT pula, yang bila Jepun kalah mula bergaduh semula dengan musuh lama mereka komunis, menubuhkan MCA, dengan seorang kolonel Kuomintang, Tun Henry H.S. Lee menjadi menteri kewangan Malaysia yang pertama.


...........................................................................


Kisah di atas ini sebenarnya satu ringkasan sahaja apa yang berlaku, dan tujuannya hanya satu iaitu untuk menegaskan bahawa CINA KOMUNIS TIDAK PERNAH PADA BILA-BILA MASAPUN MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN BUMI TANAH MELAYU INI.


Sebaliknya tujuan mereka hanyalah berjuang untuk kepentingan mereka sendiri dan untuk kepentingan Tanah Besar China (bukan kepentingan Tanah Melayu) dan untuk kepentingan ideologi komunis dunia di bawah arahan Comintern.


Motif mereka berdasarkan semangat cintakan tanah air China mereka (bukan semangat cintakan Tanah Melayu), semangat marah pada Jepun berikutan events di China (bukan di Tanah Melayu) dan untuk mengambil alih ketuanan dan kuasa di Tanah Melayu. Dan sudah tentu, dari dulu sampai sekarang, mereka memang pandai memutarbelitkan kata-kata (spin) seolah-olah merekalah pejuang, sedangkan sebenarnya mereka hanya pembunuh dan pengkhianat Tanah air ini.


Oleh itu, sesiapa sahaja yang memperjuangkan Chin Peng atau mana-mana komunis dari PKM adalah sama ada bodoh atau cuba untuk menipu. Apapun mereka harus ditentang. Kepada orang-orang Malaysia yang pernah saudara-mara mereka dibunuh dan dizalimi komunis, menjadi tanggungjawab kita semua untuk sama-sama bersuara menentang trend ini yang nampak gayanya semakin menjadi-jadi.


Kepada pemimpin politik Melayu, tidak kira lah dari parti apa, rentikanlah menjadi boneka dan kerbau puak-puak komunis ini. Jangan jadi pengkhianat bangsa zaman moden.Dan kepada sesiapa yang terbaca artikel ini, sila copy dan pastekan di blog anda dan sebarkan. Sila juga link kan ke blog ini, kerana dalam artikel-artikel seterusnya saya akan terus menulis berkaitan hal-hal sebegini.



kes LIwat Anwar dibicarakan pada 5 dan 6 Februari 2009

Kes liwat DS Anwar Ibrahim akan mula didengar semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Februari 2009.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01petang dan 4.30 petang 26 Jun lepas.Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan bon peribadi RM20,000. Seluruh rakyat Malaysia dan mungkin seluruh dunia akan mengikuti perbicaraan ini yang akan menentukan hidup dan mati DS Anwar dalam politik.

Ketika saya masih bertugas di Ipoh, saya sering juga mendengar ceramah-ceramah politik anjuran parti-parti pembangkang terutamanya PAS. Seingat saya antara tahun 1997 dan 1998 saya sering menghadiri ceramah-ceramah Sdr.Mohamad Sabu yang memang terkenal sebagai 'ayam laga' atau 'ayam sabung' Parti Islam SeMalaysia itu. Caranya yang bersahaja, cerita-cerita jenaka, selain maklumat-maklumat terkini politik tanah air sentiasa mengamit hati saya untuk mendengarnya.Salah satu maklumat terkini dan paling panas ketika itu yang kurang menyenangkan hati saya ialah gosip-gosip berkenaan Timbalan Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim berhubung dengan salahlaku moralnya, sehingga Sdr Mohamad Sabu menggelarkannya sebagai Sheikh Anwar Ibrahim Al-Juburi.

Saya tidak senang dengan gosip itu kerana saya amat menyanjung tinggi peribadi Anwar bukan setakat jawatan TPM malah pernah menjadi menteri di kementerian saya bertugas. Malah jauh dari itu saya sememangnya antara ribuan peminat politiknya kerana karismanya, visinya, misinya, pidatonya, latarbelakang agamanya dan beliau menjanjikan harapan baru kepada Melayu, Islam dan Malaysia. Saya tetap berpegang kepada prinsip ' seseorang itu tidak boleh didapati bersalah selagi dia tidak disabitkan kesalahannya oleh mahkamah'

11 tahun sudah berlalu, terlalu sarat dengan peristiwa dan cerita-cerita politik. Imbauan 11 tahun dahulu membuat saya tersenyum kerana isu liwat DS Anwar telah saya dengar beberapa bulan sebelum beliau dipecat, bukan melalui saluran-saluran rasmi berita perdana tetapi melalui ceramah-ceramah politik Sdr Mohamad Sabu.

Lebih melucukan lagi Parti Sdr Mohamad Sabu sendiri sekarang sedang bersengkokol dengan parti DS Anwar Ibrahim. Sekarang ini orang yang disebut Sheikh Anwar Ibrahim Al-Juburi menjadi sahabat pula kepada parti Mohamad Sabu dan melantiknya pula sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Tulisan saya ini ada sedikit persamaan dengan tulisan seorang penulis yang mengelarkan dirinya pendeta dengan tajuk tulisannya 'Konspirasi Besar DAP, Pas Dalam Kes Liwat Anwar' ditulis pada 16 Julai 2008.

Pendeta menulis :Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh dan Mat Sabu, Naib Presiden Pas sekarang adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur.

Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk.

Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar. Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku lima bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.

Pelik tetapi benar, apabila dua orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar dan hari ini mereka amat menyanjungi Anwar.Tentu sukar untuk mempercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut.

Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama? Tidakkah ini kelihatan seperti “ada udang di sebalik batu”?Lebih menghairankan lagi apabila Anwar sendiri rela diwakili oleh Karpal Singh yang pernah menuduhnya melakukan salahlaku seks. Atau adakah disebabkan dendam Karpal Singh terhadap Tun Dr. Mahathir pada masa itu?

Penulis berpendapat Anwar bersetuju menerima Karpal sebagai sebahagian pasukan peguambelanya kerana beliau tidak perlu malu dan segan untuk dia meluahkan segala rahsia seksnya kerana yakin Karpal sendiri sudah mempunyai maklumat yang sama apabila membuat dakwaan sebelum ini.

Jadi Anwar tidak perlu berselindung dengan Karpal dan memudahkan Karpal Singh mengatur strategi untuk membela Anwar dalam perbicaraan nanti.Pada masa itu, Karpal Singh mengambil peluang ini untuk menawarkan khidmatnya sebagai peguambela Anwar. Karpal sedar bahawa Anwar akan terpaksa mendedah segala maklumat penting bagi membolehkannya membela Anwar.Jadi, boleh disimpulkan bahawa setiap sejarah hidup, perilaku dan tindakan yang pernah diambil oleh Anwar sudah berada di tangannya.

Karpal juga mengambil kesempatan untuk menjadi popular apabila membuat tuduhan bahawa ada konsipirasi untuk membunuh Anwar menggunakan asernik dan sebagainya.Hakikat sebenarnya tuduhan konspirasi ini tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuh badan Anwar.

Malah jika benar dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar disuntik oleh virus HIV, penulis yakin Anwar sudahpun meninggal dunia hari ini kerana penyakit AIDS.Tidakkah Anwar sudah masuk ke perangkap Karpal Singh sehingga beliau bebas melakukan segala bentuk konspirasi selepas ini? Tidakkah Anwar telah dicucuk hidung dan bakal diheret ke mana-mana oleh DAP.Kenapakah sekarang DAP dan Karpal Singh setuju sebulat suara untuk melantik Anwar sebagai PM sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat.Alasannya cukup mudah dan hebat!. Semasa menjadi peguambela Anwar, Karpal telah berjaya mengumpulkan banyak bukti hasil pengakuan Anwar sendiri dalam usaha untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan salahlaku seks.

Penulis yakin Karpal Singh dan DAP masih menyimpan bukti-bukti ini bagi mengawal tindakan Anwar apabila dia menjadi PM nanti. Kita tahu bahawa sememangnya terdapat peruntukan undang-undang yang mewajibkan peguam menyimpan rahsia anak guamnya.DAP dan Karpal Singh mandapat faedah yang besar jika mereka berjaya memastikan Anwar Ibrahim mengikut telunjuk mereka dengan bukti-bukti yang ada pada Karpal.Anwar yang sememangnya gilakan populariti sudah pasti tidak berani untuk melawan kerana bimbang rahsia yang memalukan akan terdedah kepada umum terutama penyokongnya yang setia.Jika ini berlaku, setiap tindakan dan keputusan Anwar tentunya akan memihak kepada Karpal Singh dan DAP.Pada masa itu nanti, orang Melayu hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa tindakan.

Jadi siapa sebenarnya yang melakukan dan mengatur konspirasi, DAP dan Pas ataupun Barisan Nasional?Nasihat kepada Anwar Ibrahim supaya jangan pandai membuat tuduhan melulu kepada kerajaan. Belajarlah dari pengalaman yang lepas siapa yang sebenarnya melakukan konspirasi terhadap anda.Ingat satu jari anda menuding kepada orang lain, empat jari menuding kepada anda kembali.

Tidak hairanlah kalau Karpal Singh menyokong kecaman Amerika terhadap Malaysia untuk menunjukkan sokongannya terhadap Anwar sebagai membalas sokongan Anwar mempertahankannya dalam kes biadapnya terhadap Sultan Perak.Anwar dan Karpal Singh ibarat lagu dan irama yang tak dapat dipisahkan.

Jika kes liwat terbaru ini naik ke mahkamah, adakah Anwar akan melantik Karpal Singh sebagai peguambelanya?

Anwar yang saya sanjung dahulu, yang saya harapkan akan membawa harapan dan sinar baru kepada Melayu, Islam dan Malaysia semakin jauh dari hati saya dan rakan-rakan yang seangkatan.

Dalam keadaan politik Pakatan Rakyat yang semakin carca merba, DS Anwar bukan sahaja jauh dan jauh tetapi akan terus hilang dari sanubari kami walaupun dahulu beliau adalah pemimpin Agong yang diimpikan.Amir HamzahBatu Pahat.

dipetik dari : amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
www.rencahmalaysia.blogspot.com

Jan 21, 2009

Serban dan topi keledar

Terkini ada disebutkan akan seorang budak yang memakai serban dan disabitkan kesalahan oleh mahkamah majistret. Maka menderulah pihak-pihak berkepentingan mengatakan bahawa undang-undang ini aneh, undang-undang ini tidak islamik dan undang-undang ini diskriminasi.

Aneh bukan. apa yang anehnya ialah apabila soal keselamatan dikaitkan dengan soal politik keagamaan?. Mereka menyamakan turban yang dipakai oleh golongan sikh dengan serban. Untuk pengetahuan semua, dalam kes mahkamah persekutuan yang membenarkan pemakaian turban oleh penunggang motorsikal beragama sikh. [saya akan postkan butiran kesnya disini nanti apabila saya mendapat keselurahan teks tersebut] yang mana ia dinyatakan secara khusus tentang ini.

Undang-undang sangat sayang kepada anak-anak melayu islam. Mereka ini, wajib memakai helmet demi perlindungan kepala jika terjadi kemalangan. Bayangkan nyawa seorang sikh. Ia diberikan kebebasan untuk mati. Mana lebih bagus perlindungan kepala dan nyawa ketika berlaku kemalangan? helmet atau serban atau turban?


Untuk memakai serban seseorang memerlukan beberapa bukti bahawa dia adalah Lebai yakni orang yang mulia. Hanya lebai boleh diberikan keistimewaan ini kerana Malaysia mengiktiraf bahawa ada kepentingan serban dan ia tidak boleh diberikan secara am kepada semua orang. Istimewanya serban ini kepada undang-undang malaysia. hanya berhak sahaja diberikan keistimewaan untuk tidak disaman apabila dia adalah Lebai. Agama lain ada?

Kalau kita memberikan kepada semua orang hak untuk tidak disaman disebabkan hanya memakai serban maka bayangkan anak-anak muda mat rempit (yang hampir semua adalah melayu) tidak memakai helmet. Mereka ini hanya memakai serban. Dan tidak boleh disaman. Apa akan jadi, padahal dengan pemaksaan pemakaian helmet sahaja kadar kematian mat rempit sudah tinggi, banyangkan pula tanpa helmet. Ini merupakan faktor keselamatan. Lagipun apa kepentingan untuk seorang anak remaja memakai serban? untuk berlagak bahawa dia mampu melawan undang-undang?

Ini pada pendapat saya bukan soal agama. INi soal keselamatan yang perlu ditekankan. Soal nyawa anak-anak kita. Benar, mati itu dimana-mana dan datang dalam pelbagai bentuk, tetapi bukankah mengambil langkah keselamatan itu lebih penting?

Pada anda diluar sana, JANGAN POLITIKAN isu yang penting seperti ini. Jangan salahkan kerajaan sekiranya anda gagal memahami kepentingan undang-undang.

Sekiranya anda berfikiran begitu, maka pada saya, anda adalah golongan ibubapa yang tidak sayang nyawa anak. Anda tidak layak mempunyai anak.

Kekalahan BN di Kuala Terengganu Halang Agenda Najib

Kekalahan BN di Kuala Terengganu Halang Agenda Najib

BAKAL Perdana Menteri dalam penantian, Mohd Najib Razak mungkin sedikit terhibur dengan pandangan dan pembelaan ala 'ada udang sebalik batu' oleh Mahathir Mohamad yang mengatakan bahawa Najib tidak bersalah terhadap kekalahan Wan Farid Wan Salleh dalam pilihan kecil P36 Kuala Terengganu kelmarin. Alasan Mahathir ialah kerana Wan Farid itu bukan calon pilihan Najib sebaliknya calon pilihan Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir boleh berkata apa-apa saja yang beliau suka kerana lidahnya tidak bertulang seperti juga lidah para pendeta politik lain. Namun hakikatnya Najib mengerti dan memahami mesej yang dihantar oleh lebih 63,000 pengundi yang keluar mengundi kelmarin. Najib tentu tidak boleh melarikan diri dan mencampakkan beban dan kebusukan kekalahan itu ke dalam raga sayur orang lain.

Kenapa saya berkata begitu, kerana Najiblah yang menjadi enjin turbo kepada pilihan raya berkenaan. Tanggunjawab pilihan raya itu terletak dibahu Najib. Najib begitu bernafsu mengharapkan kemenangan. Setiap hari Najib turun ke Kuala Terengganu dengan jet eksekutifnya. Jet itu tersadar dari jam 2:00 petang hingga menjelang tengah malam di lapangan terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Bagi saya pandangan dan kata-kata Mahathir itu tidak adil dan bermotif. Saya jamin kalau tertakdir Wan Farid menang Mahathir akan menukar nada bicaranya dengan mengatakan kerana Najiblah BN menang. Dia mungkin menambah kalau bukan Najib suami isteri bertungkus lumus di Kuala Terengganu mungkin BN akan kalah. Kalah besar...!

Memang Najib sangat yakin BN akan menang. Di awal kempen beliau meletakkan BN ada kelebihan berbanding dengan Pas. Mungkin ukurannya kerana Kuala Terengganu adalah kerusi milik BN dan jarang dalam sejarah pilihan raya kecil Parlimen BN kecundang. Kuala Terengganu bukan Permatang Pauh di mana kerusi asal PKR tambahan yang mempertahankannya sultan PKR, Anwar Ibrahim. Kerana itu Najib begitu yakin.

Sebab itu nampak jelas Najib dan sepupunya memonopoli kempen, menguasai jentera pilihan raya dan juga poster yang memaparkan wajah dan personalitinya mereka yang anggun dan kebangsawannya di kawasan pilihan raya berkenaan. Kerana bimbang BN akan kalah maka peranan Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin diminimumkan begitu sekali sehingga ia menampakkan Khairy tidak berperanan langsung berbeza di Ijok dan Permatang Pauh. Selepas mengatakan Pas parti klu kelik Khairy pun bersampan untuk kelek.

Kerana keyakinan itu setip hari sepupunya itu bukan main lagi ikut sama bertungkus lumus dan dengan gah menjanjikan akan mengeluarkan 10,000 para pemudanya untuk membantu kemenangan BN.

Najib memerlukan kemenangan di Kuala Terengganu sebab beliau mahu menjadikan kemenangan itu sebagai modal awalnya sebelum beliau mengangkat sumpah menjadi PM. Najib mahu menunjukkan kepada dunia bahawa dia ada aura; belum jadi PM, BN sudah menang gemilang. Najib mahu buktikan bahawa peralihan kuasa dari Abdullah kepada beliau tidak semena-mena semangat dan sokongan kepada BN bertambah dan membuak-buak. Itulah harapan dan impian Najib.

Tiba-tiba keadaan jadi sebaliknya ia bukan menjadi gelombang tetapi sokongan kepada BN membueh saja. Kerusi yang dalam genggaman pun terlepas kepada Pas. Ia sungguh merawankan Najib. Keputusan malam kelmarin sungguh mengecewakan Najib.
Memang kekalahan itu perlu dirasai Najib dan mengecewakannya. Ini kerana ia memberi berbagai impak buruk kepadanya. Kekalahan BN di Kuala Terengganu itu juga secara langsung menimbus kecemerlangan Najib yang mendapat pencalonan hampir seratus peratus untuk jawatan Presiden Umno. Kegembiraan Najib dalam Umno dibunuh oleh pengundi di Kuala Terengganu.

Kekalahan itu juga menyebabkan orang membuat tanggapan bahawa demokrasi dalam Umno berbeza dengan demorkasi diluar Umno yang tidak bersimpati langsung dengan Najib. Yang mengenang jasa Tun Razak ialah orang Umno yang didik dan diberi makan tetapi bukan rakyat bebas di luar!

Tidak semena-mena juga kegagalan Najib membawa kemenangan atas kapastitinya bakal perdana menteri itu menyebab orang akan mengesahkan rasuah benar berlaku dalam Umno semasa pemilihan lalu sehingga memberi kemenangan besar kepada Najib dan calon lain Tengku Razaleigh Hamzah tidak mendapat satu undi pun selain dari bahagiannya sendiri. Belum tentu Najib mendapat pencalonan hampir seratus peratus kalau tidak ada sogokan wang, tawaran projek dan jawatan semasa kempen pemilihan itu. Ertinya kemenangan besar Najib itu adalah palsu.

Kekalahan dengan kekurangan 2,631 itu memberi kesedaran dan keinsafan kepada Najib. Bahawa beliau tidak popular dan tidak boleh menjadi pemangkin kepada kekuatan Umno di masa akan datang. Bahawa beliau begitu naif untuk berhadapan dengan pengaruh Anwar Ibrahim yang bersaing untuk merebut kerusi PM bersama beliau. Bahawa BN naif untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat yang semakin diterima dan meyakinkan rakyat.
Perkembangan-perkembangan dan petunjuk itu menampakkan masa depan Umno dan kerajaan BN ditangan Najib makin suram dan longlai. Kedudukan Najib sebagai PM dengan hanya kelebihan 29 kerusi di Parlimen kini sangat-sangat membimbangkan. Apa yang berlaku kini seolah memberi signal awal bahawa dalam pilihan raya umum ke-13 nanti kerajaan BN seakan mahu lenyap di bumi ini.

Barang kali, (diulang) barang kali betul juga saranan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang meminta agar Abdullah Ahmad Badawi terus memimpin negara ini dan tidak mudah menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Najib.

dipetik dari : www.msomelayu.blogspot.com
www.rencahmalaysia.blogspot.com

Perangai Jelek Pemimpin Pas di Kuala Terengganu

Perangai Jelek Pemimpin Pas di Kuala Terengganu

TUHAN telah mengatur segala-galanya. Nasib baik Mohd Abdul Wahid Endut menang dalam pilihan raya 17 Januari lalu. Kalaulah Abdul Wahid kalah banyaklah orang yang jadi duka nestapa kerananya.

Bukan Abdul Wahid seorang akan merasa malu dan wibawanya sebagai Adun Wakaf Mempelem terjejas, tetapi orang lain juga turut sama tercalar dan menanggung risiko malunya. Ini kerana ada orang yang menanti untuk bersorak kalau Pas kalah.

Disebabkan Abdul Wahid membawa kemenangan maka maruahnya dan maruah orang lain juga terselamat. Barang kali Tuhan membela orang-orang yang suci dan ikhlas hati. Orang yang menanti untuk bersorak itu pun akhirnya yang terkena sorakan sendiri!

Sebenarnya pilihan raya kecil Kuala Terengganu banyak menyimpan cerita suka dan duka. Ia terselindung kerana tidak ada sesiapa yang mungkin akan membukakannya. Pas Terengganu sendiri mungkin tidak akan membukanya sampai bila-bila dan kenangan pahit itu ditelan bersama asin air laut Cina selatan itu.

Orang hanya melihat Abdul Wahid tersenyum sambil mengangkat tangan melambaikan penuh keinsafan dan kesyukuran kerana kemenangan, tetapi ramai yang tidak tahu apa yang berlaku sebelum kemenangan itu, sebaik pilihan raya bermula. Kerana Wahid gigih dan tabah maka sukaduka itu pun berlalu begitu saja.

Biarlah di sini saya melukis serba sedikit kedukaan atau apa sebenarnya yang berlaku pada pilihan raya itu yang tercuit pada akal saya. Di sebalik kemenangan itu ada kepelikan yang berlaku kepada Pas, di kalangan pemimpin Pas sendiri.

Bagi Abdul Wahid, sebaik namanya disebut dan parti menaruhkan amanah perjuangan kepadanya, Abdul Wahid dikatakan mengalirkan air mata mengenangkan apa yang ada kepada dirinya. Beliau tidak bersedia dan tidak ada niat pun untuk menjadi calon. Beliau juga dikatakan menolaknya, namun kerana dipaksa oleh parti beliau tidak ada pilih lain untuk melainkan kena memikulnya. Begitulah seorang ahli yang berwala' dan tahu menghormati keputusan ketua rela menanggung dan memikul apa saja. Terima kasih Abdul Wahid.

Menjadi calon bukan senang. Tidak semua orang tergila untuk menjadi calon. Bagi mereka yang tahu mengukur baju di badan sendiri berfikir panjang untuk menerima tanggungjawab ini.

Calon dalam konteks Pas adalah amanah parti untuk menjadi khalifah menjaga agama, bangsa dan negara dan bukan bermain dengan kuasa apabila sudah menang atau setelah memilik jawatan tinggi.

Dua kali Abdul Wahid dikatakan menangis, pertama bila dipaksa jadi calon kedua kerana beliau tidak mempunyai kewangan cukup untuk menempuh pilihan raya itu berhadapan dengan calon BN, Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang terkenal dengan kebangsawanan dan kekayaannya.

Pas Terengganu juga tidak ada wang. Abdul Wahid tahu sangat sebab beliau adalah Bendahari Pas Terengganu. Lagipun kalau ada sedikit sebanyak masakan duit itu perlu dihabiskan kerananya. Namun perjuangan harus diteruskan juga.

Apa lagi perjuangan Pas di mana kemenangan demi kemenangannya sebelum ini pun bukan kerana wang tetapi kerana semangat, komitmen dan pengorban para ahli dan para penyokongnya.

Mungkin Abdul Wahid merasa bersemangat dan duka sedihnya terubat apabila beliau diberi jaminan oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mustafa Ali yang mengatakan, jangan risau soal wang kita akan hadapi dengan wang setakat yang kita ada. Mustafa berkata begitu kerana beliau tahu bahawa pilihan raya itu tidak akan mewah dengan wang seperti di Ijok atau Permatang Pauh dan Pengkalan Pasir.

Megenang dan menghayati bicara dan suasan itu dapat dibayangkan betapa perit dan susahnya Abdul Wahid dan Pas Terengganu menghadapi pilihan raya berkenaan. Namun cerita ini tidak diketahui sesiapa kecuali di kalangan pemimpin Pas Terengganu saja, Presiden Abdul Hadi Awang serta timbalannya Nasharudin Mat Isa yang bertindak selaku Pengarah Induk pilihan raya kecil berkenaan.Sepatutnya keadaan itu tidak wujud. Pas sebagai parti Islam seharusnya semua pemimpinnya bersatu dalam saat berhadapan dengan musuh. Tidak ada wang sama-sama cari wang. Lagipun maruah perlawanan itu adalah maruah Pas juga. Sebaliknya di Kuala Tertengganu lain jadinya. Abdul Wahid dan Pas Terengganu macam anak yatim menghadapi pilihan raya berkenaan tanpa kepedulian tinggi oleh segelintir pemimpinnya yang bangga dengan status profesionalisme.Ini semua kerana sikap tidak profesional beberapa kerat pemimpin Pas atasan yang pernah saya golongkan sebagai klon ini. Mereka tidak memberi kerjasama penuh kepada pilihan raya itu. Sebabnya terlalu kecil, iaitu kerana calon fraksi mereka tidak dipilih menjadi calon. Rupa-rupanya di dalam Pas juga ada kroni dan fraksi tersendiri dan sentimen keakuan yang panjang.

Sepanjang sejarah parti Pas yang dalam pemerhatian saya, (40 tahun) suasana begini tidak pernah berlaku. Walaupun sebelum pengumuman calon timbul berbagai kekalutan namun ia terhenti bila nama calon sudah diumumkan. Bahkan sampai ada tumbuk menumpuk kerana berebut calon tetapi mereka berbaik dan salualanabi semula sebaik hari penamaan calon tiba. Semua melupa kesilapan masing-masing dan menumpukan kepada pilihan raya.

Tetapi semangat dan budaya itu nampak tidak berlaku pada pilihan raya keci di Kuala Terengganu. Emosi dan rajuk terbawa-bawa sampai ke sudah. Apakah begini bentuk kepimpinan profesional yang dicanangkan sebagai bakal membawa perubahan?

Misalnya ada pemimpin yang terkenal sebagai pintar dan tahu mencari wang dan berada dalam lubuk wang dengan jawatannya dan dianggap sebagai banker dikatakan tidak menghulurkan bantuan satu sen pun kepada Pas Terengganu. Datang ke Terengganu hanya hanya melabuh senyum ambil gambar dan singgah seperti kereta yang menggunakan kad touch and go saja kemudian lesap. Pemimpin ini juga telah mengunci rapat peti besinya untuk Pas Terengganu menghadapi pilihan raya berkenaan.

Semangatnya juga kontras dengan apa yang ditunjukkan pada dua pilihan raya yang melibatkan calon PKR sebelum ini, di Ijok Selangor dan di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Bukan main lagi pemimpin ini membantu dan menyokong demi kemenangan calon PKR. Bukan saja tenaga tetapi wang dihulur dalam beg besar berwarna hitam membantu pilihan raya berkenaan. Nombor Redston yang membawa beg itu masih dalam ingatan saya.

Yang menghairankan kenapa untuk pilihan raya kecil melibat PKR boleh dibantu tetapi tidak dengan Pas? Mungkin pemimpin ini bebas menggunakan wangnya. Namun beliau kena ingat beliau berada di kerusinya sekarang ini bukan kerana orang PKR yang menyokong tetapi kerana orang Pas menyokongnya. Wang 'komisyen' yang dipunggut dari berbagai sumber itu tidak akan hadir kalau bukan kerana kedudukan itu.

Sepanjang kempen pemimpin ini dan golongannya tidak turun berkempen sesungguh hati seperti berlaku di Permatang Pauh. Mereka hanya datang sekadar menunjukkan muka saja tanpa mencemarkan tangan. Berlainan dengan Permatang Pauh semasa Anwar Ibrahim bertanding. Mereka bertumas dan menunggu Permatang Pauh berhari-hari macam menunggu isteri atau ibu nak bersalin. Seorang pemimpin betina Pas (pinjam istilah orang) sanggup masuk ke dalam pasar dan naik pejabat berkempen meraih undi untuk Anwar. Tetapi sebetina ini tidak kelihatan di Kuala Terengganu!

Di malam pengumuman kemenangan Abdul Wahid juga kumpulan ini tidak datang? Boleh dikatakan kemenangan Abdul Wahid itu disambut oleh pemimpin Terengganu saja bersama Presiden dan Timbalan Presiden.

Seolah kemenangan Wahid tidak diikhtiraf oleh golongan ini. Hanya seorang sahaja Naib Presiden hadir manakala yang dua lagi entah menghilangkan diri ke mana. Kenapa jadi begini?

Suka diingatkan kepada golongan ini mereka jangan jadi sombong. Mereka kena ingat giliran mereka suatu hari nanti tetap akan ada. Bagaimana kalau kena giliran mereka, mereka diperlakukan hal yang sama? Saat itu baru mereka menyedari betapa perlunya khidmat seorang bernama kawan atau sahabat.

Tidak tahu apakah pendekatan dan ilmu politik yang digunakan oleh orang-orang ini. Cuma perbuatan dan aksi kumpulan ini mengesahkan tafsiran saya bahawa mereka hanya klon Pas sahaja.

Sebagai klon mereka tidak ada semangat dan daya tahan perjuangan tinggi menurut sunnah Pas.Kerana sebagai klon mereka tidak merasai bagaimana semangat ukhwah dan rasa tanggungjawab sebagai ahli Pas kepada perjuangannya yang berteraskan Islam.

Barang kali adalah elok kalau para muktamir Pas tahun ini memberi ingatan kepada golongan ini supaya mereka sedar diri dan tidak begitu sombong dengan angan-angan mereka. Atau barangkali kalau mereka sudah tidak cocok dengan Pas berhijrah sajalah kepada parti satu lagi, rasanya itu lebih senang dan tidak menyerabutkan.

dipetik dari : www.msomelayu.blogspot.com
www.rencahmalaysia.blogspot.com

corat coret tentang paklah: dari kaca mata seorang rakyat biasa

Petang tadi bila diri ini ke salon untuk gunting rambut dan kebetulan bertemu dengan ibu saudara pengelola salon rambut yang baru tiba dari Singapura.

Pengelola salon merungut kerana 'business slow'. Mungkin orang nak jimat duit dan gunting sendiri rambut mereka di rumah, keluhnya. Ibu saudaranya mencelah "Di Singapore LAGI TERUK!!"

Boleh terasa kelembapan ekonomi bila shopping mall tak sesibuk dan sepenuh dulu dengan para pengunjung yang benar benar berbelanja.Dalam perjalanan pulang diri ini terfikir juga. "Nasib baiklah dasar Pak Lah memerintah Malaysia, style dia tidak 'gila gila' membuat pembangunan demi pembangunan, jika tidak kaput kita sekarang kalau Negara terus tak berduit dan sudah tentu reserve atau wang simpanan Negara akan lebih menjunam dan kita sudah tentu akan mengalami kemelesetan ekonomi serta merta dan dalam keadaan lebih teruk dari Negara Jiran sekarang.

Tiap Pemimpin ada cara dan gaya masing masing. Ada kebaikan dan keburukan dia kerana dia hanya insan biasa. Malangnya kita manusia suka dan cepat lihat pada kelemahan diri orang lain dari kebaikan yang ada pada diri dia.

Kita tidak akan hargai seseorang itu bila kita ada dia, semasa kita dengan dia, kita hanya akan terasa kehilangannya bila dia telah tiada.Dalam blog blog yang dilayari rata rata menyatakan bahawa Kepimpinan Pak Lah lemah, sebab itu BN kalah di KT. Tidak ada seorang pun yang mahu mengakui hakikat pilihan raya kecil itu berjalan dengan lancar dan baik disebalik kebimbangan PAS dengan Pengundi Hantu Raya dan Undi Pos Laju.

Kehadiran ramai Polis pun dijadikan isu. Sepatutnya semua pihak mesti bersyukur kerana adanya ramai pasukan Polis untuk menjamin keselamatan semua orang dan pihak.Diri ini lega juga PAS memang. Tak ada lagi FITNAH atas BN akan wujudnya Pengundi Hantu Raya. Kalau PAS kalah sahaja Hantu Raya wujud. Habis sampai ke SPR SPR dengan bos bos SPR pun akan kena kecam. Tak senang duduk orang tua tu. Tapi , Kalau PAS menang tak ada isu apa apa..

orang pakai Hantu Raya tak ada, relevant atau tidak relevantnya undi Pos Laju pun tenggelam sahaja sehinggalah jika ada Pilihan raya kecil atau besar seterusnya. Kalau tak percaya tunggu sahajalah.

Diri ini percaya BN kalah atas banyak faktor dan bukanlah kerana Kepimpinan Pak Lah lemah. Lemah lemah pun rakyat Malaysia makan juga tiga kali sehari atau berlebih dan terpaksa kena diet. Berpakaian juga, belum ada yang bercawat lagi.

Jemaah yang pergi Haji saban tahun bertambah ramai. Kenduri kendara ada tiap hujung minggu. Hari ini pun ada kenduri cukur jambul cucu jiran. Kenduri kahwin ada dua minggu hadapan.Dua tiga hari lepas Lim Guan Eng kata Kerajaan Pusat mesti buat sesuatu kerana banyak kilang akan tutup operasi di Pulau Mutiara itu. Ramai akan hilang pekerjaan. Memang betul Kerajaan Pusat kena tolong. Lambat laun untuk menutup kelemahan dia tentu dia akan tunding jari pada Pak Lah. Ialah kerajaan Pusat mesti tolong SEMUA kerajaan Negeri dan bukan Penang sahaja. Tapi awak yang dilantik orang Orang Penang jadi KM tu, buatlah sesuatu yang aggresive. Janganlah pandai cakap sahaja. Pergilah keluar Negara, tarik pelabur. Awak kan pandai, cekap dan tidak lemah kepimpinan.

Beginilah realitinya, rakyat Malaysia dari sebesar-besar pangkat semua mahu salahkan Pak Lah dan BN dalam apa hal pun. Mungkin mereka patut lihat 'jauh' sedikit dan menyedari hakikat betapa jika dibandingkan dengan negara negara jiran terdekat pun Pak Lah adalan PM dan pemimpin yang jauh lebih baik dari PM PM negara jiran dalam banyak aspek.

Sayang tak ramai yang rasa bertuah jadi rakyat Malaysia yang berPM kan Pak Lah. Semoga Allah swt akan terus merestui dan merahmati hidup Pak Lah. Terima Kasih Pak Lah...saya betuah jadi rakyat Malaysia. You did all you can..you are not a superbeing.

dipetik dari www.melayuangkat.blogspot.com
www.rencahmalaysia.blogspot.com

Pilihan Raya Kampus: Aspirasi Tidak Kalah di UM

Pilihan Raya Kampus: Aspirasi Tidak Kalah di UM

Aspirasi tidak kalah di Universiti Malaya. Di UM, nama Aspirasi tidak digunakan. Tempat Aspirasi digantikan dengan nama "Penggerak Mahasiswa".

Semalam, 19 Januari 2009, adalah proses pengundian di Universiti Malaya. Keputusannya, Penggerak Mahasiswa mendapat 20 kerusi, Pro Mahasiswa mendapat 19 kerusi dan calon bebas (kedua-duanya dari Fakulti Undang-Undang) mendapat 2 kerusi. Persoalannya siapakah yang menguasai tampuk MPP di Universiti Malaya? Penggerak Mahasiswa atau Pro Mahasiswa?

Pada awal keputusan pagi tadi, laman blog yang pro kepada Pro M sudah pun mengisytiharkan bahawa Universiti Malaya dikuasai oleh Pro M.Difahamkan kedua-dua calon Bebas ini tidak mengaku menyokong kepada Pro Mahasiswa (baca sini).

Dua calon bebas tersebut ialah Noor Azween Mohd Iqbal dan Lim Bee San. "Sesungguhnya, sejajar dengan pendirian bebas calon-calon Fakulti Undang-Undang, maka mereka masih mengekalkan posisi mereka sebagai calon bebas tanpa berpihak kepada mana-mana pihak," kata Gary Ong Kah Lon (jurucakap kedua-dua calon Bebas tersebut).

Universiti Malaya menjadi tumpuan utama sepanjang pilihan raya kampus kali ini kerana timbul pelbagai isu yang kontroversi. UM dianggap sebagai universiti rebutan antara 20 IPTA yang lain. Dua calon bebas ini bakal menjadi faktor penentu kepada Pro M dan Penggerak Mahasiswa.

Kedudukan di UM tidak menjadi persoalan besar kepada Aspirasi untuk menguasai IPTA dalam pilihan raya kampus kali ini. Ini kerana Aspirasi sudah menang di UPM dengan 35-13 dan menang di UPNM dengan 13-0. Keseluruhannya, Aspirasi sudah kuasai 17 IPTA, seri dengan Pro M di UNIMAS, meninggalkan tempat di UM kepada Pro M dan Penggerak Mahasiswa dan masih lagi bertembung dengan We Unite For Islam (WUFI) dan PKPIM di UIA. (Gambar: Azlan Zainal, Presiden Parti Mahasiswa Negara yang menjadi orang pertama menjumpai kepala babi di surau Akademi Pengajian Islam pada 16 Januari 2009. Mengapa perlu Azlan yang menjadi orang pertama menemui kepala babi terbabit? Orang lain semuanya kena pukau? Baca sini).

Pihak mana pun yang menjadi MPP di UM perlu melaksanakan manifesto yang telah dijanjikan. Bolehkah UMANY menunaikan janjinya untuk menghapuskan ISA hanya kerana dengan jawatan MPP di kampus? Sudah tentu tidak. Ini menunjukkan bahawa perjuangan Pro M lebih berdasarkan retorik dan emosi semata-mata.

Apakah Faisal Mustafa (Exco Angkatan Muda PKR) menjadi pengurus calon kepada kumpulan Pro M? Kehadiran Zainulfakar Yaacob (bekas aktivis PMIUM, pengasas kepada Parti Mahasiswa Negara) atas tiket Web TV PAS malam tadi semasa pengiraaan calon menyerlahkan siapa sebenarnya di belakang kumpulan Pro M.

Oleh itu, berbanggalah Harakah mengakui bahawa UM sudah jatuh ke tangan Pro Mahasiswa. Apakah Pro M ini juga pro kepada PAS?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

dipetik dari www.anginperubahan.blogspot.com
www.rencahmalaysia.blogspot.com

PRK KUALA TERENGGANU: SELEPAS BN TEWAS BARU ABDULLAH MENCARI PUNCANYA?

PRK KUALA TERENGGANU: SELEPAS BN TEWAS BARU ABDULLAH MENCARI PUNCANYA?

Ruhanie AhmadSecara ikhlas, saya memang sangat mengharapkan kemenangan memihak kepada BN dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu. Tetapi, keputusannya Sabtu lalu, memihak kepada PAS. Saya menggantungkan harapan di atas dengan dua sebab utama: Satu: semoga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan kepimpinan BN dan UMNO pada Mac 2009, dengan satu kenangan manis. Dua: supaya Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak pula terhindar daripada apa juga tohmah dan fitnah kononnya beliaulah yang jadi punca utamanya jika BN ditakdirkan tewas.Sebab itulah sejak 15 Disember 2008, saya bicarakan menerusi blog ini bahawa PRK tersebut amat signifiken kepada seluruh parti yang bertanding kerana ia akan jadi indikator kepada kekuatan kedua-dua pihak 10 bulan setelah berlalunya PRU12.

Huraian kepada soal di atas terdapat di sini:http://kuda-kepang.blogspot.com/2008/12/siri-satu-prk-kuala-terengganu-jong.html Pada 16 Disember 2008, saya pula kirimkan menerusi blog ini, mesej khusus kepada Abdullah, bahawa di samping soal-soal kedudukan UMNO dan calon yang akan dipertandingkan, semua pihak perlu insaf bahawa BN yang bertanding dalam PRK Kuala Terengganu adalah BN yang sedang berkocak dengan ribut dalam cawan ditimbulkan oleh MCA dan Gerakan.

Saya kirimkan mesej ini kerana beberapa hari sebelum itu Abdullah berkata: “kita telah menang dulu dan saya tidak melihat kenapa kita tidak boleh menang sekali lagi.”Rasional kepada mesej berkenaan dihuraikan di sini: http://kuda-kepang.blogspot.com/2008/12/siri-akhir-prk-kuala-terengganu-jong.html

Bagaimanapun, setelah BN menamakan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, selaku calonnya dalam PRK terbabit, saya kirimkan satu lagi posting ke blog ini pada 21 Disember 2008, kerana selepas pengumuman itu, mulalah tersebar soalan-soalan tidak rasmi, yang antaranya bertanya: benarkah Farid pilihan tepat oleh BN, atau mustahilkah Farid pilihan terbaik oleh menantu lelaki Abdullah?Imbasan posting ini boleh diakses di sini: http://kuda-kepang.blogspot.com/2008/12/farid-pilihan-bn-atau-pilihan-menantu.html

Pada 6 Januari 2009, saya pula mengulas hakikat obvious bahawa PRK Kuala Terengganu adalah amat signifiken kepada UMNO, BN, PAS dan Pakatan Rakyat (PR). Antara sebabnya: kepada UMNO pusat, kemenangan Farid selaku proksi Abdullah, akan jadi indikator kepada penerimaan para pengundi kepada Abdullah di saat-saat akhir kepimpinannya.Huraian selanjutnya boleh dibaca di sini: http://kuda-kepang.blogspot.com/2009/01/prk-kuala-terengganu-dan-politik.html

Bagaimanapun, hasil beberapa info penting yang saya perolehi, saya pun tegaskan dalam blog ini pada 12 Januari 2009, bahawa ada pemerhati dan penganalisis politik berpendapat, penentu kepada kemenangan mana-mana calon dalam PRK Kuala Terengganu bukannya undi kaum Cina, tetapi undi warga pendidik dalam kawasan itu, kerana dipercayai ada sebilangan mereka yang dikatakan “tersinggung hati” atas beberapa sebab yang tidak perlu dihuraikan.Jika mahu baca semula huraian saya, sila akses: http://kuda-kepang.blogspot.com/2009/01/prk-kuala-terengganu-undi-warga.html

Berasaskan seluruh tulisan di atas, sebelum pembuangan undi pada 17 Januari 2009, walaupun saya sudah menerima pelbagai info mengatakan BN mungkin kecundang, saya pun menulis pada 16 Januari 2009, untuk menegur Abdullah yang dipetik oleh Utusan Malaysia, sebagai berkata bahawa beliau yakin BN mampu memenangi PRK tersebut, tetapi, BN perlulah “bekerja bersungguh-sungguh.” http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=384002

Lantas, saya pun bertanya: apakah ramalan Abdullah itu akan jadi kenyataan? Sila baca posting itu di sini: http://kuda-kepang.blogspot.com/2009/01/prk-kuala-terengganu-siapa-akan-menang.html

Oleh itu, adakah ramalan Abdullah pada 15 Januari 2009, bahawa BN akan menang dalam PRK Kuala Terengganu, benar-benar jadi kenyataan, bila keputusannya terbukti memihak kepada PAS dengan majoriti 2,631 undi?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Tetapi, biarpun tewas, wajarlah kita semua hargai dan fahami optimisme Abdullah seperti di atas. Kita juga perlu hargai kerja kuat Najib dalam PRK berkenaan dan sanjung tinggi keikhlasannya bila beliau tegaskan “BN tidak lemah semangat dan menerima kekalahan itu dengan hati terbuka.”http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Bagaimanapun, kita tidak boleh elak dari bertanya: adakah BN kalah kerana pencabarnya kuat, seperti yang dipersoalkan oleh Zulkifli Bakar, wartawan Utusan Malaysia (berwajah baru)? Tulisannya boleh diakses di sini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htmDan, benarkah kekalahan BN dalam PRK Kuala Terengganu itu bukan akibat faktor calon seperti dihuraikan oleh menantu lelaki Abdullah? Sila baca di sini: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

Seterusnya, wajarkah Najib dipersalahkan kalau kekalahan itu sebenarnya akibat BN tersalah memilih calonnya, seperti disuarakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad? Sila klik di sini: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htmTetapi, seandainya majoriti pemimpin dan pendukung BN menerima hakikat bahawa kekalahan BN di PRK Kuala Terengganu adalah hasil satu keputusan strategik yang penuh blunder atau amat tersilap, apakah tafsiran kita bila ada pemimpin UMNO yang mengatakan BN “mungkin mampu mempertahankan” kerusi BN Kuala Terengganu sekiranya semua pengundi luarnya pulang untuk membuang undi? Laporannya terdapat di sini: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htmDan, seandainya memang betul majoriti pemimpin dan pendukung BN menerima hakikat bahawa kekalahan BN di PRK Kuala Terengganu adalah hasil satu keputusan strategik yang penuh blunder atau amat tersilap, perlukah Abdullah mengeluarkan kenyataan di Manama, Bahrin, bahawa “BN akan mencari punca kekalahan dan sebab penduduk Kuala Terengganu menolak parti itu” dalam PRK terbabit? Baca laporannya di sini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Oleh itu, kepada Abdullah, fikir-fikirkanlah seluruh persoalan di atas seikhlas-ikhlasnya. Kepada Najib, bertenang dan bersabarlah, anda telah berhempas-pulas untuk memenangkan BN di PRK berkenaan. Kepada BN, ambillah iktibar daripada kekalahan dalam PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kepada PR, tahniah kerana dapat satu kerusi baru dalam Dewan Rakyat, tetapi jangan asyik bermimpi yang anda boleh berkuasa tidak lama lagi. Dan, kepada pengundi Kuala Terengganu, keputusan yang diumumkan Sabtu lalu adalah bukti kekuasaan Allah yang maha memuktamadkan segala-galanya!

dipetik dari www.kuda-kepang.blogspot.com
www.rencahmalaysia.blogspot.com