Perlaksanaan sistem sekolah satu aliran secara komprehensif perlu dibuat sekarang dimana keadaan, masa dan peluang sudah tiba untuk menyaksikan perubahan ini, bagi menentukan keutuhan Malaysia sebagai negara majmuk pelbagai keturunan dan kepercayaan berjaya dipupuk dan bangunkan bersama, dengan penuh semangat toleransi, kesefahaman, muhibbah dan setiakawan. Perlaksanaanya sekarang, akan memberikan impak positif dan progressif secara strategik. Persoalanya sekarang, apakah ada kesungguhan politik (political will) untuk melaksanakan apa yang wajar?
Soal sistem satu sekolah yang ditimbulkan secara lantang baru baru ini, oleh Exco Pemuda UMNO YB Dato’ Mukhriz Mahathir MP Jerlun, dilihat sebagai respons semasa isu kontroversi ‘Ketuanan Melayu’ dibangkitkan Timbalan Presiden MCA Dato’ Seri Chua Soi Lek, disambut Ketua Wanita MCA Dato’ Paduka Chew Mei Fun dan sebelum itu kenyataan Timbalan Menteri Penerangan Tan Lian Hoe, yang juga Ketua Wanita Gerakan, sebenarnya perlu dilihat dari sudut terbuka dan objektif. Ini kerana asas permintaan Mukhriz itu ialah berdasarkan peruntukan undang undang, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Akta Pendidikan 1996 menguatkan lagi kedudukan peruntukan bahawa Bahasa Malaysia (Melayu) sebagai bahasa penghantar semua sekolah dalam Malaysia, memberikan tafsiran yang lebih jelas dan sekaligus, mengantikan Akta Pelajaran 1961, yang berlandaskan Penyata Razak 1956. Ini bermakna kedudukan dan peranan sekolah vernakular tidak relevan lagi, dalam konteks Malaysia hari ini.
Peruntukan perundangan, walaupun dicapai secara demokrasi, perlu ada tindakan untuk ianya member kesan kepada rakyat. Kerajaan perlu, sebagai ‘pemegang amanah pengurusan negara’, perlu secara serious menimbangkan kedudukan perundangan yang mereka taja sendiri itu sehingga diluluskan Parlimen. Kesungguhan politik (political will) amat perlu untuk tindakan yang terbaik berjaya diusahakan dan keperluan untuk ianya dilaksana secara konsisten.
Perlaksanaan sistem satu sekolah akan menerima reaksi negatif, terutama masyarakat Bukan Melayu iaitu keturunan Cina. Mereka dijangkakan akan mempertahankan sistem sekolah vernakular dengan alasan bahawa hak mengamalkan budaya merupakan sesuatu yang amat penting dipelihara, sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Namun begitu, perlaksanaan sekolah satu sistem merupakan tuntutan Perlembagaan Persekutuan juga. Perlaksanaan ini, akan memberikan impak positif dan progressif, dari agenda intergrasi nasional; satu ciri amat penting bagi Malaysia sebagai negara untuk melangkah kehadapan dalam cabaran globalisasi. Ini dengan jelas, memilih untuk memberikan kepentingan peruntukan perundangan ini mempunyai merit lebih dari yang satu lagi.
Hakikatnya, kesungguhan politik (political will) Kerajaan selama ini gagal. Sebagai contoh, Akta Pendidikan 1996 yang sepatutnya dilaksanakan, diketepikan dan sebaliknya apa yang berlaku ialah songsang dari sebagaimana yang diputuskan melalui forum paling mulia negara; Parlimen. Dalam tempoh antara PRU XI dan XII, sebanyak 12 sekolah vernakular Cina baru dibenarkan untuk diujudkan, dimana 6 daripadanya di Selangor.
Persoalan sekarang ialah, walaupun Kerajaan BN begitu menatang permintaan politik pengundi keturunan Cina, sehingga pemimpin parti komponen BN hari ini ‘lupa’ bahawa asas sokongan dan kuasa yang ada pada mereka sebenarnya tidak datang dari usaha keras mereka sendiri. Dalam pada itu hakikatnya, pada PRU XII, pengundi Cina masih lagi member undi kepada parti sehingga mengakibatkan Selangor terlepas dari BN.
Oleh demikian, apa pertimbangan lagi perlu diambil kira, setelah majoriti rakyat Malaysia mengenepikan agenda nasional untuk menjaga hati dan kepentingan minoriti, yang akhirnya tidak dihargai pun?
Keadaan sudah boleh dikira terdesak dimana perlu ada kommitmen ‘Berani Berubah’ oleh Kepimpinan UMNO dan sifat kesediaan orang Melayu sebagai warga majoriti dan tulang belakang sokongan dan kekuatan BN selama ini untuk ‘bertolak ansur’ dan memberi pelbagai konsessi secara berterusan perlu dihargai dan tidak lagi diambil kesempatan. ‘Maruah politik’ orang Melayu perlu dibela dan pelajaran, sebagai asas ketamaddunan sesuatu bangsa merupakan titik tolak perubahan pembelaan itu.
Inilah percaturan politik (political gamble) yang Kerajaan perlu timbangkan secara serious dititik persimpangan ini, dengan mengambil kira variable senario politik semasa (pemimpin parti komponen BN hari ini sudah pun secara lantang membelakangkan konsep sebenar ‘Kongsi Kuasa’ dan memomokan ‘Ketuanan Melayu’, sehingga sampai tahap “menghina”), kepentingan strategik Negara (ciri utama integrasi nasional untuk menentukan Malaysia maju) dan keberkesanan perlaksanaan dasar ini dilaksanakan dinegara lain (yang nyata komposisi kaum Negara itu memberikan kelebihan kepada kehendak minoriti).
TEPUK DADA, TANYA SELERA!
www.rencahmalaysia.blogspot.com
Terbaru : Bukti Najib Razak bukan dalang kepada penyelewengan 1MDB.
-
KENYATAAN DATO' SRI NAJIB RAZAK1. Sepanjang saya menjalani hukuman penjara
selama 26 bulan dan susulan pelbagai perkembangan terkini yang signifikan
berkai...
4 weeks ago
3 Responses:
Apa perlunya aliran Cina dan Tamil. Tidak rasional langsung. Aliran kebangsaan dah melangkaui semua kaum yang ada. Mengekalkan sekolah aliran sedemikian adalah amat mengarut.
Cina dan Tamil dah jadi orang Malaysia dan bukan lagi komuniti imigran, jadi beraksilah sebagai orang Malaysia. Asimilasi itulah cara sebaiknya.
Kadangkala terasa kaum Cina dan Tamil itu orang asing apabila mendengar mereka berbahasa masih lagi dalam bahasa Cina atau Tamil dan tidak berbahasa Melayu.
Sikap asing sebegini menjauhkan rasa kekitaan kita sebagai satu bangsa tanpa menafikan kita pelbagai kaum.
saya bersetuju. aliran yang lain dari aliran kebangsaan perlu kita hapuskan atau kita serapkan dalam aliran kebangsaan. semoga dengan itu malaysia lebih majmuk dan lebih maju.
Tak perlu tunggu rusuhan kaum untuk berubah sistem pendidikan seperti yang dilakukan Singapura.
Selepas rusuhan kaum pada 13 Mei patutnya kerajaan dah hapuskan sekolah vernakular sedemikian.
Tapi masih tidak terlambat kalau benar-benar kita nakkan perpaduan dalam erti kata sebenarnya. Hapuskannya ia bersama-sama PPSMI.
Post a Comment