Dalam keadaan sekarang, Zaid Ibrahim akhirnya termakan diri. Dia lupa bahawa serangan ke atas diri ( character assassination) adalah suatu norma yang normal dalam pys ops PKR/DAP/PAS. Ini terbukti pada beberapa pilihanraya yang lalu apabila calon-calon BN diserang dari semua arah termasuk peribadi calon itu sendiri. Serangan kepada peribadi ini merupakan taktik utama pembangkan sehingga mereka banyak memenangi PRK yang lalu.
Ternyata, taktik itu mula diguna pakai oleh media-media pro BN. Dan natijahnya adalah habis segala rahsia Zaid dikorek dan dihumban ke tengah gelanggang politik. Akhirnya Zaid termakan oleh serangan ini.
Ada satu lagi teori menarik tentang dari mana bermula serangan ini terhadap Zaid. Adakah sebenarnya serangan ini dirancang/diberi sumber oleh orang dalaman PKR sendiri? teori ini mungkin betul kerana tidak semua orang PKR sukakan Zaid. Mereka melihat Zaid sebagai orang luar yang masuk ke dalam PKR setelah PKR menjadi kuat. Zaid Ibrahim dilihat sebagai seorang oportunis yang pandai mengaut keuntungan. Ibarat menahan lukah di air keruh.
Ahli-ahli PKR ini melihat Zaid sebagai pelakon yang mampu menjadi Presiden PKR pada masa akan datang. Ini yang menjadikan mereka lebih benci kepada Zaid. Jadi untuk menjatuhkan Zaid, maka cara paling mudah dan bijak ialah meletakkan Zaid sebagai calon PRK dan kemudiannya menyalurkan maklumat salah laku Zaid kepada media pro BN. Dan tentunya salah laku ini akan dicanangkan dan Zaid pasti kalah dalam PRK ini. Selepas itu Zaid akan ditendang keluar dari PKR. Satu teori yang bagus dan sangat-sangat praktikal untuk dibuat. Isunya sekarang, siapakah orang yang tentunya mahu Zaid berambus dari PKR? tak lain tak bukan? anda tahu jawapannya sendiri.
Berbalik kepada kisah judi dan arak si Zaid ini. Dalam pendedahan puluhan blog pro BN dan pembangkang, ternyata ada satu perkara yang sangat menarik. Zaid, sebagai orang Kelantan, ajak jati Kelantan, menggunakan nama KELANTAN pada seekor binatang iaitu KUDA untuk melakukan aktiviti maksiat iaitu BERJUDI. ADAKAH Itu sahaja nilai nama KELANTAN kepada Zaid? hanya seekor KUDA untuk BERJUDI? betapa rendahnya KELANTAN itu pada Zaid sehingga tergamak membuat sedemikian.
Kalau betul apa yang dilaporkan, maka Zaid PERLU MINTA MAAF PADA SEKALIAN RAKYAT KELANTAN DAN SULTAN KELANTAN ATAS KEBIADAPANNYA MENGGUNAKAN NAMA KELANTAN UNTUK BERJUDI!.
www.rencahmalaysia.blogspot.com
0 Responses:
Post a Comment