May 28, 2009

Chin Peng: apa yang dicakap oleh pemimpim pakatan

usik-usik:

Apabila PIS, DAP dan PKR bermain api sentimen komunis. Adakah mereka ini melupakan tragedi lalu? Apakah dosa Chin Peng terhapus apabila tua? adakah penderitaan mangsa-mangsa keganasan komunis dibawah arahan Chin Peng hilang ditelan waktu?

Luka kepedihan dan kesengsaraan serta trauma keganasan komunis akan tetap terasa biarpun sejuta tahun berlalu. Tahniah kepada Pakatan Haram Rakyat yang kian berpaksikan kepada negara china (komunis). Tahniah juga kepada Pakatan yang kian mula menongkah arus democrazy LTTE.

JAdi kepada Pakatan haram ini, anda lupa tentang kekejaman komunis. Namun kami tidak pernah lupa. dan barang siapa yang cuba menghidupkan semula sentimen komunis ini nescaya buruk padah menanti dirinya.

p.s
agaknya Chin Peng pasti tersenyum bangga kerana cucu cicit mingyuen telah berjaya melakukan apa yang datuk nenek mereka gagal lakukan iaitu mendapatkan sokongan melayu dalam komunis.


Benarkan pulang - Pembangkang

KUALA LUMPUR 27 Mei - Pemimpin tiga parti pembangkang hari ini meminta kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang pernah mengganas sehingga menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban kembali ke negara ini.

Bagaimanapun, mereka berkata, kerajaan perlu mengenakan syarat iaitu Chin Peng harus benar-benar insaf dan bebas daripada ideologi komunis sebelum dia dibenarkan berbuat demikian.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, tidak salah sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air asalkan bekas pemimpin PKM itu tidak menjadikan komunis sebagai ideologinya.

"Saya syorkan kerajaan menemui Chin Peng dan membuat penilaian secara menyeluruh bagi menentukan sama ada dia masih komunis atau tidak.

"Jika Chin Peng tidak lagi mengamalkan ideologi ini saya tidak nampak perlunya kerajaan menghalang beliau daripada kembali ke tanah air. Chin Peng wajar dibenarkan kembali ke Malaysia sekiranya dia meninggalkan doktrin komunis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai tindakan sesetengah pihak yang cuba menghidupkan aktiviti komunis melalui laman blog, Salahuddin berkata, masyarakat di negara ini sudah tahu menilai baik buruknya dan mereka tidak mudah terpengaruh.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub pula berpendapat, tidak ada salahnya untuk Chin Peng kembali ke Malaysia asalkan beliau sudah berubah dan bersedia mendokong perlembagaan.

Menurutnya, jika mahu dipertimbangkan dari segi sejarah, Jepun dan British sebelum ini turut pernah menjajah Malaya dan melakukan kekejaman di negara ini.

"Di kala ini, ramai orang Jepun dan British yang melabur di Malaysia. Mereka juga dahulu pernah menjajah dan menzalimi rakyat di negara ini.

"Justeru, apabila era sudah berlalu, penilaian semula boleh dibuat. Sejarah lalu tidak bermakna kita perlu memutuskan hubungan dengan Jepun dan British. Hal ini sama juga dengan isu Chin Peng," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw meminta agar semua pihak terutamanya pemimpin kerajaan lebih bersifat memaafkan dalam isu kepulangan Chin Peng.

Seng Giaw berkata, kekejaman Chin Peng sememangnya pahit untuk dikenang tetapi rakyat di negara ini perlu menunjukkan sifat pemaaf kepada individu yang telah insaf seperti Chin Peng.

Beliau menambah, rakyat di negara ini seharusnya mencontohi bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela yang mampu memaafkan semua pihak meskipun didera dan diseksa di dalam tahanan selama berpuluh-puluh tahun.

"Ketika di dalam tahanan, Mandela kehilangan isteri dan anaknya tetapi sebaik menjadi presiden, beliau memaafkan setiap orang yang pernah menderanya.

"Begitu juga kita, bekas guru besar sekolah saya turut dibunuh komunis tanpa sebab. Saya juga tidak berpuas hati tetapi rasa maaf yang menebal di dalam rakyat negara ini seharusnya mengatasi segala rasa benci," katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula enggan mengulas selagi belum mengetahui pendirian Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mengenai isu terbabit.

"Anda tanya Koh Tsu Koon dahulu mengenai pendirian beliau sebelum bertanyakan saya soalan yang sama," katanya sinis.


www.rencahmalaysia.blogspot.com


May 27, 2009

Pendedahan terhangat: PRK Penanti

http://www.pisau.net/2009/05/pkr-n12-ekslusif-bukti-gambar-rakaman.html

Kisah si aminah dan 2 cina pkr goblok. macam bos pkr mereka juga.
pandai si pkr menggunakan rakan cina untuk pengaruhi aminah. alah cina dap dan cina pkr sama juga. cina juga. yang penting yang jadi dalang bukan seorang melayu. kalau melayu lain citer. payah pula nanti.

sila ikuti pendedahan terhangat ini. Apa citer anwar sekarang?

May 22, 2009

POLITIK TAWAR-MENAWAR PAS SELANGOR


Apabila dibebaskan dari tahanan ISA, Penasihat HINDRAF P. Uthayakumar dilaporkan berkata bahawa beliau akan menggunakan kaedah-kaedah tertentu bagi mengukuhkan kuasa tawar menawar etnik India dalam politik di negara ini.

Bagi beliau, dia sedia bekerjasama dengan sesiapa saja termasuklah pembangkang dan kerajaan bagi merealisasikan perjuangannya. Saya tidak berhasrat untuk bercakap mengenai Uthayakumar, HINDRAF atau perjuangannya. Apa yang menarik perhatian saya ialah beliau bercakap mengenai kuasa tawar menawar etnik India dalam politik Malaysia.

Itulah politik. Kekuatan sesebuah parti politik ialah kuasa tawar menawar. Ambil contoh MCA. Walaupun kalah teruk dalam PRU12 lalu, parti ITU mampu mendesak dan mendapat tambahan satu kerusi Timbalan Menteri kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Apabila sesebuah parti politik hilang kuasa tawar-menawar, maka dia hidup atas ehsan orang lain.

Dalam politik Selangor, PAS berada pada kedudukan yang cukup strategik untuk tawar-menawar. Kedudukan ini seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya bagi menentukan agenda perjuangan parti itu menjadi realiti.

Di Selangor, PAS bersama PKR dan DAP menguasai 36 dari 56 kerusi DUN. Barisan Nasional pula menguasai 20 kerusi (UMNO 18, MCA 2). Dengan kedudukan 8 kerusi, PAS boleh menentukan adakah PKR dan DAP membentuk kerajaan, atau kuasa itu pergi kepada BN.

Sekiranya PAS bergabung dalam satu pakatan dengan BN (sebagai kerajaan campuran), kedudukan di DUN Selangor ialah 28 (BN + PAS) dan 28 (PKR + DAP). Itu adalah kuasa tawar-menawar yang cukup mahal harganya.

Saya fikir perkara ini disedari oleh DAP (yang mempunyai banyak pertentangan ideologi dengan PAS, berbanding PKR).

Maka, langkah yang wajar ialah melemahkan kuasa tawar-menawar PAS ini. Cara yang paling mudah ialah menentukan bahawa sekiranya PAS bergabung dengan BN, ia tidak dapat membentuk kerajaan. Apabila ini berlaku, maka PAS hanya ada satu cara saja untuk berkuasa di negeri itu iaitu dengan terus bergabung bersama DAP dan PKR.

Bagaimanakah nak halang ini dari berlaku? Belajar dari bekas Speaker Sivakumar -- gantung ahli DUN. Teng Chang Kim lebih bijak dari Sivakumar. Sivakumar menggantung enam ADUN Perak di luar DUN. Mahkamah memutuskan keputusan Sivakumar itu tidak sah. Kuasa Speaker ada dalam DUN, bukannya di luar dewan.

Maka, Teng Chang Kim mengheret ahli DUN Selangor (BN) yang mengkritik SELCAT ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan. Mungkin ada yang menuduh Teng Chang Kim kini sudah menjadi "the untouchable" iaitu dia tidak boleh dikritik, namun sukar untuk mereka berkata proses itu bertentangan dengan undang-undang.

Teng Chang Kim yang pernah mencampakkan peraturan dewan kini mengguatkuasakan peraturan-peraturan tersebut apabila dia berada di kerusi Speaker.

Di sinilah hebatnya Teng Chang Kim berbanding Sivakumar.

Apabila BN hilang lima orang ahli DUN, maka yang tinggal hanyalah 15 orang di DUN Selangor. Sekiranya PAS memilih untuk bergabung dengan BN (atas apa alasan sekalipun), ia tidak cukup untuk membentuk kerajaan. Ia juga tidak boleh menarik balik penggantungan itu kerana kuasa tersebut ada pada Speaker dari DAP.

Saya tidak mengatakan PAS akan meninggalkan PKR atau DAP. Saya juga tidak mengatakan PAS akan bergabung dengan BN. Apa yang ingin saya katakan ialah dalam keseluruhan proses ini PAS hilang harga tawar-menawar yang tinggi.

Bagaimana pula dengan PKR dan DAP?

Kedua-duanya tidak hilang apa-apa. Harga tawar-menawar mereka masih tinggi. Sekiranya PKR (yang mempunyai 15 kerusi DUN) atau DAP (13 kerusi) memilih untuk bergabung dengan BN, ia akan kekal menjadi kerajaan.

Dalam bahasa yang mudah, kuasa tawar-menawar DAP dan PKR tidak hilang dengan penggantungan lima orang ADUN BN Selangor . Apa yang terhakis ialah nilai tawar-menawar PAS dalam membentuk kerajaan.

Sekarang, kita boleh menjawab siapakah yang pandai berpolitik di sini. Teng Chang Kim berjaya membunuh dua ekor burung dengan satu batu -- melemahkan BN dengan menggantung lima ADUN dari UMNO, dan pada masa yang sama mengurangkan nilai tawar-menawar PAS dalam kerajaan campuran di Selangor.

Lantaran itulah maka saya saya sarankan mungkin elok untuk PAS memerhati dengan teliti pergerakan Uthayakumar dalam dia meningkatkan kuasa tawar-menawarnya. Tentu ada sesuatu yang boleh PAS pelajari dari beliau.

Politik memerlukan strategi. Politik sama dengan permainan catur. Pastikan PAS tidak terperangkap dengan pergerakan sendiri!

dipetik dari : http://nobisha.blogspot.com/2009/05/politik-tawar-menawar-pas-selangor.html

www.rencahmalaysia.blogspot.com

May 21, 2009

MLM dan ahli parti politik : mencari si gila babi

Apa persamaan antara MLM (mutlti level marketing/Perniagaan berbilang tingkat) dan juga ahli-ahli parti politik?

Jawabnya, Jumud dan bodoh sombong. Dalam 2-3 kerat syarikat MLM yang jahanam. Mereka mengamalkan prinsip "Apa yang orang kata semua salah. Apa yang bukan "kami" adalah musuh kami. orang lain salah kalau tak join "kami". "

itu prinsip mereka.

sama macam dalam hidup ahli parti politik terutama ahli yang lebih dari ahli politik. yang hari-hari duduk di kedai kopi bersembang hal politik. Bagi mereka ini, ideologi selain mereka adalah salah dan mesti masuk neraka.

itu pendapat gila babi. babi pun tak gila macam tu. agaknya lagi teruk dari babi lah tu. mungkin terkena selesema babi.

apa pun, pengikut sebegini hidup matinya memang untuk parti. sanggup berhabis bergolok bergadai kerana parti. sanggup pukul orang lain kerana parti. sanggup putus sedara kerana politik. sanggup bercerai kerana politik. bukan kerana agama kerana politik.

mereka ini akan mencari salah dan silap dari pelbagai segi. moral semua orang yang bukan ahli parti mereka akan dipersoalkan.

bagi golongan gila babi ini apa yang menarik yang perlu direnungi ialah. "kita ini betul sangat ke?, kalau dikorek-korek, ada tak kesalahan kita yang orang lain akan dapat tahu?". Kita asyik mengorek salah orang lain tak perasan salah kita. jadi macam teman kita si RPK yang sibuk mengata orang akhirnya anak sendiri yang buat hal.

Ada yang akan kata bahawa kalau pemimpin mesti bersih. maka disebabkan mereka bukan pemimpin maka mereka tidak perlu jadi bersih. dan mereka boleh hentam pemimpin yang patutnya bersih itu. satu jawapan bongok dari mereka yang bongok. kenapa bongok kerana setiap orang adalah pemimpin kepada yang lainnya. adakah mereka ini bukan pemimpin kepada yang lain? anak? isteri? keluarga? mereka juga perlu bersih. pasti mereka ini tidak bersih. pasti ada dosa dan silap. adakah mereka perlu "letak jawatan" dari jadi pemimpin?

jadi, kenapa anda yang ahli politik yang berlagak lebih dari ahli politik. jangan jadi gila babi. jangan ingat kita sahaja betul orang lain salah. cuba ingatkan ini, ada bercakap pada hari ini, kalau jadi pada anda, apa yang akan anda buat? entah-entah lagi teruk lagi."

www.rencahmalaysia.blogspot.com

May 20, 2009

Hindraf, Utahayakumar dan LTTE: Berita antara 2 dunia yang sama


usik-usik:

Baca 2 berita di bawah ini dan lihat. ada persamaan atau tidak? sama2 menggunakan kekerasan untuk mencapai apa yang dihajati. Akhirnya yang dapat ialah kehancuran. adakah ini yang kita mahu? adakah ini matlamat mereka?

Hindraf sudah berani bagi kata dua pada kerajaan…

Bunyinya memang sudah melampau.Pertubuhan haram Hindraf sudah berani bagi kata dua kepada kerajaan berbentuk ugutan.

Ketuanya yang lari tinggal di London P Waythamoorthy dipetik oleh Malaysiakini.com sebagai berkata para penyokong pertubuhan itu akan mengadakan demonstrasi jalanan di seluruh negara jika tidak batalkan arahan agar bekas tahanan ISA P Uthayakumar mengadap lembaga penasihat ISA.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang ditemui Agendadaily sebelum mesyuarat Dewan Tertinggi BN di PWTC petang Isnin untuk mengulas perkembangan ini menegaskan kerajaan tak makan ugutan Hindraf.

Katanya jika Hindraf adakan demonstrasi jalanan tindakan tegas akan diambil.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diminta mengulasnya dalam sidang akhbar selepas pengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN pula menegaskan tiada siapapun boleh memberi kata dua.

Menurut beliau kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang secara berhemah sekiranya mereka menghormati undang-undang.

"Kita sudah membuktikan bahawa kerajaan ini kerajaan yang bertimbang rasa, bukanlah kerajan yang zalim atau yang nak menekan mana-mana pihak,”katanya.


Uthayakumar yang dibebaskan dari ISA baru-baru ini juga berkeras tidak mahu tandatangani surat yang menetapkan syarat-syarat pembebasannya.

Dalam pada itu dia juga telah melanggar peraturan pembebasan bila berhenti berucap di beberapa tempat semasa diiringi oleh konvoi penyokongnya dari Kem Tahanan Kamunting.

Waythamoorthy yang merupakan abang kepada Uthayakumar dipetik sebagai berkata Hindraf akan istihar ‘ perang’ keatas kerajaan pimpinan Datuk seri Najib Tun Razak jika arahan mengadap Lembaga Penasihat ISA itu tidak dibatalkan segera.

Beliau mendakwa arahan keatas Uthayakumar itu tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang ditemui wartawan juga memberi amaran tindakan sewajaranya akan diambil jika Hindraf menganjurkan perhimpunan.

Menurut beliau langkah sewajarnya juga akan diambil jika Uthayakumar enggan mengadap Lembaga Penasihat ISA.-18/5/2009

dipetik dari : www.agendadaily.com


Gerakan LTTE terkubur bersama impian etnik Tamil

Oleh Jamhariah Jaafar
rencanabh@bharian.com.my

Perjuangan sejak 30 tahun wujud sebuah negara bebas di utara, timur Sri Lanka sia-sia

MISI perjuangan mereka untuk mewujudkan sebuah negara Tamil yang akan dikenali Eelam di utara dan timur Sri Lanka. Namun strategi Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dalam merealisasikan impian itu lebih menjurus kepada keganasan, membuatkan mereka menjadi kumpulan paling digeruni dan dibenci rakyat Sri Lanka dan selatan India.

Kelmarin seluruh dunia memaparkan berita kematian pemimpin tertinggi kumpulan itu, Vellupillai Prabhakaran dan tentera Sri Lanka tidak membuang masa � bukan saja mengumumkan kemenangan besar, bahkan terus memahat batu nisan sebagai tanda berkuburnya Harimau Tamil yang sudah berleluasa sejak 30 tahun lalu.

LTTE bermula dengan perasaan tidak puas hati kumpulan etnik Tamil yang berasa diperlekeh bangsa Sinhalese, yang menjadi penduduk majoriti Sri Lanka. Bagi memastikan suara mereka didengar, LTTE lebih banyak menggunakan taktik ganas, malah Prabhakaran adalah perintis serangan bunuh diri menerusi unit Harimau Hitam yang cukup digeruni.

Kumpulan pemisah ini bukan saja bertanggungjawab ke atas lebih 200 serangan berani mati, mencetus perang saudara mengorbankan lebih 70,000 nyawa, malah turut didakwa terbabit dalam pembunuhan beberapa pemimpin, termasuk bekas Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi pada 1991 dan bekas Presiden Sri Lanka, Ranasinghe Premadasa pada 1993.

Mengimbau sejarah, kumpulan etnik Tamil ini menetap di selatan India (kebanyakan di negeri Tamil Nadu) serta Sri Lanka, yang memiliki kira-kira 22 juta penduduk. Di pulau ini, hanya 10 peratus terdiri daripada etnik Tamil yang majoritinya menetap di wilayah utara dan timur.

Dengan berpegang kepada agama Hindu dan bahasa Tamil, mereka terasing daripada 80 peratus penduduk Sri Lanka lain yang majoriti adalah Sinhalese dan pengikut Buddha.

Ketika diperintah dengan nama Ceylon oleh penjajah British, kebanyakan rakyat Sri Lanka menganggap kumpulan minoriti Tamil ini sebagai pengkhianat kerana berpihak kepada penjajah. Sejak mencapai kemerdekaan pada 1948, Sri Lanka diperintah etnik Sinhalese dan mula memberi tekanan kepada kumpulan Tamil.

Konflik antara kedua-dua etnik semakin parah apabila Prabhakaran mengasaskan LTTE pada 5 Mei 1976 dan akhirnya menjadi kumpulan militan paling ganas sehingga mencetus kebimbangan masyarakat antarabangsa.

LTTE dikatakan mempunyai antara 7,000 hingga 15,000 ahli militan bersenjata lengkap, terkenal dengan pengebom bunuh diri. Sejak akhir 1980-an, kumpulan itu melancar banyak serangan bunuh diri dengan sasaran utamanya termasuk kawasan transit, tokong Buddha dan pejabat kerajaan.

Menurut Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika (FBI), LTTE mencipta sejenis tali pinggang 'berani mati' dan menjadi kumpulan militan pertama menggunakan wanita dalam serangan mereka. Ada pengikutnya pula memakai kapsul racun sianida di leher bagi membolehkan mereka membunuh diri serta-merta jika tertangkap.

Selain serangan bunuh diri, LTTE turut menggunakan bom biasa, periuk api dan senjata api dengan sasaran ke atas tokoh politik dan orang awam. Keganasan LTTE turut menaikkan kemarahan kumpulan etnik Tamil sendiri kerana ramai yang terpaksa menjadi pelarian.

LTTE awalnya bekerjasama dengan kumpulan militan Tamil lain seperti Barisan Pembebasan Nasional Eelam (ENLF), Pertubuhan Pembebasan Tamil Eelam (Telo), Pertubuhan Revolusi Pelajar Eelam (Eros), Pertubuhan Pembebasan Rakyat Tamil Eelam (Plote) dan Barisan Pembebasan Revolusi Rakyat Eelam (EPRLF).

Namun, perasaan tidak puas dan saling tidak percaya memakan diri, terutama selepas campur tangan tentera India sehingga satu perjanjian damai ditandatangani antara India dan Sri Lanka, tetapi langsung tidak membabitkan kumpulan militan Tamil.

EPRLF mendapat kelebihan daripada perjanjian damai itu dan diberi kuasa autonomi terhad dan seorang calonnya dilantik menjadi ketua pentadbir kepada wilayah utara dan timur yang bergabung, tetapi LTTE menolak perjanjian terbabit kerana tidak setuju dengan calon EPRLF.

Keengganan India menerima calon LTTE, membuatkan kumpulan itu enggan menyerah senjata kepada Pasukan Tentera Pendamai India (IPKF).

Sebaliknya, mereka mewujudkan unit Harimau Hitam, yang bertanggungjawab melancar serangan berani mati dengan sasaran ke atas politik, ekonomi dan tentera Sri Lanka. Perang antara kumpulan militan Tamil Eelam ini semakin sengit dan hasilnya � beberapa kumpulan militan termasuk Telo dan EPRLF ditewaskan, sementara yang lain diserap menyertai LTTE.

Campur tangan India juga tidak popular di kalangan bangsa Sinhalese dan IPKF mengalami kekalahan demi kekalahan, sebelum meninggalkan Sri Lanka pada 1990 selepas didesak Kerajaan Sri Lanka. Bagaimanapun, pertempuran dan serangan bunuh diri berterusan sepanjang 1990-an.

Keadaan tenang sementara selepas kemenangan Chandrika Kumaratunga sebagai presiden, tetapi perang gerila bersambung selepas LTTE menenggelamkan dua kapal tentera laut pada 1995. Melalui beberapa siri operasi, tentera kerajaan mendapat semula Semenanjung Jaffna yang menjadi kubu kuat Tamil, sebelum dirampas semula pada 1998.

LTTE mengubah taktik pada 2001, menggugurkan tuntutan untuk memiliki sebuah negara berasingan, sebaliknya mencukupi sekiranya diberi sebuah wilayah dengan kuasa autonomi.

Kemenangan besar Presiden Rani Wickramasinghe pada 2001, menyaksikan LTTE mengisytihar gencatan senjata dengan Norway bersetuju menjadi pemerhati melalui Misi Pengawasan Sri Lanka.

Enam pusingan rundingan damai antara Kerajaan Sri Lanka dan LTTE berlangsung, tetapi terbantut apabila LTTE menarik diri pada 2003, sebaliknya mencadangkan sebuah Kerajaan Yang Berkuasa Mentadbir Sendiri � cadangan diterima masyarakat antarabangsa, tetapi ditolak Presiden Sri Lanka.

Akibat kegagalan rundingan damai, jurang pemisah antara Kerajaan Sri Lanka dan LTTE semakin parah dan pencabulan perjanjian damai turut berlaku.

Konfrontasi bersenjata berterusan sehingga Januari 2009 apabila Kerajaan Sri Lanka secara rasmi menarik diri daripada rundingan damai terbabit. Bagi menangani kumpulan militan, terutama dalam kempen menangani keganasan selepas tragedi 11 September 2001, Amerika Syarikat turut membantu melatih tentera Sri Lanka.

Kematian Prabhakaran yang dilaporkan ditembak mati bersama anaknya, Charles Anthony dan tiga lagi komander Harimau Tamil, mungkin menandakan berakhirnya perjuangan LTTE. Apa lagi dengan kenyataan Ketua Diplomatik LTTE, Selvarajah Pathmanathan: "Perjuangan ini sudah berakhir dalam keadaan perit. Kami membuat keputusan untuk tidak lagi meledakkan senjata kami."

Perjuangan senjata mungkin sudah berakhir, tetapi apakah impian kumpulan etnik Tamil ini untuk memiliki sebuah negeri atau wilayah sendiri turut berkubur bersama kematian Prabhakaran?

dipetik dari : www.bharian.com.my

Bapak Borek Anak Rintik?: Raja Petra and son

RPK = RAJA PUTAR KENCING KUAT


Raja Putar Kaki, apa lagi yang boleh aku cakap pasal kau bro! Kalau pembaca sekalian nak tau la kan, dia punya putar alam, perghhh, yang dah mati pun boleh hidup balik la! Hari tu RPK tulis yang aku ni blogger UMNO yang paling teruk sekali!

Kau lanyak aku hari itu kan, tak sampai seminggu pun tuhan dah balas kau wahai RPK! Hari ini anak kau kena tangkap dengan polis!

SHAH ALAM, Tue.:

Raja Azman Raja Petra, a 32-year-old unemployed man, was charged at the magistrate's court here with stealing motorbikes, breaking into homes to steal items, and possessing stolen goods.
He pleaded guilty to the charges.

Magistrate Norkamilah Aziz granted him bail of RM10,500.

June 19 has been fixed for sentencing.

None of his family members were present to post bail

JADI APA KAU NAK CAKAP LAGI WAHAI RPK! SEBELUM KAU NAK AJAR ORANG MALAYSIA NI SEPATUTNYA KAU AJAR ANAK KAU DULU BRO! TIDAKKAH KAU RASA INI SEMUA PEMBALASAN DARI TUHAN AKIBAT DARI PERBUATAN KAU SENDIRI WAHAI RPK! Baca di bawah ini tentang perbuatan jahat RPK!

Pet adalah panggilan mesra AnWAR kepada Raja Petra Kamaruddin (RPK). Fantasia RPK juga amat tinggi, seiring dengan fantasia AnWAR. Berikut serba sedikit RPK yang saya kenali dahulu:

1. Beliau adalah rakan AnWAR di MCKK yg byk membantu AnWAR di awal era reformasi. RPK menerajui ‘Free AnWAR Campaign’ (FAC) menerusi internet yg mencetuskan fenomena baru ketika itu. Kesan terhadap kempen ini ‘diragui’ kerana tiada hasil yg nyata ianya berjaya.

2. Namun kewangan Wan Azizah ketika itu ‘kopak’ dikerjakan RPK. Segalanya perbelanjaan hasil rumah RPK ditanggung oleh Wan Azizah, kononnya RPK terlalu sibuk dgn. kempen FAC. Bosan dgn sikap RPK yang berjanji menggunakan media maya membebaskan AnWAR, Wan Azizah menarik balik segala pembiayaannya kpd RPK.

3. RPK kemudian di pindahkan mengetuai Suara Keadilan (SK) dan beroperasi di Jalan Telawi, Bangsar. Di tengah kehangatan reformasi, SK laris bak goreng pisang panas. Jualan SK pernah mencecah 30,000 naskah setiap dua minggu. Jumlah yg amat baik utk suratkhabar pembangkang tanpa permit ketika itu.

4. Namun SK ‘tidak pernah untung’. Tiada rekod kewangan yg jelas. Jumlah suratkhabar yg dikeluarkan tidak sepadan dgn kewangan yg diterima. Terlalu byk rungutan dari syarikat percetakan berkaitan invois yg tidak dibayar. Gaji staf SK juga tidak dibayar, sedangkan RPK dan keluarga hidup mewah. Ketua unit kewangan SK ketika itu adalah Marina Lee Abdullah, isteri RPK.

5. Setelah ditendang keluar dari SK, RPK seperti ‘hantu raya tidak bertuan’. Melilau ke sana ke mari mencari sumber kewangan. Pendapatan sbg ketua editor ‘Malaysia Today’ tidak stabil krn masih baru dan tiada cerita sensasi yg boleh menarik iklan sbg sumber kewangan. RPK bersahabat baik pula dgn Datuk Kamarul Baharin, setiausaha agung PKR ketika itu.

6. Datuk Kamarul melantik RPK suami isteri sbg Pengarah Majlis Makan Malam PKR yg diadakan di Shangri-La Hotel KL pada 2003 . Makan malam tersebut bertujuan mengumpul dana membiayai kegiatan PKR. Sekali lagi, penyata kewangan majlis tersebut tidak selari dgn sambutan hangat makan malam tersebut. Penyata yg di bentang dipersoal oleh Presiden PKR namun ditutup oleh Datuk Kamarul.

7. Selepas p/raya umum 2004, pejabat s/u agung PKR, Datuk Kamarul diamanahkan mengutip kembali wang deposit p/raya yg dipinjamkan PKR kpd semua calon PKR yg bertanding. RPK dan isterinya Marina Lee dilantik sbg agen menuntut kembali wang tersebut dari bekas-bekas calon PKR ketika itu. Sekali lagi, PKR pusat mempertikaikan jumlah wang yg diserah kpd parti dgn jumlah calon yg mengembalikan wang deposit tidak selari. Namun kes ini ditutup oleh PKR.

8. Setelah AnWAR bebas dari penjara tahun 2004, bermulalah episod sensasi ‘Malaysia Today’ dgn RPK sbg Ketua Editor. 2005, AnWAR memulakan serangan dgn isu komisyen sukhoi, kapal selam dan altantuya. Semua serangan bermula dari Malaysia Today dan dilakukan dengan pelbagai peringkat. AnWAR merancang serangan penuh strategi mengelirukan masyarakat tanpa bukti mahkamah yg kukuh. AnWAR menggunakan RPK bagi menjayakan misi, pastinya bukan percuma dan ada timbal balas antara mereka!

Rumah RPK di tengah-tengah Kelab Golf Rahman Putra Sg. Buloh boleh menjawab segala permasalahan kewangan RPK. ‘Trademark’ RPK yg menunggang motosikal berkuasa besar Harley Davidson, suka pesta-pestaan melambangkan gaya hidup RPK yg penuh kebaratan! Beliau tidak merokok, namun isterinya sering kelihatan ‘berasap’ di majlis-majlis PKR (tidak pelik pun wanita merokok….)

Inilah di sebalik tabir RPK, penulis upahan terhebat abad ini. Mungkin benar RPK adalah ‘pet’ (haiwan peliharaan) AnWAR yg dibela bagi melaksana segala arahan tuan. Saya sekadar berkongsi pengalaman kerana saya tidak pernah mempercayai RPK dulu, kini dan selamanya….

ARTIKEL DI ATAS INI ADALAH PETIKAN DARI BLOG SAHABAT SAYA X-PKR, SEBELUM KAU NAK BETULKAN ORANG LAIN, LEBIH BAIK KAU BETULKAN KELUARGA KAU DULU!

I HAVE SAID THIS TO ANWAR AND I AM GOING TO SAY IT TO YOU! WHAT GOES AROUND COMES AROUND!

dipetik dari : http://www.parpukari.com

www.rencahmalaysia.blogspot.com

usik-usik

Raja Petra, seorang pejuang hak sama dan keadilan. Banyak menimbulkan persoalan berkaitan kredibiliti/moral ratusan kalau tidak puluhan golongan pemerintah atau yang berkaitan pemerintah.

RPK berjaya menunjukkan kepada masyarakat akan kelemahan dan kekurangan beberapa individu ini. Kaitan-kaitan yang beliau timbulkan ada juga yang mengaitkan dengan tindakan/kelakuan moral keluarga individu-individu tersebut. Akibatnya banyak individu tersebut yang dipandang serong oleh masyarakat.

Tetapi RPK sekarang ini dalam hot soup apabila dia yang terkena tempias perbuatan anaknya. Anak RPK ditubuh melakukan jenayah dan mengaku bersalah pula tu.

Jadi akhirnya RPK sebenarnya juga tidak bersih dan kotor [kalau boleh dikaitkan begitu]. Sedap mengata orang akhirnya dia sendiri yang meludah ke langit.

Kalau diikutkan prinsip RPK maka bolehlah dikatakan bahawa RPK juga tidak boleh dipakai. Segala perbuatan anaknya juga adalah salahnya. DAn akhir sekali kepada RPK, What goes around comes around. TAkdirnya anda juga yang terkena. Jadi anda juga seorang penipu, dan korup. tidak kah begitu?

Pastinya selepas ini, tembakan demi tembakan akan dilepaskan kepada RPK oleh individu-individu yang pernah diserang oleh RPK dalam blog beliau. Dan pastinya BLoggers juga akan mula menyerang beliau. jadi, next time, cuba jangan serang peribadi orang, kalau tidak ini lah akibatnya.

Berita mengenai anak RPK : dipetik dari www.bharian.com.my

Anak Raja Petra mengaku curi


SHAH ALAM: Anak penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin, Raja Azman, 33, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam, terhadap empat tuduhan mencuri dan memiliki harta curi, antara April hingga Mei lalu.

Majistret Norkamilah Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,500 bagi semua tuduhan itu dan menetapkan 19 Jun ini sebagai tarikh hukuman.

Tertuduh, Raja Azman yang beralamat di No 5, Jalan BRP 5/5 Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, dituduh mencuri sebuah telefon bimbit Nokia, seutas jam tangan jenis Seiko dan satu rangkai kunci motosikal yang semuanya dianggarkan bernilai RM3,850 daripada kediaman seorang pelajar, Saiful Adli Mohamad Yunus, 21, di No 16, Jalan Sastera U2/1K, Seksyen U2, Shah Alam, kira-kira jam 10 pagi pada 24 April lalu.

Raja Azman didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Dia juga mengaku salah terhadap tuduhan memiliki harta curi, iaitu motosikal Yamaha 135 LC bernombor pendaftaran NBT7332 bernilai RM6,000 milik pelajar, Ahmad Firdaus Jalaluddin, 23, di Nombor 3, Tingkat 1, Blok 1, Apartmen Kinrara Court, Puchong, kira-kira jam 10.40 malam, 5 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 kanun yang sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Tertuduh turut dituduh memecah masuk rumah pekerja kilang, Mohd Syaiful Setapa, 24, dan mencuri beg duit yang mengandungi kad pengenalan, wang tunai RM20, cukai jalan, kad mesin juruwang automatik (ATM) Maybank dan BSN serta lesen memandu kepunyaan mangsa dan mencuri sebuah motosikal Yamaha RXZ dengan nombor pendaftaran BJQ9597.

Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 457 kanun sama, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda manakala dakwaan mengikut Seksyen 379A kanun sama, boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.


May 19, 2009

Penanti- BN tidak ikut rentak pembangkang

PENANTI – BN TIDAK IKUT RENTAK PEMBANGKANG

Perangkap pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mengena.
Sah sudah Barisan Nasional (BN) tidak tunduk dengan desakan supaya meletakkan calon menentang PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang bermula Sabtu ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan petang ini, DUN Penanti bukan untuk UMNO masuk gelanggang.

Beliau mengumumkan demikian selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur selama lebih dua jam bermula 4.30 petang.

Najib menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut.
Pada 29 April lalu, saya bertanyakan wajarkah Barisan BN bertanding di Dewan Undangan Negeri Penanti?

Saya meminta difikirkan perkara berikut dalam konteks pilihan raya kecil Penanti ini. Ia termasuk:

1. Jika menang akan memberikan keyakinan baru kepada UMNO dan jika kalah, siri pembubaran DUN dan Parlimen seperti yang dimahukan Anwar akan menjadi bertambah rancak;

2. Jika UMNO bertanding, ia bagaikan ‘undur belakang untuk kebaikan’ namun dimanakah rasional merugikan wang rakyat;

3. Jika menang reputasi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib akan menonjak dan jika kalah ia semakin merudum;

4. Jika bertanding akan ada tuduhan Najib mengikut telunjuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan sebelum ini Muhyiddin seperti menyokong kenyataan Dr Mahathir;

5. Jika bertanding, wang rakyat akan dikorbankan sedangkan kerusi itu tidak akan mengubah apa-apa; dan

6. Akan ada orang yang akan untung daripada pilihan raya kecil ini kerana selalunya walaupun calon kalah pilihan raya kalah tetapi ‘ada orang UMNO yang akan menang’ kerana mendapat pelbagai kemudahan dan wang’ hasil peruntukan pilihan raya berkenaan.

Yang pasti BN tidak akan menang mudah keranba PKR begitu yakin akan menang sudah menemui calon menggantikan bekas ADUN Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin yang meletakkan jawatan tersebut awal bulan ini.

Pilihanraya kecil kerusi DUN itu dijadual diadakan antara 23 hingga 31 Mei ini berikutan timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng meletakkan jawatanb. Beliau juga meletakkan jawatan exco pada 8 April lalu dan kemudian melepaskan jawatan ADUN pada 16 April lepas.

Kekosongan jawatan kedua penting itu pernah menimbulkan salah faham terbuka antara ketua menteri dan Anwar kira-kira dua minggu lepas berhubung kelewatan mencari pengganti Mohammad Fairus.

Menarik pada pilihan raya kali ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguatkuasakan larangan parti-parti politik yang bertanding mewujudkan pondok panas pada hari pengundian.

Langkah itu mampu mengelakkan ketegangan di kalangan para penyokong parti sekali gus mewujudkan suasana lebih tenteram bagi membolehkan pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.

Penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Penanti, Pulau Pinang ditetapkan pada 23 Mei.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika mengumumkan perkara itu memberitahu pembuangan undi pula ditetapkan pada 31 Mei.

SPR menetapkan Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya kecil itu nanti adalah Daftar Pemilih Induk 2008 yang telah dikemaskini sehingga 16 April lalu.

Daftar pemilih Pilihan Raya Kecil DUN Penanti mengandungi 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.

Apa pun, Najib menggariskan tiga sebab BN enggan bertanding:

Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.


Mesej BN mudah saja, iaitu BN "tidak mahu menari mengikut rentak pembangkang."

dipetik dari : http://hambali1.blogspot.com/2009/05/penanti-bn-tidak-ikut-rentak.html


www.rencahblogspot.com


usik-usik:

Ada yang akan kata najib penakut. tapi yang lebih penting ialah, najib mengetepikan ego besar BN untuk tidak bertanding. Ini yang penting. Seorang strategis akan tahu bermain dengan sentimen kalah dan menang. Hanya seorang strategis yang berani berundur untuk menang di medan yang lain.

Perlu diingat, menang atau kalah PRK ini tidak akan membawa impak besar kepada perubahan di mana-mana pihak. Baik BN atau PR. Tidak ada yang berubah. Keseimbangan kuasa akan tetap sama. Majoriti tetap di PR. Jadi apa guna bertanding? membazir masa dan tenaga.

Apa yang terjadi kini ialah beban masa, kewangan dan sokongan bertukar kepada PR. Kalau calon mereka kena bertanding yakni ada calon bebas yang juga turut serta dalam PRK ini maka PR kena tunjukkan kepada negara bahawa calon PR masih disokong rakyat. Kekalahan calon PR dalam PRK ini kepada calon bebas akan mewujudkan momenton lain. Momentun kejatuhan PR. Jadi kepada Anwar ibrahim, beban kemenangan kini sudah beralih kepada anda. Kegagalan PR dalam PRK ini penentu moral PR.

Adakah PR bersedia?





May 14, 2009

Wartawan akhbar cina tidak tahu berbahasa melayu : Malaysia sangatlah mereka ni!

Pendekar Perak said...

Minggu lepas, saya telah berjumpa dengan beberapa rakan bloggers saya. Kami telah menbincangkan pelbagai isu dari politik hingga la ke dunia kewartawanan.

Dalam pelbagai isu yang diperbincangkan malam itu, saya tertarik dengan satu isu yang amat hebat! Saya telah diberitahu oleh rakan blogger saya (yang dah kira macam otai la dalam dunia blog ini) bahawa kebanyakan wartawan suratkhabar Cina tidak tahu berbahasa Malaysia rupanya!

Tidak kira dari mana-mana suratkhabar cina la, mereka kebanyakannya tidak reti berbahsa malaysia, saya pun amat terkejut sekali la dengan berita itu, kerana pada hemat saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang wartawan mereka seharusnya tahu berbahasa Malaysia!

Menurut sahabat blogger saya ini juga, selalunya selesai sahaja temuramah maka akan berkumpullah kesemua wartawan itu tadi dan mereka akan bertanyakan sesama sendiri tentang apa yang telah mereka dengar dan faham, kebiasaannya akan ada seorang yang dikira boleh faham sikit-sikit bahasa kebangsaan kita itu dan mereka kemudiannya akan menyalin lah kesemua temuramah tadi!

Biasanya proses sebegini akan mengambil masa dua hingga tiga jam selalunya, saya hampir pengsan bila saya dengar kisah ini, saya sangkakan selama ini semua rakyat Malaysia boleh berbahasa Malaysia! Bukankah itu bahasa rasmi negara kita?

Adalah amat menyedihkan apabila saya dapat tahu masih terdapat orang Malaysia tidak tahu berbahasa Malaysia, bagaimana kita hendak menjadi satu Malaysia sekiranya kita sebagai rakyat Malaysia tak tahu nak berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan kita?

Jadi tidak hairanlah, tidak berapa lama dahulu wartawan dari suratkhabar Cina ini telah salah tulis mengenai penjelasan YAB TPM kita? Ada logiknya bila TPM kita telah mengatakan bahawa kesemua wartawan tersebut harus belajar Bahsa Malaysia!

Memalukan betul bila perkara ini terjadi, kenapa sebagai rakyat Malaysia, tidak kira dari keturunan apa sahaja, kita tidak tahu berbahasa kebangsaan kita? Bukankah bahsa jiwa bangsa? macamana nak jadi bangsa Malaysia kalau nak berbahasa Malaysia pun tak tahu?

Saya memang amat bersetuju sekali dengan pandangan Dato Mukhriz bahawa untuk menyatu-padukan Malaysia kita perlukan satu sekolah! Tidak ada lagi sekolah cina atau tamil lagi! Hanya satu sekolah yang akan menjadi wadah pertemuan semua bangsa dan ianya akan melahirkan "ONE MALAYSIA"

Kita kena mulakan dari sekarang! Kalau nak bersatu maka hapuskanlah perkauman, langkah pertama untuk menghapuskan perkauman adalah dengan menghapuskan sekolah 'vernacular'

HIDUP SATU MALAYSIA!

dipetik dari komen yang disiarkan dalam :
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2009/04/2-ahli-erdogan-tumbang-kumpulan.html

May 13, 2009

Grand design besar-besaran anwar kuasai PAS

Grand design besar-besaran Anwar kuasai PAS..


Oleh NTanwar, AIDCclub

Seboleh mungkin Anwar tidak tidak mahu pergelutan muktamar PAS menjadi perhatian masyarakat. Anwar mahu perubahan dalaman PAS berlaku secara menyeluruh tanpa disedari oleh umum. Sebab itu Anwar berusaha divert issue kepada pilihanraya kecil di DUN Penanti dan berpakat dengan DAP supaya buat gimik peletakan jawatan Manoharan, tetapi semuanya tidak menjadi..

Terbaru Anwar meletakkan PAS dalam keadaan terhimpit di Perak. Nizar wakil PAS, dihimpit rapat oleh DAP hinggakan menjadi jurucakap DAP. Kenyataan media Nizar bukan lagi keluar dari pejabat PAS, sebaliknya dibuat di pejabat DAP, membuktikan Nizar tidak cukup power, jika tidak disupport oleh DAP.

Memang itu realitinya, Nizar dari PAS hanya mempunyai 6 ADUN termasuk dirinya sendiri, berbanding dengan DAP 17 dan PKR 5 . Tiga orang yang sepatutnya menjadi ADUN PKR dan DAP telah keluar menjadi ADUN Bebas, menyokong ADUN BN yang berjumlah 27 orang.

Siapa mastermind yang mula-mula mencaturkan wakil PAS menjadi MB Perak (walaupun bilangan ADUNnya 6 orang), kalau bukan Anwar Ibrahim berpakat dengan Husam Musa (PAS) ?

Sebaik sahaja PAS Kelantan berjaya memenangi semula pemerintahan di Kelantan, selepas bernafas nyawa-nyawa ikan (hanya majoriti satu kerusi), Husam merajuk membawa diri ke Kuala Lumpur (menemui Anwar ?) dengan alasan untuk menyelesaikan isu pelantikan kerajaan PR di Perak dan Selangor.

Memang Husam Musa ’laju bekerja’, walaupun kapasitinya sebagai Naib Presiden, tetapi ’terlebih laju’ mengalahkan Presiden dan Timbalan Presiden PAS, melakukan ’perundingan’ dengan Anwar.

Inilah hujah utama geng Erdogan kenapa mereka bermati-matian menyokong Husam Musa sebagai Timbalan Presiden, hatta termasuk Presiden PAS kerana Husam seorang yang ’laju bekerja’

Tetapi ’laju apa’ ? Bertindak sendirian, berpakat dengan Anwar Ibrahim, tanpa mendapat restu daripada Presiden PAS dan membelakangkan Timbalan Presiden PAS. Meletakkan kedudukan Dr Hassan Ali yang sepatutnya menjadi Timbalan Menteri Besar ke posisi paling tercorot kalah kepada Dr Xavier Jayakumar, Elizabeth Wong, Ronnie Lew dan Teresa Kok, inikah yang dikatakan ’laju bekerja’ ?

Berpakat dengan Anwar Ibrahim meletakkan Nizar sebagai MB boneka yang dikontrol oleh 17 wakil DAP di Perak, inikah yang dikatakan ’laju bekerja’ ?

Itu bukan ’laju bekerja’ tetapi menjadi rakan kongsi, menjayakan agenda Anwar untuk meletakkan kedudukan PAS dalam keadaan terhimpit hingga tiada jalan keluar lagi
Maknanya MOU persefahaman kerajaan PR di Selangor dan Perak dibuat antara Anwar Ibrahim, Husam Musa (PAS) dan Lim Kit Siang (DAP). Bukankah itu Husam dari awal-awal lagi sudah menjadi ’budak suruhan’ Anwar yang kononnya mewakili PAS ?

Sebenarnya ketika Husam berunding di Kuala Lumpur itu, Husam dikatakan merajuk apabila terdapat desas desus mengatakan tok guru Nik Aziz tidak akan menyambung tugasnya sebagai exco paling kanan Kelantan (exco ekonomi) dan hanya diberikan exco paling junior (exco belia), namun setelah Husam berjaya ’mengertak tok guru, exco ekonomi telah dikembalikan kepadanya dan Husam kembali semula ke Kelantan.

Tetapi apa yang terjadi dengan MOU Husam dengan Anwar tentang kerajaan PR di Selangor dan Perak ? Adakah idea itu berjaya ?

Gembirakah Dr Hassan Ali yang sepatutnya menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor dengan posisi paling tercorot menjaga hal ehwal adat istiadat Melayu dan agama Islam ? Berjayakah Dr Hassan jaga adat Melayu dan Islam, sedangkan Dr Xavier Jayakumar sedang membesarkan kuil, Teresa Kok sedang memperlekehkan simbol-simbol Islam termasuk azan dan tulisan jawi dan dalam masa sama memperbesarkan gereja ?

Ronnie Lew dan Eizabeth Wong pula sedang membenarkan lesen judi, rumah urut dan ’along’ besar-besaran di Selangor. Berjayakah Hassan Ali pertahankan Melayu dan Islam tetapi exco-exco yang lebih kanan daripadanya sedang melakukan grand design besar-besaran menghakisnya ?

Untuk tahu gembira atau tidak Hassan Ali, dengar pendapat Khalid Samad (geng Erdogan) ketika dipecat daripada menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Kata Khalid, ” Hassan Ali pecat saya kerana dia tidak sependapat dengan saya. Sepatutnya kalau PKR dan DAP yang memenangkan PAS di Selangor, selepas menang PAS patut menyokong kerajaan yang dipimpin oleh PKR dan DAP. Tetapi dia (Hassan Ali) tidak bersetuju dengan saya”



Bagaimana pula dengan Nizar ? Berjayakah agenda PAS, apabila Nizar dikelilingi oleh orang-orang DAP ?. Bermula dengan perjanjian Pangkor 11, gadai tanah rezab Melayu kepada Cina hingga 999 tahun, seperti kata Mustafa Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, tindakan Nizar ibarat memberi bulan dan bintang kepada DAP. Inikah yang kejayaan yang dibanggakan PAS ?

Nizar dan sentiasa diapit oleh Ngeh dan Nga akan mencabar sesiapa sahaja yang mendakwa PAS ingin memperjuangkan Negara Islam dan hukum hudud. Nizar cabar buktikan PAS memperjuangkan Islam walhal semua itu termaktub dalam fasal 5 perlembagaan PAS ?

Inikah kejayaan Husam, menurut kemahuan Anwar, menjadikan PAS semakin liberal dan akan menjadi seperti PKR.

Inilah satu-satu buah tangan hasil kejayaan Husam, meletakan ahli-ahli ”berbaju PAS, badan PKR’ seperti yang dinukilkan oleh Azizi Abdullah. Kalau itu ukuran kejayaan Husam, tunggu mimpi ngeri yang paling ditakuti oleh tok guru Nik Aziz iaitu bimbang PAS ditolak oleh pengundi Melayu, hingga tinggal satu kerusi seperti yang pernah terjadi di Kelantan.

Sekarang perancangan Anwar dan Husam menguasai PAS secara diam-diam telah terbongkar. Anwar cuba tutup, bimbang konspirasinya terbongkar, Husam pun mahu berpuasa daripada bercakap politik, tetapi bagaimana dengan ahli-ahli PAS yang lain ?

Bagaimana dengan Nik Abduh (anak tok guru) yang terpaksa menulis di blognya mendedahkan konspirasi melaga-lagakan dua tok guru (Nik Aziz dan Hadi) ?

Bagaimana dengan Nasruddin Tantawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat yang secara terang-terangan mengkritik Anwar berkenaan isu pembinaan replika gergasi Anwar di Gombak dan mengkritik Husam yang mencabarnya supaya melawan Presiden PAS.




Nik Abduh dan Nasruddin Tantawi ini kedua-dua produk ’ustaz’ daripada universiti Al Azhar, Timur Tengah. Kedua-dua bersuara tidak bersetuju dengan tindakan Husam, mengadaikan Islam kepada Anwar dan DAP semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Tetapi apa yang terjadi kepada Nik Abduh selepas dia membongkarkan konspirasi Husam menguasai PAS ? Nik Abduh ditewaskan oleh Abdul Lattif, proksi Husam untuk jawatan Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Memang betul Husam mahu ’berpuasa’ daripada bercakap politik, tetapi Husam tidak ’berpuasa’ daripada bekerja mencaturkan individu yang menghalang cita-citanya. Bukankah tindakan Husam ini sebiji sama dengan tindakan Anwar, membunuh sesiapa sahaja, tidak kira lawan atau kawan politik, sekiranya menjadi penghalang politik ?

MSO dalam tulisannya mendedahkan kekalahan Nik Abduh sudah dijangka apabila Mohd Zaki Ibrahim, (Ketua Pemuda PAS Kelantan) telah berjumpa dengan Abdul Latiff di Pantai Cahaya Bulan (PCB) sehari sebelum pengundian. Apabila Mohd Zaki sebagai Ketua Pemuda merestui Abd Latiff, apa harapan lagi Nik Abduh untuk menang ?

Siapa Mohd Zaki ? Dia bekas Ketua Pemuda PAS Kelantan yang bukan kelulusan agama. Dia adalah anak buah Husam Musa. Adiknya Zamarksari Ibrahim adalah Ketua Pemuda PKR Kelantan. Dari situ sudah nampak jelas perkaitan Zaki, Husam dan berakhir dengan Anwar Ibrahim.

Mohd Zaki Ibrahim pula dikatakan disuruh oleh Husam untuk mencabar Nasruddin Tantawi sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat untuk menutup mulut ustaz dari Tantawi itu yang sentiasa memberi dalil Al Quran mengenai kesalahan Anwar Ibrahim.

Adakah selepas ini, Nasruddin Tantawi juga menjadi mangsa kedua sembelihan Husam selepas Nik Abduh ?

Dikatakan jentera Husam sama hebat seperti Anwar Ibrahim. Dana melimpah ruah, orang-orang yang sanggup mati kepadanya telah dibeli satu persatu.

Blogger Kickdefella atau nama sebenar Syed Azidi pun sanggup mati kerana Husam. Kickdefella berasal daripada UMNO (dulu sokong Anwar), masuk PAS dan sanggup menyerahkan nyawa kepada Husam.

Ketika salah seorang pelawat blog Meli Kapak Jangak (ketua pengarang Wasilah) mendedahkan kehidupan peribadi Kickdefella (pelawat mendedahkan Kicdefella minum arak dengan menyertakan tulisan pengakuan Kickdefella sendiri) yang tidak selaras dengan aspirasi PAS Kelantan, Husam telah bermati-mati membela Kickdefella dan menghantar surat saman kepada Meli.

Kickdefella, blogger upahan Husam ditangkap polis kerana menyiarkan artikel yang berniat menghasut

"Minta maaf boss..dah kena tangkap dah..saya sanggup serahkan jiwa dan raga kepada tuan..", kata Kickdefella kepada Husam sambil cium tangan. "Tak per..tak per..saya akan jamin nanti..nanti saya bincang dengan Anwar..jasa tuan 'hamba' amat besar..", kata Husam.


Semua orang-orang Keadilan yang keluar dari PKR, masuk PAS pun bertuankan Husam. Adakah ini perancangan Anwar-Husam ? Saifuddin Nasution, dari PKR, masuk PAS, bertuankan Husam Musa, sekarang kembali semula kepada Anwar Ibrahim, sebagai Pengarah Piliharaya PKR.

Begitu juga dengan Saari Sungip, Anuar Tahir, Saufi Daud. Malah ketika Ezam Mod Nor menyatakan ura-ura ingin keluar daripada PKR, orang yang pertama berunding dengannya adalah Husam Musa.

Adakah Husam Musa ingin menjadi PAS seperti PKR, one stop centre, boleh bertukar-tukar ahli sesuka hati. Kalau begitu amat malang bagi PAS, kerana PAS bakal menjadi seperti PKR..

Menjelang Muktamar PAS ini, PAS telah bergolak besar, bukan setakat bergoncangnya jawatan Timbalan Presiden, yang menjadi buruan Husam, Nizar juga dicatur supaya merebut Naib Presiden, Zaki akan merebut Ketua Pemuda dan Dr Lo’lo Ghazali akan mencabar kerusi Ketua Dewan Muslimah.

Kalau semua perancangan ini berjaya, maka lengkaplah grand design Anwar untuk menguasai PAS secara besar-besaran, dan Anwar boleh tersenyum puas serta kembali semula ke Amerika, melaporkan kepada Carl Gershman, bahawa, dia telah berjaya menawan PAS!

Dulu pada tahun 2005, Anwar telah beritahu Carl Gershman bahawa PAS sekarang tidak lagi memperjuangkan cita-cita "Negara Islam". Macam mana Anwar terlalu konfiden yakinkan Carl, si Yahudi penaja dana demokrasi Amerika itu bahawa PAS akan ikut telunjuknya. Kemudian benar seperti dikata Anwar, PAS gugurkan slogan 'Negara Islam' pada PRU 12. Kebetulan atau perancangan Anwar ?

Sekarang, pada 2009, Anwar boleh kembali lagi ke Amerika, beritahu Carl Gershman, "Carl, sekarang bukan setakat PAS berjaya gugurkan "Negara Islam", tetapi seluruh kepimpinannya telah kita ambil alih", kata Anwar sebagai usaha menambahkan lobi demokrasi ke Malaysia.

Mungkin anda berfikir perkara ini tidak logik. Sama juga tidak logik, Anwar boleh melaporkan kepada Amerika berkenaan dengan PAS dan mengetahui apa yang akan berlaku kepada PAS,seperti dalam video NED, sedangkan Anwar bukan ahli PAS.


nota: dipetik dari :

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/05/grand-design-besar-besaran-anwar-kuasai.html

Terdapat beberapa kenyataan dalam artikel ini yang ditandakan dengan merah. Ini bertujuan membolehkan pembaca memahami bahawa kenyataan tersebut boleh diambil tindakan mahkamah oleh orang yang disebutkan dalam kenyataan tersebut atas dasar memfitnah dan tindakan telah dan pernah diambil atas kenyataan yang serupa oleh mereka yang disebut dalam kenyataan tersebut.

Walau bagaimanapun, atas dasar kebebasan bersuara, artikel ini disiarkan penuh dengan beberapa bahagian tadi yang ditandakan merah untuk pertimbangan pembaca.


www.rencahmalaysia.blogspot.com

May 8, 2009

KETUA MENTERI PULAU PINANG: DEPAN LAIN BELAKANG LAIN?

DI DEPAN PAS & DI BELAKANG PAS

. Friday, May 8

DI DEPAN PAS =

1. KETUA Menteri Pulau Pinang, antara ucapan sulungnya di hadapan penyokong PAS dia berkata, contohilah kepimpinan dan pemerintahan Saidini Umar Abdul Azizzzzz...

Maka terpegunlah mereka yang mendengarnya, betapa hebatnya Ketua Menteri ini bercakap pasal Islam...

DI BELAKANG PAS =

2. Bertempat di Wisma Winbond, KL pada 25 April 2009, dalam ' Workshop Wanita DAP ' , Ketua Menteri yang sama ini bercakap sambil ketawa menghina-hina, katanya, " We stand for eqal treatment. There should no doublestandard. We can't undestand why a man can have 4 wives. Why should there be this type of double standard? i am not encouraging men to have 4 wives or woman to nhave 4 husbands but why should there be a double standar of this kind of perception? It is okay for men to have more, but not for women?

3. Apa yang dibuat oleh Ketua Menteri ini sama modus operandi Lee Kuan Yew dahulu di Singapura.

Ketika itu,UMNO mempunyai 3 kerusi Parlimen di Singapura.

Untuk menghapuskan politik orang Melayu di Singapura, Lee Kuan Yew mengambil hati orang Melau Singapura. Meletakkan Calon PAP Melayu vs Melayu UMNO.

Akhirnya UMNO tewas. Melayu PAP menang, malangnya pada pusingan kedua pilihanraya Melayu PAP telah "dikalahkan", dan sehingga hari ini sudah tidak ada lagi Melayu PAP.Tidak ada lagi Menteri Melayu.Melayu sudah hampir mati di Singapura.


dipetik dari http://www.jentayuabaka.com/2009/05/di-depan-pas-di-belakang-pas.html


www.rencahmalaysia.blogspot.com