Apr 27, 2010

PRK HULU SELANGOR: APABILA PENGUNDI CINA UNDI PEMBANGKANG LAGI!

Macam biasa, pengundi Cina akan undi pembangkang. Dalam BN sibuk menabur budi, duit dan menjalankan kempen bertalu-talu kepada kaum Cina ini,  mereka tetap undi pembangkang.

Dalam tempoh berkempan PRK HULU SELANGOR (PRKHS), kaum Cina banyak "keluar" membanjiri kempen BN. Pelbagai permintaan di buat oleh kaum ini dan BN tanpa banyak songeh terus menunaikan permintaan kaum ini. Dari sekolah Rm35 juta hinggalah ke Kad Pengenalan, semua diberi. 

TETAPI seperti biasa, BN tertipu!. Kaum Cina sebenarnya talam dua muka.  Mereka meminta dikala mereka tahu permintaan mereka akan ditunaikan oleh Kerajaan. Mereka main politik. Mereka tahu taktik PRK. Jadi mereka gunakan. Bak kata orang-orang Kelate " di beri hadiah, kita ambil, bila pangkah, pangkah la bulan". Jadi ini juga yang dibuat oleh kaum Cina. Mereka undi Pembangkang!. 

Jadi, bak kata pepatah, "apa diharap padi seberang, entahkan jadi entahkan tidak, apa diharap undinya orang, memang sampai sudah dapatnya tidak". 

Oleh yang demikian, BN perlu ubah strategi. Tak perlu lagi BN cuba menangi hati kaum Cina. Kalau mereka memang tak suka BN, semua projek yang dibuat tak perlu difokuskan kepada kaum yang tidak sokong BN. Baiknya pulak disalurkan projek/bantuan itu kepada kaum India, Melayu dan kaum lain yang menyokong BN. Dikala ini, nampaknya sokongan kaum India mula beralih kepada BN. Ini yang perlu BN kekalkan. 

Kalau BN hendak menang lagi di mana-mana PRK atau PRU, maka undi yang ada perlu dikekalkan. Iaitu undi Melayu, India dan kaum-kaum lain perlu ditambah. Nak tambah macam mana? beri lah banyak kemudahan dan bantuan kepada kaum-kaum yang menyokong Kerajaan ini. Baru lah undi bertambah!.

Buat kaum yang tak mahu sokong BN, maka BN perlu tinggalkan mereka. Buat membazir masa melayan kerenah mereka. Jangan dibantu mereka ini lagi. 

Jangan pulak BN tukar plan, disebabkan keputusan PRKHS ini yang menunjukkan kaum Cina masih lagi tak sokong BN, maka BN banyakkan lagi bantuan kepada mereka, konon untuk dapatkan sokongan. Jangan dibuat begini!. Nanti ada kaum lain yang cemburu dan marah. Silap hari bulan, disebabkan BN mengejar undi kaum Cina yang minoriti ini maka BN akan kehilangan undi majoriti Melayu dan undi penentu kaum India dan kaum-kaum lain yang menyokong BN. 


Akhir kata "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali" dan "berbudi pada yang tahu, berkasih pada yang sayang."

www.rencahmalaysia.blogspot.com 

0 Responses: