Melihat kepada petikan ucapan Nizar sewaktu berkempen di PRKHS, nampak gayanya darah Cina dalam Nizar masih ada. Ini terbukti dengan ucapan yang dibuatnya. Apakah yang hendak dicapai oleh Nizar dengan ucapan sedemikian? apakah dia lupa bahawa ucapan sedemikian boleh menimbulkan provokasi melampau? Ia boleh menimbulkan kekacauan perkauman?
Nizar terlupa bahawa negara kita bukanlah dalam keadaan berpilihanraya sepanjang masa, disebabkan itu maka kata-kata sebegitu yang dibuat semasa kepanasan kempen PRK pasti akan terbawa-bawa selepas musim PRK habis dan tentunya selepas itu keadaan anarki akan berlaku disebabkan kata-kata tersebut.
Apakah itu yang Nizar mahukan? jelaslah Nizar ini sudah menjadi liabiliti kepada sistem demokrasi negara ini. Inilah sikap tidak matang pemimpin pembangkang. Semua boleh jadi modal, semua boleh buat modal, semua boleh jadi bahan kempen tanpa mereka ini memikirkan bahana "semua" itu tadi. Nampak gayanya, pemimpin pembangkang, walaupun ada pendidikan tinggi, namun tahap pemikiran mereka tetap rendah. Bak kata P.Ramlee "low class".
Tapi memikirkan watak Nizar, memang tidak mustahil dia boleh buat sedemikian, kalau tak, takkan dalam sidang Dewan Negeri pun dia boleh berperangai begitu.
p.s
"di rumah pakai kebaya, pakai tudung, jalan terkedek-kedek, bila sampai sana bukak tudung, dedah sana, dedah sini, hung sana hung sini, itu bini aku ke?"-kesimpulan, ramai orang boleh berpura2 baik tetapi sebenarnya "dajal".
www.rencahmalaysia.blogspot.com
0 Responses:
Post a Comment