Jun 22, 2013

Dewan Rakyat: Kerusi Azmin nun jauh di belakang, Si Khalid Ibrahim duduk senior

1. Hari ini kedudukan kerusi Dewan Rakyat telah ditentukan. 

2. Kedudukan ini adalah berdasarkan seniority (link berita) berbanding dahulu yang mengikut blok parti. Kedudukan seniority ini akan menunjukkan kedudukan kekananan dan juga kedudukan pentingnya seseorang itu. Macam kedudukan BN, makin hampir dengan PM maka itu menunjukkan betapa tinggi kedudukan kekananan dan juga kepentingan ahli Dewan Rakyat itu kepada parti BN.

3. Cuba perhatikan kedudukan MB Selangor dan juga YB Gombak Azmin Ali. (Link berita)  Di mana Azmin? sepatutnya Azmin di tempat Khalid Ibrahim iaitu kedudukan yang berdekatan dengan Anwar Ibrahim. Tetapi kali ini Azmin diletakkan dihujung Khalid Ibrahim. Padahal si Azmin adalah Timbalan Ketua PKR yang menjadikan dia lebih senior daripada Khalid Ibrahim. 

4.  Akhirnya Azmin kehujung juga. Kesian Azmin, mungkin akan tiba masa Azmin akan keluar PKR menjadi bebas. Mana tau. Segalanya mungkin dalam PKR.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Padang Merbok: Perhimpunan orang bodoh untuk orang bodoh



 1. Maka hari ini anwar akan ajak pengikut taksub dia untuk berhimpun di padang.

2. Walaupun jerebu teruk, tapi macam biasa, kambing mana tau berfikir. 

3. Kebodohan kambing-kambing hitam anwar ini memang tidak boleh disangkal. Mereka kata bantah keputusan PRU 13, tapi di negeri-negeri yang mereka menang mereka tubuhkan Kerajaan dan bentuk DUN. 

4. Inilah dia kebodohan dan kedungguan kambing-kambing anwar. kata bantah keputusan PRU tapi bina selective. Mereka memilih mana yang mereka nak. Terbukti, itulah juga sifat kambing. 

5. Berbalik kepada perhimpunan tersebut, Ketua Polis Negara telah pun tahu taktik yang akan diguna oleh kambing-kambing ini. Mereka akan menyerang polis serta membuat provokasi terhadap polis sehingga mereka di tahan. Apabila ditahan mereka akan melawan dan polis terpaksa menggunakan kekerasan bagi menahan kambing-kambing ini. Kekerasan ini akan dirakam dan kemudian disebarkan keseluruh dunia bagi menunjukkan Malaysia ini tidak aman.

5. Apa yang akan terjadi kemudian ialah, kambing sepet diluar negara akan mula membuat posting dan mengedarkan rakaman itu keseluruh rakan-rakan mereka. Akhirnya ia akan menjadi topik berita dunia dan Malaysia akan dikecam. 

6. Kalau kambing-kambing anwar ini boleh berfikir, mereka akan lihat bahawa keputusan PRU 13 sebenarnya menunjukkan tiga perkara. Undi luar bandar masih kepada UMNO/BN, Undi cina 90% diberikan kepada PR dan UMNO menang besar. Jika perkara ini dianalisis terbukti bahawa PR akan tetap kalah diluar bandar kerana menifesto PR adalah untuk orang cina dan orang bandar. Malahan di bandar-bandar pun, di kawasan majoriti orang Melayu undi untuk UMNO meningkat walaupun UMNO kalah di beberapa tempat di bandar. Sebagai contoh di Lembah Pantai yang mana undi di kawasan Melayu dimenangii oleh Raja Nong Chik manakala undi di kawasan cina dan india Raja Nong CHik hanya mendapat lebih kurang 10% sahaja. 

7. Jadi kepada kambing-kambing ini, lihatlah dulu diri sendiri, kalau kamu betul anak jantan, maka sepatutnya daripada awal-awal lagi kamu tidak angkat sumpah menjadi ahli DUN/Ahli Parlimen di kawasan yang kamu menang. Ini tidak, kamu tubuh Kerajaan di Kelantan, di Pulau Pinang dan di Selangor pada masa yang sama kamu tuduh pilihan raya itu tidak adil? kamu nampak tak betapa bodohnya kamu wahai kambing-kambing?

8.  Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan bersidang 28 Jun ini, Selangor akan menyusul kemudian manakala Kelantan telah pun bersidang. Jadi mengapa DUN-DUN ini bersidang kalau kambing-kambing ini menyalak bahawa PRU itu tidak bersih? 

9. INi adalah persoalan yang kambing-kambing pasti tidak dapat menjawab. Sifat kambing anwar, memilih untuk menjawab, memilih untuk menikmati benda-benda kotor. 

10. Dikhabarkan juga kambing-kambing ini akan berarak ke Parlimen Malaysia. Antara perkara yang akan dibangkitkan adalah mengenai pemilhan Speaker Dewan Rakyat dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

11. PR telah mencalonkan Abdul Kadir sebagai Speaker dan YB Datuk  Kamarudin Jaafar sebagai Timbalan Speaker. PR juga menyatakan bahawa pemilihan hendaklah dibuat secara Secret ballot iaitu secara undi rahsia. Mereka berkata lagi bahawa secret ballot perlu untuk menjamin undi yang telus. Bagi timbalan speaker pula mereka menyatakan perlu ada timbalan speaker PR dan timbalan speaker BN.

12. Ulasan mengenai perkara ini adalah seperti berikut. Undi bagi speaker dan timbalan speaker adalah ikut Peraturan Dewan Rakyat No 4 dan No 6. No 4 bagi speaker dan No 6 bagi timbalan speaker. 

13. Dalam Peraturan No 4 undi adalah secara bersurat iaitu bertulis. Ahli yang hadir kena ambil kertas undi, tulis nama speaker yang mereka mahu, tandatangan undi itu, lipat dan kemudian bagi pada setiausaha Dewan untuk di kira. Peraturan No 6 kata ikut cara Peraturan no 4.  Dalam keadaan ini, kedua-dua pemilihan Speaker dan timbalan hendaklah secara bersurat. Tiada pun kata undi rahsia. Mana ada undi rahsia dalam Dewan. Kalau Ahli Parlimen itu ada prinsip maka dia akan undi dengan tanpa takut-takut, kalau takut jangan jadi Ahli Parlimen. 

14. Bagi timbalan speaker pula, notis 14 hari adalah diperlukan bagi cadangan memilih beliau itu dimasukkan dalam kertas Dewan. Dalam hal ini, kalau Dewan bersidang 24 Jun 2013 maka tarikh akhir notis adalah pada 10 Jun 2013. Dalam semua kenyataan akhbar PR, hanya disebutkan notis untuk calon Speaker tetapi tiada notis untuk calon timbalan. Bodoh benar kambing-kambing anwar ini.  Notis untuk timbalan speaker tidak diberi kepada Dewan macam mana hendak pililh timbalan Speaker. Dan kalau pun mereka ini kata perlu timbalan speaker BN/PR maka kenapa di DUN kelantan, pulau Pinang dan Selangor, tiada pun timbalan speaker BN? mereka perlu menjemput BN untuk cadang timbalan speaker baru lah mereka boleh menyalak di peringkat parlimen berkenaan timbalan speaker daripada PR. 

15. Maka terbukti, anwar hanya menggunakan kambing--kambing hitam ini sebagai alat untuk mendapatkan jawatan PM. Kesian kambing, bawa anak bawak diri dalam jerebu untuk ditahan dan dipenjara. Anwar dan kuncu-kuncu gelak sakan di rumah. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Sabahkini: Ketuanan Cina di Singapura

KETUANAN CINA DI SINGAPURA






UNTUK memastikan Ketuanan Cina dominan di Singapura, kuasa pengundi Melayu Singapura telah dicairkan secara sistematik dengan skim penempatan semula bandar pada tahun 1960-an dan 1970-an, pengenalan kuota perumahan dan sistem kumpulan perwakilan undi (A Group Representation Constituency – GRC).

Fakta ini didedahkan oleh Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim dalam bukunya, “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.

Menurut beliau, polisi-polisi ini dilaksanakan bersandarkan retorik multi-rasism untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam mana-mana kawasan pilihanraya.

Pembaharuan pilihanraya bukan sahaja dilakukan ke atas parti berasaskan Melayu di Singapura seperti PKMS (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura), bahkan juga terhadap parti-parti pembangkang lain seperti Parti Pekerja dan Parti Demokratik Singapura kerana kedua-dua parti pembangkang itu secara umumnya bersimpati terhadap masyarakat Melayu.

Untuk mengatasi masalah kekurangan penduduk Cina disebabkan tahap kesuburan masyarakat tempatan yang rendah, pendatang-pendatang Cina diambil dari luar yang telah membantu meningkatkan penduduk kepada 4.6 juta pada tahun 2007 dan dijangka akan membantu meningkatkan penduduk Singapura kepada 6.5 juta dalam tempoh dua dekad.

Dr Lily mendedahkan walaupun pendatang bukan Cina diperlukan untuk pembangunan ekonomi Singapura, namun pendatang Cina separuh mahir telah ditawarkan penduduk dan status kewarganegaraan.

Mereka biasanya bekerja di kedai-kedai kopi, pusat membeli-belah, pasar raya, stesen minyak, tapak pembinaan, pusat penjaja dan sebagai pemandu bas.

Fakta ini telah diperkukuh dengan data yang menganggarkan bahawa 60 peratus daripada pekerjaan baru pada tahun 2007 adalah pendatang asing.

Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan angkatan tentera kebanyakannya pegawai kanannya adalah Cina. Daripada 70 pegawai-pegawai yang paling kanan (kolonel dan lebih tinggi) pada tahun 1999, hanya satu adalah bukan Cina.

Menjelang tahun 2003, sembilan daripada sepuluh anggota profesional SAF (Singapore Armed Forces) adalah Cina dengan pelantikan kritikal dipegang oleh Cina.

Ini berikutan pada tahun 1980-an, di mana lebih wakil etnik (bukan Cina) di peringkat pegawai kanan SAF, namun selepas itu pegawai-pegawai bukan Cina yang bersara, mereka telah diganti oleh pegawai-pegawai Cina.

Menurut kajian perintis Worthington, daripada 78 Eksekutif teras dalam lembaga-lembaga berkanun dan GLC pada tahun 1998, hanya 7 (9 peratus) adalah bukan Cina. Melayu tunggal adalah Ahli Parlimen PAP, Ahmad Mohamed Megad.

Ahmad Megad juga dikenalpasti sebagai satu-satunya Melayu daripada 122 anggota Eksekutif teras Singapura pada tahun 1998.

Daripada 30 GLC atas, hanya dua (6.7 peratus) yang dipengerusikan oleh bukan Cina pada tahun 1991.

Dalam kerajaan PAP, orang Melayu kurang dalam Kabinet diberi memegang portfolio yang agak rendah seperti Hal Ehwal Sosial, Pembangunan Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Islam.

Adalah mustahil orang Melayu akan dilantik untuk portfolio penting dalam Pertahanan, Kewangan, Perdagangan, Industri, Kementerian Luar atau Pendidikan pada masa hadapan.
dipetik daripada sabahkini. 
http://sabahkinimirror.blogspot.com/2013/06/ketuanan-cina-di-singapura.html
www.rencahmalaysia.blogspot.com

The Star Buat Hal lagi: Sengaja Burukan imej isteri PM

The Star sengaja burukkan imej Rosmah

Jika Datin Seri Rosmah dijadikan kontroversi kerana sering keluar di suratkhabar dan TV, lepas PRU beliau sudah banyak kurang. Banyak kerja-kerja amal dan kebajikan dilakukan tanpa perhatian media.
Semalam The Star menyiarkan iklan yang meletakkan Rosmah sebagai wanita paling powerful di Malaysia. Ini pasti menjadi buah mulut orang.
Dato Kadir Jasin pun rasa ada sesuatu yang tidak kena. Baca SINI. Kata Kadir, "The proclamation was made in a full-page anonymously placed advertorial". The Star enggan memberitahu syarikat Sendirian berhad yang menyiarkan. 
Kenapa iklan yang bakal merosakkan imej Rosmah itu diterima? Apakah The Star tiada langsung kuasa untuk tolak iklan tersebut? Mengapakah Ketua Editor, Dato Wong Chun Wai yang lalang sengaja mengeluarkan iklan tersebut?
Pelbagai alasan boleh diberi dan antara alasan adalah mungkin sekali kerana duit dah diterima dan tak boleh buat apa-apa. Ini berlaku apabila pihak bawah dah buat commitment dengan client. Dipercayai di bahagian marketing ada banyak penyokong dan pengundi DAP. Kalau 93% cina undi DAP, probablity mereka undi DAP adalah 0.97 atau hampir 100%.
Selain Regina Lee yang kami ada sebut sebelum ini, ada ramai lagi pencacai Pakatan Rakyat dan hardcore DAP dan PKR dalam The Star. Berikut adalah nama-nama yang kami terima:
  • Managing Editor, June Wong. Dia merupakan apa yang boleh dikatakan Ketua Wanita Cabang The Star. Dia kini sedang melobi untuk jadi Group Chief  Editor 1 ekoran peninggalan Dato Wong Sai Wan.
  • Leanne Goh yang merupakan Group Chief Editor  2 dan ketiga bawah si lalang, Dato Wong Chun Wai.
  • Wong Siah Ping yang merupakan Chief Operating Officer of Star Digital Business. Ni yang melibatkan Star Online.
  • Martin Vendesan yang tidak lama baru-baru ini melancarkan kolumn baru. Dia adalah ahli PKR yang secara terbuka mencari ahli baru lepas 2008.
Padanlah Rosmah dikenakan. Pasal banyak malaun dalam The Star. Ada banyak lagi nama yang kami akan siarkan. Kasi masa.
dipetik daripada 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Jun 3, 2013

Hari-Hari Selepas PRU: NAJIB LEMAH DAN INILAH AKIBATNYA!!

1. Selepas proses PRU13 yang lepas, Pembangkang mula berarak mengadakan demo, menghina Jentera Kerajaan, Menghina proses pilihan raya yang adil, mengutuk polis dan mengeji UMNO parti yang paling banyak menang kerusi.

2. Pembangkang tidak dapat menerima kekalahan mereka. Bagi mereka Menifesto mereka sudah cukup bagus untuk memenangi PRU. Tetapi mereka silap. Menifesto mereka hanyalah menarik kepada golongan bandar yang rata-rata adalah pengundi cina. 

3. Menifesto pembangkang tidak menarik hati pengundi luar bandar. Pengundi luar bandar tidak kena tol, jadi penurunan tol tidak berguna pada mereka. Pengundi luar bandar tidak terlalu memberi perhatian kepada kereta baru jadi penurunan harga kereta dan penurunan harga minyak tidak menarik pada mereka. Tetapi pengundi luar bandar mahukan bantuan kehidupan. Mereka melihat BRIM, KRIM dan Klinik 1 Malaysia sebagai sesuatu yang menarik perhatian mereka dan mereka mengundi BN. 

4. Pembangkang tidak mahu mengakui ini semua. Pembangkang gagal. Pemimpin mereka gagal. Anwar Ibrahim gagal. Menifesto mereka itu hanya berjaya di bandar tetapi gagal di luar bandar dan pembangkang tahu bahawa inisiatif  Kerajaan selepas ini di bandar-bandar seperti PRIMA akan menukar sokongan pengundi bandar kepada BN.

5. Disebaban ketakutan ini, maka Pembangkang mula melancarkan kempen demo dan serangan siber kepada institusi di Malaysia. Serangan terhadap Polis dan SPR telah pun dimulakan manakala serangan terhadap Agong baru sahaja bermula.  Itu tidak termasuk serangan terhadap kedaulatan sabah dan sarawak. 

link berita:

6. Mengapa serangan-serangan ini berterusan? ia berterusan kerana kegagalan PM Najib Tun Razak dalam menghalang dan menahana gerakan sebegini. Najib menjadi terlalu lemah dalam mempertahankan negaranya. Najib seolah-olah tidak mampu bertindak menahan kepala-kepala yang merosakkan perpaduan dan amalan demokrasi negara ini. Malahan Najib dilihat semakin mengikut telunjuk desakan pembangkang terutama DAP dengan menyatakan bahawa SPR akan diletakkan di bawah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. INI ADALAH PETUNJUK BAHAWA NAJIB AKAN KAWTOW (TUNDUK) LAGI KEPADA DAP!!. 

7. Kepada NAJIB, tolonglah, bertindak tegas. Ambil contoh Singapura yang tidak memberi muka kepada mana-mana orang yang cuba menggangu gugat sistem negara itu. Kalau Najib masih tidak mahu bertindak, maka sudah sampai masa, UMNO parti yang menang kerusi Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak, Parti yang menang besar dalam PRU13 perlu menukar Presiden mereka. President yang lemah tidak layak memimpin. UMNO dan Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak perlukan pemimpin yang aggresif mempertahankan Malaysia dan hak-hak Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Jun 1, 2013

HARI-HARI SELEPAS PRU13: NOTA KHAS KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA

1. UMNO menang dalam PRU13. UMNO menang Besar. UMNO menang atas sokongan Melayu dan Bumiputera Sabah/Sarawak.

2. Kalau UMNO sudah menang, JADAHNYA KAMU sebagai Perdana Menteri Malaysia merangka Presiden UMNO merangkap ketua Parti BN merangkap Ketua Parti yang paling banyak Kerusi dalam BN tunduk lagi kepada bukan Melayu/Bumiputera?

3. kalau KAMU MASIH TUNDUK LAGI, maka KAMU PATUT LETAK JAWATAN. KAMU TAk LAYAK memimpin Parti yang menang macam UMNO.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Hari-Hari Selepas PRU13: UNDI CEC DAP TIDAK SAH. INI PARTI YANG BERCAKAP TENTANG PRU YANG BERSIH?

Dipetik daripada Utusan

KUALA LUMPUR 30 Mei - Hasil siasatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mendapati ramai ahli DAP yang layak menghadiri Kongres Kebangsaan Ke-16 parti itu tahun lalu, tidak menerima notis panggilan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, perkara itu didedahkan sendiri oleh ahli-ahli DAP terbabit.

Disebabkan tidak menerima notis panggilan menghadiri kongres tersebut katanya, ramai dalam kalangan mereka yang layak mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti diadakan pada tahun itu gagal berbuat demikian.

"Ahli DAP yang layak tidak menerima notis itu telah dinafikan hak untuk mengundi dalam pemilihan CEC tersebut.

"ROS juga akan terus menyiasat isu-isu lain yang dikemukakan pengadu dan mengkaji semua dokumen berkaitan sebelum membuat keputusan berdasarkan Akta Pertubuhan 1966," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Isu pemilihan CEC DAP tahun lalu, menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.

Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih. Tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.

Insiden itu membawa kepada peletakan jawatan Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong selain beberapa ahli parti membuat aduan kepada ROS berikutan bimbang terdapat unsur-unsur manipulasi dalam keputusan tersebut.

Ekoran itu, ROS menjalankan siasatan selain membuat ketetapan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan yang dibentuk oleh CEC pada 15 Disember 2012 melalui notis yang dikeluarkan pada 17 April lalu.


.........................


Dengan lain kata DAP menipu undi dalam pemilihan Parti mereka. Ini parti yang memperjuangkan keputusan undi yang telus? Parti ini menghalang ahli datang mengundi, menipu pengundian, dan memanipulasi keputusan undi CEC. Adakah parti DAP layak bercakap hal proses pengundian kepada SPR? amat lawak sekali. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Hari-hari Selepas PRU13: 24 Jam EXCO SELANGOR Angkat Sumpah Caj Parking Naik?

 Dipetik daripada 




Kalau ini betul maka Mereka selalu kata Kerajaan Persekutuan yang punya angkara naikkan harga barang perlu muhasabah diri. Kini ternyata siapa yang menaikkan kos siapa yang menekan rakyat. Tahniah Selangor!.

Hudud dan pelaksanaannya: Daripada Kaca Mata Seorang Ustaz

Dipetik daripada 

http://fauwazfadzil.blogspot.com/2012/08/penjelasan-perlaksanaan-hudud.html


Penjelasan perlaksanaan Hudud

Hudud di antara perlaksanaan dan penangguhan: Perbahasan Fikhi Timbul perbezaan pendapat di antara Tuan guru Nik Aziz dan Dr Asri di antara perlaksanaan hudud dan penangguhannya. Maka rasa terpanggil untuk membincangkan isu berdasarkan pengalaman pengajian dengan ulama-ulama serta pembacaan yang banyak tentang perlaksanaan hudud agar mampu memberi sedikit pencerahan kepada umat Islam. Sesungguhnya akidah umat Islam menuntut orang Islam menerima segala arahan dan Syariah Allah Taala. 
Mana mungkin seseorang yang mengucap kalimah syahadah menolak Syariatnya. Maka secara sepakat umat islam tidak menolak sebarang undang-undang dan Syariah secara akidah tetapi secara perlaksanaan ia bergantung keadaan dan syarat seperti kemampuan . Khususnya seperti undang-undang Hudud, ia adalah undang-undang yang agak asing bagi umat Islam dan orang bukan Islam dibolehkan oleh ulama berlaku penangguhan dahulu. 
Ini dinyatakan oleh Ibnu al Qayyim yang menyatakan hukum-hukum yang dianggap asing perlu diberi penerangan dahulu sebelum perlaksanaan. Ini kerana bimbang ditolak dan dikutuk oleh orang Islam itu sendiri dan akan menyebabkan berlaku fitnah. Berlaku fitnah di antara faktor yang boleh menyebabkan penangguham hudud. Nabi menangguhkan hukuman hudud ke atas pencuri diwaktu peperangan kerana bimbang dia akan lari kekumpulan kafir. 
Maka di zaman fitnah dari luar dan dalam di zaman ini bagi saya boleh dijadikan faktor hudud ditangguhkan dahulu dan di adakan berperingkat-peringkat dengan kerjasama semua pihak. Dan di dalam hudud ini ia adalah bidang kuasa kerajaan dan kerajaan perlu mengkaji secara telus dengan bantuan para ulama yang jujur dengan Allah sejauhmana perlu melaksanakan undang-undang hudud diwaktu sekarang. Kita tidak mahu melaksanakan hukuman hudud dalam keadaan tidak sempurna maka ia akan menzalimi Islam dan Syariat. 
Kita amat berhajat kepada perlaksanaan yang tepat daripada manhaj perlaksanaan, seperti tidak terikat dengan 4 mazhab sahaja,perlu kepada menggunakan semua mazhab yang ada, hampir kepada 80 mazhab dan kadang-kadang berhajat kepada ijtihad yang baru. Kita mendahulukan hudud yang disepakati daripada hudud yang terdapat khilaf seperti rotan kepada penzina, qazaf,mencuri dan rompakan. Adapun murtad, minum arak adalah perkara khilaf di kalangan fuqaha. Seminar-seminar,pengajian-pengajian tentang hudud perlu diadakan dengan lebih aktif, buku-buku perlu ditulis dengan lebih luas. Faedah: Hudud bukan satu-satunya jalan penyelesaian. Sebagai maklumat penting,Islam tidak menjadikan hudud sebagai bukan penyelesaian yang paling utama di dalam menyelesaikan masalah jenayah, di sana terdapat terbiyah dan konsep taubat yang membolehkan seseorang berubah. Begitu juga dengan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat ia boleh mengurangkan kadar kes jenayah. 
Hudud adalah jalan yang terakhir untuk merawat penyakit masyarakat sebab itu ia hanya sedikit disebut di dalam al Quran tetapi bukan ia tidak penting Cuma kepada fikh keutamaan di dalam melaksanakan sebarang Syariat. Maka kesimpulan yang dapat saya katakan di sini, semua orang Islam wajib beriman dengan hukuman hudud, Cuma perlaksanaan ia bergantung kepada keadaan, dan ia merupakan kuasa kerajaan, sekiranya kerajaan melihat, hudud perlu ditangguhkan kerana faktor-faktor syarie maka itu merupakan satu bidang kuasa mereka bukan kerana faktor malas atau mengingkari, itu tidak dibolehkan. 
Maka kita menyeru semua pihak agar berlapang dada dan mebincangkannya secara positif dan kerjasama yang kuat tanpa menggunakan untuk tarikan politik. 
[perenggan adalah olahan semula blog ini]
www.rencahmalaysia.blogspot.com

Hari-Hari Selepas PRU13: Nurul Izzah Dihalang Masuk Ke Sabah

1. Dulu semasa kes Lahad Datu, Ayah Nurul Izzah nyanyi "tanya sama Najib apa pasal goyang, nanti jawab Najib Sabah nak hilang. 

2. Dalam Menifesto PR Sabah, ada disebutkan hak-hak Sabah akan dipelihara.

Menifesto PR di Sabah: 
"MENGHORMATI KEDUDUKAN SABAH DAN SARAWAK DI DALAM PERSEKUTUAN
Pakatan Rakyat mengulangi iltizam untuk mempertahankan hak Sabah dan Sarawak di dalam rangka Perlembagaan Persekutuan seperti yang terkandung di dalam Deklarasi Kuching, seperti berikut:
Kerjasama bersekutu
Memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sabah dan Sarawak setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sabah dan Sarawak mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan...". 

3. Nurul Izzah kena ingat semula menifesto PR di Sabah ini. Janji untuk mempertahankan hak Sabah itu bukan sekadar janji politik. Nah, Sekarang Sabah sedang mempertahankan hak mereka. Mengapa Nurul IZzah mahu memekik berkenaan hal ini pula.

4. Halangan untuk masuk ke Sabah adalah hak Sabah. Bukan hak persekutuan. Jadi, sebenarnya inilah wajah PR. Cakap lain, hati lain. Kalau dalam menifesto sudah berjanji akan mempertahankan hak Sabah dan tentunya perkara menghalang masuk ke Sabah itu merupakan hak Sabah di bawah Perlembagaan, maka Nurul Izzah perlu menghormati kedudukan sabah dan sarawak di dalam persekutuan.

5. INIKALILAH senjata sudah makan tuan. Menifesto sudah terkena hidung sendiri. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com