Jun 1, 2013

Hari-Hari Selepas PRU13: UNDI CEC DAP TIDAK SAH. INI PARTI YANG BERCAKAP TENTANG PRU YANG BERSIH?

Dipetik daripada Utusan

KUALA LUMPUR 30 Mei - Hasil siasatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mendapati ramai ahli DAP yang layak menghadiri Kongres Kebangsaan Ke-16 parti itu tahun lalu, tidak menerima notis panggilan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, perkara itu didedahkan sendiri oleh ahli-ahli DAP terbabit.

Disebabkan tidak menerima notis panggilan menghadiri kongres tersebut katanya, ramai dalam kalangan mereka yang layak mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti diadakan pada tahun itu gagal berbuat demikian.

"Ahli DAP yang layak tidak menerima notis itu telah dinafikan hak untuk mengundi dalam pemilihan CEC tersebut.

"ROS juga akan terus menyiasat isu-isu lain yang dikemukakan pengadu dan mengkaji semua dokumen berkaitan sebelum membuat keputusan berdasarkan Akta Pertubuhan 1966," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Isu pemilihan CEC DAP tahun lalu, menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.

Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih. Tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.

Insiden itu membawa kepada peletakan jawatan Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong selain beberapa ahli parti membuat aduan kepada ROS berikutan bimbang terdapat unsur-unsur manipulasi dalam keputusan tersebut.

Ekoran itu, ROS menjalankan siasatan selain membuat ketetapan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan yang dibentuk oleh CEC pada 15 Disember 2012 melalui notis yang dikeluarkan pada 17 April lalu.


.........................


Dengan lain kata DAP menipu undi dalam pemilihan Parti mereka. Ini parti yang memperjuangkan keputusan undi yang telus? Parti ini menghalang ahli datang mengundi, menipu pengundian, dan memanipulasi keputusan undi CEC. Adakah parti DAP layak bercakap hal proses pengundian kepada SPR? amat lawak sekali. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: