Jun 1, 2013

Hari-Hari Selepas PRU13: Nurul Izzah Dihalang Masuk Ke Sabah

1. Dulu semasa kes Lahad Datu, Ayah Nurul Izzah nyanyi "tanya sama Najib apa pasal goyang, nanti jawab Najib Sabah nak hilang. 

2. Dalam Menifesto PR Sabah, ada disebutkan hak-hak Sabah akan dipelihara.

Menifesto PR di Sabah: 
"MENGHORMATI KEDUDUKAN SABAH DAN SARAWAK DI DALAM PERSEKUTUAN
Pakatan Rakyat mengulangi iltizam untuk mempertahankan hak Sabah dan Sarawak di dalam rangka Perlembagaan Persekutuan seperti yang terkandung di dalam Deklarasi Kuching, seperti berikut:
Kerjasama bersekutu
Memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sabah dan Sarawak setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sabah dan Sarawak mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan...". 

3. Nurul Izzah kena ingat semula menifesto PR di Sabah ini. Janji untuk mempertahankan hak Sabah itu bukan sekadar janji politik. Nah, Sekarang Sabah sedang mempertahankan hak mereka. Mengapa Nurul IZzah mahu memekik berkenaan hal ini pula.

4. Halangan untuk masuk ke Sabah adalah hak Sabah. Bukan hak persekutuan. Jadi, sebenarnya inilah wajah PR. Cakap lain, hati lain. Kalau dalam menifesto sudah berjanji akan mempertahankan hak Sabah dan tentunya perkara menghalang masuk ke Sabah itu merupakan hak Sabah di bawah Perlembagaan, maka Nurul Izzah perlu menghormati kedudukan sabah dan sarawak di dalam persekutuan.

5. INIKALILAH senjata sudah makan tuan. Menifesto sudah terkena hidung sendiri. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: