Dipetik daripada
http://fauwazfadzil.blogspot.com/2012/08/penjelasan-perlaksanaan-hudud.html
http://fauwazfadzil.blogspot.com/2012/08/penjelasan-perlaksanaan-hudud.html
Penjelasan perlaksanaan Hudud
Hudud di antara perlaksanaan dan penangguhan: Perbahasan Fikhi
Timbul perbezaan pendapat di antara Tuan guru Nik Aziz dan Dr Asri di
antara perlaksanaan hudud dan penangguhannya. Maka rasa terpanggil untuk
membincangkan isu berdasarkan pengalaman pengajian dengan ulama-ulama
serta pembacaan yang banyak tentang perlaksanaan hudud agar mampu
memberi sedikit pencerahan kepada umat Islam.
Sesungguhnya akidah umat Islam menuntut orang Islam menerima segala
arahan dan Syariah Allah Taala.
Mana mungkin seseorang yang mengucap
kalimah syahadah menolak Syariatnya.
Maka secara sepakat umat islam tidak menolak sebarang undang-undang dan
Syariah secara akidah tetapi secara perlaksanaan ia bergantung keadaan
dan syarat seperti kemampuan .
Khususnya seperti undang-undang Hudud, ia adalah undang-undang yang
agak asing bagi umat Islam dan orang bukan Islam dibolehkan oleh ulama
berlaku penangguhan dahulu.
Ini dinyatakan oleh Ibnu al Qayyim yang
menyatakan hukum-hukum yang dianggap asing perlu diberi penerangan
dahulu sebelum perlaksanaan. Ini kerana bimbang ditolak dan dikutuk oleh
orang Islam itu sendiri dan akan menyebabkan berlaku fitnah.
Berlaku fitnah di antara faktor yang boleh menyebabkan penangguham
hudud. Nabi menangguhkan hukuman hudud ke atas pencuri diwaktu
peperangan kerana bimbang dia akan lari kekumpulan kafir.
Maka di zaman
fitnah dari luar dan dalam di zaman ini bagi saya boleh dijadikan faktor
hudud ditangguhkan dahulu dan di adakan berperingkat-peringkat dengan
kerjasama semua pihak. Dan di dalam hudud ini ia adalah bidang kuasa
kerajaan dan kerajaan perlu mengkaji secara telus dengan bantuan para
ulama yang jujur dengan Allah sejauhmana perlu melaksanakan
undang-undang hudud diwaktu sekarang.
Kita tidak mahu melaksanakan hukuman hudud dalam keadaan tidak
sempurna maka ia akan menzalimi Islam dan Syariat.
Kita amat berhajat kepada perlaksanaan yang tepat daripada manhaj
perlaksanaan, seperti tidak terikat dengan 4 mazhab sahaja,perlu kepada
menggunakan semua mazhab yang ada, hampir kepada 80 mazhab dan
kadang-kadang berhajat kepada ijtihad yang baru. Kita mendahulukan hudud
yang disepakati daripada hudud yang terdapat khilaf seperti rotan
kepada penzina, qazaf,mencuri dan rompakan. Adapun murtad, minum arak
adalah perkara khilaf di kalangan fuqaha.
Seminar-seminar,pengajian-pengajian tentang hudud perlu diadakan dengan
lebih aktif, buku-buku perlu ditulis dengan lebih luas.
Faedah: Hudud bukan satu-satunya jalan penyelesaian.
Sebagai maklumat penting,Islam tidak menjadikan hudud sebagai bukan
penyelesaian yang paling utama di dalam menyelesaikan masalah jenayah,
di sana terdapat terbiyah dan konsep taubat yang membolehkan seseorang
berubah. Begitu juga dengan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat
ia boleh mengurangkan kadar kes jenayah.
Hudud adalah jalan yang
terakhir untuk merawat penyakit masyarakat sebab itu ia hanya sedikit
disebut di dalam al Quran tetapi bukan ia tidak penting Cuma kepada fikh
keutamaan di dalam melaksanakan sebarang Syariat.
Maka kesimpulan yang dapat saya katakan di sini, semua orang Islam
wajib beriman dengan hukuman hudud, Cuma perlaksanaan ia bergantung
kepada keadaan, dan ia merupakan kuasa kerajaan, sekiranya kerajaan
melihat, hudud perlu ditangguhkan kerana faktor-faktor syarie maka itu
merupakan satu bidang kuasa mereka bukan kerana faktor malas atau
mengingkari, itu tidak dibolehkan.
Maka kita menyeru semua pihak agar
berlapang dada dan mebincangkannya secara positif dan kerjasama yang
kuat tanpa menggunakan untuk tarikan politik.
[perenggan adalah olahan semula blog ini]
www.rencahmalaysia.blogspot.com
0 Responses:
Post a Comment