Jul 3, 2009

Mesyuarat AJK PKR SHAH ALAM: PANAS dan KECOH!

Oleh Medan Info Kita


Malam tadi bertempat di pejabat ADUN Kota Anggerik Seksyen 9 Shah Alam telah berlangsung mesyuarat Ajk PKR Bahagian Shah Alam yang GAGAL membuat keputusan kerana situasi yang cukup hangat dan panas walaupun bersidang dalam keadaan lengkap berhawa dingin.


Ajk yang bermesyuarat tidak dapat persetujuan sebulat suara diatas cadangan Pemangku Ketua PKR Bahagian Shah Alam untuk berpindah pejabat mereka dari Seksyen 9 kepada pejabat yang lain di Seksyen 19.

Cadangan ini sebagai mengurangkan pengaruh Yb Kota Anggerik kepada Ajk Ajk Bahagian yang semakin tidak cenderung menyokong Pemangku Ketua Bahagian itu…

Keputusan ini ditentang sekeras-kerasnya oleh majoriti Ajk yang diketuai oleh Pemangku Timbalan Ketua Bahagian dan Setiausaha Bahagian. Manakala Pemangku Ketua Bahagian pula disokong oleh Yb ADUN Batu 3 yang turut hadir tetapi dikhabarkan salah seorang Ajk Bahagian yang berada dalam team “Pemangku Timbalan Ketua Bahagian” naik berang sehingga meninggikan suara serta menghentak meja..!

Yang menjadi agak pelik dan lucu apabila dalam mesyuarat tersebut terdapat dua set minit mesyuarat, satu yang disediakan oleh Pemangku Ketua Bahagian sendiri menyatakan keputusan untuk berpindah pejabat telah dipersetujui tetapi ada satu lagi minit mesyurat pula yang disediakan oleh Setiausaha Bahagian dicatitkan tidak ada keputusan bersetuju untuk berpindah pejabat……..

Memang sudah hura hara pentadbiran PKR Shah Alam sekiranya kita amati situasi ini, lihatlah sendiri apabila terlalu ramai yang “memangku” jawatan penting dalam struktur parti. Sebelum pilihanraya ke 12, PKR Shah Alam menyaksikan hampir kesemua pimpinannya letak jawatan dan ada yang keluar parti sebagai tanda SOLIDIRATI kepada bekas ketua mereka Ezam Mohd Nor. Pada waktu itu kecoh berita akhbar menyiarkan kisah Ketua, Timbalan, Naib, Setiausaha, Ketua Penerangan, Ketua AMK, Pengarah Pilihanraya serta beberapa Ajk Bahagian PKR Shah Alam umum letak jawatan dan keluar parti. Natijahnya kini didalam pentadbiran PKR Shah Alam terlalu ramai yang kena jadi “Pemangku”….., akhirnya tidak ada tokoh yang dihormati. Ditambah pula dengan ujudnya dua orang Yb PKR dalam parlimen Shah Alam membuatkan Pemangku Ketua Bahagian seperti tiada “value”.

Agak mengecewakan juga apabila cerita dalam kain PKR sebegini dapat diketahui umum sedangkan parti mereka mewakili pengundi-pengundi di Shah Alam, malah kedua-dua DUN. Bagaimanakah pemimpin mereka mahu menyelesaikan masalah rakyat apabila “rumahtangga” sendiri hura-hara…?

Kisah kepincangan PKR Shah Alam ini sudah lama juga diceritakan oleh beberapa teman teman yang masih berada dalam parti tunggangan Anwar ini. Mereka kini semakin meluat dengan gelagat beberapa kerat individu yang baru muncul mengejar jawatan, pangkat dan kontrak setelah berjaya menjadi kerajaan negeri. Pentadbiran parti diperingkat bahagian juga agak kendur kerana Pemangku Ketuanya tidak ada “pengaruh” langsung, ini disebabkan ramai Ajknya lebih tertumpu kepada pejabat ADUN masing masing, seperti ada dua team diantara DUN Kota Anggerik dan DUN Batu 3.

Sekian dahulu cerita yang disampaikan oleh Informer Blogmaster sebentar tadi sewaktu kami minum teh tarik…

sumber - medan info kita

www.rencahmalaysia.blogspot.com

dipetik dari :

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/07/mesyuarat-pkr-shah-alam-kecoh.html

0 Responses: