Dakwaan tanpa bukti akhirnya SUARA KEADILAN pohon maaf
Filed Under ( aidc ) by pisau.net
FITNAH... Keratan akhbar Suara Keadilan bertarikh 29.12.2009 sehingga 5.1.2010, suatu Artikel yang bertajuk, 'Zamry disyaki Pengganas - Gagal Masuk Ke Amerika Syarikat' ternyata palsu sekali gus membuktikan Suara Keadilan hanyalah bertaraf sampah.
Akhirnya terbukti siapa benar, siapa salah. Tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memfailkan saman RM100 juta terhadap lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) - Suara Keadilan - menyebabkan akhbar nyamuk yang terkenal dengan pembohongan itu kepanasan dan mengelabah gila.
Ini terbukti dalam edisi terbaru keluaran 30 Mac - 6 April 2010, Suara Keadilan mengemukakan permohonan maaf ke atas Zambry kerana memfitnah Menteri Besar Perak itu yang dikaitkan dengan pengganas. Sekali gus Suara Keadilan mengakui sumber akhbar mereka tidak berwibawa.
Dalam edisi Suara Keadilan bertarikh 29.12.2009 sehingga 5.1.2010, suatu Artikel yang bertajuk, 'Zamry disyaki Pengganas - Gagal Masuk Ke Amerika Syarikat' ("Artikel tersebut") telah dicetak dan diedarkan di Malaysia. Di dalam artikel tersebut, pernyataan- pernyataan yang berikut telah dibuat:
"Menteri Besar Barian Nasional (BN) Perak, Zambry Abd. Kadir dikatakan dihalang memasuki Amerika Syarikat tiga minggu yang lalu kerana nama beliau dikaitkan dengan senarai pengganas yang dikenal pasti oleh negara tersebut."
"Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Menteri Besar Perak, sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco, pihak imigresen menahan Zambry daripada memasuki negara itu apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas".
"Sumber tersebut memberitahu Suara Keadilan, keadaan ini menimbulkan kecurigaan pada pihak keselamatan dan Zambry gagal meleraikan syak wasangka pengawai AS berkenaan."
"Zambry tidak ada pilihan kecuali menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia."
"Beliau sepatutnya mengetuai delegasi Perak untuk mempromosi peluang pelaburan dan perdagangan tetapi diarah pulang dan tidak ada perwakilan Perak untuk misi itu." ("Pernyataan-pernyataan tersebut").
Kami, Lembaga Pengarang Suara Keadilan, dengan ini secara sepenuhnya menarik balik kesemua tuduhan-tuduhan dan dakwaan bahawa penghantaran dan penglibatan keganasan yang disyaki, yang telah dibuat di bawah artikel tersebut terhadap aksara, reputasi, kedudukan dan perbuatan Datuk Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Negeri Perak.
Penyataan-penyataan tersebut tidaklah disokong oleh sebarang sumber yang berwibawa dan adalah oleh itu, tidak benar dan salah.
Justeru, kami mengakui tidak mempunyai asas di dalam pernyataan tersebut.
Kami ingin mengambil kesempatan ini menarik balik sepenuhnya artikel tersebut dan kesemua tuduhan-tuduhan dan dakwaan-dakwaan terhadap Datuk Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir serta melahirkan kekesalan kami atas penerbitan artikel tersebut.
Kami juga dengan ikhlasnya meminta maaf kepada Datuk Seri Dr. Zambry bin Abd Kadir atas keaiban dan kesulitan yang diakibatkan oleh penerbitan artikel tersebut.
malaysia-instinct
AIDC
www.rencahmalaysia.blogspot.com
3 Responses:
Senangnya minta maaf. HARAMJADAH sesudah minda rakyat di sodom dengan fitnah. Saya suka Dato Dr Zamry teruskan kes mahkamah. Kami dah muak dengan artikel fitnah pembangkang. Dapatkan 100 juta sedekah ke rumah anak yatim itu ysng baik. Al juburi kan byk duit. Biar tutup suara keadilan.
LAWAN TETAP LAWAN. SAMAN TETAP SAMAN
betul...kalau tak saman, rugi muka dah kena kencing dek Anu-War. Baik belasah terus, sampai kapisan(pengsan) dlm sel dulu..menyesal aku tak luku dan hentak kepala monyet tu dlm sel dulu...
Post a Comment