Apabila seseorang itu duduk diluar lingkungan dalaman maka dia tentu tidak akan tahu punca mengapa terjadinya sesuatu keputusan itu diambil. Kalau ada informer pun, informer akan memberi apa yang bos hendak tahu, bukan apa yang sebenarnya berlaku. Ini biasa terjadi. Maka dapatlah si bos tadi maklumat 3/4 sahaja.
Untuk itu, pe;bagai janji manis ditabur. Konon untuk membolehkan itu dan ini. Dan penduduk pun mengundi.
Setelah menang, setelah duduk dalam mesyuarat dalaman, setelah melihat dari sudut kerajaan, politik dan undang-undang, akhirnya terbukti yang dijanjikan dulu confirm tak dapat ditunaikan.
Inilah hakikatnya. Pakatan Rakyat yang hampir rapuh kini mula berkecamuk. DI Pulau Pinang, Ketua Menteri yang berjanji macam-macam sebelum PRU12, ini mula mengelabah. Akhirnya anak Melaka tersebut faham dan tahu bahawa duduk di luar tak sama macam duduk di dalam. Akhirnya, janji tinggal janji. Tak terdaya nak menepati. Inilah dia, politik DAP, janji macam-macam, tak dapat tunaikan, salahkan orang lain. Jawapannya mudah, orang dulu buat silap, jadi orang dulu kena tanggung lah!. Apa punya alasan, kalau tak mahu terima tanggungjawab, jangan jadi pemimpin. Kalau menang dan berjaya membentuk kerajaan, kenalah tanggung segalanya. Termasuk untung dan rugi. Untung dapat gaji Ketua Menteri (termasuk banglo baru) rugi sebab termasuk ambil tahu semua masalah penduduk PP?.
Sekarang, tak dapat tunaikan janji, minta tolong orang lain. Orang lain itu tak lain tak bukan Kerajaan Persekutuan. Minta tolong untuk apa? untuk memberi wang pampasan kepada penduduk. Dulu bukan ke dalam janji-janji manis DAP di kawasan Kg Buah Pala, kalau menang, tanah diberi semula? siapa yang berjanji? siapa pula yang kena bailout janji tersebut?
Di Kedah, tak habis-habis si Menteri Besar dan bekas sekutu baiknya DAP bergaduh. Macam orang laki bini. Waktu bercinta, segalanya baik, dah kahwin segalanya pahit belaka.
Kan sudah dikatakan orang bahawa perkahwinan jenis ini, yang tidak mengikut peraturan, tidak akan kekal lama. DAP kata PAS gila kuasa. Pas tolak semua ketepi. PAs hanya perjuangkan Melayu.
PAS pula kata, DAP yang katanya parti untuk semua, rupanya parti Cina sahaja.
Sebenarnya, inilah dia REALITI politik Malaysia.
Semua parti memperjuangkan hanya satu kaum sahaja. Hatta PAS. PAS yang konon-kononya memperjuangkan ISLAM untuk semua hanyalah satu lagi parti Melayu. LIhat kepimpinan tertinggi PAS. ADa bukan Melayu dalam kepimpinan tersebut?
Sebagai kesedaran, perlu diingat, hanya kaum itu akan mengundi parti itu sekiranya dasar parti menjurus ke arah kaum itu. Akhirnya yang terjadi ialah UNDI UNTUK KAUM. sebab yang akhirnya dalam sesuatu pilihanraya, kulit juga yang dilihat orang kerana kecenderungan pengundi mengundi mereka yang sekulit dan pasti sealiran. Kenapa perlu undi mereka yang pasti akan membantu kaum yang lain? itu REALITI.
DAP sekarang sedang dalam "sorotan lampu tinggi". Kerana? mudah sahaja. Jika di kedah mereka ini champion kaum cina, adakah di Perak, PP, Selangor dan WP mereka juga champion kaum ini? Kalau benar, adakah mereka akan keluar dari Pakatan sebab PAS dilihat sebagai pro Melayu?
Kalau DAP tidak keluar dari Pakatan di negeri-negeri tersebut, adakah kerana DAP mampu mengawal PAS dan PKR? Adakah ini bermakna bahawa sebenarnya yang berkuasa di Pakatan ialah DAP? kerana DAP mampu keluar dari Pakatan, sedangkan PAS dan PKR tidak mampu dan seterusnya harus tunduk kepada DAP?
Dari segi pandangan rakyat marhaen, tindakan DAP di KEdah adalah kerana rasional politik. Ia bertujuan menunjukkan kepada PAS dan PKR bahawa DAP mampu keluar dari Pakatan dan akan keluar sekiranya PAS dan PKR tidak tunduk kepada DAP.
DAP berani keluar di Kedah kerana DAP tidak memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan Pakatan di Kedah. Dengan hanya 1 ADUN, tidak ada apa yang perlu DAP dan Pakatan risaukan kerana Kerajaan Pakatan akan kekal berkuasa walau tanpa ADUN DAP.
Kalau DAP betul-betul anak jantan, cuba DAP keluar dari Pakatan di Selangor atau di Perak. Tapi pasti mereka tidak akan berani, kerana dengan ini akan menghancurkan Kerajaan Pakatan disana.
Satu lagi persoalan menarik, ADakah DAP negeri mempunyai kuasa lebih daripada DAP pusat? Adakah ini bermaksud bahawa sebenarnya, pakatan DAP, PAS dan PKR hanyalah di negeri-negeri sahaja dan bukan satu negara? Adakah ini bermakna DAP di Kedah boleh berpakat dengan MCA?
DAlam BN, kalau suatu parti itu mengumumkan bahawa ia tidak lagi boleh berkerjasama dengan parti yang lain, maka parti tersebut akan keluar keseluruhannya dari BN. Bukan sekerat - sekerat. Ia keluar secara total.
DAlam Pakatan, nampaknya ini tidak terjadi. Seolah-olah setiap komponen dalam Pakatan adalah sendiri, dan setiap cawangan negeri ada kuasa lebih dari Pusat.
Sangat menarik.
Jadi sebenarnya, siapa yang berkuasa dalam Pakatan?
DAP pusat?
DAP Kedah?
PKR sebagai pendahulu kerusi?
atau PAS yang melukut ditepi gantang?
Jul 6, 2009
Diluar lain didalam pun lain: kuih salah bikin?
amirrash Jul 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (RSS)
1 Responses (Leave a Comment):
senang cari salah orang bila tak berkuasa ,bila berkuasa diri sendiri banyak buat salah masih salahkan orang lain ...inilah sikap Pas dan DAP.
Post a Comment